12 Nov 2014

Detik Cemas Kaki Pelajar Perempuan Tersepit Celah Rim Motosikal


Kerteh: Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh pengsan empat jam dan patah kaki kiri selain terkoyak daging dan terseliuh buku lali apabila terbabit kemalangan selepas kain pakaian sekolahnya terbelit di celah lidi motosikal diboncengnya di Kilometer 2, Jalan Lapangan Terbang Kerteh dekat sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu berlaku ketika Wan Siti Sulyza Wan Manssor, 17, membonceng motosikal bersama rakannya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Ranggong di sini selepas selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Difahamkan, mangsa mendapat bantuan anggota bomba daripada Balai Bomba Kerteh yang tiba sejam kemudian, untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit di celah lidi motosikal dan membawa ke Klinik Kesihatan Kerteh sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Ketika ditemui di Hospital Kemaman, hari ini, Wan Siti Sulyza berkata, selepas terasa kakinya disepit sesuatu dia terus tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku ke atas dirinya selama kira-kira empat jam.

“Saya tak tahu apa berlaku dan bila sedar jam 6 petang semalam, saya dah berada di sini (Hospital Kemaman) lalu terus menangis menahan kesakitan amat sangat,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Mahani Mamat, 47, berkata, anaknya akan tetap akan mengambil baki kertas SPM di hospital berkenaan memandangkan masih tidak mampu berjalan. -newsredapple

Pengsan 4 jam kaki tersepit rim motosikal
Kaki mangsa dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh selepas rim motosikal dipotong. Kaki mangsa dikeluarkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh selepas rim motosikal dipotong.

KERTEH - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak sedarkan diri selama empat jam selepas kakinya nyaris hancur akibat tersepit dalam rim motosikal ketika pulang daripada menduduki peperiksaan itu, petang kelmarin.

Mangsa, Wan Siti Sulyza Wan Manssor, 17, ketika itu sedang membonceng motosikal ditunggangi rakannya sebelum kain pakaian seragam sekolah dipakainya tiba-tiba terbelit dalam rim motosikal berkenaan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di Jalan Lapangan Terbang Kerteh berhampiran jambatan kereta api ketika mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Kampung Pengkalan Ranggon.

Bagaimanapun, rakannya bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Wan Siti Sulyza berkata, dia pengsan selepas kakinya berasa amat sakit kerana dikepit sesuatu.

“Saya tak tahu apa jadi ke atas saya waktu itu. Lepas buka mata, saya dah ada di hospital,” katanya ketika ditemui di Hospital Kemaman.

Kaki mangsa dikeluarkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh yang memotong rim motosikal berkenaan.

Mangsa yang juga anak keenam daripada tujuh beradik kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kerteh untuk mendapatkan rawatan segera sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.

Sementara itu, ibu mangsa, Mahani Mamat, 47, yang juga buruh ladang berkata, selepas menerima panggilan daripada saksi kejadian pada jam 3 petang, dia bergegas ke Klinik Kesihatan Kerteh dan dimaklumkan anaknya sudah dihantar ke Hospital Kemaman.

“Semasa sampai di hospital, anak saya masih tidak sedarkan diri. Sekitar jam 6 petang barulah anak mula buka mata dan sedar daripada pengsan. Lepas dapat tahu kakinya cedera parah, dia mula menangis kesakitan.

“Saya dimaklumkan doktor, tulang kaki anak saya patah, buku lali lari sebelah dan kulit kaki serta daging bahagian atas kaki terkoyak. Buat sementara waktu ini, doktor memasukkan besi di bahagian tulang kaki yang patah itu," katanya.
-SH










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam ulangtahun kelahiran saudara green boc. semoga dikurniakan kerahmatan dan dilimpahi keberkatan. aminn.

Seniwoman berkata...

Simpati pd mangsa, terpaksa menanggung kesakitan dan dlm suasana masih akan menduduki peperiksaan berbaki. Selain itu akan membawa 'kecacatan' kekal sepanjang hayatnya, sementelahan pula dia seorang perempuan sudah pastinya kesan parut boleh menyebabkan perasaan rendah diri sentiasa menghantui.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah sentiasa rahmati perjuangan saudara. Lama sungguh pertalian perjuangan kita.Menghampiri 17 tahun.
-marhaintua-

Tanpa Nama berkata...

Saya dah nampak lama, pakai kain ketika menunggan basikal, moto ke, berisiko mcm yang adik tu kena.

Pakai seluar, tapi bukan legging.
Betis pun tak nampak.

Kasihan adik tu.

Tanpa Nama berkata...

Selain pakaian kain kejadian pernah berlaku di mana kaki se orang budak lelaki berumur 8 tahun termasuk dalam rim tayar motor belakang

Ada dua kemungkinan si anak membetulkan kedudukan punggung sedang si ayah dah mula mengerakkan motor atau mungkin si ayah membuat u-turn di tempat yang sempit

Ini adalah pengalaman di mana semua bangsa membantu dan ada lebih dari 3 pemandu lori yang berhenti mengeluarkan alat alat untuk membuka tayar motor Saya sendiri membawa mangsa ke hospital kl Se orang asoh menitis air mata dengan meletakkan tangan nya di atas kepala mangsa

Tumit kaki mangsa terbelah kena piring nipis di antara penyepit tayar belakang

Tanpa Nama berkata...

mujurlah kaki mangsa tidak putus. takziah & semoga cepat sembuh.

Tanpa Nama berkata...

Kekuatan kaki tidak akan sama lagi berbanding asal, jika tulang telah patah dan dimasukkan besi sekalipun. Beberapa aktiviti telah jadi tidak sesuai lagi spt berenang, lari, bola jaring dll. Disyorkan juga dia menjalani rawatan kosmetik supaya kesan parut dan lekuk-lekuk tidak kelihatan ketara.

Tanpa Nama berkata...

saya rasa kemalangan ini berpunca dari no plate motor tu yang tak ikut ukuran sebenar yang telah ditetapkan oleh JPJ..sumber dari KPJPJ Malaysia.