17 Nov 2014

Ramai Terkejut & Lahirkan Rasa Kecewa Dengan Jawapan Hadi


Ikut sayalah nak hadir atau tidak mesyuarat Pakatan, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membidas kembali pengkritiknya kerana tidak hadir dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) dan mengatakan terpulang kepadanya untuk berbuat demikian.

Sebelum ini rakan komponen PR seperti DAP menggesa Hadi untuk hadir ke mesyuarat Majlis Presiden PR kerana hanya beliau yang mempunyai kuasa veto dalam PAS.

“Saya tidak perlu diminta (hadir), (kalau) saya hendak hadir, hadirlah,” katanya Hadi kepada pemberita di Gombak hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu diminta mengulas resolusi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP yang sebelum ini mendesaknya agar menghadiri mesyuarat PR.

“Atas sayalah hendak hadir (atau) tidak mahu hadir," kata Hadi apabila ditanya apakah beliau akan hadir ke mesyuarat PR akan datang.

Sinar Harian melaporkan hari ini, Hadi akhirnya memberitahu tahap kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya, sekaligus mempengaruhi penglibatannya dalam aktiviti politik.

Menurut Hadi, keadaan kesihatannya juga turut membataskan dirinya untuk menghadiri mesyuarat PR.

“Saya masih belum sihat lagi, masih dalam rawatan,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sementara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini kesal kerana PAS tidak memahami resolusi CEC partinya yang menggesa Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR.

Lim berkata, gesaan itu demi memulihkan semula kepercayaan rakyat dan keyakinan dalam PR semua tiga parti komponen perlu menunaikan janji serta menunjukkan komitmen penuh mereka.

Namun sebaliknya, Lim berkata hasrat itu disalah tafsir dan pemimpin PAS memberikan reaksi negatif terhadap parti itu.

"Permintaan ini munasabah memandangkan Hadi satu-satunya individu dalam PAS yang mempunyai kuasa tunggal dalam membuat keputusan serta memiliki kuasa veto mutlak, melebihi keputusan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

"Ini menyebabkan kehadiran Hadi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR wajib jika PR berfungsi sebagai satu gabungan serta menjamin dasar perpaduan," katanya.

Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, pemimpin PAS cuba mengalih isu daripada hakikat sebenar dengan mendakwa PR mampu berfungsi tanpa kehadiran Hadi.

Malah, katanya PAS membuat kenyataan palsu apabila mendakwa rekod kedatangan beliau lebih rendah berbanding Hadi.

"Pemimpin PAS perlu semak fakta sama ada Hadi hadir mesyuarat PR lebih banyak berbanding saya," katanya.

Beliau berkata, PR tidak boleh berfungsi sepenuhnya jika Hadi tidak hadir mesyuarat, menyebabkan PKR dan DAP tertanya-tanya mengenai keputusan yang akan dipilih presiden PAS itu. -TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak bawa PAS keluar dari PR tak boleh, itu keputusan muktamar. Jadi nada bercakap tu semacam minta ditendang keluar je...gapo tuang presideng ni ghoyak mace nelayang nak gi tangkap ikang je. Mace ni ko pemimpin Isle tarap dunia?

Tanpa Nama berkata...

dulu masa ak sekolah rendah, aku dilantik jd ketua pengawas..tp disebabkan aku x dtg mesyuarat hanya sekali, aku dipecat dari jwtn ketua pengawas...aku bersyukur sbb tindakkan tu memberikan pengajaran kpd aku n semua org..mmg ak xlayak pegang jwtn sbb x amanah. 2 skolah rendah je..tp klu dh pegang jwtn presiden parti x hadir mesyuarat PR smp 10 bulan, parlimen xhadir..agak2 ape tindakkan yg wajar kt olamak UG ni? bila ditegur melenting, bila ditanya bg jwpn mcm org xde akai. U put youself n other people in trouble. hadi aWANG, plz get the hell outta here! we don't need u at all!!

bat8 berkata...

GB

LGE telah menjelaskan dengan jelas lagi terang. Tak payah ada Phd macam At takiri untuk faham apa yang disampaikan.

Pokok masaalahnya ialah PR tidak boleh berfungsi dan dilihat berfungsi dengan lancar jika TGHH tak hadir mesyuarat PR. Semua keputusan tidak boleh dibuat tanpa TGHH kerana BATANG TUBUH TGHH je yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. TGHH mempunyai kuasa veto yang besar melebihi kuasa JKPP yang merupakan badan esekutif parti PAS.

Kuasa yang TGHH ada anugerah MSU dipanggil SUPER MIGHTY VETO ( SMV) bertaraf dunia. Dengan kuasa ini dia bol3h veto sebarang keputusan JKPP. Dia boleh veto sebarang keputusan Majlis Presiden PR. Dia bol3h veto keputusan UMNO, MCA, MIC dll. Kuasa esekutif Obama sebagai Presiden Amerika pun dia boleh veto ikut hangin dia.

Dengan kuasa SMV itu, jawatan Presiden PAS sudah menjadi jawatan peribadi beliau. Bukan lagi amanah ugama yang besar. PAS bukan lagi parti milek ahli tetapi mil3k peribadi beliau. Sebab itu beliau boleh bagi warning, sesiapa yang tak setuju dengan b3liau bol3h blahh dari PAS.

Hebat sungguh ulamak Dunia ni.....

ps: aku tak heran dalam sehari dua ni, TGHH akan buat u-turn. Tuduh akhbar salah petik setelah kena belasah sampai lunyai kat alam maya! Nik Amar pun dah buat u-turn dslam isu gulotin bila k3na bantai!

Amuraria berkata...

kah kah kah tuang presideng kena makang ikang banyak2 daa, ABU jangan lupa sampai mati !

Najwan berkata...

Pelik? dah tak pelik dah...Jangan dilayan dah, teruskan agenda PR, lawan mulut pun takde faedahnya dgn diorang ni.

Tanpa Nama berkata...

Amat jelas dgn memberikan jawapan sebegitu, ia menunjukkan Hadi Awang telah mempamerkan dirinya bersifat ego, sombong, angkuh dan bongkak, iaitu sifat yg tidak patut ada pd ulama. Seperkara lagi dia gagal memikul amanah sebagai ketua kerana nyata dia mengambil mudah tidak serius tanggung jawap yg tergalas di bahunya.

Unknown berkata...

sangat yakin dan megah tatkala mereka berkata ..perjuangan kami ini benar2 menurut pada syariat islam...kami menentang segala macam jenis rasuah ..kami berjuang demi keadilan..kami benci kezaliman..kami menolak ketidaksamataraan..kami melawan assobiah..sangat sombong dan jahil lalu mereka terlupa betapa segala apa yg mereka perjuangkan itu bukanlah penyelamat untuk mereka tidak terjerumus dari turut serta melakukan segala perbuatan mungkar itu.. tak perlu untuk aku mengulang betapa kepimpinan kamu juga berbuat pada apa yg kamu "benci" itu..sering kali aku menyifatkan kamu sebagai golongan yg sombong dan jahil..sebabnya adapun sifat sombong itu terlihat tatkala setiap lisan kamu itu tiada lain dari hanya khabar buruk dan celaan jika berkait pada golongan yg tidak bersama kamu terutama pada sipemerintah..dan sifat jahil kamu jelas tatkala kamu sangat yakin kamu benar2 menurut pada syariat ..sehingga kamu menyangka "pahala" yg kamu perolehi dlm urusan fardhu kifayah ( berkaitan sokongan politik)..sudah mencukupi untuk menyelamatkan kamu dari azab api neraka..sehingga kamu tidak berasa setiap celaan yg kamu lemparkan tidak mampu menelan "pahala" yg kamu perolehi..itu belum kira fitnah..adu domba..doa buruk dan aib.. bila ajak bersatu.atas dasar islam ..kamu ejek dengan kata2 aib..tapi tak menang pun PRU yg lalu..

Aj Style berkata...

Selagi mana ada Tuang Presideng macam ni, benci aku pada Pas makin bertambah.

Tak boleh ditegur, ego dan angkuh.

Tanpa Nama berkata...

Semasa saya ketua gangster pun ada mesyuarat Jangan ingat PR je ada mesyuarat Bila saya tidak dapat hadir mesyuarat ketua gangster lain dapat hidu yang kesihatan saya terganggu Tahu tahu jer semua ahli saya dah berketuakan orang lain dan saya dipecat dan di tuduh mendapat pampasan RM700,000

Pengajaran jika ada tiga kumpulan yang mewakili ahli maka mesti bahkan wajib ada perbincangan seperti mesyuarat apalagi keputusan yang sangat penting secara automatik ketua wajib hadir

Tanpa Nama berkata...

Apb dah sekelambu dgn BAPAK setan
dah sehati secocok dgn hasil licik "jijik" songlap ROMPAKAN

Apb 'agihan' hasil ROMPAKAN dah dikongsikan
Apb "UMPAN" mata KAIL dah ditelan

wajib wajib WAJIB ikut arahan!

jgn jgn sesekali LEPASkan JAWATAN!!?
jgn jgn sesekali keluar PAKATAN!?

jd lah kamu "MUSUH" ddlm PAKATAN
jd lah idup-mati gunting dlm LIPATAN
asal jgn sesekali lepaskan JAWATAN!

buat lah FITNAH apa pon kerja2 SETAN
cakaplah barua! barua! biar real mcm SETAN!?

kamu sudah berGELAP2 dgn setan
kamu sudah brkongsi nikmat2 ROMPAKAN
Ayooh!...inilah prjanjian SETAN!!!

jgn jgn jgn sesekali kamu LEPASkan jawatan!!!?

sama2kita nekad idup mati sbg SETAN
sbg setan dikenali..
& setan sarban yg brsembunyi..

MAMPOS MAMPOS MAMPOS!
klu sume 'rahsia' kita ini trBONGKAR nanti!!!?

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn Bat8, this issue is simple. Jgn jadi mcm menteri UMNO yg bg statement mcm org tak der akal. Hj hadi. U should stop to become irrelevant. Sementara org masih lagi hormat anda. Jgn smpi org meluat, tercalar kredibiliti ulamak anda dan keseluruhan ulamak2 yg lain.

Tanpa Nama berkata...

Yang aku tahu lah sebagai orang Islam kita jangan bercakap sombong atau bercakap yang menyakitkan hati orang apa lagi dalam kesihatan kita tak baik

Dia orang ada bercakap Tuhan bagi penyakit sebab dosa kita (balasan) dan sebagai peringatan

Hadi sendiri ada sebab sendiri tidak berfikiran begitu sebab dia tak berpenyakit tapi dia cuma bermasalah kesihatan

Berpenyakit menyebabkan sakit dan masalah kesihatan cuma menyebabkan uzur Tapi dua dua ada lah PERINGATAN mengingatkan kepada mati lebih kuat dan penyerahan yang lebih tinngi pada Allah Sayang Hadi tak ambil kesempatan untuk diri nya sendiri apa lagi untuk berdakwah dengan perbuatan kepada kita

Tanpa Nama berkata...

Biar lah umno saje yang di celaka kan

Tanpa Nama berkata...

Kaum cina ni tak suka membuang masa Otak orang cina otak berniaga Masa (Demi Masa) ada lah salah satu modal yang terpenting Orang melayu sendiri kata masa tu Emas

Apa guna majlis presiden bermesyuarat tapi suka hati tghh pulak tukar keputusan Isu MB mengambil masa berbulan walaupun telah ada keputusan sedangkan isu boleh selesai dalam dua minggu

TGHH bukan saja mesti berundur dari PAS tapi perlu melepaskan jawatan naib persatuan ulamak sedunia yang lebih memerlukan komitmen dan bukan boleh suka hati

mohd shahran berkata...

NI NAMANYA NAIB KETUA ULAMAK YANG BODOH DAN BANGANG .. CAKAP MACAM BUDAK TAK PERNAH SEKOLAH.. LUPA NELAYANG... HABIS LAH AKU MASUK NERAKA MAKI ULAMAK. TAPI ULAMAK MACAM HARAM J NIE. BUKAN AJE MANUSIA BENCI ALLAHPUN TAK SUKA..BILA TAK HADIR MESYUARAT WAKIL NYA SETUJU KEPUTUSAN MESYUARAT TETIBA SI HAARAM J NI TAK SETUJU..BILA DIBANTAH DITUDUH BARUA DAN BROKER.. NI SIKAP BUKAN SEORANG ULAMAK. NI SIKAP BUDAK HINGUSAN

Tanpa Nama berkata...

Ada lagi yg tertinggal tu bat8. Dia juga boleh veto keputusan dia sendiri yg kita sebut U-turn.

Tanpa Nama berkata...

Nampak gaya sudah tiba masa semua ulama PAS WAJIB out dari carrier politik. Bukan apa lu all tak mampu punya nak tangkis fitnah politik mahupun mahu memahami masalah rakyat. Kita masih ingat Presiden Indonesia yang baru Jokowi ingat membariskan ahli kabinet dari kalangan PROFESIONAL bukan ULAMA beb sebab ambil ulama maka jadilah macam sekarang ini di Malaysia.

FITNAH POLITIK DAN MUSLIHAT POLITIK LU TAKKAN FAHAM PUNYA HANYA DENGAN AL - QURAN DAN HADIS SEBAB AL - QURAN DAN HADIS TAK ADA CAKAP CARA UNTUK MENANGKIS SERANGAN FITNAH POLITIK DAN MUSLIHAT POLITIK, MELAINKAN GOLONGAN PROFESIONAL YANG ADA ILMU DUNIA AKAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN MODEN, SELARI DENGAN AL - QURAN DAN HADIS.

asal bukan umno berkata...

Kekuatan umno = pungkok epal

Tanpa Nama berkata...

Seperti benda lain, ulama pas mulia suci Tak hadir meeting pun pasal cina buat kecoh. Cina memang keji.


Pemimpin Umno Wilayah Persekutuan Syed Ali Alhabshee melahirkan kekesalannya terhadap kaum Cina yang kadangkala didakwa sengaja membesarkan isu berkaitan kepentingan dan kedudukan orang Melayu, termasuk dalam isu agama.

Tanpa Nama berkata...

Dia tu ulama pas mulia suci berilmu tinggi, ejaan "hormat" tu terlalu senang

Tanpa Nama berkata...

Ikut unmo, cina pandai berniaga pasal dapat kebenaran TUAN. Pandai jer tak guna, kena dapat tuan unmo benarkan. Kalau Tak dapat kebenaran tuan maka cina pun kira bodoh juga

Unknown berkata...

Kecacatan pas = lidah presideng

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya maksud tghh aku rasa begini:
aku (tghh) personally tak minat dgn pr. pi mampuih la pr. tapi apa boleh buat keputusan muktamar pas nak kekal dgn pr.

Tanpa Nama berkata...

Hadi ini se orang yang GAGAL.

orang GAGAL tak boleh tambah nilai kepada persekitaran.

Tang Sampah saja sesuai temapt nya , dalam kes Hadi ini mungkin jadi nelayan kat laut marang lagi sesuai kot.

Tanpa Nama berkata...

Mohon ustaz hadi berundur atau msu tolonglah agar ustaz hadi diundurkan...kesianlah kat dia....carilah pemangku...sampai hati kah msu dan pucuk pimpinan Pas mendera ustaz hadi sebegitu rupa? Jgn dibebankan ustaz hadi....belas kasihanlah sesama jemaah....cari pemangku presiden sampai pemilihan atau ustaz hadi betul betul sihat. MSU akan menzalimi ustaz hadi, Pas dan penyokong PR jika membiarkan beban berat kpd ustaz hadi....fikirlah baik baik sesal dahulu pendapatan sesal kemudian hampeh shj lah