Seramai 79 peserta demonstrasi membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang berhimpun di Wisma Kastam Diraja Malaysia, Kelana Jaya sejak pagi tadi ditangkap polis petang ini.
Mereka termasuk Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan, Ahli Parlimen PAS Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin dan Ahli Parlimen PSM Sungai Siput Jeyakumar Devarah.
Turut ditahan aktivis DAP Sefura Othman, aktivis Muhammad Safwan Anang@Talib dan Khairol Najib Hashim.
"Kesemuanya 79 yang ditahan, kami semua dalam trak sekarang ini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kelana Jaya oleh 3 trak polis," kata Arutchelvan ketika dihubungi The Malaysian Insider kira-kira 6.30 petang tadi.
Sebelum itu, polis mula bertindak menahan peserta demonstrasi Bantah GST anjuran PSM itu selepas mereka enggan berundur daripada kawasan itu apabila tamat waktu pejabat.
Kekecohan mula terjadi apabila Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Azmi Abu Kassim menyatakan wisma itu akan ditutup.
"Kesemua kakitangan dan pegawai kastam sudah balik, dah hampir tamat waktu pejabat, jadi anda perlu beredar," katanya kepada peserta demonstrasi.
Sejurus selepas kenyataan Azmi, kekecohan mula berlaku dan pihak berkuasa mula menangkap peserta demonstrasi dan berlaku pergelutan.
Protes "duduk dan bantah" yang bermula sekitar jam 11 pagi bertujuan menuntut pihak kastam menjawab sebanyak 106 soalan mengenai GST, tetapi bertukar menjadi kecoh ekoran halangan pihak berkuasa.
Terdahulu pagi ini, seorang peserta demonstrasi, Khalid Ismath, ditahan polis semasa mereka beramai-ramai masuk ke bangunan Wisma Kastam itu.
Ia disahkan Arutchelvan yang berkata aktivis itu memaklumkan kepadanya yang dia ditangkap oleh Azmi.
"Khalid ditangkap ketika mahu memasuki kaunter penerangan awam. Beliau sendiri hantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada saya," kata Arutchelvan kepada The Malaysian Insider.
Arutchelvan berkata mereka tidak tahu ke mana Khalid dibawa kerana panggilan yang dibuat ke telefon bimbitnya tidak berjawab.
Selain PSM yang merupakan penggerak utama, protes turut disertai Pemuda PAS dan pertubuhan bukan kerajaan belia seperti SAMM, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia, Lensa Anak Muda Malaysia dan Angkatan Pemuda Bangsa Malaysia. -TMI
Lebih ramai ditahan sokong peserta demonstrasi bantah GST
Lebih ramai penyokong demonstrasi bantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ditangkap malam ini di luar balai polis Kelana Jaya, di mana mereka berkumpul sebagai tanda solidariti kepada mereka yang ditahan awal hari ini.
Menurut posting yang dibuat di laman Twitter, antara mereka yang ditahan merupakan aktivis pelajar Adam Fistival Wilfrid dan seorang pembantu kepada Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.
Perhimpunan pada malam ini diadakan bagi menuntut pembebasan 80 orang yang ditangkap ketika mengadakan protes duduk bantah di luar pejabat Wisma Kastam di Kelana Jaya terdahulu hari ini demi membantah GST yang akan dilaksanakan mulai 1 April.
Orang ramai malam ini berkumpul di luar balai polis itu, di bawah pemerhatian anggota 'light strike force' yang lengkap berpakaian topi keledar anti-rusuhan dan perisai.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil yang berada di tempat kejadian menulis tweet mendakwa, dalam cubaan mengarahkan orang ramai bersurai, polis bertindak menangkap mereka, tanpa memberi sebarang amaran.
Katanya, mereka yang ditahan awal hari ini masih tidak diberikan akses kepada peguam mereka.
Beberapa orang peguam yang turut hadir pada perhimpunan malam ini kelihatan cuba memasuki balai polis untuk berjumpa dengan tahanan.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim adalah antara wakil rakyat DAP yang turut bersama orang ramai di situ.
Keseluruhannya, seramai 83 orang ditangkap hari ini, termasuk 3 orang yang ditangkap di luar balai polis malam ini.
Tangkapan sebelum ini melibatkan 79 orang yang dibuat dilakukan sewaktu pergelutan antara penunjuk perasaan dan polis di dalam pejabat Jabatan Kastam, yang menyaksikan mereka kemudiannya dibawa menaiki trak black maria polis.
Sebelum 79 orang itu, orang pertama ditangkap dari kumpulan Bantah GST itu ialah aktivis Khalid Ismath.
Sekumpulan lebih 100 orang sejak pagi tadi berhimpun di Wisma Kastam itu dalam satu protes “duduk dan bantah” meminta jawapan kepada 106 soalan mereka berhubung GST yang diserahkan dalam satu memorandum kepada pemangku pengarah kastam Kuala Lumpur Abd Gani Othman.
Protes yang dianjurkan Gabungan Bantah GST itu, dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebagai penggerak utamanya, disertai anggota PAS dan pertubuhan bukan kerajaan belia seperti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) dan Angkatan Pemuda Bangsa Malaysia.
Polis mengarahkan mereka menghentikan protes itu selepas jam 5 petang apabila waktu pejabat sudah tamat, dan menangkap majoriti penunjuk perasaan yang enggan bersurai.
Antara yang ditangkap terdahulu hari ini ialah setiausaha agung PSM S Arutchelvan, Ahli Parlimen PAS Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli, Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shahrin, Ahli Parlimen PSM Sungai Siput Jeyakumar Devarah dan pesara guru Annie Ooi, yang juga dikenali sebagai "Aunty Bersih".
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan Bernama berkata, mereka yang terlibat menyerbu masuk ke Kompleks Kastam di Kelana Jaya ketika mengadakan demonstrasi Bantah GST itu boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana menceroboh.
Katanya, polis Selangor sedang meneliti kes berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
"Ini merupakan satu pencerobohan yang mereka lakukan dan biarlah pihak polis Selangor meneliti dulu kedudukan mereka terbabit," katanya di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur, malam ini.
"Kita tidak boleh biarkan keadaan begini berterusan, saya hairan dengan apa yang mereka nak, kenapa sampai macam itu sekali, seolah-olah hendak menawan Kompleks Kastam itu," katanya.
Mengulas penggunaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam kejadian itu, Khalid berkata: "Kalau kita perlu gunakan FRU, kita gunakanlah. Kalau bersebab, untuk kita mengatur kedudukan, dan terpulang pada tindakan Ketua Polis Selangor. Memang saya benarkan bagi memastikan keadaan terkawal." -TMI
13 ulasan:
Buat lah kerja berfaedah sikit... bantu anak-anak melayu berniaga cara professional lagi baik !
Bantah GST, siapa paling untung ? Takkan bayar cukai pendapatan ratusan jer, walhal pendapatan 6 angka sebulan !!!
Buat kajian, ada yang berniaga ratusan ribu sehari... setahun ? Bayar cukai 0.5 % saja ? 1MDB pun berhutang..he..he..cukai tetap bayar...
Tahniah para pejuang Anti-GST!!!!
mana ulama2 hudud? nk perjuangkan hudud kenalah perjuangkan rakyat marahen, kena perjuangkan anti-kezaliman....
GST cukai pendapatan ke?
Selain cukai pendapatan setiap kali beli apa barang dan dapatkan service kita kena cukai GST
Orang bising barang naik dia cakap cukai pendapatan Ku Li pun tak setuju Mahathir kalau rakyat kena GST BN kalah pru
Mana Kastam tak takut 106 soalan
Bagi lah 10 dulu itu pun belum tentu boleh jawab
Lembu detected
Maksud anda yang dalam gambar itu ? Jika kontraktor, pihak yang memberi dan menjaga kerja, mereka panggil kontraktor tersebut "kerbau".
Jika macam dalam gambar tersebut tidak lain " lembu daging atau lembu korban"
Sakit hati nya melayu sanggup "di peralatkan" dalam zaman serba celik ini..
Anda "lembu daging korea" agak nya... daging nya memang 1st class sebab di belai, di jaga rapi dan di beri minum beer...
klu niaga ratusan ribu tp bayar cukai ratus rgt sj, itu tanggungjb hasil dlm negeri utk selesaikan. bukan cukai habis semua rakyat jelata! kepala hotak mcm kau ni yg sedang perintah dan menjahanamkan negara kita
Lagi hati ini sakit bila Ku Li kata jangan laksanakan GST sebab rakyat dah cukup tertekan Mahathir pulak kata BN tumbang jika teruskan GST
Yang dua orang ini di panggil apa?
Sekarang keputusan DAP positif berkenaan isu PAS Kita tenguk samada UMNO berani tak teruskan GST
Setipap tahun hasil cukai meningkat
Yang tak kena cukai pun kena potong bulan bulan Bila declare tiap tiap tahun memang tak kena cukai apa lagi kalau rebat di naikkan Kemudian duit pun di kembalikan
Kalau naik gaji pun atau kenaikan gaji baru yang setahun sekali banyak mana Contoh 2013 -RM 300 2014 -RM 220 Mengapa 2015 di potong gaji RM -195 ?
Dah lah kena GST ambil duit pembayar cukai dulu dah berapa untung kat situ ?
Ada pernah di buat anggaran cukai kita di antara RM 500 - RM600 potongan bulanan berjumlah RM 300- RM 400 je yang lebih tu kita bayar
Sdr maae, jangan perkecil pembelaan yang sanggup berjuang buat kebaikan ramai. Kalau Sdr masih tak sedar dengan keburukan GST, mengapa tidak renungkan impaknya kpd kaum Melayu sendiri. Saya diberitau semalam harta pusaka Melayu sejumlah RM 70 billion dibeku kerana tidak dapat dipindah milik kepada waris. Terfikirkah sdr apa punca masalah ? Jawabnya adalah kesempitan wang untuk membiayai pindah milik. Sdr fikir GST dapat membantu ? Tambahan GST sebanyak 6% akan membenam Melayu sampai bila-bila. Sdr patut check betul-betul untuk menentukan samada sdr sendiri bukan diantara mereka yang menhadapi masalah harta pesaka tersebut. Kalau pun tidak terlibat, ada juga baiknya kalau sdr bersimpati dengan mereka yang terlibat !!!
si maee tu jenis spesis manusia bangang.....komen mcm lembu korea....rugi mak bapak klu dapat yg bangang mcm tuuuuu,klu buat binatang korban pun dagingnya pahit sangat2
Ada juga si bodoh yg sokong gst....
Catat Ulasan