8 Mac 2015

[BERGAMBAR] Jika Benar, Maka Ia Adalah "Kerja-kerja Bodoh" Pro-Ulama


Di dalam kesibukan rakyat bangkit untuk berdemontrasi #kitalawan petang semalam, tiba-tiba tersebar sekeping gambar palsu yang tertera "Undur Hadi" di dalam portal The Malaysian Insider.

Gambar itu dipercayai dilakukan untuk memburukkan demonstrasi berkenaan oleh kumpulan yang tidak menyetujui penganjurannya. Ia dilakukan untuk meraih simpati ahli PAS kononnya demonstrasi yang diadakan bertujuan untuk "menggulingkan" Hj. Hadi sebagai Presiden PAS.

Ketua Pemuda PAS, Suhazan Kayat telah menegur portal berkenaan yang menyebarkan gambar sumper-imposed itu.


The Malaysian Insider telah tampil memohon maaf di atas gambar yang disiarkan itu tentang peserta demonstrasi #Kitalawan yang berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur memegang banner dan poster bertulis “Undur Hadi”, merujuk kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penyiaran gambar tersebut berlaku kerana kesilapan yang tidak disengajakan dan The Malaysian Insider tidak berniat untuk melakukan sabotaj kepada sesiapa, jelas portal berkenaan.

Gambar tersebut sudah dikeluarkan petang semalam sebaik sahaja The Malaysian Insider menyedari ianya merupakan gambar palsu‎ dan tidak datang daripada kakitangan kami, tambahnya.

Berikut ialah video yang merakamkan keadaan sebenar di depan Pejabat Agong PAS.


Ramai pemimpin PAS turut hadir di dalam demontrasi yang mendesak "Undur Najib". Namun yang nyata kumpulan pro-ulamak tidak menyertainya. Mereka mungkin lebih selesa untuk bersama UMNO dan tidak bersama-sama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat di dalam demonstrasi semalam.

Oleh kerana tidak kelihatan kelibat kumpulan pro-ulama (baca: UG) di dalam demontsrasi semalam, maka ramai yang menyatakan bahawa gambar edit itu adalah kerja tangan-tangan mereka bagi memburuk-burukkan demontsrasi berkenaan.

Jika benarlah ia dilakukan oleh kumpulan pro-ulama, maka apa yang dikatakan sebelum ini bahawa kumpulan pro-ulama ingin membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat nampaknya menjadi semakin benar dan tindakan tersebut jelas bertentangan dengan resolusi-resolusi Muktamar PAS bertahun-tahun iaitu untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

GB gembira dengan apa yang berlaku itu kerana ia mendedahkan sikap dan perwatakan sebenar watak pro-ulamak. Oleh kerana tindakan mereka itu bertentangan dengan resolusi muktamar maka Muktamarlah nanti yang bakal menghukum kumpulan tersebut.

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan.... wajah dan sikap mereka yang sebenar akan terus terdedah...

Berikut pula ialah foto-foto pemimpin Pakatan Rakyat termasuk PAS yang ada turut serta di demonstrasi semalam.



13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tapi cakap undur hadi pun Tak salah. Dia boleh fitbah orang lain barua pill kuda Tanpa bukti, orang lain Tak boleh sebut Nama dia undur? Ini raja mana mana?!

Malaysiabaru berkata...

Kalau benar pun takpe

A.B.A.H
Asalkan Bukan Abdul Hadi
A.B.U

Tanpa Nama berkata...

Takkan dah tak ada demokrasi kut.

Tanpa Nama berkata...

bg sy ini bkn gmbr yg diedit oleh geng UG tp mgkn dr pihak MI sndiri yg nk tnjukkn bhawa ada pihak yg mahu Hj hadi berundur dr jawatan presiden..so kl fitnah yg tuan buat ngn tuduhan bhawa pihak UG yg edit gmbr tu tn GB tanggung la sndiri..n pd pndangan sy kl ada org yg mahu hj hadi berundur minta lwn dia ms pemilihan nanti..kl hj hadi kalah maka otomatik gugur jawatan presiden..simple...n sy nmpk yg plg layak gnti hj hadi(kl dia berundur) adlh tn ibrahim tn man..timb adlh husam musa..pndgn peribadi...penyokong pas kelantan

Tanpa Nama berkata...

Wala' lebih penting dari isu semasa..
Haji Hadi mana pandai berbicara tentang GST, MH 370 malah 1MDB lagi konfius dia.
Jadi biarlah geng2 kopiah putih bercakap pasal politik hanya hudud,wala' dan fitnah sesama ahli PAS.

Tanpa Nama berkata...

Kalau undur pun dah patut rasanya. Kerana beberapa kenyataan yg keluar mulutnya menyebabkan motto PAS FOR ALL kelihatan seperti satu retorik sekarang. Lihat, demonstrasi bertujuan menegakkan keadilan tidak lg mendapat sokongan drpnya.malah insiden beberapa pemimpin PAS yg cuba dibakar kereta dan dipukul langsung tidak diulas olehnya. Belum lg kenyataan2 yg merobek hati pemimpin2 parti gabungan PR. meletakkan Calon Pas dikawasan yg dipersetujui hak PKR juga menyebabkan PR kehilangan beberapa kerusi.Belum lg fitnah yg dilemparkan (pil kuda) dll. Terkini mat sabu Dan hatta pula akan dipanggil at as siasatan Cuba menjatuhkan beliau. Mana demokrasi yg PAS laung laungkan selama ini?

Tanpa Nama berkata...

Memang beberapa isu sejak kebelakangan ini tidak di ulas oleh Hj Hadi Tindakan Hj Hadi betul jika dia mengasingkan diri untuk merungkai kan pemasalahaan ini Harap Hj Hadi melakukannya dengan masih duduk di atas tempat solat nya
Apalagi kabar mengatakan Hj Hadi sedang buat umrah Waallahuallam

Tapi terkilan bila rupa nya dari gambar Hj Hadi buat umrah dia di iringi oleh orang lain bukan menyendiri

Tanpa Nama berkata...

Laaa...ini pun salah ulamak? Biar betui...kau igt mi ni penyokong tegar ulamak ke penyokong tegar barua2? Kot xder bukti jgnlah ckp...buat dosa jer...xperkan....matlamat menghalalkan cara...bantaila...klu itu tahap iman kau...hentamla...bila kene org lain...syak dh memadai..tapi bila kene tang kita...dh sah bukti pun kita diamkan saja.....allah taala maha melihat...lahir dan fizikal...dunia seronok..masuk kubur...meraung2 jer la. Itupun klu nk siar...xnk pun xper...kurang2nya...you hv been warned...nnt jgn plak ckp dpn tuhan xder org tegur.

Jeman berkata...

Baghal ko ni.. baca tajuk pon x reti.. isi pon ko skip.. pastu komen.. apa punya taksub!

Jeman berkata...

Yang paling hampir dgn benda2 fitnah ni biasanye kerja2 cybertrooper umno dari mykmu..

Tanpa Nama berkata...

Maka ulama boleh tuduh orang biasa "barua" dan "pill kuda" Tanpa bukti, ini ulama apa?

Tanpa Nama berkata...

yang ni betul....UNDURKAN HADI DARI PRESIDEN PAS

Tanpa Nama berkata...

Hanya orang yang berkepentingan dan mendapat keuntungan akan buat perkara tersebut

Pro Ulamak (UG) bukan hanya dalam PAS tetapi dalam UMNO pun ujud Pro Ulamak PAS sebab kedua dua pihak mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin kan UG menjadi kenyataan

Jangan hanya tegur bila orang sekadar menegur dan hanya menyatakan apa yang dalam fikiran tapi tidak menegur orang yang memukul belakang jemaah semasa mesyuarat Tak menegur orang yang sanggup pukul dan membakar kereta orang

Jangan pulak cakap tak ada orang beri peringatan bila depan Tuhan