Oktoberfest tiba-tiba meletup sebagai satu isu yang menggegarkan negeri Selangor. Serangan dilakukan ke atas Menteri Besar yang baru, Azmin Ali dan MP Shah Alam, Khalid Samad.
Sedangkan Pesta Oktoberfest sudah berjalan bertahun-tahun tetapi tiada pula yang bersuara ketika itu.
Siapa Menteri Besar Selangor pada tahun 2010 sehingga 2013? Mengapa Azmin & Khalid Samad pula yang jadi sasaran?
Nampak sangat serangan dan bantahan itu bermotifkan politik bukan di atas keikhlasan dan niat untuk mempertahankan syariat.
Kedua, Ketua Agama Islam Negeri Selangor sendiri tidak menghalang. Bukankah PAS hari itu di dalam isu pemilihan menteri besar yang baru untuk Selangor menyuruh kita hormat dan wala kepada Sultan? Jangan derhaka, demikian kata-kata puak UG dalam PAS yang berjongkang jongket dengan UMNO.
Sekarang hukum kebenaran dan keadilan berjalan, PAS perlu ikut tentak dan tari, selagi Sultan tidak menghalangnya kena terima kehadiran Oktoberfest (?) Apasal tak mahu hormat lagi?
Kalau nak bantah maka perlulah dapat perkenan Sultan dahulu sebab beliau Ketua Agama Islam di Selangor. Jangan pandai-pandai nak buat keputusan sendiri dalam bab agama sebab Sultan berkuasa penuh. Tak begitu? Kalau nak bantah pergi dapat perkenan Sultan dahulu, bukan menyalak tak tentu pasal salahkan Azmin atau Khalid Samad.
Bukan GB menyetujui Pesta Arak tersebut tetapi jika ia dilakukan ditempat yang tertutup dan dikhususkan untuk bukan Islam, maka apa masalahnya? Ingatlah pesanan Hadith Rasulullah:
"Barangsiapa berlaku zalim kepada seorang kafir 'ahdi, atau mengurangi haknya, atau memberi beban melebihi kemampuannya, atau mengambil sesuatu daripadanya dengan niat yang tidak baik, maka saya adalah pembelanya nanti di hari kiamat." (Riwayat Abu Daud)
"Barangsiapa mengganggu seorang kafir dzimmi, maka sungguh ia mengganggu aku, dan barangsiapa mengganggu aku, maka sungguh ia mengganggu Allah." (Riwayat Thabarani)
Dan ini kenyataan paling rasional dari MP Shah Alam.
Khalid pertahan kenyataan, PBT perlu main peranan kawal ketat pesta arak
Ahli Parlimen PAS Khalid Samad hari ini mempertahankan kenyataannya yang sambutan festival arak Oktoberfest boleh dibenarkan di negara ini, tetapi dengan syarat sensitiviti dan hak masyarakat Islam perlu dilindungi.
Wakil rakyat Shah Alam itu berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memainkan peranan utama dengan mengenakan syarat dan kawalan ketat terhadap penganjur yang juga syarikat pengeluar produk minuman keras, Carlsberg Malaysia.
Antaranya, dengan melarang penganjurannya di kawasan penduduk majoriti beragama Islam, melarang pengiklanan secara terbuka di papan iklan dan Facebook serta menghadkan penyertaannya kepada bukan Islam sahaja.
"PBT perlu menguruskannya dengan baik. Nak perkenalkan arak atau pesta perlu dibuat di kawasan yang majoritinya bukan Islam, jangan buat di Shah Alam contohnya, jangan iklan merata-rata dan jangan panggil orang Islam hadir.
"Jika semua ini dipatuhi untuk masyarakat Islam, saya rasa tidak ada masalah," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kenyataan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu sebelum ini yang membenarkan Oktoberfest atas alasan negara majmuk menimbulkan reaksi negatif apabila dikatakan tidak memahami konsep Islam sebagai agama Persekutuan.
Namun Khalid menegaskan, Islam sebagai agama global juga mengajar umatnya cara untuk berurusan dengan bukan Islam memandangkan penggunaan minuman dan makanan beralkohol dibenarkan dalam ajaran agama lain.
Jelasnya, tidak ada halangan bagi bukan Islam makan dan minum sesuatu yang dihalalkan mengikut kepercayaan agama masing-masing, cuma pelaksanaannya perlu mengambil kira suasana dan realiti masyarakat.
"Kalau ambil pendekatan 'ini negara Islam agama rasmi' maka akhirnya bukan Islam tidak nampak keadilan dalam Islam.
"Sebaliknya mereka nampak seolah-olah terpaksa tunduk dan akur kehendak Islam."
Katanya, sehingga kini masih wujud perbahasan antara ulama mengenai isu pengambilan hasil cukai arak oleh kerajaan.
Ada mazhab yang membenarkan hasil cukai melalui keuntungan jualan arak digunakan untuk rakyat dengan membina kemudahan awam, tetapi ada juga yang mengasingkannya untuk kegunaan rakyat beragama Islam dengan bukan Islam.
"Di Malaysia, kita tidak ada sistem pengasingan itu. Tetapi di Kelantan, cukai arak tidak dicampur dalam cukai yang bersih.
"Menjadi amalan pentadbiran Kelantan mengasingkan cukai lesen jualan arak dan memasukkannya dalam tabung yang berasingan," katanya.
Mengulas dakwaan Pengerusi Umno Datuk Seri Noh Omar terhadap iklan Oktoberfest yang dipasang disekitar kawasan Shah Alam, Khalid menafikannya dan menganggap dakwaan itu sebagai palsu.
Oktoberfest bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Times Square.
Kemuncak pesta akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya. – -TMI
Komentar pembaca, klik untuk lebih jelas
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
23 ulasan:
para munafik baru berani menyalak kini pasal selangor bawah pr tapi dulu senyap macam lembu ! ABU !
bila calon MB tak dilantik dan EXCO berkurang, menyalaklah puak UG yang kata tak gila jawatan
harga minyak naik , tantawi macam suka je?
kata2 GB memang saya setuju saya angkat topi
kat Dubai jual minum arak
Dlm MAS hidang arak
skg ni di mana mana arak di jual 24 jam Mini Market pun ada lesen jual arak Beli nombor ekur kena serbu Beli saham Son Maguiel tak apa
Minta penganjur tukar perkataan pesta ke Jom lah Beroktober dan org Islam tidak digalakkan ke One Utama pd hari tersbt Dan lebih bagus kalau pd hari tersebut di kawasan lapang berhampiran di adakan ceramah perdana dgn penceramah spt UAI UKE Siti Norbayah dua tiga kumpulan nasyid alaaa mcm UMNO buat ceramah berdekatan dgn ceramah Anwar dan Nurul
ADA 2 EKOR fakeh2 yg sgt soleh..
siDUA2 EKOR nih slalu pakai sarban
depa gi LONDON
masuk Cafe "member"..
ada jual cap mohor-BOTOLsetan
2 EKOR fakeh2 yg soleh ni relex..
SELAMBER jerr mcm dah lalok pilkuda!
2 EKOR nih 'MSU' yg sgt WARAK weh!!
soklan cepumas..
sipakah 2 EKOR yg fakeh mukeh itu?
klu dpt JAWAP kita sama2 LALOK n enjoy pilkuda...hoooreyyy!!
Aku yang duduk Selangor dah bertahun2 sekarang baru tahu adanya pesta arak.
Yang Melayu mengaku Islam dedah aurat ta jadi isu pula.Munafik betul
Bab arak yg diminum org bukan Islam sibuk tetapi ahli sukan Islam yg dok telanjang dlm acara renang atau gimnastik tak sibuk pun. Inilah akibatnya Islam baka. ISMA ni lah golongan yg mengaku ustaz tetapi perangai mengalahkan yahudi. Melayu diutamakan barulah Islam.
ISMA ni kerjanya pecah belahkan PR kononnya pembela Islam tetapi sebenarnya pentaksub melayu.
Komen pencacai umno nk kasi hangat suasana kakakakah...
in response to SATU penyelesaian TOTAL yg pasti sgt MUSTAJAB sekali wajib dibuat.. SEMUA,,ulammMAMAK2 SEMUA..ularrrrrrMAK2 ...dan semua majlis SYORUUU.. semua mjlis SYORUUU ularrrMAK/"M-SU" SEMUA mrk wajib wajib wajib dBUNGKUS! mrk SEMUA wajib wajib wajib dLUPUS! wajib dBUNGKUS LUPUS bg HANCUUSS!! ....terus kasi HANGUSSSSS!!! tipu AUTA khianat FITNAH belit U-turn TIKAM belakang KESUMAT dendam.. BONGKAK takkabur..dpt ESOS TAK perlu mintak MAAF! ada tukang-Booooo!! lu BROKER..BARUA!! KELENTONG2.. itu mcm punya ULAR pakai sarban mau pegi Syurga yg mana..??? Moorshiitdool tentu ada jwpan nya dibelakang NAKHODA pilkuda serta dbelakang bontot Khalid Ibrahim yg dprCAYA & dSOKONGnya itu!?? WARAK sugguh,FAKEH molek! kasyaf KASYAF sgguh mu! Wang besar wang besar, itu syurga ana la.. sama2 mabuk mabuk mabuk itu pilkuda! , by Anonymous.
Komen pencacai umno nk kasi hangat suasana kakakakah...
in response to SATU penyelesaian TOTAL yg pasti sgt MUSTAJAB sekali wajib dibuat.. SEMUA,,ulammMAMAK2 SEMUA..ularrrrrrMAK2 ...dan semua majlis SYORUUU.. semua mjlis SYORUUU ularrrMAK/"M-SU" SEMUA mrk wajib wajib wajib dBUNGKUS! mrk SEMUA wajib wajib wajib dLUPUS! wajib dBUNGKUS LUPUS bg HANCUUSS!! ....terus kasi HANGUSSSSS!!! tipu AUTA khianat FITNAH belit U-turn TIKAM belakang KESUMAT dendam.. BONGKAK takkabur..dpt ESOS TAK perlu mintak MAAF! ada tukang-Booooo!! lu BROKER..BARUA!! KELENTONG2.. itu mcm punya ULAR pakai sarban mau pegi Syurga yg mana..??? Moorshiitdool tentu ada jwpan nya dibelakang NAKHODA pilkuda serta dbelakang bontot Khalid Ibrahim yg dprCAYA & dSOKONGnya itu!?? WARAK sugguh,FAKEH molek! kasyaf KASYAF sgguh mu! Wang besar wang besar, itu syurga ana la.. sama2 mabuk mabuk mabuk itu pilkuda! , by Anonymous.
Penutupnya dipusat membeli belah,.....bukan tempat terbuka ke tuu ??
Jangan kite gopoh dalam situasi..walaupun ak x suka pihak ug..hukum hakam kene jaga..oktoberfest..tiada kaitan langsung dgn budaya n agama bukan orang islam..di manakah rasionalnye untuk kite menyokongnye
IKLAN BILLBOARD PALSU
Ada juga yang timbulkan, ya benar kata YB! Tetapi billboard yang ada di Shah Alam ni bagaimana?
Saya jawab, “ada ke billboard tu? Di mana?”
Hakikatnya MBSA sudah sebut tiada billboard sedemikian rupa yang telah diluluskan oleh MBSA. Saya yakin ianya kerja cyber-trooper ISMA atau UMNO (sudah semakin sama) yang sengaja ingin membesar-besarkan isu ini. Hakikatnya sebelum ini tidak tahu mengenai program Oktoberfes. Dikatakan ianya telah diadakan di Subang pada 20 September. Ada yang tahu? Atau adakah yang hadir?
Kita tidak tahu kerana ianya tidak diiklankan di akhbar atau kawasan orang Islam. Ianya mungkin diiklankan di akhbar Cina, mungkin juga di akhbar Inggeris dan di tempat-tempat tertentu melalui media tertentu. Di papan tanda Masjid sudah pasti tiada. Utusan dan Berita Harian saya tidak tahulah sebab saya tidak baca, tapi rasanya tiada juga. Begitu juga di Sinar Harian. Maka, ummat Islam tidak tahu.
Masyarakat Islam hanya mula tahu apabila ISMA yang mengiklankan dan mempopularkannya. Sekira ISMA yang mengiklan dan mempopularkannya, maka adakah patut mempersalahkan orang bukan Islam? Yang ISMA sibuk sangat iklankan siapa suruh?
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Puak-puak UG dalam PAS ni memang binatanglah... suka buat benda yang nak keruhkan hubungan dalam PR. Masa nilah nk sebut haramlah dan sebagainya, Gi berambuslah ke UMNO, kan dah terang2 GB tulis hadith tuh:
Bukan GB menyetujui Pesta Arak tersebut tetapi jika ia dilakukan ditempat yang tertutup dan dikhususkan untuk bukan Islam, maka apa masalahnya? Ingatlah pesanan Hadith Rasulullah:
"Barangsiapa berlaku zalim kepada seorang kafir 'ahdi, atau mengurangi haknya, atau memberi beban melebihi kemampuannya, atau mengambil sesuatu daripadanya dengan niat yang tidak baik, maka saya adalah pembelanya nanti di hari kiamat." (Riwayat Abu Daud)
"Barangsiapa mengganggu seorang kafir dzimmi, maka sungguh ia mengganggu aku, dan barangsiapa mengganggu aku, maka sungguh ia mengganggu Allah." (Riwayat Thabarani)
Tak der siapa menyokongnya bengong.. tapi ia adalah hak asasi kaum bukan Islam. Rasulullah tak halang umat bukan Islam menjalani kehidupannya sesuai dengan adat, budaya atau agama mereka. Apakah kamu lebih bijak dan mendapat wahyu lebih dari Rasulullah?
Jangan kite gopoh dalam situasi..walaupun ak x suka pihak ug..hukum hakam kene jaga..oktoberfest..tiada kaitan langsung dgn budaya n agama bukan orang islam..di manakah rasionalnye untuk kite menyokongnye by ANonymous
Oktoberfest itu dah lama dirancang. Tentunya bukan Azmin, MB yang belum pun beberapa hari jadi MB yg meluluskan.
Mengapa tak tanya MB dan exco2 dahulu?
Iskandar Samad kata tak pernah dibawa ke mesyuarat, kemudian bagaimana ianya boleh berlaku?
in repsonse to Anonymous said...
Penutupnya dipusat membeli belah,.....bukan tempat terbuka ke tuu ?? by Anonymous
ISMA itu apa kebende ?
Orang Bodoh ke ?
Kenapa tak jadi calon undi masok parlimen ?
Perangai macam Lembu saja , betul ke ada ahli juta juta dalam ISMA ini ?
Kesian kan , nak ikut gaya Tuan Guru Nelayan kot.
Melayu ker cina ker sokong isma? Pas ker dap ker sokong isma? Semua sokong? Semua Tak sokong ?
moral dari cerita ini ialah orang islam selangor sangat lemah sampai tak boleh buat apa2 dengan pesta arak besar-besaran.
orang melayu pula bergaduh sesama sendiri kerana perbezaan fahaman politik.
Dipendekkan cerita....isma yang tolong promosi oktoberfest, mereka ini hanjing umngok.kenapa hanjing ini tidak menyalak salahlaku umngok yang berlaku depan mata mereka.cuba suruh hanjing ini menyalak arak san miguel.
2010, 2011, 2012, 2013 takde banner Oktoberfest di Bt Caves.
Tup tup, semalam, ada 1 banner Oktoberfest di Bt Caves.
Saya yg turunkan banner tu, berhampiran trafik light Bt Caves/Masjid Amaniah dan saya telah diserahkan kpd ahli majlis perbandaran Selayang.
Dlm masa yg sama, berlambak banner ISMA. Kebetulan ??
Siapa yg buat banner dan letakkannya di trafik light Masjid Amaniah Bt Caves tu ?
Siapa pun dia yg buat banner tu, membuatkan kita semua telah lupa dgn kenaikan harga Petrol RM 2.30 oleh Dato Seri Najib yg mana ianya satu penipuan, kerana harga petrol dunia baru sahaja turun ke peringkat paling rendah sejak beberapa tahun ini.
Org yg buat banner tu juga telah berjaya membuat PAS dan PR bergaduh sesama sendiri.
Jadi, lepas ni, jangan salahkan sesiapa jika UMNO tetap jadi PM sampai 7 keturunan anak-cucu-cicit kita. Dan PAS bolehlah lupakan Hudud sebab nak laksana hudud perlukan kuasa.
ISMA/UMNO nak buat hudud ? haha. Kalau korang nak tipu aku gores dan menang pun aku mudah percaya dari korang kata ISMA/UMNO berjaya implement hudud.
Korang pikirla sendiri apa tindakan korang seterusnya. Aku ? Senang je, PRU15, aku tetap pangkah PR, UTK MEMASTIKAN PKR ATAU PAS MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA.
Catat Ulasan