25 Nov 2014

[EDISI BINGAI] Peruntukan RM200K Kepada ADUN BN, Semalam Terima Hari Ini Tolak


Rasa terhina, BN S'gor tolak peruntukan RM200,000

Wakil Rakyat BN Selangor menolak peruntukan RM200,000 setahun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada setiap ADUN pembangkang di negeri itu.

Selain rasa terhina dengan pemberian itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias berkata, kesemua 12 wakil rakyat BN menolaknya kerana jumlah yang diberi tidak sama dengan jumlah yang diperolehi ADUN Pakatan Rakyat.

"Kita tolak atas dasar prinsip. Prinsipnya keadilan. Sebenarnya, pada kita, kita rasa satu penghinaan. Kita adalah wakil rakyat.

"Apa beza dengan mereka yang juga wakil rakyat tetapi dapat dalam RM700,000. Kalau fikir dasar keadilan, kena bagi (jumlah) sama.

"Kalau nak bagi, bagi (jumlah) sama. Itu baru namanya adil," katanya pada sidang media di lobi Dewan Annex, Shah Alam hari ini. -mk

Wang dalam Bajet adalah wang rakyat

Oleh sakmongkol

MB Selangor Azmin Ali mencadangkan pemberian peruntukan RM200 ribu setahun kepada ADUN2 pembangkang, yakni UMNO. Peruntukan sebanyak itu sama dengan peruntukan yang diberi oleh kerajaan BN dalam sesetengah negeri yang mereka perintah- kepada ADUN mereka. ADUN pembangkang- yilek.

Peruntukan yang ditempatkan dalam pejabat tanah dan daerah itu boleh diguna oleh adun2 dalam pelbagai perbelanjaan runcit keatas masyarakat- berian kepada rombongan( wanta UMNO suka pergi langkawi, ke Nilai, kemana mana bersantai dan membeli belah), berian untuk mengadakan majlis itu dan ini, pembelian pelbagai barang keperluan dan sebagainya. Semua untuk rakyat kecuali wakil rakyat yang memalsukan tuntutan.

Beranikah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang dikuasai oleh UMNO memberi peruntukan seperti itu kepada ahli parlimen dan adun pembangkang seperti yang diberi kepada ADUN mereka?

Tindakan Azmin amat saksama kerana wang yang diberi sebagai peruntukan itu bukanlah wang parti Pakatan- tapi wang rakyat. Jika jumlah nya tidak sama seperti peruntukan yang diberikan kepada ADUN Pakatan- sekurang kurang ada peruntukan untuk pembangkang. Kita terima mesti ada perbezaan antara peruntukan untuk adun kerajaan dan adun pembangkang. Peraturan seperti ini kita boleh terima.

Rakyat tidak perlu khuatir sebab wang peruntukan tersebut bukan nya dimasukkan dalam akaun peribadi wakil rakyat tapi diserahkan kepada pejabat tanah dan daerah. Kecuali saya rasa di Sarawak dimana peruntukan dimasukkan kedlaam akaun peribadi.

Berani atau tidak kerajaan UMNO memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dalam negeri mereka? Tidak mengapa jika adun UMNO dapat RM600 ribu- kita hanya perlu RM240 ribu setahun. Tidak mengapa ahli parlimen UMNO dapat RM2 juta setahun- kita hanya perlukan Rm1juta. Duit itu rakyat yang punya.

Wang rakyat bukan bapak UMNO yang punya.

Anak muda yang selalu dikuliahkan siapa beri biasiswa kamu dan siapa beri kemudahan itu dan ini- jangan kisahkan semua nya itu. Masing2 mempunyai hak keatas pendirian yang dipilih. Kita tidak ada masaalah kepada orang2 yang berfikiran setelah menerima ehsan kerajaan mereka mahu menghamba-adbikan diri dan bersetia membabi buta.

Ini masaalah pokok penyokong pemerintah- hanya kerana mereka menyalurkan wang rakyat, mereka ingat mereka pemilik dan tuan dan kita ini kuli dan hamba.

Selalu kita dengan orang menyebut- jangan tanya apa pemerintah boleh beri kamu, tanya apa kamu boleh sumbangkan kepada kerajaan.

Perkara ini saya sudah ulas banyak kali. Bila kerajaan tanya jangan tanya apa pemerintah beri kamu- ini meletakkan kerajaan itu sebagai tuhan yang mesti dipuja dan dimuliakan agar memberi ehsan kepada hamba nya dan apa2 yang diberi adalah hasil belas ehsan yang mesti dibalasi dengan penghambaan diri. Bila tanya apa sumbangan kamu kepada kerajaan- kerajaan seolah menjadi tuan dan pemilik keatas rakyat.

Anak muda yang bangun memberontak melakukan demikian, kerana gesaan memuja dan menghamba-abdikan diri bertentangan dengan piagam individu berjiwa meredeka. Rakyat yang berjiwa merdeka tidak anggap kerajaan atau pemerintah sesuatu yang menghimpit atau menekan mereka dari atas. Pemerintah itu adalah wasilah atau jalan untuk mencapai kepentingan bersama.

Golongan yang cerah pemikiran hari ini bertanya- apakah yang mereka boleh capai melalui kerajaan untuk kepentingan bersama. Bila pelajar dan golongan progresif lain menentang kerajaan- mereka mendedahkan perihal keberadaan golongan yang terpinggir yang tidak menikmati kesejahteraan bersama.

Mereka memberitahu bahawa peranan kerajaan yang diujudkan oleh persetujuan rakyat jangan dijadikan jentera menekan dan menindas rakyat.

Kerajaan yang memerintah sekarang memegang semua duit rakyat yang bayar cukai memang bertanggung jawab mengurus dan mentadbir wang rakyat. Pihak pembangkang dan golongan yang menjaga conscience masyarakat memantau supaya wang rakyat dibelanjakan secara berhemah dan memantau supaya pemerintah jangan zalim dan mencabul hak rakyat.

Jika mereka beri PTPTN atau bantuan lain, itu bukan wang diambil dari saku mereka sendiri- bahkan wang tersebut adalah dari cukai yang diambil dari rakyat. Pelajar harus berterima kasih tapi mesti berdiri menentang salah laku dan rasuah dan pembulian keatas rakyat.

Kalau kerajaan tidak cekap, korap, tidak adil, adalah menjadi tanggung jawab untuk semua warga negara yang conscientious, bangun bercakap.
-sakmongkol


ULASAN GB

Dah dibagi RM200,000 tu dah kira baik daripada kerajaan yang negeri-negeri dikuasai UMNO BN yang lansung tak berikan walaupun sesen kepada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.

GB yakin dan percaya penolakan itu adalah "arahan" daripada pihak atasan UMNO yang sebenarnya rasa terhina dan malu kerana mereka selama ini tidak pernah dapat melakukan seperti kerajaan PR lakukan di Selangor.

Memang wajar mereka ditimpa kehinaan dan keaiban - demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan - sebagai balasan terhadap kealiman dan kekejaman mereka lakukan ke atas wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang tidak berikan peruntukan samada di perinkat pusat atau negeri.

Bak kata sakmongkol....... Wang rakyat bukan bapak UMNO yang punya.





IKLAN



35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mentaliti sebijik mcm Abdul Wahib dlm filem Tiga Abdul semasa pembahagian harta oleh Abdul Wahub. "Ini tidak adil!" bentaknya yg masih tak sedar diri itu. P. Ramlee dah lama nampak perkara ini akan berlaku.

009kotatinggi berkata...

Alasan bengong....adil kepala hotak kau. Orang dah bagi tu pun kira syukur la. Nak adil konon, yang negeri geng kita perintah tu ada bagi ker ? Ciput pun tak ada, bengong bengong. Malang sungguh rakyat yang mengundi Si Bengong's ni kerana ego sanggup tolak bantuan untuk pengundi. Kalau pengundi tak sedar lagi, memang semua bengong ler.....

Tanpa Nama berkata...

Boddo sombong. terhina ale utoh ko la.. Masa zaman korng merintah dulu korng brsikap camana lak??? Ada korng kesah ke?? Inilh sikap meLAYU hati busuk ngalahkan bangkai... Apa yg di buat utk kebajikan rakyat sume korang kondem.. masa zaman korng dulu sume masuk kantung sendiri..rakyat korang dungukan.. sudahlah MENO oiiiii

Tanpa Nama berkata...

Pemikiran ala red indian kot..

Tanpa Nama berkata...

Tak pandai nak terima kasih,orang dah bagi tu terimalah dengan seikhlas hati,tapi kalau dah jenis tamak memang tak cukup.Kalu begitu SILA PULANGKAN semua kemudhan ang Mb telah beri pada kau juga.pulangkan kereta rasmi,elaun rm 3000.00 dan elaun driver.cabar kau

Tanpa Nama berkata...


Adun2 umporno ni duduk rumah besar dan kereta mewah. RM200k nampak kecil pd mereka kerana dah biasa juta2.

RM200k ni bukan utk mereka tapi utk kebajikan rakyat kawasan mereka. Kata nak bela bangsa n agama.

Mcm ni cepatlah umporno jd red indian di selangor.

Tanpa Nama berkata...

Org atas dh beri arahan jgn ambik..klau ambik pndek jngka hayat dlm parti..

Tanpa Nama berkata...

MB bgi la peruntukan sama rata x kira adun kerajaan ka, pembangkang ka, bebas ka, baru la adil. Jgn tiru perangai BN. Duit tu utk rakyat tak kira kawasan mana. Kalau ada yg nk seleweng, biar pihak Audit buat siasatan. Klu salah, dakwa di mahkamah.

Tanpa Nama berkata...

Peruntukan tu utk rakyat bukan utk yb, ambil je la..merajuk-rajuk pulak mcm kanak2, susah-susah sgt letak je jawatan

Tanpa Nama berkata...

Mereka ni memang pengkhianat rakyat. Kerana ego mereka nafikan hak rakyat. Tolak merela ni sebagai pemimpin

Tanpa Nama berkata...

Peruntukan tu utk rakyat bukan utk yb, ambil je la..merajuk-rajuk pulak mcm kanak2, susah-susah sgt letak je jawatan

Tanpa Nama berkata...

Mereka x terima sebab takut BN pulak kena bagi kat pembangkang dinegeri negeri yang dikuasainya itulah yang memalukan mereka sebenarnya.......bukan prinsip...!!!

Tanpa Nama berkata...

CIF Red indian rasa terhina. lawak sungguh puak sakai ni. eh eh red indian dgn sakai sama la kan. kan kan.

Ambik je la, ckit cara ckit boleh juga rakyat di kawasan masing2 merasa. Ini kalu CIF Cow tahu ni mahu kena panah.

bat8 berkata...

Tuan

Apa yang Azmin patut cakap ialah walaupun Adun-Adun UMNO menolak peruntukan ters3but, peruntukan itu tetap diperuntukkan juga kerana ia sudah dibaj3t. Peruntukan itu adalah peruntukan untuk rakyat di kawasan-kawasan yang diwakili oleh Adun-Adun UMNO.

Soal.Adun-Adun UMNO menolak tidak timbul. Peruntukan itu tetap disalurkan melalui Pejabat Tanah dan Daerah kawasan-kawasan yang diwakili oleh mereka. Adun-Adun UMNO bebas menggunakannya dengan m3ngemukakan cadangan kepada pejabat berkenaan sama seperti Adun-Adun PR jika ada keperluan.

Itu jawapan paling tepat. Tak payah tuduh macam2. Memangpun peruntukan itu untuk kesejahteraan rakyat dikawasan-kawasan Adun UMNO. Kalau mereka tak mahu guna terpulanglah. Mereka jawaplah dengan rakyat atau mereka bawalah peruntukan dari sumber lain.

Tanpa Nama berkata...

Red indian perlukan kuda jadi cukup la untuk budget beli kuda dan panah.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah mereka tolak. Allah memang ada cara untuk membuka pekung mereka sendiri.

Orang bijak boleh menilai mengapa penolakkan itu berlaku sedangkan semalam sengih sampai nampak gigi menerima. huhu

Tanpa Nama berkata...

PR bagi dia hanya rasa terhina. BN perintah lansung tak bagi. Itu menghina namanya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dia taknak kita ambik balik, kita salur sendiri, kita ketepikan wakil rakyat umno ni, biar orang kampung sendiri tengok, kita minta
MB sendiri turun kawasan mereka hantar bantuan, nanti pilihanraya akan datang kita kasi habis depa semua

Tanpa Nama berkata...

Kereta camry sapu jugak..

air gunung berkata...

GB.
Umno tolak.
Kah kah kah kah kah kah kah
kah kah kah kah kah kah kah
kah kah kah kah kah kah kah.
Tanda2 parti yg dah nyanyok pikun.
X lama dah tuh.
Meh kita pakat gelak kat parti tua pikun.
Kah kah kah kah.umngok umngok.

Fakirulkhoir berkata...

Terasa geli hati dan sedikit terguris (sekiranya benar) ketua Umno ini cakap fasal perinsip keadilan. Mungkin contoh keadilan orang2 yg berperinsip sebegini ialah penyembelihan beramairamai orang2 kampung diMemali, projek fidlot lembu nasional, royalti minyak Kelantan dan banyak lagi. Tanpa niat menggurui sesiapa, keadilan berlaku apabila sesuatu perbuatan kena betul pada tempatnya. Mohon faham apa yang diucapkan.

Tanpa Nama berkata...

"aku kerja untuk parti ke untuk raayat"...bik je duit tu buat jambatan d kampong aku jika parti tak bagi calon utk pru14 , kami tolak calon dari parti tu,bila engkau mati bukan jasa parti d kenang tapi jasa mu di kenang!!

Fakirulkhoir berkata...

Tuan Blogger, Salaam dan terima kasih. Sekiranya benar, maka berita ini bolih mencetus rasa geli geleman dan kemarahan apabila ketua Umno ini cakap fasal perinsip keadilan. Mungkin contoh keadilan orang2 yg berperinsip sebegini ialah penyembelihan beramairamai orang2 kampung diMemali, projek fidlot lembu nasional, royalti minyak Kelantan dan banyak lagi termasuk ketempangan dalam pengagihan wang hasil mahsul negara yang berlarutan berpuluhpuluh tahun lamanya. Tanpa niat menggurui sesiapa, keadilan berlaku apabila sesuatu perbuatan kena betul pada tempatnya. Mohon faham apa yang diucapkan. Wallohua'lam.

Tanpa Nama berkata...

Puak Munafiq..
cakap ape ape pun mmg tak jadi....
dah termalu tu,,,nak ambek Boss kate jgn nanti ko akua buang...

dalam hati menangis tuu..
Tapi inilah realiti Melayu UMNO
yg Sentiasa menjadi PUJAAN..Phuuuiiii

Tanpa Nama berkata...

Puak umno dari atas sampai ke bawah memang tengin, tengok rupa pun geleman geli hehe cakap kena terbalik pasai akal dorang tu upside down, lebih kurang down sindrom la tu.
Selama ni umno ada adil?
Adil monyang dia kehkeh dgn dorang bahasa tak ada yg baek

Tanpa Nama berkata...

Maka berkata cif red indian pada satu hari... kita hendaklah meremajakan UMNO.
Remaja apa kebenda... kalau berani Cif Red Indian Malaya turunlah ganti anak muda ada berani.

Tanpa Nama berkata...

HAH! ORG UMNO TOLAK DUIT? TERKEZUT I...

lu org kena ingat. kalau amik duit tu, nanti kena audit. byk kerja woii...

byk masa terbuang pasal nak agihkan duit tu. nak baca proposal, nak luluskan projek, dsb.

cuba azming ckp yg duit tu tak perlu audit, nescaya berebut2 berguling2 nak duit tu...

Tanpa Nama berkata...

Boleh bagi terus peruntukan tu kat rakyat melalui pelbagai pembangunan
atas nama peruntukan asal tersebut.

Tentunya lebih jelas saluran dan
manafaat berbanding dengan dihulur
kepada yang belum tahu ke mana wang peruntukan itu di belanjakan dan kepada siapa wang itu mengalir seterusnya?.

Tanpa Nama berkata...

Untuk balik raya

Tanpa Nama berkata...

"Kita tolak atas dasar prinsip. Prinsipnya keadilan. Sebenarnya pada kita, kita rasa satu penghinaan".

Akhirnya mengaku juga hampa tiada prinsip, tidak adil dan menghina di negeri-negeri yang dikuasai UMNO BN. Sesen pun tidak diberi kepada pembangkang. Bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut. Sebab itu rakyat semakin menolak UMNO BN. Sendiri tak mau ingat....

Tanpa Nama berkata...

YB Azmin gunakan peruntukan itu untuk kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang untuk kebaikan PR. Semoga Allah permudah segala urusan.

bat8 berkata...

Sdra silap. Ia untuk rakyat dikawasan itu juga kerana mereka juga rakyat Selangor. Walaupun peruntukan tidak sama dengan rakyat dikawasan yang diwakili oleh PR, ia lebih baik dari apa yang dibuat oleh UMNO/BN.

Ini cara yang baik untuk mengurangkan perpecahan dikalangan rakyat terutama dikalangan orang melayu. Ia soal hak sebagai rakyat. Pilihan siapa wakil rakyat yang mereka mahu adalah hak demokrasi mereka yang dibenarkan. Mengapa perlu kita menafikan hak mereka sebagai rakyat (.mereka bukan orang asing) kerana hanya mereka menggunakan hak yang halal dibawah sistem demokrasi seperti diamalkan oleh UMNO/BN.

Terpulang kepada Adun UMNO untuk menggunakan peruntukan tersebut untuk kepentingan rakyat dikawasannya atau tidak. Adakah kepentingan parti lebih penting dari kepentingan rakyat? Soalan ini, hanya Adun-Adun tersebut kena tentukan.

Belajar untuk menerima perubahan dan tuntutan hidup hari ini. Jangan kita terus terperangkap dengan amalan dan keperluan dizaman silam aka terperangkap dengan amalan lapuk. Perubahan akan terus berjalan tanpa menunggu kita. Itu Sunnatullah yang ditetapkan oleh Allah swt. Terpulang kepada kita samasa menyesuaikan dengan perubahan yang berlaku atau mahu memenjara diri kita dengan amalan silam yang sudah tidak boleh dipakai lagi.

Tepuk dada, tanya selera. Contoh jelas sikal sengaja mahu memenjarakan diri dizaman silam ialah apa yang dibuat oleh pemimpin UMNO. Tengok apa yang Najib, Muhyidin dok kata dalam PAU yang sedang berlangsung sekarang.BERUBAH MENGIKUT ZAMAN ATAU PUPUS!

Tanpa Nama berkata...

Agak2 la PR pun.nampak sgt x adilnya.200 k n 700k bnyk beza tuuu.aku bkn support umno mau pun pr tp dlm hal ni pr patut jd trensetter.betulkan kalau umno buat dulu tu teruk.tp kalau just ulang balik perangai sama,ape beza bn n pr??duit tu duit rakyat.n peruntukan tu pun utk rakyat!kesianla rakyat kat kawasan dun yg dpt perubtukan sikit.agak2 la wei...!kelantan yg dpt peruntukan di sekat pun aku bangkang jugak ape yg umno buat.so sama jela skrg ni!pemikiran kere bukak n dah2 la due2 jadi ahli politik kehaiwanan!belajar!!!

bat8 berkata...

Anon 9:13

Tak sokong UMNO bagus tapi pangkah BN dalam PRU.

Mengikut k3nyataan MB Selangor yang terbaru, Dun-Dun yang diwakili oleh UMNO juga mendapat peruntukan RM 700K juga cuba pecahan peruntukan itu berbeza. RM 200K diperuntukkan terus untuk kegunaan Adun -Adun UMNO untuk kebajikan rakyat yang mereka wakili. Sementara RM 500K lagi disalurkan melalui penyelia-p3nyelia DUN yang dilantik.

Peruntukan itu peruntukan untuk rakyat di Dun-Dun ters3but sebab mereka juga berhak mendapat peruntukan itu sebagai rakyat Selangor. Peruntukan ini bukan peruntukan peribadi Adun-Adun. Jadi yang berbeza adalah mekanisma peruntukan RM 700K itu diagih. Tetapi jumlah yang diperuntukkan kepada DUN-DUN yang diwakili oleh UMNO juga sama dengan DUN-DUN yang diwakili PR.

Anon 9:13 boleh faham tak?

Jangan bercakap soal keadilan jika tak boleh fikir semasa UMNO memerintah selangor dari sejak merdeka hingga 2008, satu sen pun tak diberi peruntukan tidak beri untuk DUN2 yang diwakili pembangkang. Puluhan tahun woi sdra!

Itu cerita dulu. Cerita sekarang- di negeri-negeri yang dikuasai UMNO, pun masih amalkan amalan ters3but. Jadi jangan sdra bercakap pasal keadilan

Jadi jangan malu mengaku menyokong UMNO. Bukan kesalahan jenayah menyokong UMNO di Selangor ni. Polis takkan tangkap kalau mengaku sokong UMNO pun.....hahahaha.

Tanpa Nama berkata...

satu aje punca penolakan ini ...EGO