29 Jan 2015

[VIDEO] Raja Saudi Tinggalkan Obama Semasa Azan Asar Berkumandang


Subhanallah, ternyata masih ada pemimpin negara yang seperti ini. Ketika azan berkumandang ditengah acara Sambutan Obama, Raja Arab Saudi, Raja Salman, menghentikann dan meninggalkan protokol untuk segera melaksanakan solat Asar.

Ketika itu, Presiden AS Barack Obama memimpin sebuah delegasi kongres, pegawai kanan dan dua bekas menteri luar negera Amerika Syarikat ke Arab Saudi, hari Selasa (27/1), untuk menyampaikan penghormatan dan takziah kepada keluarga kerajaan, kerana kewafatan Raja Abdullah.

Dikutip dari MuslimDaily.net (28/01/2015), kedatangan Presiden America Barack Obama dan wanita pertama negara itu, Michelle Obama serta rombongan disambut raja baru Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul-Aziz Al Saud setibanya di lapangan terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi.

Ditengah acara sambutan kenegaraan ini, ada kejadian yang sangat menarik. Ketika azan Asar berkumandang Raja menghentikan protokol sambutan dan meminta izin pada tetamunya (Obama) untuk menunaikan solat terlebih dahulu. Kejadian tersebut disaksikan jutaan rakyat melalui siaran television secara langsung.

Peristiwa tersebut mendapat komentar positif dengan perasaan bangga dan hormat karena menempatkan solat dalam keutamaannya.

Anggota Dewan Fatwa Wilayah Qashim, Dr Kholid al-Mushlih menyatakan : “Bahawa apa yang dilakukan oleh pelayan dua tanah suci Raja Salman bin Abdulaziz hari ini dengan mengutamakan solat dan melaksanakannya di tengah-tengah kunjungan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama merupakan bukti rasa hormat terhadap hukum Islam dalam segala situasi”.

Beliau juga menjelaskan bahawa sikap King Salman memberikan petunjuk kepada semua, bahawa hak Allah berada diatas hak apapun dan siapapun, dan sikap ini memberikan jaminan dan ketenangan bahawa pemimpin kami sangat memberi perhatian terhadap syariat islam walaupun dalam kondisi dan keadaan apapun.

Berikut video detik-detik Raja Salman Meninggal Barack Obama Demi Menjawab Panggilan Azan




11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak apa yg nak ku ucapkan, selain ALHAMDULILLAH. Semuga istiqamah.

Kalau pemimpin macam ni, baru le rakyat soka sangat2.

Yong Intan Noor berkata...

Salam GB

Yong perhatikan takde pulak Michele Obama tu berebut nak bersalam dengan mamat2 Arab tu.

Buruk2 si Michele dari US kafir. beza betui dengan Malaysia, negara Islam erk?

Tanpa Nama berkata...

Allah dan suruhannya lebih besar dari segala2nya

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah

Pemimpin tinggi PAS pun tak macsm ini.

Tanpa Nama berkata...

Bila Raja dan Orang paling kaya pun segera kan solat kita yang dah sememang tak seberapa pulak yang melewatkan solat

Begini lah cara Raja dan Orang yang kaya raya berdakwah

Sebab jika kita bandingkan orang yang berilmu dan alim dengan kita susah kita nak kaitkan dengan dakwah Kerana Ilmu tak nampak Harta pangkat boleh nampak

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Namun kegembiraan ini tidak mampu mengubah takdir,... dajal semakin menghampiri masanya,...

Nostalgia abkk berkata...

Kalau di Malaysia isteri pun tak tutup aurat...

Anti Fitnah berkata...

Semasa pembentangan budget di Parlimen, PM bagi Negara Islam Malaysia tak berhenti dan tidak mengajak kawan-kawannya solat asar pun.
Hal ni bukan berlaku la ni. Sejak Zaman Mahathir sampai la ni (termasuk DSAI). Hebatnya amalan Islam dalam pemimpin kita.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak persoalkan pemimpin UMNO juga? Mereka pun Islam.

Tanpa Nama berkata...

Tu lh pasal msia ni lintang pukang ...hee

Faqirulkhoir berkata...

Salaam, MasyaAllah, Alhamdulillah dan t.kasih kerana menyiar berita ini. InsyaAllah, Tuan Blogger akan dibalas dgn kebaikkan. Yg mahir menyalin, menyebar kongsi berita ini mungkin bolih berbuat demikian. Membaca berita ini mmbuat gue terkenang pd Presiden Dr. Muhammad Mursi dari Mesir, yg apabila masuk waktu ketika sedang berucap pd khalayak ramai, memberhenti ucapannya, lantas melaungkan azan.