19 Dis 2014

Fara Fauzana Hantar Mesej Mengejutkan Kepada Dr.Masyitah!

Apabila seseorang itu telah berhijrah dan memenuhi imej yang sepatutnya dalam hidup beragama tak perlu lagi dia nak menjawab soalan mengapa dan kenapa perubahan itu berlaku. “Pada saya hanya ucapan tahniah harus diberikan, untuk memastikan orang itu akan terus kekal dalam penghijrahannya. “Saya berhijab kerana Allah SWT,” jelas Fara atau dikenali juga sebagai ‘Fafau’ ketika ditemui The Rakyat Post. 

Fara yang juga pengacara rancangan televisyen NONA berkata, sejak berhijab dia sering memohon doa agar dirinya bertemu guru mursyid yang membawanya ke jalan yang benar mengikut tuntutan syarak. “Saya suka mendengar ceramah ceramah agama. Dalam doa saya selalu minta perlindungan Allah SWT agar ilmu yang saya cari itu tidak membawa ke jalan yang menyesatkan, mudah-mudahan membawa saya ke jalan yang benar,” katanya. Fara berkata, kalangan pendakwah tempatan sebenarnya telah berjaya menyampaikan dakwah di kalangan artis dan selebriti di negara ini dengan baik. 

Sambil menjelaskan perubahan beliau juga tiada kaitan dengan sebarang parti politik atau pertubuhan, Fara berkata memakai hijab tidak bermakna dia akan mengehadkan hubungan yang sudah lama terjalin dengan semua pihak yang membantu perkembangan kariernya. “Saya (hanya) akan menghadkan diri saya untuk bercakap soal agama kerana saya bukan individu yang layak untuk membuat sebarang komen mengenai isu-isu tertentu,” ujarnya yang bimbang ada pihak tertentu mengaitkan selebriti dan artis sepertinya dengan pertubuhan tertentu. 

Ditanya mengenai penampilan selepas berhijab, beliau mengakui perlu lebih teliti memilih pakaian yang ditaja. “Saya bergabung dengan FF By Maganda buat pada masa ini untuk menyediakan fesyen yang bersesuaian dengan imej hijab yang akan digayakan dalam majlis. “Saya cuba elak berpakaian ketat menampakkan bentuk tubuh,” kata Fara. -ekeleh

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

heh3

Unknown berkata...

Saya setuju pandangan awak. Memang si Mashitah ini ada lalok sikit dalam hal yang macam ini. Banyak komen2nya terkeluar landasan akal. Terfikir juga macam mana dia ini bagitu dunggu. Ustaz Azhar Idrus pun pernah tegur.

Lebai Roger berkata...

Betul tu, yg tak pernah hijrah tu masyitah je......dok takok lama da!

Sani berkata...

Dulu lg nabi dh pesan ttg ulamak suk...masyitah tu cuma contoh yg allah nk tunjuk kt kita...ada yg diberi hidayah utk nmpk dan ada yg tidak...

Mej Mior Rosli TUDM (Bersara) berkata...

Mashita ini hanya pensyarah di universiti..kerana rupanya..kerana forum2 ceramah agam di TV..dia dapat Dato..pastu terus di lantik jadi politikus dan jadi menteri...inilah masaalah umno

Tanpa Nama berkata...

Segala puji pujian bagi Allah yang Maha Mengetahui

Dulu saya sendiri memandang artis atau mereka yang berhijrah dengan sinis Ada yang berkata dia akan berhijab dalam masa dua tahun Ada yang kata akan berhijab selepas bernikah Ada yang kata akan berhijab bila dah berumur

Begitu lah susah nya nak mulakan berhijab Memerlukan kekuatan Bukan boleh di buat 'suka hati' Apa lagi selebriti seperti Fara dan lain lain

Namun ada juga yang berhijab kerana rambut dah beruban Selagi rambut masih mengembang selagi itu lah tak berhijab Kebanyakan artis mempunyai rambut yang sihat dan di jaga rapi Mereka sanggup mengorbankan kecantikan yang mereka miliki

Malang nya ada yang berhijab tapi berkelakuan tidak senonoh Ada yang berhijab mulut bau longkang Ada yang berhijab tapi bertambah teruk hati nya Ada yang berhijab dan dah berumur tapi perasan di masih cantik

Maka kekal kan lah sepanjang masa berhijab kerana Allah

Tanpa Nama berkata...

Mashitah ustazah dajjal.
Berzina dibenarkan jika darurat.
Bangang tahap babi hutan..