28 Jan 2015

[PENGAJARAN] Bekas Isteri Jimmy Shanley Dipenjara

Kiri Jimmy Shanley, kanan Nursuhaila Eliani Suhaimy

Bekas isteri pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 35, dihukum penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebentar tadi kerana dengan sengaja ingkar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anak pasangan itu.

Hakim Syarie, Mawardi Che Man mengarahkan hukuman ke atas Nursuhaila Eliani Suhaimy, 29, bermula hari ini.

Jimmy mendakwa masih gagal berjumpa anaknya, walaupun mahkamah pada 8 April 2013 mengeluarkan perintah membenarkan hak lawatan dan bermalam dengan anaknya.

Jimmy berkahwin dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 namun bercerai pada 10 Oktober 2012. Hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia 3 tahun.

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada Aparil 2013 telah memutuskan hak penjagaan anak perempuan pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley iaitu Zahrah Rania Shanley kepada bekas isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25.

Jimmy telah diberikan hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu bersama anaknya yang berusia setahun sembilan bulan itu. Hak lawatan dan bermalam itu bermula pada pukul 10 pagi Selasa sehingga Khamis pukul 6 petang setiap minggu selain kebenaran menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir.

Jimmy telah berkahwin lagi kali kedua pada 7 Jun 2014 dengan pasangannya Mariam Jamilah Abdul Jalil.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kawin cerai orang orang melayu bagai mainan tanpa tanggung jawab.

Hanya gagal kawal nafsu , anak jadi mangsa cerai berai.

Bahalol saja.

Tanpa Nama berkata...

Bukan semua Melayu/Islam suka bercerai.

Tanpa Nama berkata...

Kes pertama perempuan yang di penjarakan hina mahkamah Syariah tapi lelaki yang tak bayar nafkah rasanya lagi ramai

Memberi hak melawat dan bersama ayah atau ibu bukan saja mesti adil kepada ayah dan ibu tapi mesti adil kepada anak anak supaya membesar dalam suasana yang sesuai ikut perkembangan anak

Ayah dan ibu mesti bertolak ansur demi anak anak kalau dalam seminggu kejap dengan emak kejap dengan ayah anak akan hilang arah dan tertekan

Apa lagi kalau ibu ayah yang sibuk tapi dijaga orang lain semata mata sengaja ambil anak kerana mengikut hak yang diberi

Lebih kejam si ayah langsung tak dapat jumpa anak yang di rindui nya

kasihan lah pada anak anak