17 Nov 2014

Tak Sampai 24 Jam, Sampah Depan Rumah Ibu MB Bersih


Tak sampai 24 jam, sampah depan rumah ibu MB bersih SHAH ALAM 11 NOV: Kawasan depan rumah ibu Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali di Klang Gate, Ampang kembali dibersihkan tidak sampai 24 jam selepas gambar sampah di lokasi berkenaan dimuat naik di Facebook.

Hari ini, kawasan itu bukan sahaja sudah dibersih, tetapi turut diletakkan pasu bunga besar supaya sampah tidak dibuang lagi.

Memetik laman Facebook Hamsah Ampang, beliau memuat naik gambar keadaan di hadapan rumah ibu Mohamed Azmin itu.

“Tindakan pantas pihak berkuasa tempatan untuk mengatasi masalah pembuangan sampah haram,” tulisnya merujuk kepada situasi itu.

Sebelum ini, Mohamed Azmin berikrar menjadikan negeri itu bebas sampah dalam masa tiga bulan.

Beliau turut memberikan nombor telefonnya supaya orang awam dapat membuat aduan langsung berkenaan isu terbabit. -selangorku







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





1 ulasan:

Awanama berkata...

Nasib baik sempat dibuang. Kalau tidak lu sendiri dengar complaint dari Menteri Besar Selangor sendiri yang semestinya pedas kalau didengar nanti.