7 Okt 2014

"Soalan Berani Mati Kepada PM" Sudah Terima Lebih 80,000 Like


Kos sara: Soalan ‘berani mati’ ahli Umno untuk PM dapat ribuan like di Facebook

SHAH ALAM, 6 OKT: Soalan ‘berani mati’ pemilik akaun yang mengaku sebagai anggota Umno, Nor Hoda Haji Tarseh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekelip mata menerima 82,453 ‘like’, 5,728 komen dan 12,254 share (nota: setakat berita ini disalin jam 12.26 AM 7 Okt 2014 – GB) selepas dikongsi pengendali akaun laman PenMerahdotcom di laman sosial facebook.

Nor Hoda yang memegang nombor keahlian Umno 02982371 itu mengemukakan tujuh soalan berkisar keperitan kehidupan rakyat berpendapatan rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Awak ni sebenarnya pernah ke hidup susah? Pernah ke makan tamban kering bersayur cendawan liar dan di mamah dengan beras usang kerana kejatuhan harga getah?

“Apa yang saya tengok kehidupan awak dalam filem Tanda Putera (filem wajib BTN) adalah semewah-mewah kehidupan… (Jangan pula lepas ni awak arahkan Suhaimi Baba edit filem tersebut untuk tunjuk awak motong getah),” tulis Nor Hoda.

Beliau seterusnya mempersoalkan sama ada Najib pernah merasai keperitan berhadapan tindakan keras pihak berkuasa tatkala cuba meningkatkan pendapatan dengan berniaga secara kecil-kecilan.

“Awak ni pernah tak berniaga kecil-kecilan jual keropok lekor di pasar malam dengan gunakan Kancil 660 (kononnya sahut seruan Menteri tambah pendapatan).. dah habis berniaga Kancil tak boleh ‘start’ pasal bateri ‘kong’, puncanya bateri yang sama diguna untuk menerangi lampu waktu berniaga?

“Lepas itu, bila balik, kena tahan polis sebab payung berniaga terjojol di tingkap Kancil dan lepas itu kena saman sebab kereta persendirian tak boleh bawa berniaga,” tulis Nor Hoda lagi.

Ketika menyentuh isu kenaikkan harga barang, Nor Hoda menyoal sama ada Najib mengetahui pihak berkuasa tidak menjalankan pemantauan harga sempena perayaan Aidil Adha sehingga menyebabkan harga ayam, lengkuas dan lain-lain naik.

“Lepas ni saya agak mesti ada Menteri-menteri pembodek (terutama Hassan Malek, Ku Nan, Shafie Afdal, Mat Maslan, Ismail Sabri) akan berkata harga lengkuas naik sebab rakyat malas tanam!” Tempelak beliau lagi.

Najib turut dicadangkan agar turun padang secara tidak rasmi dan mengejut untuk melihat sendiri realiti kehidupan dan prasarana yang disediakan untuk rakyat.

Beliau turut mencabar Najib mengumumkan kerugian yang ditanggung negara disebabkan penyelewengan oleh kroni Najib sendiri dan jumlah yang terpaksa ditanggung rakyat melalui kenaikkan harga petrol baru-baru ini.

Tujuh soalan beliau itu diakhiri dengan satu soalan ringkas dan bersahaja, bilakah Najib mahu meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. -laporan asal: selangorkini







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anda bercita cita nak menang dlm pilihanraya utk tukar kerajaan yg baru? Bersihkanlah dulu sistem SPR... kalau tidak baik pergi balik tido jealah lagi baik... tak payah gebang lebih2 buat letih mulut jea...

Tanpa Nama berkata...

Nak komen apa pn xtaw.. Sbab tkt

*mgu dpn pak jib p cri ikan tamban kering n syur kgkung dia 2 layur dpn media konon mjiwai rakyat..

*lg satu aku xrasa dia pduli ahli umno ka apa... (sokong je lah ye)


*

Tanpa Nama berkata...

Pakai "awak" tapi bukan "YAB" atau "Dato Seri" dan Tak sopan maka soalan2 boleh di abaikan.

Hehehe, siapa yang sokong dia tu jadi PM? Ahli dap ker atau ahli unmo? Hehehe

ex army berkata...

Keluhan dan kesusahan rakyaat di media yg dimiliki oleh kerajaan boleh di tapis... Tp keluhan rakyaat di media sosial... boleh delete ka.... Tp bukan mudah nak delete api kemarahan rakyaat yg semakin merebak... ingatlah semua yg neraka itu adalah benar... Jgn ingat neraka itu hanya hadir sept dlm mimpi...

sb dehlawi berkata...

nik abduh tak komen ke ni

Tanpa Nama berkata...

Bila p/raya BN. Menang jugak lebih baik diam.buat penat aja..... Brow.

nonama berkata...

PM yg lemah akan digantikan dengan PM yg lebih lemah. Ini hukum alam.

Kehidupan tahun akan datang akan menjadi lebih susah berbanding tahun sebelumnya. Ini pun hukum alam juga. 2016 lebih susah berbanding tahun 2015. 2020 lebih susah berbanding tahun 2019.

Unknown berkata...

Simpati pada jln hidup anda.. tetapi didlm menyalahkan pemerintah jng lupa berterima kasih pada manfaat yg masih tersisa untuk kita nikmati ..insyaAllah ..ada keberkatan dan hikmahnya ..

Tanpa Nama berkata...

Tantawi pun tak komen, pakai Vellfire bukan orang menoreh getah

Tanpa Nama berkata...

Mahathir mesti disalahkan. Pak Lah yg agak ok diganti dgn Najib yg lemah. Habislah Melayu ditipu maman ni maka diciptanya slogan Melayu Mudah Lupa. Episod berikutnya mamak ni nak jatuhkan Najib nak mudahkan laluan Mukhris ke posisi PM.://www.kinibiz.com/?p=108096

Tanpa Nama berkata...

Apa lah nak marah sangat dengan kerajaan yang ada. harga barang seluruh dunia naik nak buat macam mana. sama sama lah kita raknyat tanggung. lagi pun kerajaan tahu apapun yang dibuatnya raknyat tetap sokongnya. hari ni jer marah marah, bila belanjawan di bentangkan nanti semua akan cakap kerajaan baik perihatin kepada raknya yang susah ni. tak percaya tenguk nanti

Tanpa Nama berkata...

Dalam bab ni, Nik Abduh macam tikus tengok besi. Kalau dia bukak mulut, makin nampak lgi bodoh dari sebelum. Dia mana susah mcm kita.Kalau susah takle pakai minicoopper. Lagipun dia boleh buat ceramah lagi kerap supaya boleh lagi kerap edar tin milo minta derma. PAS kan ramai yg wala membabi buta yang sukarela nak support tin-tin milo ni.

abuamir berkata...

Org umno ni marah setakat 100 hari aje, lepas tu senyap apa lagi bila dpt BR1M terus puji najib melambung-lambung. Kalau umno totok ni masa mengundi akan kata kita sokong umno sejak datu , nenek lagi.

Padan muka dgn org umno kena kelentong dgn najib & geng!!!

non berkata...

Itu dlm media kawalan umno

Tanpa Nama berkata...

Keluhan saja tak mencukupi...Sebab itulah semasa PRU kita kena BIJAK..jangan jadi penyokong membabi buta tanpa usul periksa...kan nyesal.
Tapi bila dapat BR1M tu Ok la nanti...lupa segala...itulah kelemahan bangsa Melayu ni..

Tanpa Nama berkata...

Berjuta ahli UMNO hny se org ahli je yg berani
Berjuta ahli UMNO semua nya berotak tp dah mati

Najib kecut takut kalau 02982371 berani mengikut langkah Dyana Sofea Melati

Tanpa Nama berkata...

Bagi BRIM senyap.hampeh

Tanpa Nama berkata...

Nik abduh? Nasruddin vellfire? Boleh ke mereka berhujah untuk ini?

Tanpa Nama berkata...

Nik bodoh.... He he he

Tanpa Nama berkata...

Terima je laaa 20 sen dan akan dtg berapa sen lagi kerana itukah pengorbanan kita kpd negara....
Malaysia.....
Disini bermulanya duoposen..