8 Feb 2015

Kumpulan Pro-Ulama Bawa Budaya Samseng Dalam PAS...


Ahli PAS tuduh Hatta dalang gulingkan Hadi

Sekumpulan ahli PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di hadapan ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur mendakwa Pengarah Pilihan Raya Dr Mohd Hatta Ramli menjadi dalang kepada usaha menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda PAS Kuantan Noorzazilafadli Ibrahim itu menuntut Dr Hatta yang juga ahli Parlimen Kuala Krai agar meletakkan jawatan kerana cuba menggulingkan presiden.

Dengan menaikkan kertas pemidang tertulis "pecat Hatta dan konco-konco" dan "kami dikhianati Hatta Ramli", mereka berhimpun menyambut ketibaan pimpinan PAS yang akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini.


Pakatan Rakyat (PR) dijadualkan akan bermesyuarat petang ini dan pimpinan ketiga-tiga parti PKR, PAS dan DAP akan hadir ke ibu pejabat parti Islam itu petang ini.

Semalam Norzalilafadli menjemput media untuk hadir hari ini bagi menyerahkan memorandum terbuka bagi mendesak seorang ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat meletakkan jawatan.

Katanya ianya bertujuan mendedahkan nama dan bukti gerakan konspirasi menjatuhkan presiden PAS dan kepimpinan ulama.

Ketika Dr Hatta berhempas pulas di Kuala Krai untuk membantu mangsa banjir di kawasannya, kumpulan ini mendesaknya meletakkan jawatan.

Hadi dijangka akan mempengerusikan mesyuarat PAS Pusat pagi ini.

Dr Hatta pernah terlibat dalam mesyuarat pertama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) 31 Ogos tahun lepas di Kota Baru, Kelantan. – TMI

ULASAN GB

Sebelum ini GB pernah meminta agar PAS Perlu Serius Benteras Budaya Samseng Di Dalam Parti. Tetapi seruan GB tidak diindahkan. Almaklum ... GB cum ahli biasa PAS.

Akibat daripada tiada keseriusan untuk membenteras budaya samseng itu maka sekumpulan ahli PAS sekali lagi membawa budaya UMN O ke dalam parti, berhimpun untuk kononnya mendesak supaya mememcat beberapa orang pimpinan PAS yang tidak mereka sukai.

Budaya sedemikian belum pernah berlaku di dalam PAS sebelum ini.

Sebelum ini bila ada yang meminta Presiden PAS meletakkan jawatan, kumpulan pro-ulamak ini memberitahu tunggulah semasa muktamar kerana Hj.Hadi dilantik melalui muktamar. Tetapi kini kumpulan pro-ulama ini juga yang kini mendesak beberapa pimpinan tertinggi PAS meletak jawatan, dan mereka tidak pula perlu menunggu muktamar sebaliknya berhimpun menyerahkan memorandun ke Pejabat PAS.

GB pernah mengulas sebelum ini:

Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJK PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Selepas daripada tindakan keluar muktamar dan mengeboo ucapan penangguhan seorang AJK PAS Pusat, mereka sekali lagi membuat kacau dengan sekumpulan pemuda kononnya pro-ulamak berbadan besar yang telah mengepung Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA berhampiran bangunan pejabat PAS. Safwan bukan saja dikepung malah beliau diugut akan dipukul.

Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak.

PASMA dituduh penebuk kapal PAS, mereka dituduh membentuk jemaah di dalam jemaah. Sekarang hukum kebenaran dan keadilan berjalan siapa yang sebenarnya "penebuk kapal" yang bakal menghancurkan PAS? Siapa yang membina jemaah dalam jemaah jika bukan golongan yang dinamakan pro-ulamak ini?

Imej PAS terus tercemar dengan insiden-insiden di atas. Apatah lagi ianya disertai dengan beberapa pimpinan ulamak seperti Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang, yang pernah satu ketika dikaitkan dengan gerakan Al-Maunah yang diharamkan dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak, Nor Azli Musa yang pernah diberi gelaran Ustaz Taliban.

Sekali lagi GB meminta agar PAS mengambil sikap yang serius terhadap hal ini sebelum parti terus menjadi hancur binasa akibat gejala samseng yang dilakukan oleh golongan pro-ulama ini.

Budaya liar dan keterlaluan ini wajar dibenteras sebelum ia menjadi lebih parah. Kita khuatir akan tiba di suatu masa, budaya liar ini menjadi dominan di dalam PAS sama seperti PERKASA dan yang sewaktu dengannya.

p/s sekadar makluman, tindakan golongan pro-ulamak di atas sentiasa mendapat liputan media massa UMNO ...tahniah!

29 ulasan:

Admin007 berkata...

Salam GB, ini adalah langkah pertama gerombolan UG prepare untuk PRU14, yb Dr Hatta adalah pengarah Pilihanraya Pas Pusat. bila Dr hatta di nyah kan dari kedudukan, senang gerombolan nak letak yg Pro-UG bertanding utk PAS PRU 14 kelak.. harap malum..

Tanpa Nama berkata...

Bijakpandai beradu MINDA
yg pendek akal beradu OTOT
PONTENG u-turn barua pilkuda
Fitnah siFAKEH berIQ kemetot

Tanpa Nama berkata...

Inilah contoh ustaz2 bodoh! Ada ilmu tapi x guna utk kebaikan. Punah nama islam. Tak de beza dgn perkasa n isma. Meluat aku dgn puak ini dalam pas. Pas kena buat satu revolusi. Singkirkan ustaz bodoh dan dungu! Selamatkan maruah islam. Mokhtar snake! U r nothing compared to dr. Hatta. Who r u? Pernah menang election? Poorah!

Tanpa Nama berkata...

TAK SANGKA PAS DAH JADI MACAM INI, SUNGGUH MEMALUKAN.TAK ADAKAH JALAN LAIN UNTUK MENYELESAIKAN MASAALAH.

BERFIKIRLAH DENGAN WARAS SESUAI DENGAN PAKAIAN YG DIPAKAI.

KITAKAN MENGAMALKAN DEMOKRASI.DALAM MESYUARAT AGONG YG AKAN DIADAKAN NANTI KITA LAWAN DENGAN ADIL.


SETUJU?.......

Tanpa Nama berkata...

Kurang ajaq dan bodoh...

Tanpa Nama berkata...

Setiausaha Agung PAS menafikan wujudnya usaha-usaha untuk menjatuhkan TGHH.

Habis siapa pula yg pandai-pandai pergi buat DEMO di hadapan Pejabat PAS? TGHH pun nampak ada.


adakah mereka semua tu manusia atapun Iblis?

Tanpa Nama berkata...

Terrokk...
Mcm paria


mohd shahran berkata...

ni namanya ulamak pukimak

Tanpa Nama berkata...

Pasal TGHH tak nak letak jawatan hah?
Aku dah meluat dgn kerenah TGHH ni.
Sombong dan angkuh
Pasal TGHH ni lah jambatan yg sekian lama di buat utk menarik bukan islam kepADA PERJUANGAN ISLAM hancur.
Inilah bila pemimpin dilantik menunjukkan kebodohannya dlm politik.
Ingat,,,kita bukan tentang ulamak. tapi ita tentan ulamak yg bodoh dlm politik

Tanpa Nama berkata...

Selalu nya bukti untuk mengulingkan individu ialah dengan demo Terbukti yang nak menguling individu ialah puak pro ulamak lah Kalau ada bukti percakapan ke atau penulisan itu bukan menguling selagi tak berdemo Adakah satu kesalahan untuk menukar Presiden?

Cara ustad pro ulamak ni cara memaksa Dah kalau ada bukti apa perlu demo Ahli PAS tak boleh berfikir ke ? Itu lah kesimpulan tindakan demo yang dibuat oleh pro Ulamak

Tanpa Nama berkata...

Yang berilmu berilah ilmu...yang bijak pandai tunjukkanlah jalan benar....yang kaya bantulah yg kurang...Semua rasa diri hebat....akulah betul....tunjuk contoh diri yang terbaik barulah org nak ikut...KETUA/PEMIMPIN KAMU NANTI DITANYA TUHAN DIMAHHYAR.....TAK TAKUT KER HUKUM ALLAH....???

Tanpa Nama berkata...

Sejak bila PAS (pro ulamak) tolak bukti kenyataan mahkamah yang memutuskan Hj Hadi menfitnah dalam kes saman pil kuda Ini bukti dari mahkamah lagi dahsyat dari bukti mengulingkan Presiden

Sebenar nya Hj Hadi pengecut Hj Hadi perlukan kekuatan untuk datang mesyuarat Hj Hadi lemah kalau tak ada acara demo (sambutan) Hj Hadi bergantung pada manusia bukan bergantung pada tali tali Allah

Jeman berkata...

Aku tetap pecaya diorg ni sebenarnye ahli umno yg di byr utk masuk pas dan merosak pas dr dlm.. adakah PAS pernah buat filtering utk cek latar blakang puak2 ni? Stakat pakai kopiah aku pon bole buat.. ini anasir perang saraf!

Unknown berkata...

Macam orang utan pong ada kelaku puak2 nie...

Tanpa Nama berkata...

Dalam PAS Dah penuh dgn ustaz bangang Dan bahalol

Labukau berkata...

1. Sapalah ketua pemuda kuantan itu kalau nak dibandingkan dengan Mat Sabu, Hussam dan Hatta. Tak lebih macam langit dengan bumi. Umur baru setahun jagung, gigi masih belum tumbuh dah nak menunjuk jaguh. Kehebatan ketua pemuda ini tak lebih drp bunyi kentut yang cuba menyembunyikan busuknya bau taik sang pemimpin.

2. Kalau nak pecat ahli pas, pecatlah dulu dua tiga ekor pemimpin yang besar kepala, angkuh dan kepala batu. Kalau kapal senget nak karam di tengah lautan, jangan campak awak2 ke laut, campakkan dulu nakhoda yang tak pandai mengemudi kapalnya.

3. Kejatuhan kerajaan dahulu kala yang sejuta kali lebih agung drp Pas adalah disebabkan oleh keangkuhan dan kebebalan pemimpinnya serta menerima nasihat yang salah drp penasihatnya yang ada babi di sebalik batu. Tidak hairanlah jika selepas ini nama pas akan tinggal dalam lipatan sejarah disebabkan kebangangan pemimpinnya.

4. pas bukan hak milik seseorang pemimpin. Bukan juga hak seorang ketua pemuda. Pas juga bukan hak bapakkk korang. Pas hak semua. Apa hak korang nak pecat ahli Pas dengan sesuka hati. Korang ingat Pas tu hak bapakkk korang? Korang ingat Pas tu hak hatok korang?

Kahakkk ptuiii...
Pi mamposss la...

Tanpa Nama berkata...

mamat2 tu eloknya duduk dalam hutan aje.

Tanpa Nama berkata...

Geng ug kini telah berjaya menjadikan pas sbg parti bangang...kesian mat sabu, husam dan dr hatta...mereka nilah yg selama ini menaikkan imej pas...tup2 dtg geng ug dan presiden bangang telah hancurkan harapan rakyat...percayalah kalau hj hadi dan mustapa ali tidak berundur serta geng ug masih kekal buat onar dlm pas, maka insyaAllah pas akan kalah teruk pada pru ke 14 nanti...

Tanpa Nama berkata...

Ambo pun ustaz jg tp xlah tunjuk kebodohan spt geng kuantan ni...husam yb ambo d salor mmg kijo sugguh bkn pndai crmah blapik ayt quran hadis saje tp akhlak siasah fail..ambo cukup benci geng ngaku ulamak tp siasah bodoh..pergi msuk umno trus la...rja saudi pun dh mati, inikn pula pres parti politik akn mati jg nt...

sb dehlawi berkata...

ug=ustaz gilo. kami sokong husam, mat sabu, hatta..

Tanpa Nama berkata...

You are right, Chinese, India, and bumi Christians in Sabah / Sarawak already know the true color of your party. In our opinion = same worst as unmo!

Tanpa Nama berkata...

Geng geng ini akan jawap; siapa tu hatta, mat sabu, husam, anwar lge, kalau banding dengan ulama suci mulia bertaraf dunia?

agen wsc berkata...

salam blogger

Tanpa Nama berkata...

Yg mcm ni dipanggil pro ulamak kirim salam la pas pru 14 nanti, bungkus abis

Unknown berkata...

Bukan ustaz tapi ustat....

Unknown berkata...

Ularmak bukan ulamak...pegi mamposss

Unknown berkata...

Hj hadi berhentilah letak jawatanlah sebab mung failed.....

Unknown berkata...

Pro babi lagu ni guuuu bukan pro ulamak.

obat pelangsing ampuh berkata...

salm persahabatan