8 Feb 2015

Pak Samad Said Tegur Hj Hadi, "Tunaikan Tanggungjawab Kamu!"


Tinggalkan Pakatan kalau tak hadir mesyuarat, kata Pak Samad kepada Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika enggan menghadiri mesyuarat gabungan tersebut esok (hari ini), kata Datuk A Samad Said.

Sasterawan negara yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, Hadi perlu serius memberikan komitmen dalam PR kerana itu merupakan tanggungjawab pemimpin.

“Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur,”
kata Samad kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di Kuala Lumpur hari ini.

“Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya.

“Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata ‘jangan dipaksa saya hadir’. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab.”


Hadi berkata malam kelmarin Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berhak menentukan sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang dijadualkan esok.

Menjawab persoalan yang ditimbulkan pimpinan DAP, selaras dengan resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) Selasa lepas yang mengatakan pemimpin DAP hanya akan menghadiri mesyuarat jika ia dihadiri wakil PAS, Hadi mengatakan dia tidak terikat dengan sesiapa.

"Dia (Lim) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya hadir ke, tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.

“Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tidak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” katanya.

Samad berkata Hadi menjadi penghalang kepada hubungan dalam PR, sekali gus merencatkan potensi pemimpin berpotensi dalam PAS.

Katanya, sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dipenjarakan, maka kemungkinan besar parti dalam PR akan berpecah.

“Masuk politik perlu memikirkan nasib bangsa yang harus dibaiki. Itu tugas mereka. Bukan untuk memperkekalkan diri kita dalam satu pergolakan kuasa.

“Saya bayangkan PR akan pecah. Lebih-lebih lagi kalau Anwar dipenjarakan. Tidak mustahil PAS akan ada anak gantinya. PasMa boleh menyelamatkan dengan bergabung bersama PKR dan DAP. PAS sendiri akan pecah dua.

“Pasma boleh besar. Ia bukan dikira ramai orangnya tetapi mutu orang yang tahu apa yang diinginkan Malaysia dan orang yang mahu asas gabungan ini tumbuh dengan sihat,” katanya merujuk kepada kumpulan pro PR yang lahir daripada PAS Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu turut melihat kepimpinan Anwar masih relevan walaupun tidak berupaya mendamaikan pergolakan di antara PAS dan DAP.

Katanya, kredibiliti Anwar dapat dilihat apabila ketua umum PKR itu masih relevan dalam arena politik walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan luar.

“Usia sebenarnya hikmah. Tidak bererti orang tua yang melalui pengalaman yang begitu perit sejak umur 20-an boleh diketepikan saja begitu. Itu andaian bagi orang yang tidak mahu Anwar berada dalam lingkungan kuasa.

“Kehadiran Anwar lebih penting kerana sudah menghimpun semua pengalaman. Dia tahu bagaimana individu itu kaya. Orang begini boleh membetulkan.

“Saya tidak nafi memang ada orang gelojoh. Anwar watak konsisten. Ini watak yang benar-benar setia apa yang diperjuangkan dan mengetahui apa yang dilakukan kalau dia berkuasa,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Selasa ini, Anwar akan berada di dalam kandang Mahkamah Persekutuan menantikan keputusan rayuan liwatnya yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.

Pada September 2004, keputusan majoriti 2-1 mahkamah membebaskan beliau dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja daripada tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii bersama Azizan Abu Bakar yang merupakan pemandu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Anwar.

Dalam kes liwat keduanya, Mahkamah Rayuan tahun lalu menjatuhkan hukuman terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana melakukan salah laku seksual terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah unit kondominium di Desa Damansara, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Pada 2012, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar atas alasan integriti sampel diragui.

Bagaimanapun, Zabidin menerima Saiful sebagai saksi berkredibiliti. Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari ini akan menentukan sama ada testimoni Saiful mampu membalas ruang-ruang kosong dalam hujah pasukan pembelaan Anwar. – TMI

ULASAN GB

GB sudah ulas semalam. GB katakan bahawa Keangkuhan Itu Ada Harganya!

Memanglah terpulang kepada Presiden PAS itu untuk hadir atau tidak. Namun hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. TANGGUNGJAWAB, apabila tidak dilaksanakan Haji Hadi perlu menerima padahnya. Haji Hadi bukan saja dilaporkan ponteng mesyuarat PR, malah ponteng persidangan parlimen... (walaupun dipilih rakyat dan dibayar gaji untuk menghadiri persidangan Parlimen).

Haji hadi nampaknya tidak mahu belajar dari Hukum Kebenaran dan Keadilan. Beberapa bulan yang lepas, beliau baru saja dibawa ke kandang orang salah di mahkamah kerana saman RM2 juta kerana memfitnah.

Walaupun plaintif tidak berjaya didalam samannya, tetapi maruah Haji Hadi yang punah dan musnah apabila Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa di dalam penghakimannya berkata :

"Mahkamah mendapati kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

Bercita-cita nak jadi Perdana Menteri Malaysia tetapi dari awal sudah menampakkan keangkuhan dan gagal menjalankan tanggungjawabnya. Mana mungkin boleh tercapai cita-cita nya itu jika demikian sikapnya?

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jadi MB Terengganu tak lama kerana PAS/PR kalah. Menunjukkan Hj Hadi tidak ada dan tidak layak jadi pemimpin. Ego dan banyak cakap. Samalah dengan Tok Mustapa Ali. Tetapi tak pandai main politik.

Tanpa Nama berkata...

Orang pas yang bertaraf tinggi akan jawap: siapa tu sasterawan NEGARA berbanding dengan ulama suci mulia DUNIA? Tuan president pas dah bertaraf dunia maka beliau akan buat terbaik agama dan Negara.

Lagi pun pak pun tiada pengetahuan kelulusan agama maka tiada Hak tegur sriram ulama mulia berilmu tinggi.

Tanpa Nama berkata...

Tuan jangan cakap buruk ulama Tanpa bukti. Kerana tuan sendiri jadi buruk dengan tuduhan Tanpa bukit.

Sama juga sesiapa yang buat tuduhan pill kuda, barua dan broker Tanpa bukti. Dia lah sendiri barua broker jual maka pill kuda.

Tak Kira dia tu siapa walaupun presideng Amerika or parti apa atau guru taraf dunia.

Tanpa Nama berkata...

Pak Samad
Orang macam Hj Hadi ni bukan makan cakap
Buat kan satu sajak untuk Hj Hadi dengan bahasa yang tepat padat

Tanpa Nama berkata...

Mcm ni punya perangai nak jadi PM
Yang dia tahu tubuh kumpulan macam is atau macan al sisi Lagi teruk dari umno nak jaga kuasa

Tanpa Nama berkata...

So freaking weird we have to tech a world class "guru" what is his responsibility?

I guess he know very well, just too bad he has been paid handsomely for not doing the responsibility,

Is this fitnah? I am talking about Obama aka guru of Amerika lar. The latest nickname of leader if free word . Will Obama send his macai hunt people around ? Or lawyer?

mazrab kanan berkata...

Buruk bebenuh pimpinan kalau bertelagah

Malaysiabaru berkata...

Sifat diktator hadi Ping Marang terserlah.. Dah tua bangka punai kn pump ijn pun masih nk jadi presideng...
P.s dek kerana 2dan3 kerat menantu dan kawan menantu bekas ank mursyidul... Ex pelajar al azhar confirm sesat dek Mesir yg pro yahudi

Tanpa Nama berkata...

TGHH patut letak jawatan
Kesombongan nya buat pengundi meluat
Kita bukan tentang ulamak. tapi kita tentang kesombongan dan tak cerdik pemimpin yg bergelar ulamak macam TGHH ni
sorry haaaa...

Tanpa Nama berkata...

Hadi? Gone case! Tak paham? Tanya din ayam!

Tanpa Nama berkata...

TUAN

DAH TERBUKTI TGHH TAK PANDAI MEMERINTAH KALAU TAK, MANA MUNGKIN TERENGGANU HANYA SATU PENGGAL SAHAJA DIKUASAI PAS.

ADA SIAPA NAK BANTAH?

Tanpa Nama berkata...

releks, releks....


dalam pemilihan parti nanti, kita jatuhkan dia.


SETUJU SEMUA?