23 Sep 2014

PKR Restu Azmin Sebagai YAB Menteri Besar Selangor Yang Baru -VIDEO


Parti keadilan Rakyat sebulat suara merestui Timbalan Presidennya, Azmin Ali sebagai Menteri besar Selangor yang baru menggantikan tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin juga telah mengesahkan menerima surat daripada Setiausaha sulit Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk ditabalkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru esok.

Menurut Azmin, beliau akan memulakan tugas berkuatkuasa 23 September 2014 dan akan menghadiri majlis angkat sumpah pada pagi esok di Istana Alam Shah, Klang.

Tambahnya lagi, PKR sebulat suara mencalonkan beliau sebagai calon MB.

“Kita juga telah mengadakan mesyuarat tergempar iaitu mesyuarat biro politik parti jam 5 petang dan pertemuan semua ADUN Pakatan Rakyat (PR) jam 6 petang dan mesyuarat pimpinan pusat jam 6.30 petang.

“Saya berterima kasih kepada Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kepada semua rakan pimpinan kerana menerima saya.

Azmin kemudiannya memberitahu pemberita bahawa pelantikannya sebagai menteri besar Selangor mendapat restu sebulat suara parti.

Ini sekaligus melabuhkan tabir krisis pelantikan menteri besar Selangor.


Azmin telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat PKR.

Anwar dan Wan Azizah beredar meninggalkan ibu pejabat PKR pada kira-kira jam 7.30 malam ini tetapi Azmin masih berada di situ dan dijangka mengeluarkan kenyataan penuh pada jam 8 malam.

Ketiga-tiga mereka tersenyum ketika mereka keluar dari bilik mesyuarat.

Sementara itu, PAS mengucapkan tahniah kepada Azmin Ali ekoran pelantikannya sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Menulis dalam twitter, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata semoga Pakatan Rakyat terus utuh.


KENYATAAN MEDIA
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi

Saya menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang telah dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor yang memperkenankan YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 29 ahli Dewan Negeri Selangor dari KEADILAN, DAP dan PAS yang telah memberikan sokongan kepada saya sejak 14 Ogos 2014 dan membolehkan Pakatan Rakyat kekal sebagai kerajaan di Selangor. Saya menghargai kesepakatan 29 ahli Dewan Negeri Selangor ini yang meletakkan kepentingan menjaga mandat rakyat mengatasi kepentingan peribadi mereka.

Atas semangat itu, saya telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pencalonan sebagai Menteri Besar Selangor. Saya telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) agar YB Tuan Mohamed Azmin Ali, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Antarabangsa diangkat sebagai calon Menteri Besar Selangor. Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang bermesyuarat pada hari ini telah juga sebulat suara bersetuju dengan cadangan itu.

Saya mengambil keputusan ini demi kepentingan rakyat atas kesedaran bahawa krisis ini perlu diselesaikan secepat mungkin. Saya yakin bahawa KEADILAN telah kekal mempertahankan prinsip demokrasi raja berpelembagaan. Walaupun proses perlantikan ini pada hemat saya tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, saya percaya tumpuan perlu dikembalikan kepada usaha membela rakyat di Selangor.

Oleh itu, saya telah menyatakan pandangan saya kepada pimpinan parti mengenai beberapa program khusus yang perlu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengangkat martabat dan kebajikan rakyat Selangor.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN
22 September 2014
-



Kenyataan media oleh Setiausaha Agung DAP
merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng

Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) dalam mesyuarat tergemparnya pada 22 September 2014 telah memutuskan untuk menyokong kenyataan yang dibuat oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menarik diri daripada jawatan Menteri Besar Selangor berikutan titah diraja oleh DYMM Sultan Selangor untuk melantik Timbalan Presiden PKR YB Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

CEC turut memutuskan untuk menyokong cadangan Dato' Seri Dr Wan Azizah kepada pimpinan PKR untuk mengesyorkan YB Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, selari dengan pendirian CEC yang jelas dan konsisten bahawa calon Menteri Besar Selangor mestilah daripada PKR.

Memandangkan Dato' Seri Dr Wan Azizah memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor sebanyak 30 daripada 56 ADUN, keputusan beliau untuk menyokong YB Azmin Ali adalah juga konsisten dengan pendirian DAP yang tegas dan berprinsip bahawa Menteri Besar Selangor (YB Azmin Ali) seharusnya memiliki sokongan majoriti DUN Selangor.

Atas sebab-sebab ini, CEC memutuskan untuk mengarahkan kesemua 15 ADUN DAP untuk menyokong YB Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

DAP berasa kesal dengan pengkhianatan 4 orang Ahli Exco Selangor dari PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam lagi Exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas Menteri Besar yang telah kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor.

DAP berharap penyelesaian krisis politik Selangor dan pelantikan YB Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru akan dapat menepati janji bagi membina Selangor yang lebih baik, yang mampu memberikan keadilan, kebebasan dan kemakmuran ekonomi kepada semua.

Lim Guan Eng
-













IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yg malu besar orang PAS yg merasakan MB itu akan dilantik dari kalangan YB PAS. Mcm ahli majlis syura hari tu kata dlm muktamar, PAS perlu terima jawatan MB jika diperkenan oleh sultan. PAS parti u-turn. mula2 hantar 2 nama, Wan Azizah dan Azmin. Lepas tu hantar tiga nama lain termausk plak YB PAS, Iskandar dan Ahmad Yunus. Bila sultan interview, dua calon dari PAS tuh FAILED.

Zali M. berkata...

Selesai sudah krisis menteri besar Selangor dalam keributan PR yang hampir memusnahkan harapan rakyat sebagai parti alternatif kepada BN. Adalah diharapkan pemimpin2 parti PR bersatu hati kembali dan tak perlu komen2 yang menyakiti hati mana2 penyokong parti PKR mau pun PAS.
Tahniah yb Azmin Ali dilantik sebagai mb Selangor yang baru dan teruskan khidmat untuk rakyat Selangor dengan lebih telus dan cemerlang.

Hazri berkata...

Tahniah buat YB Azmin Ali....sebenarnya dialah yang diharapkan sebagai MB baru pengganti paling sesuai kepada TSKI....Alhamdulillah...selesai sudah kemelut MB baru Selangor, diharap PR akqn dapat menumpukan sepenuh komitmen untuk memaju serta merakyatkan negeri Selangor. Tahniah YB dari Gombak.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH KEPADA DUA ADUN PAS YANG BERANI ITU. JIKA TIDAK KERANA MEREKA, KERAJAAN PR TELAH TUMBANG SEJAK AWAL LAGI DAN KERAJAAN PERPADUAN PAS+UMNO+BEBAS TELAH TERBENTUK. RAKYAT KHUSUSNYA PR TERHUTANG BUDI DI ATAS PENGORBANAN DUA YB INI.

Mat Bon berkata...

Syukur Alhamdullillah. Biarlah yang berlaku itu sebagai kenangan dan peringatan. Move on lah, fokus kepada musuh sebenar. Hentikan snide-snide remarks secara terbuka yang tak menguntungkan sesiapa

Tanpa Nama berkata...

saja nak tanya semua, agak2nya kenapa dua orang yb pas yang dipanggil temuduga oleh sultan selangor itu gagal? x reti jawab ke apa? x der kebolehan ker apa?

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada Azmin dan PKR...

Tapi yang tidak kurang pentingnya selepas ini ialah sikap berlapang dada Wan Azizah terhadap Hadi Awang merupakan satu momentum terbaik kepadanya.

Diharap kepada pehak-pehak berkenaan janganlah silu-silu untuk menghulurkan salam kepada Wan Azizah

Tanpa Nama berkata...

Harap Anwar dpt pantau prestasi Azmin dgn teliti...jgn jadi pisang berbuah 2 kali...pastikan sblum nak lulus projek besar2 kena melalui keizinan majlis pimpinan pr dulu...jgn jadi mcm khalid yg lupa daratan...satu lg jgn lupa pecat semua geng ug kat selangor terutama sekali din cap ayam, lebai vellfire dan su pas selangor...tahniah azmin...

Tanpa Nama berkata...

.2 orang YB Pas yg dipanggil DYM Sultan telah memberitahu Alsultan bahawa YB Azmin lebih berhak dan layak drp mereka ber2.. Tahniah kpd YB Azmin semoga neger Selangor akan bertambah makmur.

Tanpa Nama berkata...

Dua orang yb pas yang dipanggil temuduga oleh sultan selangor itu gagal kerana mereka tidak dapat memberikan pelan ekonomi yang berdaya saing untuk negeri Selangor. Contoh sudah ada iaitu di Terengganu dan di Kedah

Tanpa Nama berkata...

Yeaaa...setel jugak masalah MB selangor ni...PAS, sori la ek...lu syok sendiri je..."mesti terima sekiranya dilantik"...malu weh...

Azmin, sila buang 4 exco pas tu...amik 2 hero pas yang tolong selamatkan selangor...

Hadi, lu boleh duduk diam kat ganu ye...jangan nak semak kat selangor lagi...pi gi dah BARUA...

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya kekuatan Pkr bertambah kuat.
Pas juga yang berendam airmata.
Padan muka Hadipek.
Sekarang Azmin, jagalah Selangor baik-baik.
Tukar Tiub kata macam-macam.
Ada juga kata-kata dia, betul.
Biarkan... biarkan...
Itu cerita esok, lusa fikirkan.
Krisis MB Selangor harus diselesaikan dulu.
Bijak Sultan Selangor.
Ampun Tuanku.
Tahniah Azmin.
Tahniah Azizah.
Tahniah Anwar.
Berambus Khalid Ibrahim.
Lepas ini taulah dia, langit itu tinggi ke rendah.
Dap tetap teguh di Pulau Pinang.
Kelantan, silap-silap BN/UMNO ambil balik.
Pas melopong, sebab, royalti minyak.
Rakyat Kelantan dah menyampah dengan Pas.
Kekuatan masih ada, hanyalah Nik Aziz.
Kita tengok Pengkalan Kubor.
Apa akan jadi. Pas menang ke?
Mat Sabu gua sayang lu.
Tinggalkan Pas masuk Pkr atau Dap.

Tanpa Nama berkata...

tugas pertama azmin ialah menghapuskan puak ug dalam pentadbiran kerajaan negeri. bermula dengan pemencatan din ayam, raja idris dan semua orang hadi yang telah mengelarkan pemimpin pkr sebagai barua dan juga kuncu2 khladi supaya tidak ada ruang sabotaj dan pembocoran maklumat kpd raju petra.

Tanpa Nama berkata...

utk menyedapttkan hati kutuk PAS... walhal yg baruanya PKR... dah lama org bagi nama azmin sibuk gak nak DR Wan...

takpalah... janji tak payah nak jawab isu remote control...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah YB Azmin

Tahniah juga pd TGHH yg dari awal lagi mencalonkn Azmin.

Tanpa Nama berkata...

walaupun wawi presiden pkr x terpilih, tetapi azmin timbalan presiden terpilih. memang sesuai benar sbb sng untuk merafak depan tuabku dan mengiringi tuanku di majlis-majlis keagamaan. wawi boleh beri tumpuan perkasakan parti. pas x masuk book. sorri..

lobos berkata...

cybertrooper umno kepanasan...

Tanpa Nama berkata...

Geng UG pn kepanasan juga..kurang kn lah jongkang jongkit di rumah umno k..

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan anon 10.34, buang pihak-pihak yang mahu bersekutu dengan UMNO itu (puak UG)

Tanpa Nama berkata...

KERIBUTAN PEMILIHAN INI BERAKHIR DENGAN PEMILIHAN YB AZMIN ALI SEBAGAI MB yang baru. UCAPAN TAHNIAH KEPADA 2 ADUN DARI PAS iaitu YB SHAARI SUNGIB DAN YB HASNOL, jika tidak kerana mereka berdua, maka kerajaang UG terbentuk dan BN yg menjadi kerajaan nya walaupun berwajah UG. JIKA TIDAK KERANA LANGKAH KAJANG, SUDAH PASTI KERAJAAN PR TUMBANG! di atas KEDEGILAN YB TAN SRI KHALID IBRAHIM. LEPAS NI TAK TAU LAH BIL AIR RAKYAT SELANGOR APA JADI?????

Tanpa Nama berkata...

Tahniah pada Presideng Pas kerana berani mencuba pencalonang adun pas utk mb .Selangor.
Diharap dapat mencuba lagi dimasa hadapang utk negeri negeri laing.
Penang pon bole try juga lepaih ni.. -AR

Tanpa Nama berkata...

Harap sgt kpd Azmin agar dpt melantik exco2 dikalangan Adun PR yg konsisten menyokong PR... jgn lantik lagi org2 seperti Iskandar Samad and the gangs...angkatlah org seperti Dr.Rani, Yakob Sapari, Rodziah Ismail dan yg sewaktu dgnnya...dicadangkan motto baru bagi mb kali ni ialah "Selangor Makmur Tanpa UG"...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah juga kepada presideng pas kerana memperlihatkan perangainya yang menggunaan otak kepala lututnya.