20 Dis 2014

Wajah Samseng Jalanraya Hentam Hilux Milik Kerajaan Selangor Tersebar


Baru-baru ini, satu lagi gambar yang didakwa kes buli jalan raya tersebar di media sosial. Kejadian buli itu melibatkan sebuah kereta Perodua MyVi dan juga sebuah Hilux yang dimiliki oleh Unit Vektor Jabatan Kesihatan Daerah Ulu Langat.

Dipercayai, lelaki pemandu MyVi bertindak memecahkan cermin kereta Hilux yang terlibat dengan menggunakan stereng lock.

Terdapat tiga gambar yang diselitkan bersama dakwaan ini. Gambar pertama(atas) memaparkan pemilik MyVi yang terlibat keluar dari kenderaannya sambil membawa 'stereng lock'.

Gambar kedua dan ketiga pula memaparkan kereta Hilux milik Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat yang sudah dipecahkan cermin sebelah kanan.


Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah mengesahkan kejadian ketika dihubungi. Menurut pihak terbabit, kejadian berlaku pada semalam (16 Disember) dan laporan polis telah pun dibuat.

Namun pihak tersebut enggan mengulas lanjut tentang kejadian tersebut

TERBARU

LELAKI yang bertindak samseng memecahkan cermin kereta sebuah kereta Hilux milik Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di Lebuhraya SILK telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang lebih kurang jam 5.30 petang semalam.

Lelaki berkenaan, yang juga seorang jurulatih kecergasan memandu kereta MyVi milik tunangnya ketika kejadian.

Selain memecahkan cermin Hilux, lelaki tersebut juga dilaporkan menggugut kakitangan Pejabat Kesihatan tersebut. Sebab ugutan tidak pula dinyatakan.

Tindakan lelaki berkenaan telah mendapat perhatian ramai setelah gambarnya bersama stereng lock disebar di media sosial.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melayu lagi....

Apa lah bebudak ini belajar di rumah dan sekolah kechik kechik dulu ????

Kesian Mak Bapak tengok anak tak jadi orang....

Orang Utan pun ada akal tak serang orang.

Sedih kan.

Unknown berkata...

Dia blajar dri pemimpin dia le yg suka buli tu tk ikut undang2...nk kta guana lg. Awk boleh menafikan hak rakyat kerana politik yg tak sokong awk...rakyat jadi keliru dan ganas.

Tanpa Nama berkata...

Kalau anak org kenamaan..nanti gugur kes lah ni..atau keluarganya kenal polis...habis cerita...

Tanpa Nama berkata...

Harap jodoh dia dengan tunang dia putus sebab dia lelaki yang tak sesuai dengan tunang dia

Eluk jodoh dia dengan Minah stearing lock Lupa pulak nama Minah stearing lock tu Sori

Bila hari nikah hadiahkan stearing lock untuk mereka berdua guna bila bergaduh sesama mereka

Dia ingat serah diri pada Polis dia selamat Walaupun cerita dia pemandu Hilux memandu dengan bahaya atau menghimpit dia Dia tetap bersalah kerana bertindak 'Suka Hati'





Tanpa Nama berkata...

Kita tengok gambar je. Biasa org bw pickup ni mmg kurang ajar. Lebih2 lagi kenderaan rasmi. Drang ingat drang besar.
Sebab apa org ni mengamuk kita tak tau. Tak kan tak pasal2 je kn

Tanpa Nama berkata...

helo anon 12:37

dalam keadaan apa sekalipun, perlakuan memecahkan cermin kenderaan org lain tu memang perangai gila dan samseng.

kamu ni macam perkasa, mengamuk dan letak undang2 dalam tangan, x hiraukan undang-undang negara.

Tanpa Nama berkata...

Pengalaman atas lebuhraya, pemandu pickup begini sememangnya kurang beradab. Mahu memotong dengan ganas.
Pemandu pickup milik kerajaan juga terpengaruh dengan cara pemanduan begitu. Aku sendiri pernah lihat pickup felda konvoi di lebuhraya memandu dengan lagak samseng, memotong kiri kanan.
Sesekali biar mereka diajar begini. Kalau boleh ajar juga pemandu luar @singapura dan thailand. Biar mereka tahu adab tempat orang.

Tanpa Nama berkata...

Saya anon 1237 pernah memandu dibelakang pikup rasmi. Orng dlm pikup ni kurang ajar mkn buah rambutan kulit buang keluar. Kena cermin depan kete sya. Awak kalau kena mcm saya mau yak naik darah. Jadi jgn judge hanya dari sekeping gambar. Banyak lagi hal dgn pickup ni. Kena himpit jgn cite la. Tapi bukan semua

aca007 berkata...

Aku rasa la kan pickup tu salah sebab tu mamat samseng tu berani tunjuk dia punya samseng, dan pickup tu tau sendiri yg salah ! Namun aku bukan sokong mamat samseng tu. Mamat tu Low Class Mind! Semua sedar bahawa kita ada undang2; masalahnya kekadang undang2 tak menyebelahi yg benar ! Tu yg samseng jadi gila.

Tanpa Nama berkata...

Design pick up tu pun memang untuk lasak macam samseng Jarang lah jumpa pemandu pick up yang steady melainkan dalam bandar tu pun suka ciluk

Kalau kena kulit rambutan atau kena himpit sebab nak ciluk atau mencelah kiri kanan bukan pick up tapi kereta biasa kenapa tak marah sangat macam kereta pick up

Saya marah pada orang yang buang sampah ikut suka hati samada kereta biasa atau pick up

Apa sebab kereta pick up motong kiri kanan semasa di lebuhraya kalau tak kereta macam MyV tak ketepi Selalu lah pandang cermin bagi lah laluan

walaupun pick up salah adakah kesalahan nya di buat tiga empat kali dan di himpit berkali kali Macamna MyV tu boleh kejar kereta pick up ?


Tanpa Nama berkata...

Dulu2 masa aku muda2 baru dapat lesen, aku bawa kereta laju, kadang2 aku makan rembutan, kulit aku campak luar.

Pernah aku cari stesen minyak, tapi aku drive di laluan laju, bila nampak stesen sebelah kiri aku terus ke laluan kiri tanpa amik kira kenderaan belakang.

Tiba2 ada lori masuk ke setesen minyak tu & drivernya marah2 aku, alhamdulillah dia tak lempang atau pecahkan cermin kereta aku. Terkebil2 aku.
Banyak sangat keselahan aku masa aku muda dulu yang aku tak sedar.

Alhamdulillah, sekarang aku dah sedar sangat2. Kalau aku nampak mereka2 buat keselahan macam aku dulu2, aku tak marah, sebaliknya aku doakan mereka , & kalau nak tegur, aku akan tegur cara baik.

Kerana kadang2 , manusia nia ada yang ok pada satu segi, tapi di segi lain mereka lalai/tak terfikir.

Unknown berkata...

cubaan membunuh

Tanpa Nama berkata...

Kiki dan kaka ahli perkosa