Perkembangan Banjir: 14,067 mangsa banjir di Kelantan setakat 3 petang
KOTA BAHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan daripada 14,706 orang pada tengah hari, kepada 14,067 orang setakat jam 3 petang Jumaat.
Menurut portal banjir kerajaan negeri, mangsa kini ditempatkan di 84 pusat pemindahan di lapan jajahan iaitu Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Tumpat dan Bachok berbanding 99 pusat pemindahan pada tengah hari.
Di Pasir Mas, jumlah mangsa banjir kekal 7,548 orang dan kesemua mereka kini ditempatkan di 31 pusat pemindahan (berbanding 32 pusat pemindahan pada tengah hari), antaranya di Masjid Chasi, Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Uban dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kangkong.
Jumlah mangsa di Kuala Krai juga kekal 2,459 orang dan kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan, antaranya di SK Telekong, SMK Keroh, SK Sungai Embak dan SM Teknik Kuala Krai.
Dalam jajahan Tanah Merah, jumlah mangsa berkurangan daripada 775 orang pada tengah hari kepada 729 orang, dan semua mangsa ditempatkan di 14 pusat pemindahan (15 pusat pemindahan pada tengah hari), antaranya SK Kulim, Madrasah Kampung Renat dan Madrasah Bendang Besar.
Di Machang, jumlah mangsa menurun daripada 1,301 orang pada tengah hari kepada 362 orang dan semua mereka ditempatkan di lapan pusat pemindahan (21 pusat pemindahan pada tengah hari), antaranya di Madrasah Sungai Mas, SK Pangkal Meleret, SJKC Pei Hwa dan SK Hamzah 1.
Jumlah mangsa di Kota Baharu pula meningkat daripada 1,399 orang pada tengah hari kepada 1,431 orang petang ini dan kesemua mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan (jumlah pusat pemindahan kekal), antaranya di SK Tiong, SK Sri Ketereh, SK Mulong, SK Dewan Beta dan SMK Melor.
Dalam jajahan Pasir Puteh, jumlah mangsa kekal 619 orang dan mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan (jumlah pusat pemindahan kekal) iaitu SK Wakaf Raja, SK Changgai, SMK Kamil dan SK Kamil I, manakala dalam jajahan Bachok, jumlah mangsa juga kekal 60 orang yang kini ditempatkan di SK Pak Badol.
Di jajahan Tumpat, jumlah mangsa meningkat kepada 859 orang berbanding 545 orang pada tengah hari dan mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu di SK Kebakat, SK Pengkalan Kubor 1 dan SK Kok Keli.
Setakat 3 petang, paras air di empat sungai walaupun menurun, masih berada pada tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.43 meter (paras bahaya 9.00 meter).
Paras air di Sungai Kelantan iaitu di Tambatan Diraja, Kota Baharu dilaporkan berada pada paras 5.12 meter (paras bahaya 5.00 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai merekodkan bacaan 25.09 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah mencatatkan bacaan 16.82 meter (paras bahaya 16.00 meter).
Keadaan cuaca dilaporkan mendung. - Bernama
Bayi lemas terlepas dukungan ibu semasa redah banjir
Kuala Krai: “Arus yang sangat deras meranapkan bumbung rumah tempat kami berlindung sekali gus menghanyutkan kami.
“Ketika itulah bayi saya terlepas dukungan,” kata Suhana Muhamad Abdul Ghani, 34, ibu malang yang kehilangan bayi berusia 20 bulan dipercayai lemas akibat banjir.
Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, Nor Adriana Adila Asrol Afendi berada dalam dukungan Suhana ketika dia bersama lima anaknya dan ibu bapanya mahu menyelamatkan diri selepas rumahnya di Kampung Kuala Bertam, di sini, dinaiki air.
Katanya, ketika menyedari air naik hampir tiga meter, mereka sekeluarga mengambil keputusan memanjat bumbung rumah dan berlindung di situ sehingga menunggu bantuan tiba.
Bagaimanapun, kejadian malang berlaku apabila arus deras meranapkan rumah keluarga berkenaan dan turut menghanyutkan mereka.
“Suami tiada di rumah ketika itu kerana bekerja, malah kami pun tidak sempat ke tempat lain dan hanya memikirkan bumbung rumah kerana air naik dengan cepat.
“Dalam keadaan hanyut dibawa arus deras itu, anak bongsu dalam dukungan terlepas. Saya diselamatkan ibu yang menarik tangan saya untuk berpaut pada dahan pokok rambutan.
“Lima anak yang lain juga berpaut pada dahan sama sebelum kami diselamatkan penduduk kampung lapan jam kemudian,” katanya ketika ditemui di rumah saudaranya di Batu Jong, di sini, semalam.
Menurut Suhana, akibat kejadian itu, anak ketiganya Nor Erini Nazirah, 9, patah tangan kanan akibat tersepit pada dahan pokok.
Katanya, anak sulungnya Ayuni Natasha, 16, menghubungi suaminya, Asrol Afendi Yusof, 40, bagi memaklumkan kejadian itu.
“Mujur telefon bimbitnya masih boleh digunakan. Suami menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan,” katanya yang masih sedih mengenang nasib anak bongsunya.
Sementara itu, Asrol Afendi berkata, usaha mencari dan menyelamatkan Nor Adriana Adila diteruskan pihak berkuasa.
Remaja maut dalam banjir selepas diserang sawan
TUMPAT - Seorang remaja mati lemas apabila terjatuh dalam air banjir selepas diserang sawan di halaman rumahnya di Kampug Teluk Jering, di sini pagi tadi.
Mangsa, Che Muhamad Che Hasan, 17, yang cuba diselamatkan ibunya, Kalsom Ismail, 56, tetapi gagal.
Dalam kejadian jam 7.10 pagi mangsa turun di halaman rumah bersama ibunya yang dinaiki air sedalam satu meter.
Menurut portal banjir kerajaan negeri Kelantan, mangsa banjir kini ditempatkan di 108 pusat pemindahan berbanding 90 malam tadi, yang dibuka di semua sembilan jajahan - Kota Bharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Gua Musang, Tumpat dan Bachok.
Setakat pukul 8 pagi, paras air di lima sungai menurun namun masih berada pada tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.51 meter (paras bahaya 9.00 meter).
Paras air di Sungai Kelantan iaitu di Tambatan Diraja, Kota Bharu dilaporkan berada pada paras 5.34 meter (paras bahaya 5.00 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai merekodkan bacaan 25.94 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah merekodkan bacaan 17.38 meter (paras bahaya 16.00 meter).
8 ulasan:
Kelantan kerap kali menerima bala dari Allah SWT setiap tahun , pasti ada hikmah nya yang gagal di pelajari oleh kepimpinan negeri ulamak PAS.
Mesti ada masalah sehingga Allah SWT mendatangkan bala pada rakyat Kelantan.
Kelantan miskin , orang orang Melayu nya ada banyak masalah dari malas , merempit , meragut , merogol , rasuah hingga ke buang anak. Apa yang tak ada di Kelantan ?
Kepimpinan negeri kuat Agama Islam nya dan Ulamak , namun kedua dua kekuatan ekonomi dan keagamaan Islam tidak lah kuat di kalangan penduduk Kelantan majoriti Melayu Islam.
Banyak cakap agama nya , banyak cakap saja tapi hasil KOSONG!!!
Kelantan perlu ubah kepimpinan yang bijak ada nilai ekonomi. Yang ada sekarang hanya lah gaya Islam tetapi kebijakan ekonomi Islam KOSONG!!!!
Semua otak nak makan gaji saja.
Yg komen tu yahudi ke nasrani bala bencana mala petaka adalah darinya nape kita mesti pertikaikan manusia memang sentiasa diuji utk menentukan tahap keimanan mereka sabar atau pun tidak. Bukan utk bersenang lenang diatas dunia yg fana ini bahalol. Ini mesti komen dari puak umno porno.
Kelantan banjir biasa sebab monsun timur dan kedudukan Kelantan di Laut China Selatan Biar pun ada seribu orang macam TGNA Biar pun ekonomi Kelantan sepuluh kali bagus dari Selangor Hukum Alam telah di tetapkan
Melainkan kalau Kelatan tak banjir dan turun Salji salju ketika monsun ketika itu boleh lah kita kata sebab Kelantan di pimpin ulamak Kerana satu keajiban telah berlaku yang tak masuk akal
Bandingkan pula Kelantan dengan Cameran Highlan Bukan sebab monsun pun Bukan sebab ada laut pun Tapi tanah runtuh Yang terkorban pun bukan sebab kecuain tapi sebab dah tak boleh nak lari
Banjir di Kelantan bukan bala Tapi hujan lebat turun ikut masa yang telah ditetapkan atau di panggil musim Tapi apa yang berlaku di Cameron Highland ialah bala Bala tanah kena teroka Bala pendatang haram
Setan setan berkerja kuat untuk menghancurkan Kelantan kerana di negeri negeri lain setan buat tak tahu
mu kecek sajo. mu tahu dok ujian maghi dari allah kalu negeri trengganu banjir mu tak kato pulok. duit ikhsan lagi banyok. piu.....
Paspus n umnongok.. melayu bodoh..HIDUP PKR N DAP..Kick out this stupid malay party.
Allah menduga hamba yang disayangi... Ya Allah, Kau selamatkanlah dan lindungilah semua saudara saudaraku. Jauhkanlah segala bala bencana ini... Kami bertaubat atas segala dosa- dosa dan silap salah kami. Sesungguhnya dari Mu kami datang dan kepada Mu kami akan kembali.... Amin...amin...amin...ya rabbal alamin.
Saya tak menyebelahi sesiapa, tapi tolonglah wahai saudara2 ku sekalian...x yah nak menuding jari kat sapa2...ingat satu perkara, ALLAH maha mengetahui...kita manusia x tau apa pun..hanya ALLAH jek yg tau sbb suma ni berlaku..mari kita berdoa buat suma mangsa banjir ni...selebihnya kita serah kat ALLAH...
Ada syurga Ada neraka
Ada dosa Ada pahala
Ada baik Ada jahat
Ada otak Ada yang tak berotak
Nak serah tepak sirih pun ikut adat
Nak serah kunci bilik hotel pun ada proseduer
Dalam hubungan dengan Allah jangan lupa ujud hubungan dengan manusia Ketentuan Tuhan ketentuan Tuhan jugak Tanggungjawab pada orang baŵah dan susah adalah tetap tanggung jawab kita seperti yang di amanahkan
Catat Ulasan