25 Nov 2014

Wahai Tok Hakim, UMNO Sudah Lama Meng"Red-Indian"kan Melayu!


Melayu jadi Red Indian jika PAS - Umno tidak kerjasama, kata bekas ketua hakim

Orang Melayu berisiko menjadi "Red Indian" di tanah air mereka sendiri jika PAS dan Umno tidak bekerjasama mempertahankan kerajaan daripada DAP dan PKR, bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran hari ini.

Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, PKR dan PAS tidak akan dapat "mengawal" DAP seperti cara Umno "mengawal cita-cita MCA dan Gerakan".

"Orang Melayu akan menjadi Red Indian di tanah mereka sendiri. Percayalah, ancaman terhadap orang Melayu tidak pernah seserius ini sepanjang sejarah kaum ini.

"Sekarang kita berpecah dan digunakan. PAS dan Umno mesti berfikir untuk berkolaborasi, bersatu atau bekerjasama sekurang-kurangnya di peringkat persekutuan demi mempertahankan kerajaan daripada jatuh kepada DAP dan PKR," kata Hamid dalam ucapannya pada Konvensyen Perpaduan Negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur hari ini .

Konvensyen itu dianjurkan gabungan 58 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang bersedia membahaskan satu draf Memorandum Perpaduan Negara.

Hamid berkata, PAS perlu kenang semula perjuangan asalnya, iaitu bagi melindungi orang Melayu dan Islam, sambil berkata, bekerjasama dengan DAP dan PKR hanya menafikan tujuan asal penubuhannya.

"DAP tak boleh diharap... mereka lebih chauvinistik daripada MCA dan Gerakan. PAS dan PKR tak boleh kawal cita-cita DAP seperti mana Umno mengawal cita-cita MCA dan Gerakan. Jadi, PAS mesti bekerja dengan Umno,” katanya.

Katanya, PKR juga tidak boleh diharap memperjuangkan kepentingan orang Melayu, kerana ia memperjuangkan nasib "hanya seorang Melayu," jelas merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hamid berkata sekiranya PAS dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menyertai Barisan Nasional (BN), kerajaan pusat boleh diselamatkan walaupun terdapat sokongan kuat komuniti Cina terhadap DAP.

Bagaimanapun, katanya, penyokong DAP daripada kalangan kaum Cina mungkin juga menukar fikiran mereka setelah mengambil kira untung ruginya sekiranya mereka terlibat dengan BN.

"Orang Cina beroperasi berdasarkan untung rugi. Itu saja yang mereka fikirkan. Bagi mereka, 'maaruf' (kebaikan) itu untung, 'mungkar' (kejahatan) itu rugi. Dan kita tidak mahu menyingkirkan orang Cina," kata Hamid.

Beliau juga menggesa kaum India di Malaysia bertanya diri mereka sendiri sama ada mereka percaya PR boleh berkhidmat lebih baik untuk mereka dibandingkan dengan BN.

"Umno berada di landasan yang betul. Umno patut terus menjadi parti dominan orang Melayu dan Islam.

"Tetapi, masalahnya terletak pada pemimpinnya. Faktor nombor satu membuatkan orang benci Umno ialah persepsi yang mereka korup,” katanya.

Beliau berkata, Umno mesti memperbetulkan persepsi ini dan menyediakan peluang bagi lebih ramai golongan profesional memegang jawatan parti, sambil membangkitkan kemungkinan ramai yang menyokong PAS kerana sebab ini.


"Kalau ini berterusan, Umno akan kehabisan pemimpin," katanya memberi amaran. -TMI

ULASAN GB

Menghairankan kita mendengar cadangan bekas Ketua Hakim di atas. Beliau berkata PAS mesti bekerja dengan Umno... sedangkan UMNO sudah lama menindas PAS, sudah lama meng"red-indian"kan Melayu. Bukti paling nyata: Royalti minyak di negeri yang majoriti Melayu iaitu Kelantan habis UMNO sapu dan membiarkan Melayu Kelantan hidup di dalam penderitaan sekian lama... UMNO sudah lama menjadi Red Indian dan meng"red-Indian"kan bangsa Melayu dengan dasar "assabiyah" (perkauman)nya.

Tanpa Islam, UMNO juga telah meng"Red-Indian"kan anak muda Melayu.

Dan bekas ketua hakim itu sendiri berkata:

"Tetapi, masalahnya terletak pada pemimpinnya. Faktor nombor satu membuatkan orang benci Umno ialah persepsi yang mereka korup,” katanya.

Beliau berkata, Umno mesti memperbetulkan persepsi ini dan menyediakan peluang bagi lebih ramai golongan profesional memegang jawatan parti, sambil membangkitkan kemungkinan ramai yang menyokong PAS kerana sebab ini.

UMNO sudah tidak boleh dibetulkan dan tidak boleh diselamatkan. Kalau melayu nak selamat, bubar UMNO dan sertai PAS. '







IKLAN BERBAYAR




15 ulasan:

Ahmad Basri berkata...

Inilah contoh pemikiran mereka yang ambil jurusan undang2 tapi tak faham sasatu undang2 itu diujudkan....untuk kedamaian dan kesejahteraan.
Bagaimana dia ni dapat menjadi ketua hakim dengan pandangan yang terbungkus dalam prasangka dan prejudis.
Jika inilah fikirannya sasudah 'matyred' dan berpengalaman,amat mengngerikan apa yg telah diputuskan dalam penghakiman waktu dalam jawatan.
Ada baik satu review dibuat kapada srgala keputusannya masa dalam jawatan.

Tanpa Nama berkata...

Ulasan GB ok.tengok Selangor tak berdendam dgn umno .dapat peruntukan.itu pun tak bersyukur.

ABU berkata...

Umno dah kearah kepupusan... baru nak fikir penyatuan melayu... khakkkk thuihhhh... usaha lah sendiri walaupun bergolok bergadai... bersatulah atas dasar islam... ramai2lah org BN sertai PAS.. kenapa perlu menjemput PAS... cara menjemput pun ibarat melepaskan anjing yg tersepit...

Tanpa Nama berkata...

Janagn marahkan dia,mungkin dia bimbang akan datang ni dia akan jadi RED INDIAN,bayangkan kalau dia dijadikan RED iNDIAN bukan BLACK INDIAN ,kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Janagn marahkan dia,mungkin dia bimbang akan datang ni dia akan jadi RED INDIAN,bayangkan kalau dia dijadikan RED iNDIAN bukan BLACK INDIAN ,kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

umno di penuhi ahli ahli Melayu & Mamak bahalol.

Sendiri bahalol , mahu kan rakyat yang lain bahalol seperti UMNO.

sangat bahalol lah UMNO jika mempunyai pemikiran tahap sampah , akan pupus jika terus bahalol dan benggap tanpa usaha berubah ikut masa.

Tanpa Nama berkata...

GB
Yg dlm gambor tu Melayu ke?
Kalau Melayu, dia tak perasan ke dah lama jadi Red Indian, dedah pusat.

Yang terkinja2 atas pentas tayang kat tv tu ramai Melayu. Betul2 macam Red Indian. Red Indian Melayu.

air gunung berkata...

Correct correct correct correct.
Kaaret kareet karet karet sbut smbil geleng2 kpala.hehe.
Dia hakim red indian.itu pSal dia pakar sgt bab red indian neh.kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

selongkar balek sejarah burok umno..tahun 60 ada wakil raayat negeri ni bekas cikgu..bila jemput majlis dtg bila sembyg 5 waktu saf depan, bila bis pengal nama mic d calonkn nak ckup quota..pe jadi bekas wakil amno.tdi sembayng dah saf belakang sekali knape ?

Tanpa Nama berkata...

Selama ini apa yg umno dah bu@t ? Buat tol, fitnah Anwar, tipu myk, main anak dara org dpt rahimthambycik, skandal bmf , bank bumi, ... umno is NO MORE. BYK BUANG MASA
Magic...

Amuraria berkata...

samdol ni baru bangun tido daa ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Jika PAS berselingkuh dgn UMNO, aku ahli PAS ini akan undi DAP, yg penting sekali ABU & ABCD.

Tanpa Nama berkata...

Dah takut akan hilang kuasa la turrr.
Bila tak ada kuasa mana bole rompak harta negara....tu yang takut sgt turr.

Tanpa Nama berkata...

Red Indian tu puak yang mana satu? Ada Comanche, Kiowa, Dakota, Sioux, Apache, Cheyyene, Crow

Fakirulkhoir berkata...

Komen Anon 6.44 pm bagus. Semoga kebangsatan kebanyakkan orang2 melayu tidak disabitkan dgn puak2 red indian, sakai dll. Selain tidak tepat kerana kelainan faktor2 sejarah, poltik dan sebagainya, ianya juga bolih menimbulkan rasa tersinggung dan marah pihak2 berkenaan.