23 Sep 2014

[GAMBAR & VIDEO] Azmin Angkat Sumpah Sebagai MB Selangor Ke 15



Azmin Kini MB Selangor Ke-15

KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 di Istana Alam Shah, di sini.

Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani aku janji di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 10.40 pagi.

Memakai baju Melayu hitam lengkap bersongket emas, Azmin tiba di Istana Alam Shah pada pukul 8.30 pagi bersama isteri, Shamsidar Taharin.

Pada majlis berkenaan, Ahli Parlimen Gombak yang kelihatan tenang itu menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin.

Azmin, 50 mendapat perkenan Sultan Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meletak jawatan selepas berhadapan masalah dalaman PKR hingga dipecat.

Pelantikan Azmin sekali gus menamatkan kemelut politik bagi perebutan kuasa dalam Pakatan Rakyat untuk mengisi kerusi tersebut.

Istana perjelas sebab Azmin dipilih MB baru S'gor


Istana Selangor menjelaskan bahawa kelewatan pelantikan menteri besar Selangor adalah disebabkan pergolakan dalaman PKR dan ketidaksefahaman parti dalam Pakatan Rakyat dalam pencalonan menteri besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata, keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos untuk mencalonkan lebih dua nama, menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.

Menurutnya, Azmin dipilih kerana Sultan mempertimbangkan konsensus Pakatan Rakyat mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya beliau pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.

"Baginda mengambil maklum bahawa kerajaan negeri Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen parti PAS, PKR dan DAP.

"Baginda juga mengambil maklum kesefahaman di antara tiga parti tersebut bahawa menteri besar Selangor perlu dilantik di kalangan ADUN PKR untuk mendapatkan kepercayaan majoriti dan sokongan dari parti-parti Pakatan Rakyat di Dewan Negeri Selangor," katanya.

Kenyataan tersebut juga menyatakan Azmin, yang dilahirkan di Singapura telah bermastautin dan dibesarkan di Hulu Kelang, Gombak sejak tahun 1968.

Azmin mendapat surat lantikan dari Istana semalam untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyelesaikan tanda tanya siapa bakal menerajui negeri terkaya di Malaysia ini.

PKR dan DAP semalam turut sebulat suara menyokong Azmin memberikan sokongan majoriti kepada beliau.

Kedua parti itu sebelum ini hanya menghantar satu nama iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga ditegur oleh Istana yang mahukan lebih dari dua nama dari setiap parti.

PAS pula telah menyatakan akan mengikut pilihan dari Sultan Selangor.

Bagaimanapun Munir tidak memberikan sebab mengapa Wan Azizah ditolak.

Beliau dalam kenyataan sama turut menyanggah kenyataan yang mendakwa Sultan Sharafuddin Idris Syah telah mencampuri pentadbiran kerajaan negeri termasuk pelantikan menteri besar Selangor.

"Untuk makluman umum, ingin dijelaskan sekali lagi bahawa Sultan Selangor tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri selain dari menasihati Datuk Menteri Besar Selangor.

"Di dalam urusan pelantikan menteri besar, Sultan Selangor hanya bertindak menurut budi bicara baginda sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," kata beliau.
-mk













IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





18 ulasan:

Ahmad Dzul Mohd berkata...

Terasa amat berbangga walaupun hanya beristerikan rakyat jati Selangor terbukti cara DSAI menerajui bidang politik negara amat berkesan dan diterima pakai walaupun dari pihak istana serta cara DSAI mengendalikan kerenah politik tertentu di bahagian atasan parti memerintah kerajaan negeri Selangor sendiri nyata tidaklah rakyat yang mencari rezeki dinegeri bumi bertuah ini ditipu herdik umpamakan kami-kami ini tidak menahu langsung polgimik pemeritahan negeri yang selama ini diterajui parti yang saya rasa agak usang lagi-lagi di bahagian parlimen...syabas! PKR...WITH STEPS IT WORKS IT'S TIME FOR THE NATION TO BENEFITS...GO PR GO!!!!

Tanpa Nama berkata...

Mereka yang mengatakan langkah kajang telah gagal sebenarnya salah..disebabkan langkah kajang inilah kita dapat melihat kesetiaan terhadap PR. Langkah Kajang juga kita nampak bagaimana tan sri khalid semakin angkuh dgn kuasanya.Langkah kajang juga menampakkan segala kesetiaan darpd PAS terutamanya hadi awang yang banyak merosakkan PR.Hadi tdk sedar kekalahan trganu dan Kedah berpunca darinya.sekarang kita sudah sedar musuh PR bukan hanya BN saja tetapi dalam PR sendiri juga ada musuh dalam selimut.Hanya kebijaksanaan saja musuh ini boleh dinyahkan.

Kukuh berkata...

selesai isu selangor, mari PR semua ke pengkalan kubor.

PKR dan DAP tetap akan bantu PAS di sana. kita buktikan PR tetap kukuh, tiada disimpan dlm hati apa yg berlaku di selangor.

Hj Hadi, Anwar/DSWA dan Kit Siang tetap pemimpin utama kita dlm PR.

kita bersatu kukuh musuh kecewa merana

Tanpa Nama berkata...

Memang strateji DSAI cemerlang, Langkah Kajang telah berjaya..PR dapat mengesan batu batu penghalang untuk ke PUTRAJAYA dan menghapuskan nya....syabas.

Tanpa Nama berkata...

anon 12;25

apa yg mengarut ni... azmin bukan nama yg dicalon kan PKR... tapi PAS... terima kasih ngan PAS... kalu tak nak pun tak payah kutuk PAS... kalau 17 ogos ari tu PKR terima nasihat pas... tak jadi nyer separah ni.... aparaaaa....

takpayah belit2... minta maaf ngaku salah jelah... takpayah nak tambah dosa ko dg TG.... tak larat ko nak jawab depan Allah nanti.... TG bukan Nabi... dia pasti akan buat dosa macam aku... tapi dia bukan PELAHAP KUASA...

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH AZMIN DAN PKR.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH AZMIN, ANWAR DAN PKR. TERUSKAN PERJUANGAN MEMAKMURKAN EKONOMI SELANGOR.

Tanpa Nama berkata...

YB SHAARI DAN HASNUL PERLU DILANTIK MENJADI EXCO, TERBUKTI KESETIAAN KEPADA SELANGOR BUKAN TERENGGANU

Tanpa Nama berkata...

Dari kenyataan pihak istana seolah-olah azmin tidak dicalonkan oleh mana-mana pihak,termasuk Pas.Perlantikan ada berdasarkan pandangan tuanku sultan bahawa Azmin akan mendapat sokongan majoriti.Ampun tuanku,patik sangat kagum dengan kebijaksanaan tuanku menangani masalah ini.DAULAT TUANKU.

Tanpa Nama berkata...

hadi tu tuang guru ke? tuang guru tak akan celupar mulut ajar anak murid fitnah, doa laknat pemimpin sendiri, khianat rakan, berdolak dalik, boo perwakilan, gelar rakan sbg barua.

masa pembukaan kata istaqamah bersama pr. masa penutupan, selar pkr. ada org beriman diwaktu pagi, kafir diwaktu petang dan sebaliknya.

tugas pertama azmin ialah mengeluarkan orang yogi bears dan khladi dari pentadbiran utk memastikan rahsia kerajaan negeri tidak terlepas pad siptera.

jgn lantik adun pas sbg exco melainkan 2 org adun yg sokong DSWA.

Tanpa Nama berkata...

Anda betul. Sebab pada mulanya memang PAS mencalon WAWI dan Azmin. Itu keputusan dari AJK Pusat. Tetapi Hj Abd Hadi menggunakan kuasa vetonya menghantar senarai nama yang lain. Yaakob Sapari, Iskandar Samad dan Ahmad Yunos Hairi. Tak masuk nama Azmin. Sebabnya Azmin dikatakan telah bocorkan rahsia Hj Hadi yg telah memujuknya membentuk Kerajaan Perpaduan bersama UMNO untuk jatuhkan Pakatan Rakyat di Selangor. Rencana Hj Hadi ini telah tersebar di sebuah portal yang menjelaskan apa yang berlaku di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat yang sehingga kini laporan itu tidak dinafikan oleh mana-mana AJK PAS Pusat. Yang dibisingkan pula ialah bagaimana rahsia itu bocor... Itu sebab Hj Hadi menyiga masa ucapan penggulungan muktamar pas yang lalu...

PEMERHATI BEBAS
Anonymous said...
Dari kenyataan pihak istana seolah-olah azmin tidak dicalonkan oleh mana-mana pihak,termasuk Pas.Perlantikan ada berdasarkan pandangan tuanku sultan bahawa Azmin akan mendapat sokongan majoriti.Ampun tuanku,patik sangat kagum dengan kebijaksanaan tuanku menangani masalah ini.DAULAT TUANKU.

Tanpa Nama berkata...

kanak-kanak Tadika PASTI pun tahu nama- nama anggota UG dalam Pas

Tanpa Nama berkata...

Presiden Pas perlu diganti, rumah sendiri di porak porandakan, rumah tangga orang lain pula nak dicampuri

Tanpa Nama berkata...

UMNO tudak akan setuju Ptesiden Pas diganti, sebagaimana mereka tak setuju Mat Sabu jadi timbalan

Tanpa Nama berkata...

Maka Azmin dan PR kena minta lebih dr dua nama Sekiranya nama Shaari dan Hasnul tak masuk jugak tambah lebih dr 5 nama Buat smp nama Shaari dan Hasnul di calunkan Kasi ajar sikit Hj Hadi

In respon to YB SHAARI DAN HASNUL PERLU DILANTIK MENJADI EXCO, TERBUKTI KESETIAAN KEPADA SELANGOR BUKAN TERENGGANU

Tanpa Nama berkata...

TUNGGU JE LA LANTIKAN EXCO BARU....HUHUHU MENANGIS TAK BERLAGU
AZMIN PASTIKAN EXCO YG BUKAN MULUT MANIS TP HAMPEH... CONTOH APAJADI DGN MIMBAR && WALA.... SIASAT JGN TAK SIASAT

Tanpa Nama berkata...

PAS tidak mencalokan Azmin. Pada mulanya ya, nama Wan Azizah dan Azmin. Itu AJK PAS Pusat punya pencalonan. lepas itu Presiden PAS guna kuasa veto batalkan pencalonan itu dan menamakan 3 orang lain iaitu yaakob Sapari, Iskandar Samad dan Ahmad Yunos Hairi.

Kenyataan Media istana tidak menyebut pun PAS yang mencalonkan Azmin.

apa yg mengarut ni... azmin bukan nama yg dicalon kan PKR... tapi PAS... terima kasih ngan PAS... kalu tak nak pun tak payah kutuk PAS... kalau 17 ogos ari tu PKR terima nasihat pas... tak jadi nyer separah ni.... aparaaaa....

takpayah belit2... minta maaf ngaku salah jelah... takpayah nak tambah dosa ko dg TG.... tak larat ko nak jawab depan Allah nanti.... TG bukan Nabi... dia pasti akan buat dosa macam aku... tapi dia bukan PELAHAP KUASA...

Tanpa Nama berkata...

Kalau presedeng pas yang angkuh tu yakin benar patinya kukuh spt umno sila lah bersendirian di pengkalan kubor yaa