23 Sep 2014

[VIDEO] Exco Selangor Angkat Sumpah Jumaat Ini, Tiada Jawatan TMB - Azmin

Menteri besar Selangor yang baru, Azmin Ali menjangkakan bahawa barisan ahli Exco baru Selangor akan mengangkat sumpah seawal Jumaat ini.

ADUN Bukit Antarabangsa itu berkata beliau akan mengadakan pertemuan terlebih dahulu dengan wakil Pakatan Rakyat petang ini bagi membincangkan hal itu.

Katanya, butiran dari pertemuan tersebut dijangka akan dapat diselesaikan pada hari Khamis.

"Kita akan mengadakan perbincangan pada petang ini untuk melihat komposisi exco Pakatan Rakyat dan tuanku menitahkan supaya perkara ini dapat diselesaikan segera dan insya-Allah pada hari Jumaat akan ada istiadat angkat sumpah Exco yang baru dari Selangor," kata.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai menteri besar di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Azmin juga berkata, nasib empat Exco PAS yang kekal dalam kerajaan Pakatan Rakyat sebelum pelantikannya semalam akan ditentukan dalam perbincangan petang ini.

MP Gombak itu juga berkata, beliau akan menyemak semula keputusan mesyuarat Exco terakhir semalam yang menutup pejabat penasihat ekonomi Selangor semalam dan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan itu.

Sementara itu Azmin menafikan khabar angin mengatakan jawatan baharu timbalan menteri besar Selangor akan diwujudkan seperti dilaporkan media semalam.

Beliau berkata, isu mengenai jawatan tersebut tidak timbul walaupun khabar angin sebelum ini tersebar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Champaka Iskandar Samad akan dilantik menjawat jawatan itu.

"Tidak timbul jawatan timbalan menteri besar," kata Azmin.

Semalam portal The Star melaporkan Iskandar yang juga pesuruhjaya PAS Selangor akan dilantik menjadi timbalan menteri besar Selangor.




ULASAN GB

Kuasa perlantikan exco adalah hak prerogatif Menteri Besar Selangor sekalipun dari aspek mesyuwarah, setiap parti boleh mencadangkan calonnya.

Samada barisan exco lama itu kekal atau akan dilantik muka baru, jawapannya di tangan YAB MBnya. Gaji anggota exco kerajaan negeri telah dinaikkan di zaman TSKI daripada RM6,109.29 kepada RM20,250.

Tidak kira siapa pun yang bakal dilantik sebagai exco, kita berharap mereka akan menjalankan amanah dan bekerja bersungguh-sungguh untuk rakyat negeri Selangor.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





18 ulasan:

Awanama berkata...

Please Azmin...lantiklah siapa pun sbg exco asalkan bukan Geng UG... Lantiklah calon exco yg jujur dan setia dlm perjuangan dgn Pakatan Rakyat... jgn sesekali lantik di kalangan yg suka berjongkang jongkit di rumah umno...Ingat tu Azminnnn...

Awanama berkata...

PAS dah nak tinggal kan PR
Jgn pulak psl nak jawatan exco Hj Hadi Harun Din tak jd tinggalkan PR

Wakil PR dr PAS siapa pulak ya? Tak kan org yg menuduh kita barua dan broker yg wakil dr PAS

Awanama berkata...

Agak2 4 EXCO PAS yang taat kpd kepercayaan 100% kpd TGHA agih brpa percent dari RM20k kpd tabung parti.Takut ikut Tantawi yg bagai tikus jatuh di beras beli Velfire

bat8 berkata...

Isu perlantikan exco baru ini sedikit mengusarkan. PKR & DAP tidak ada masaalah. PAS Selangor pun secara asas, kerisauan timbul jika TGHH masih mahu bertindak unilateral untuk membuat pelbagai tuntutan yang tidak munasabah. Bukan apa sekadar untuk menimbulkan masaalah dan membalas dendam peribadi beliau. Ini kerisauan kita.

Semuanya bergantung kepada TGHH bukan PAS ( Bagi TGHH, PR = PKR + DAP + TGHH & UG). Harapan kita perkara ini tidak berlaku. Kita merayu kepada TGHH dan geng UGnya jangan buat kacau. Hormatilah keputusan baginda Sultan.

Awanama berkata...

Cabaran pertama azmin.
Apa nasib 4 exco pengkhianat (kata LGE). Silap langkah boleh timbul konflik..tapi kalau bijak dan kena gaya boleh kukuhkan Pakatan Rakyat

Awanama berkata...

Mana tukang jaga diari. Tolong reminder tuan presideng bila ada mesuwarat Pakatan Rakyat.

diod berkata...

harap mb baharu dapat selesaikan isu jalan berlobang, sampah tak kutip, majlis bandaraya cuma berani tangkap peniaga melayu, lambakan peniaga asing, pusat urut, zina, judi tak ada lesen.

Awanama berkata...

Ptg tadi ust salehan mngatakan exco 4 org adalah penyelamat bkn pengkhianat, so terserahlh pd mb mnenentukannya, jgn jka digugurkan bkata mb pnya angkara sbb bdendam.. Kena Terima hakikat .. Jika ada wakil pas yg lain dilantik, hamba cdgkn wakil pas dr rani, saari, hasnul & zaidi..,

Awanama berkata...

Ya sokong anon 6.20pm. Kalau ada geng ug nnti rahsia dan strategi sampsi kat amno.

Awanama berkata...

Sila tapis supaya geng UG tidak jadi exco. Mereka umhpama musuh dlm selimut, api dlm sekam..

Awanama berkata...

CALON-CALON EXCO SELANGOR (KUOTA PAS - 4 ORG)

1. ADUN Meru
2. ADUN Hulu Kelang
3. ADUN Morib
4. ________________ ???

Awanama berkata...

Kalau Ada TMb Bagi parti barua yang Tikam rakan yang Hina pengundi, saya sekeluarga akan boycott PKR

Awanama berkata...

Cukup2lah tu kata-mengata, perli-memperli dan kutuk-mengutuk kepada pihak lain. Sepatutnya semua orang bersyukur sebab isu MB Selangor yang penuh dramatik sudaj berakhir. Apa yang paling penting sekarang teruskan agenda untuk RAKYAT. Jangan kata PKR, PAS, DAP,UMNO dan parti lain anggap mereka hebat dan sempurna sebelum diuji. Setiap mereka hanya boleh dikatakan lulus ujian dan dikatakan hero RAKYAT jika masalah RAKYAT banyak yang dapat diselesaikan. Harap YAB MB yang baru dilantik Tuanku Sultan mentadbir negeri dengan adil saksama dan jujut beramanah. Kalau tidak RAKYAT akan sedia menghukum kamu seperti apa yang sudah berlaku.

Awanama berkata...

sudah2 la hadi awang. takyah nk nyebok kt selangor. awak pegang negeri sendiri pon terlepas.

Awanama berkata...

Kpd geng ug yg sudah terang lagi bersuluh suka bpura pura dan tikam blkg kwn, sila berambus dari selangor...kami dah tak percaya lagi lakonan kamu...

Awanama berkata...

Bukan mengata atau kutuk..sekadar mngingatkan agar pisang tak bbuah 2 kali... jgn jd lupa daratan spt khalid...dah jd mb mula lawan tokey...

in response to Cukup2lah tu kata-mengata, perli-memperli dan kutuk-mengutuk kepada pihak lain. Sepatutnya semua orang bersyukur sebab isu MB Selangor yang penuh dramatik sudaj berakhir. Apa yang paling penting sekarang teruskan agenda untuk RAKYAT. Jangan kata PKR, PAS, DAP,UMNO dan parti lain anggap mereka hebat dan sempurna sebelum diuji. Setiap mereka hanya boleh dikatakan lulus ujian dan dikatakan hero RAKYAT jika masalah RAKYAT banyak yang dapat diselesaikan. Harap YAB MB yang baru dilantik Tuanku Sultan mentadbir negeri dengan adil saksama dan jujut beramanah. Kalau tidak RAKYAT akan sedia menghukum kamu seperti apa yang sudah berlaku., by Anonymous.

Awanama berkata...

jangan masukkan musuh dalam kelambu, jahanam laki bini, porak poranda rumahtangga Pakatan

Awanama berkata...

perlu lantik EXCO yang boleh bekersama, jika tidak Langkah Kajang, boleh jadi Langkah Kejang