19 Jun 2014

Peneroka FELDA Laungkan "Reformasi"


Reformasi’ bergema di Dewan Rakyat, peneroka lakar kejayaan

KUALA LUMPUR 18 JUN: ‘Reformasi’ bergema di luar lobi Dewan Rakyat hari ini sebaik 300 peneroka Felda melaungkan ungkapan keramat itu setelah dilaungkan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Mereka sebelum itu diiringi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan segerombolan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berarak menuju ke perkarangan Parlimen setelah berpanas terik berhimpun di jalan luar bangunan itu.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, perhimpunan tersebut adalah simbol permulaan yang baik kepada masa hadapan peneroka.

Katanya, walaupun hujah dan perbahasan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berhubung petisyen rayuan peneroka ditolak, tetapi mereka tetap menang dalam memperjuangkan hak rakyat.

“Perhimpunan peneroka adalah petanda awal negara akan berubah dalam masa terdekat.

“Kita bawa suara rakyat yang dibenarkan oleh perlembagaan, tetapi ditolak Dewan Rakyat.

“Kalau dulu peneroka adalah kubu kuat Umno, tetapi itu sudah jadi sejarah.

“Ini adalah satu kejayaan dan tak pernah berlaku. Saya bangga kerana inilah pertama kali peneroka berjaya berhimpun di depan Parlimen. Kejayaan ini adalah permulaan yang baik,” kata Azmin.

“Saya harap peneroka jangan lemah semangat. Berani atau tidak?”, tanya Azmin dan terus disambut peneroka: ‘berani’!

Azmin seraya itu melaungkan: ‘Lawan tetap lawan’, serta ‘Reformasi’ dan laungan itu bergema di seluruh kawasan Parlimen apabila diungkap semula oleh peneroka. -KD












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak payah nak susah susahlah nak tolong dia orang. Ingat sikit masa pilihanraya apa yang dia orang pangkah. Bukannya nak balas dendam. Buat baik biar berpada pada. Melepaskan anjing yang tersepit lepas tu gigit tangan orang yang tolong.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh mcm telor. Demo 300 org jer? Menteri tak pandangpun. Alang alang ajak laa 50000 org, baru bergegar parlimen, baru laa org tau harga sawit yg dibeli terlalu rendah. Peneroka lain mana? Tido?

Tanpa Nama berkata...

Ini baru langkah permulaan bagi peneroka untuk menegur kerajaan. Syabas.

Tanpa Nama berkata...

Takut x dpt brimm

Tanpa Nama berkata...

in response to Takut x dpt brimm , by Anonymous

Hehe

Tanpa Nama berkata...

in response to Takut x dpt brimm , by Anonymous

Hehe