8 Mac 2015

[VIDEO & GAMBAR] 10,000 #KitaLawan Berarak Ke KLCC


Malaysiakini membawa kepada anda laporan secara langsung mengenai perhimpunan Kita Lawan di ibunegara.

LAPORAN LANGSUNG 5.36pm: Pintu KLCC. Kumpulan penghibur demonstrasi, D'BangsART kini menghiburkan pengunjung dengan nyanyian lagu-lagu politik.

Dengan paluan gendang, sebahagian peserta himpunan mengangkat-angkat tangan ke udara mengikut rentak lagu.

5.35pm: KLCC - Nik Nazmi mengumumkan jumlah peserta hari ini dianggar seramai 10.000 dengan memetik Malaysiakini.

"Bagi saya jumlah itu dianggap konservatif. Ada ramai lagi yang turut serta," katanya.

Katanya lagi, himpunan ini berjaya dan yakin gambar-gambar perhimpunan ini akan ditayangkan dalam perhimpunan hari ini.

"Perjuangan ini tidak mudah, kita perlu berusaha lebih dan kita tidak akan mengalah," katanya sambil mengucapakan terima kasih kepada pihak polis.

5.30pm: KLCC - Ada lagi letupan kedengaran, tetapi orang ramai kelihatan tenang

Seorang peserta, Nicholas Law, 27, memberitahu Malaysiakini yang dia percaya ia mungkin satu cubaan untuk menakut-nakutkan orang ramai.

"Mereka mungkin cuba hendak menakut-nakutkan kami, tetapi setakat ini tidak ada yang panik," katanya.

Beliau juga menyangkal dakwaan ada percubaan untuk melaga-lagakan antara rakan Pakatan menjelang perhimpunan tersebut.

"Semua orang ada di sini, jadi ia bukan satu isu," katanya.

Unit pasukan petugas khas DAP telah membantu memudahkan pergerakan orang ramai, supaya mreka tidak menyekat laluan lalulintas.

Sementara PAS Unit Amal pula ditugaskan untuk memastikan keselamatan keseluruhan perhimpunan ini.

5.25pm: KLCC- Ketua Pemuda DAP Teoh Kok Seong berkata perhimpunan hari ini dianggap berjaya kerana berlangsung dengan jayanya dan berlangsung dengan aman.

"Kita tunjuk solidariti hantar mesej rakyat bahawa kita muak dengan Najib dan mahu Najib undur.

"Himpunan ini berjaya, himpunan aman, untuk rakyat Malaysia dan bukan seseorang (tertentu) atau parti politik," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepda semua peserta.

5.20pm: KLCC - Kumpulan anak muda dari UBU menghibur peserta dengan menyanyikan lagi "Ole-ole, Malaysiaku" sambil diringi paluan drum. Sebahagaian mereka turut menari mengikut aluan paluan drum.

5.10pm: Naib Presiden PKR yang juga anak sulung Anwar - Nurul Izzah - berkata beliau begitu terharu dengan sokongan mereka yang hadir hari ini.

Katanya, beliau amat berbangga menjadi rakyat Malaysia dan bila melihat begitu ramai yang menyertai perhimpunan hari ini.

Perhimpunan ini, tegasnya, bukan hanya mengenai Anwar tetapi rasa tidak puas hati rakyat dengan rejim Najib dan bagaimana ia memberi kesan kepada mereka.

Banyak isu seperti GST dan 1MDB yang telah mendorong rakyat turun ke jalanan, katanya kepada Malaysiakini.

5.09pm: Jalan Ampang - Bunyi letupan mengejut orang ramai, yang kemudiannya menyedari bahawa ia adalah bunyi mercun.

5,02pm: Jalan Ampang. Kira-kira 2km berjalan dari Sogo ke Jalan Ampang, peserta tidak menujukkan tanda penat dan terus bergerak ke KLCC.

Mereka dengan bersemangat dan berulang kali melaung rakyat bangkit, tolak BN, jatuh Rosmah, bebas Anwar.

5pm: Ribuan bermandikan hujan sambil menyanyi dan memukul gendang ketika berarak ke KLCC.

Teriakan "Reformasi" dan "undur Najib" berkumandang ke udara.

Seorang peserta kelihatan membawa sebuah patung yang seolah-olah menyerupai Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Orang ramai diketuai oleh sekumpulan yang membawa poster besar sepanjang dua lorong jalan.

4.53pm: Peserta sampai ke persimpangan Jalan Sultan Ismail-Jalan Ampang dekat hotel Renaissance. Sekarang mereka membelok ke Jalan Ampang menuju ke KLCC kira-kira 1 km dari persimpangan itu.

Jalan Ampang dari arah bertentangan masih dibuka kepada lalulintas dan pemimpin mengarahkan perserta tidak menggangu lalulintas.

Polis trafik terpaksa melencongkan kenderaan dari Jalan Ampang menghala ke Bukit Bintang.

4.43pm: Jalan Sultan Ismail. Walau hujan perserta tidak berganjak sebaliknya melaungkan 'kita lawan', 'kita tak berganjak'. Kenderaan yang melalui arah bertentangan bergerak perlahan apabila ada peserta turut melalui jalan itu menuju ke KLCC.

4.33pm: Peserta mula melalui Jalan Sultan Ismail menuju ke KLCC. Pengguna lalulintas yang melalui Jalan yang bertentangan membunyikan hon. Laungan bebas Anwar dan undur Umno.

4.30pm: Sogo: "Hidup Mahathir, Hidup Anwar"

Sekelompok peserta yang mengelar diri datang dari "kelab akar umbi PKR" muncul di Sogo dengan kain rentang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kumpulan itu meluang "Hidup Mahathir, Hidup Anwar".

Apabila ditanya, salah seorang ahli PKR bernama Jaz berkata, mereka mahu PKR bekerjasama dengan Mahathir kerana hanya Mahathir boleh membebaskan Anwar.

"Kamu rasa Mahathir tu anak kecil ke? Dia boleh buat perkara besar.

"Sekarang PKR tiada lagi orang yang berani selepas Anwar masuk penjara. Azmin pun senyap saja.

"Maka, Mahathir ialah harapan kita!" kata Jaz.

Pada masa yang sama, terdapat ahli PKR yang tidak senang dengan tindakan kumpulan ini dan mereka melaungkan "undur Mahathir".

Pihak yang tidak senang itu minta kelompok itu menunjukkan kad PKR untuk mengesahkan identiti mereka.

Jaz pun tunjukkan kad ahli PKRnya dan kedua-dua pihak hampir bertelagah.

Kelompok yang menyokong Mahathir itu meninggal tempat himpunan selepas 30 minit.

4:23pm: Sogo - Peserta bergerak ke KLCC mengikut lawan arus melalui jalan TAR diiringi paluan gendang, laungan bebas Anwar dan bebas kehakiman.

Dianggar 10,000 peserta bergerak ke KLCC.

4.16pm: Ahli MPP PKR, Fariz Musa umum peserta bergerak ke KLCC sekarang.

4.13pm: Dr Hatta Ramli bersama-sama Nurul Nuha dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di atas trak Hilux untuk menyampaikan ucapan.

Ribuan peserta berada di hadapan Sogo untuk mendengar ucapan pemimpin.

Cuaca mendung, dan hujan mula rintik-rintik tapi peserta tidak berganjak.

Sementara itu Wan Azizah mengucapkan penghargaan terhadap peserta yang menunjukkan solidariti untuk pembebasan Anwar.

4pm: Sogo "Kita lawan, we will never surrender" bergema di Sogo apabila Datuk S Ambiga menyampaikan ucapan.

"Saya hadir ke sini untuk menuntut kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kita bersolidariti tuntut hak demokrasi. Marilah kita bersama -sma juang, kita fight untuk anwar ibrahim.

"I will never surrender, we will never surrender. Kita lawan," kata Ambiga sambil diiirngi peserta.

Turut berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

3.55pm: - Sogo - Dr Hatta dan para pimpinan dari PAS HQ sampai di persimpang empat berdepan Sogo. Mereka bersama dengan peserta lain yang sedia menunggu sebelum ini. Laungan "Undur Rosmah" berulang-ulang kali bergema di Sogo.

Jalan di antara Sogo dan Kompleks Pertama tersekat oleh peserta. Manakala kenderaan lain perlu melencong ke Jalan Dang Wangi atau melalaui jalan TAR yang masih boleh dilalui kenderaan.

3.50pm: Antara pemimpin Pakatan yang kelihatan di Masjid Jamek ialah Anthony Loke, Liew Chin Tong, Tan Kok Seong dan William Leong

ADUN PAS dari Hulu Kelang Saari Sungib juga kelihatann.

Semasa berucap, Anthony Loke berkata Pakatan akan memastikan Anwar terus menjadi ketua pembangkang.

"Jiwa dan semangat Anwar tidak akan dipenjarakan.

"Kita akan menyampaikan suara Anwar di sidang di Parlimen.

"kita akan memastikam Anwar terus menjadi ketua Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan BN," kata Loke yang sebelum ini dilaporkan tidak dapat hadir ke perhimpunan hari ini.

Saari Sungib semasa berucap berkata ini bukan himpunan PKR tetapi himpunan rakyat negara.

"Lawan tetap lawan, kita akan terus berjuang dan melangkah ke Putrajaya," laung Saari.

345pm: PAS - Peserta dari KQ PAS kini memasuki Jalan TAR selepas melepasi Jalan Sultan Ismail. Mereka melaung Hidup Rakyat dan Undur Rosmah. Lalulintas berjalan seperti biasa dengan dikawal oleh polis trafik.

340pm: PAS HQ - kira-kira 300 peserta diketuai Dr Hatta Rami memimpin peserta mula bergerak ke Sogo.

Mereka melaungkan bebas Anwar dan undur Najib, undur Rosmah berulang kali.

Peserta turut membawa kain rentang "Kita Lawan" dan melaungkan reformasi dan bertakbir serta sempat juga melambai kepada peancong yang merakamkan perarakan mereka.

Mereka bergerak di Jalan Raja Laut dengan melawan arus sambil dikawal oleh Unit Amal.

3.30pm PAS HQ- Hujan rintik-rintik mulai turun dan guruh berdentum di langit.

3.25pm - PAS HQ - Sementara itu AJK PAS Pusat Khalid Samad berkata peserta hari ini secara aman pergi Sogo menyatakan sokongan kepada Anwar yang dianggap tahanan politik.

"Apa yang dilakukan adalah fitnah untuk pecahkan dan lemahkan pakatan.

"Kita tak terima, kita kena menentang kezaliman dibuat oleh pemerintah. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang berdaulat dan tak sokong kezaliman.

"Kita hadir untuk menunjukkan bantahan kita, yang dilakukan oleh Umno/BN.

"Kita kena berani, apa yang kita lakukan untuk menjadi negara adil dan makmur," katanya dan diiringi takbir.

3.18pm: PAS HQ - Sementara itu Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan berkata perhimpunan hari ini adalah acara kemuncak untuk mendesak Anwar dibebaskan.

3.17pm: Sogo - Jumlah hadirin terus bertambah. Manakala lima anggota polis kelihatan menyeberangi dari pusat membeli-belah itu, sambil bercakap melalui alat radio komunikasi mereka.

Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng juga klihatan, dan memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan orang ramai akan datang dari Masjid Jamek.

3.15pm: MP Batu Tian Chua memberi ucapan ringkas kepada kira-kira 100 peserta #Kita Lawan di HQ PAS.

Dalam ucapannya, Tian berkata perhimpunan hari ini adalah hari bersejarah kepada rakyat Malaysia, kerana sempena menyambut ulangtahun Pakatan Rakyat menafikan dua pertiga BN, esok (8 Mac).

Katanya lagi, perhimpunan hari ini adalah perhimpunan untuk membangkit semula kebangkitan rakyat yang ditunjukkan pada 2008.

"Rakyat mula sedar hak yang diperuntukkan untuk berhimpun secara damai.

"Kita juga bangga memegang rekod tak merosak harta awam, tak pernah buat kacau bilau dan berhimpun dengan tujuan murni, tunjuk keberanian rakyat tak sanggup kezaliman berterusan," katanya.

"Kita tak sanggp beban anak cucu kelak dengan sistem politik yang korup dan kita tak ada cara lain, perlukerja kuat untuk jatuh BN," katanya.

Beliau turut memberi penjelasan supaya peserta mengikut arahan daripada Unit Amal yang bertugas dan jangan terpengaruh dengan agen provokasi.

Beliau turut mengumumkan perhimpunan ini dipantau oleh Suhakam dan Bar Council.

Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh juga hadir.

3.12pm: Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR Nurul Izzah menerima notis untuk hadir disoal siasat oleh polis Dang Wangi berhubung perhimpunan Kita Lawan di Sogo pada 14 Februari.

Menurut Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran, polis telah mengesahkan kepada pihak peguam bahawa siasatan dibuat di bawah seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.

Walaupun, katanya, seksyen tersebut telah diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Rayuan dalam kes exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad.

3.10pm: Sogo - Jumlah mereka yang berhimpun meningkat kepada 400 orang, dan turut kelihatan ialah Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

Hadirin kelihatan mengibarkan bendera PKR. Tidak kelihatan bendera PAS atau DAP.

"(Bilangan penyokong) DAP nampak ok, penyokong penyokong PAS akan datang dari ibu pejabat mereka," kata Wong kepada Malaysiakini.

Sementara itu seorang penjual air, dengan penuh semangat meniru slogan 'Lawan Tetap Lawan' dengan menjerit, "Minum tetap Minum tabungan," untuk menarik pelanggan.

3.01pm: Pasar Seni: Kira-kira 300 orang yang rata-rata berbaju T hitam sudah mula berhimpun di hadapan kompleks Pasar Seni.

Di antara personaliti yang kelihatan adalah Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, peguam hak asasi Eric Paulsen dan Ketua AMK Perak, Zafril Eusoff.

Sementara di dalam Pasar Seni pula, urusniaga berjalan seperti biasa kerana tiada kedai yang ditutup dan pengunjung kelihatan tenang melakukan tinjauan ke atas barangan dan kedai-kedai.

3pm: Masjid Jamek - ADUN PKR Semambu Lee Chean Chung berucap di hadapan lebih 300 orang di stesen LRT Masjid Jamek dari bahagian atas sebuah trak.

Beliau menyeru orang ramai untuk mula perarakan ke Sogo pada pukul 3.30 petang.

2:45pm: Sogo - Kini lterdapat sekitar 300 orang berkumpul di luar Sogo. Sukar untuk membezakan berapa ramai peserta dengan pengunjung di situ.

Hanya kira-kira 50 orang yang dilihat memakai kemeja-T Kita Lawan atau Reformasi.

Berkemundang laungan "Reformasi" dan "Hancur Najib".

2:30: Masjid Jamek - Lebih 10 orang ahli jawatankuasa anti-cyanide Rabu berada di Masjid Jamek untuk menunjukkan sokongan mereka.

Orang ramai berkumpul di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini untuk menyertai bantahan utama yang pertama bagi tahun 2015, yang diisytiharkan oleh polis sebagai haram.

Protes Kita Lawan di Sogo itu menuntut pembebasan ketua pembangkang yang dipenjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, ia tidak jelas sehingga mana sokongan dari gabungan Pakatan Rakyat terhadap perhimpunan tersebut.

PAS tidak mengeluarkan arahan kepada ahli-ahlinya untuk menyokongnya, manakala Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menasihatkan wakil rakyat, kebanyakannya dari DAP bahawa mereka mempunyai tugas di negeri itu untuk dilaksanakan hari ini dan perlu menumpukan perhatian kepadanya.

Protes itu dijangka bermula jam 3 petang, dengan para peserta berarak dari Pasar Seni, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, menuju ke Sogo, dan perhimpunan ia mungkin berlanjutan hingga tengah malam.

Perhimpunan Kita Lawan sebelum ini, menyaksikan penangkapan aktivis Adam Adli Abdul Halim, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa, dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad.



VIDEO












8 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Jangan lupa muktamar pas ...
A.B.A.H
Asalkan Bukan Abdul Hadi
A.B.A.H

Tanpa Nama berkata...

Kalau Anwar tak dapat pengampunan YDP Agung tak tahu lah Sistem apa yang ada ni

Bila kes Anwar berjalan UMNO kata kes peribadi tapi bila Keluarga Anwar buat rayuan mengapa UMNO yang bersuara Anwar kena taubat dulu lah Anwar tak halang perhimpunan lah Sedangkan dulu UMNO bersuara melalui NGO NGO pro UMNO

Kalau membebaskan Anwar adalah keadilan maka bebaskan lah semua penghuni penjara macam tu lah bunyi komen tersebut Sedangkan yang mohon pengampunan Anwar Yang suruh bebaskan semua orang bukan kerja gila ke Dia orang lah kena mohon sendiri pengampunan

Mengapa cina DAP berkumpul depan Sogo dan Mesjid Jamek pusat ramai Orang Melayu Pergilah berhimpun di Petaling Street Bukit Bintang Kenapa lah kau orang macai UMNO tak boleh cerdik sikit Yang kena penjara tu Lim Kit Siang ke Anwar Ibrahim

Tanpa Nama berkata...

UMNO punya seronok melihat kehadiran yang tak ramai semasa di mahkamah dan semasa Roadshown Anwar sebelum keputusan mahkamah yang suam suam je Nyenyak UMNO tido Tapi malam ini UMNO dah tak boleh tido semula

Dan kesempatan ini perlu di perhatikan oleh PAS yang pernah memberi sokongan 100% pada kebangkitan rakyat

Tanpa Nama berkata...

Korang cuba lihat kalau perhimpunan2 rakyat spt ini confirm geng2 ug blk rmh tido dlm selimut... ada korang nampak kelibat nik amar? Nik abduh? Tantawi? Din ayam? Geng ug ni muka tak malu dpt laba dan jadi mp pun hasil gerakan rakyat spt ini tapi batang hidung tak pernah nampak dalam setiap himpunan rakyat...puiiii...

Tanpa Nama berkata...

Aku yakin jika lepas muktamar nanti hj hadi masih kekal sbg presiden, maka pas akan merudum dalam pru ke 14 nanti... harap sgt perwakilan pas pada muktamar akan datang dpt gantikan hj hadi dgn seseorg calon baru...Insyaallah...

Yadzid7007 berkata...

REFORMASI! Hidup PR. Amiin..

Tanpa Nama berkata...

Perhimpunan macam ini sangat dibenci oleh puak UG dan Mokhtar Senik

Tanpa Nama berkata...

Tahniah, bila pula demo anti GST?