28 Sep 2014

Di Mana Suara Kamu Ketika Nik Amar Pecat Tim Pendaftar KIAS?


Nasrudin bidas k'jaan PP hukum Iszuree

MP PAS Temerloh Nasrudin Hassan membidas tindakan kerajaan Pulau Pinang "mengeluarkan" ahli majlis PAS Iszuree Ibrahim daripada jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang sekaligus membeku peruntukan terhadapnya.

Nasrudin percaya tindakan itu diambil ekoran "teguran dan kritikan" bendahari PAS Pulau Pinang itu dalam muktamar PAS terhadap polisi pembangunan khususnya melibatkan kepentingan umat Islam di negeri itu.

Katanya lagi, ucapan Iszuree bukan atas kapasiti peribadi sebaliknya mewakili PAS Pulau Pinang dan difahamkan teks ucapannya disemak oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Mujahid Yusof.

"Malangnya tindak balas dari Kerajaan Pulau Pinang sangat drastik. Saudara Iszuree "dipancung" gara-gara kritikan yang membina itu.

"Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar "harga yang tidak sedikit"," kata Nasrudin.

Dalam kenyataannya, beliau itu mendakwa tindakan itu dilihat seperti kerajaan PAP Singapura yang mendiamkan pengkritik mereka dengan tekanan dan tindakan undang-undang.

"Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau mendakwa tindakan terhadap Iszuree diambil tanpa surat tunjuk sebab atau dipanggil memberi penjelasan.

Kesal dengan tindakan itu, Nasrudin tetap mempertahankan Iszuree yang menurutnya membangkitkan masalah yang sekian lama berlaku di negeri Pulau Mutiara itu.

Bukan fitnah

"Saudara Iszuree bukanlah memfitnah apatah lagi mengkhianati kerajaan sebaliknya beliau menggunakan forum muktamar tahunan PAS bagi membangkit isu ini agar ia menjadi perhatian PAS Pusat.

"Di mana secara kebetulannya pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ialah timbalan presiden PAS.

"Malangnya belum sempat PAS Pusat mengambil apa-apa langkah wajar, saudara Iszuree telah dimangsakan," kata Nasrudin.

Nasrudin turut mempersoalkan sama ada kerajaan DAP di negeri itu mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum mengenai masalah penempatan dan tanah yang dibangkitkan oleh Iszuree yang menurutnya mempunyai asas dan fakta.

Pemimpin muda PAS itu juga berkata beliau maklum dan pernah turun padang berhubung isu itu sewaktu menjadi ketua Pemuda PAS dan Lajnah Tanah PAS Pusat sangat maklum mengenai masalah itu.

Sehubungan itu, Nasrudin menggesa supaya PAS Pusat campurtangan mengenai hal ini dan mendesak PAS negeri membela Iszuree dalam hal tersebut.

"Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pastinya boleh berperanan untuk menangani isu berbangkit dan berkait kepentingan ummat Islam khasnya tindakan kerajaan Pulau Pinang ke atas bendahari PAS negeri.

"Sewajarnya Pas Pulau Pinang mengambil tindakan yang bertanggungjawab bagi membela saudara Iszuree yang telah dizalimi oleh DAP," katanya. -MK


Patutlah Ahli Majlis Pulau Pinang Dipecat Selepas Ucapan Di Muktamar PAS.. Ikuti Penjelasan Rakannya

PETALING JAYA: Ucapan perwakilan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim di Muktamar PAS minggu lepas tidak disenangi oleh Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Hariszuan Jaharudin.

Iszuree mendakwa dasar pembangunan Kerajaan Pulau Pinang sama seperti Umno, tidak menggambarkan situasi sebenar di negeri ini.

Mohd Hariszuan berkata ucapan Saudara Iszuree langsung tidak menyebut berkenaan cadangan projek pemindahan pangkalan TUDM Butterworth yang jika direalisasikan akan menyebabkan 19 perkampungan serta pekan di kawasan sekitar Tasek Gelugor dan Kepala Batas di SPU lenyap, sekaligus mengubah demografi penduduk secara agresif.

“ Apakah sikap dan solusi yang boleh ditawarkan oleh Saudara Izuree dalam isu ini?

“Mengapakah Saudara Iszuree tidak mengkhabarkan kepada dewan muktamar betapa banyak kes mahkamah antara pemaju dan penduduk yang cuba dibantu oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menjadi pemudahcara?

“Sebaliknya, Saudara Iszuree menyebut mengenai projek pembangunan Batu Uban. Siapa disebalik projek pembangunan di Batu Uban? Apakah Saudara Iszuree mencadangkan agar Kerajaan Negeri melanggar perjanjian yang dibuat awal sebelum ini?

“Sebagai rakan Ahli Majlis dalam MPPP, saya sentiasa cuba memahami segala kerisauan Saudara Iszuree mengenai isu pemilikan rumah dan status kampung Melayu di negeri ini.,” katanya.

Mohd Hariszuan berkata, malah, beliau antara yang menyokong kuat cadangan Saudara Iszuree untuk mengadakan sesi taklimat khas oleh pakar kebudayaan dan warisan Melayu di peringkat kerajaan tempatan bagi membolehkan dasar yang lebih inklusif dapat dirangka bagi menjaga perkampungan warisan Melayu.

“Namun, belum pun sempat taklimat ini diadakan, Saudara Iszuree telah dengan semberono memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengamalkan dasar pembangunan ala BN.

“Saya tiada masalah jika Saudara Iszuree mahu mencari populariti dalam muktamar, namun jangan sesekali mengkhianati persahabatan antara parti dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan tidak berkata benar.


“Saya khuatir, jika kenyataan ini tidak diperbetulkan, akan wujud tanggapan bahawa sikap Saudara Izuree ini umpama musuh dalam selimut,” katanya. ~free malaysia today
-


ULASAN GB

Tindakan DAP mengeluarkan Iszuree daripada semua jawatankuasa tetap di Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ekoran kritikannya terhadap polisi setinggan kerajaan negeri di muktamar PAS baru-baru ini tiba-tiba mengundang respons dan kritikan tajam bekas Ketua Pemuda PAS Nasruddin Tantawi.

Tetapi yang menghairan GB ialah di mana suara mereka tatkala Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Mohd Amar Nik Abdullah memecat bekas kadi, Che Ibrahim Mohamed daripada jawatan Timbalan Pendaftar Kolej Islam Sultan Yahya Petra (KIAS), sebuah kolej yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Kelantan?

Malah turut dipecat ialah Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) selain beberapa kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya.

Jika DAP lakkan terhadap PAS tidak boleh, tetapi PAS sendiri boleh lakukan ke atas ahli-ahli PAS hanya semata-mata mereka bukan sekumpulan (UG) dengan kamu?

Kamu bising untuk menunjukkan kononnya DAP zalim, DAP tidak demokratik dan sebagainya sedangkan sebelum itu pemimpin dari kalangan kamu sudah pun berlaku zalim dan sudah tidak demokratik ke atas ahli-ahli PAS sendiri!

Kalau hendak dikisahkan semula betapa kumpulan UG ini gila jawatan gila kuasa, memang banyak. Tetapi kita usah bongkar yang lain, cukup anda menjawab mengenai tindakan tidak demokratik Nik Amar tersebut. Dimana suara kamu ketika itu?







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan yg cukup pedas dari admin.Tahniah.

Tanpa Nama berkata...

Ada masyuk kita senyap2 dan klu tak masyuk baru menyalak... hahaha, pasni tukar kete apa gamoknye? BMW X6 kot? Hihi

IbnAbdHalim berkata...

Tahniah Admin!

Tanpa Nama berkata...

Nasrudin ni bodoh. Jgn lyn dia mklhluk tuhan yg tak berotak. . agen pemrcah belah pas. Kalau sy dia ni dlm golongn ulamak haram jadah.

Amuraria berkata...

syabas admin ,bagus punya soalan pada yakpur kamsur mangkuk tu ! apa punya turr ? ABU &tentang geng pro 'UG' sampai mati !

Tanpa Nama berkata...

saya xda nk komen apa asal ni. cuma saya ada tegur dia seusai turun flight dr kul-kbr. saya beri salam, tny dan tegur. sepatah jawab sepatah. muka langsung tak senyum, serius je..
kenapa jadi macam tu? adakah ustaz dan juga pemimpin jemaah islam tak ada ilmu nak senyum bila orang ramai tegur...
keimpulannya saya tak suka pemimpin yang macam ni..dan mungkin yg lain2 juga pun sama..pattlah Allah tangguhkan kemenangan Pas di malaysia..

air gunung berkata...

Pelik gak ..dia ahli majlis kerajaan negeri.apa yg dia buat masa mesyuarat dan pembentangan perancangan dsbgnya.dah puas mengamuk dgn hujah n fakta ke masa mesyuarat.kalo dah x per gak bising2 kat muktamar.mcm ada perancangan pelik jer negeri yg Pas menang satu kerusi n lwn rebut kerusi dgn pkr (cikgu bard)
Udah la tghh x jwb2 sampai skrg pasal tuduhan cikgu bard.sampai tahap hantar surat nak saman.masih senyap lg.angkuh atau apa neh.ramai org tau geng2 saraban kopiah putih kat penang wat paaa.itu pasal nak menang satu kerusi pon payah.nak ngaku lemah tok sah harap laaa.salahkan org ader laaa.hehehe tergelak tgok si sarabanan temerloh terloncat2 x tahan nak balon kerajaan pulau pinang pasal kes neh.kah kah kah.bukak je mulut nampak laa x reti politiknya.org dah meluat..buat jer kerja tok wakil tu elok2 sampai habis penggal.payah dah nak jd sekali lg.tolak mamat ni tanding kat kubang kerian bole la menang.takut org situ pon rimas tgok.

Tanpa Nama berkata...

Salut Admin!puak-puak yugeenilah perosak seperti anai -anai makan kayu,cantik di luar rupanya didalam dah rosak...menunggu untuk menyembah bumi...Allah swt dah bongkar mereka-mereka yang bertopengkan agama,kami dah muak!inilah sebabnya mereka kalah di pengkalan kubor,rakyat penyokong PR dah muak,jemu,jelak dan masak dengan perangai geng UG!bravo admin!teruskan pembongkaran,padah muka geng YUGee nih!

Tanpa Nama berkata...

perlu direhatkan org mcm ni.kalau di parlimen senyap sunyi

Tanpa Nama berkata...

apa macam geng UG masih mahu pakat dgn Umno . Kepercayaan tidak boleh di beli tetapi kena cari .rakyat bukan bodoh jgn dok sembunyi di belakang Islam kerana hang ni Ularmak pandai berkelentong. Apa tu Setiakawan ?????

Tanpa Nama berkata...

sekarang pecat UG dari Pas dalam muktamar

Tanpa Nama berkata...

Eh,husam Musa pun dia pecat juga kan.memang dasar dendam kesumat.

Tanpa Nama berkata...

Tuan admin...
Nampaknya ada yg menjawap mengenai fitnah kereta mewah dan esos menantu hadi..adekan ia menjawap persoalaan. Kenapa bagaimana dia mendapat jawatan dlm pransang tak disentuh...harap admin blh beri pencerahan...

Anti Fitnah berkata...

Lihat muka dia pun dah tahu dia itu sombong bodoh.
Apa dah jadi dengan PAS ni? Duduk dalam satu kelambu dan tidur atas katil yang sama tapi mimpi lain-lain. Tidur dengan PR tapi mimpi macam BN.
Sejak Tok Sarabanan ni menfitnah LGE dan kerajaan PP, aku dah tak respek dia. Pernahkah dengar dia komen tentang perjalanan kerajaan BN termasuk di negeri Darul Makmur? Dok kat parlimen pun macam mayat hidup aje?
Banding dia dengan LGE, ibarat .... Pernahkah dan sanggupkah dia membela nasib dan maruah anak Melayu sehingga dipenjarakan oleh kerajaan BN?
Janganlah bersikap macam puak munafikun @ BN. Bercakap bohong tanpa terkerdip mata. Kerana spesis macam hangpa ni dah memburukkan nama baik Islam. Ingat fitnah paling besar di Tanah Melayu ialah Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Jangan jaja suatu yang menjadi fitnah kepada agama Islam iaitu agama yang diberi oleh Allah swt. Jangan terikut-ikut cara "bodoh" puak BN tu. Kalau hendak juga, buka sarabanan anda dan pakai songkok tinggi aje.

Tanpa Nama berkata...

Bravo admin... vellfire ni pandai camtu jer patu senyap

Tanpa Nama berkata...

Bergaduh berebut harta rampasan... Macam tentera pemanah yang turun dari Bukit Uhud utuk mengambil harta rampasan perang.., sehinggakan puak musyrikin berjaya rampas kemenangan..

Hahaha... Bergasak laa korang...

Tanpa Nama berkata...

Masalah kerajaan negeri pulau pinang di bahas dalam muktamar pas. Macam masalah rumah tangga di bawa dalam mesyuarat guru di sekolah. Kan ke terlebih cerdik tu. Lepas ada pulak yang menyokong tindakan terlalu cerdik tu.

bat8 berkata...

Aku anak jati kubang kerian. Jangan hantar mamat ni kar sini. Aku hambat dan suruh orang kampong halau je mamat ni. Orang kubang kerian sama dgn orang kl dari tahap pendidikan. Bekas wakil tetap ke PBB satu masa dulu, orang kubang kerian.

Kalau nak tengok markas mamat ni kena bakar, sila hantar mamat pi bertanding di kubang kerian. Kami boleh terima orang luar kelantan yang cerdik bertanding disini. Kami tak mahu yang bodoh sombong tak boleh diajar mewakili kami.

Hantar je mamat ni bertanding di negeri lubuk UG, Terengganu! Dalam PRU 2004, kalau tak silap, mamat bertanding kerusi parlimen di Terengganu. BUNGKUSSSS..........lubuk UG pun xmao terima mamat ni!

Tanpa Nama berkata...

Dia ni jenis makhluk perosak.Arap serban saja besar tapi otak tadak.Macamana lah puak puak Pas pilih ore laguni.Kalu ada sepuluh ekor lagi spesis mace ni alamat bungkus la Pas.

Tanpa Nama berkata...

Ludah lagi ke langit.
Kan dah terlepuk ke muka sendiri.
Masuk dalam senarai aku tak suka.
1. Nik Abduh
2. Nasrudin
Tambah kemudian...

Tanpa Nama berkata...

Dia bz tu dok penin kepala pikir ikut mana nak masyuk lagi.. tu sebab tak brape nk mesra alam, cuba jumpa kroni... tudia senyum meleret mcm anak dara nak kena pinang

Tanpa Nama berkata...

PAS ni ..... dah tak leh pakai lagi .... mereka seronok naik Vellfire dan BMW ... mereka ini ingat rakyat bodoh macam PAS kot ... he he he

Tanpa Nama berkata...

Hellfire ini tipu undi cina, takan dia boleh memang kalau bukan cina tertipu slogan "barua for all"!?

Dia akan kalah teruk kalau berani tanding lagi.

Ini lah orang sombong penghianat yang halau orang lain dekat agama dia. Ular semak betul.

Tanpa Nama berkata...

Ini pemimpin??? Penghianat Penipu penikam dan barua!

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju sgt dgn pendapat bahawa jgn salahkan pas secara keseluruhannya, tetapi yg telah mbuat imej pas teruk skrg adalah "PAS UG" seperti Hj Hadi, Harun Din, Nik Amar, Nik Abduh, Nasrudin Tantawi dan yg sewaktu dgnnya... pastikan pada pru akan dtg calon2 UG ini tidak diundi dan pastikan semua calon ug akan kalah...

Tanpa Nama berkata...

Wahai rakyat2 sekelian!!! Pastikan pada PRU ke 14 nanti jgn sesekali memberi undi kpd calon PAS UG...

Tanpa Nama berkata...

hellfire ini pun tak pandai. Nak selesai masalah ini senang jer, minta tuang president barua guna kuasa VETO(!!!), TOLAK keputusan LGE dan Negeri PP.

Habis cerita, tak perlu cakap banyak.

Kan M ampus S emak U lar telah buat definasi tuang president kuasa besar, maka rasa LGE tu tak layak nak banding dengan tuang president barua?!

Tanpa Nama berkata...

Maaf ustaz ni x ade daya kepimpinan..seperti umno menggunakan ketuanan melayu. Mcm langit dgn bumi kalau nak bandingkan dia dgn mahfuz omar dan salahudin ayub

Waris berkata...

Mangkuk hellfire ni amat jelas kebodohannya

pak maun berkata...

Dulu dalam bulan puasa, ketika isu vellfire hangat, dia kata van utk khidmat masyarakat parlimen temerloh sedang proses dicatkan. Skrg dah dekat raya haji, ntah mane van tu. Aku selaku warga Pahang amat malu dgn sarabanan ni. Walaupun aku bukan pengundi parlimen temerloh tp berjiran dgn daerah temerloh

Tanpa Nama berkata...

Puak ug ni berani berkokok kat blkg jea...guna facebook, twitter dan blog... cuba buat debat depan2 nak tengok berani tak...silap2 penonton baling telur ayam dang2 tu jugak...

Tanpa Nama berkata...

apa ke sama orang bahalol dengan orang tak bahalol ?

orang orang bahalol muka mereka sama saja...

teringat pula tok guru pil keldai tu...

kesian pengundi cina dapat budak bahalol.

saman terowong penang lim guan eng sudah kowtim agak nya kot.

Tanpa Nama berkata...

Beruk yg sekor ni BARUA & BROKER tuang pressideng

Tanpa Nama berkata...

Dah habis tapi semua sokong tuang president barua. Maka ahli ahli pun sama barua!

Tanpa Nama berkata...

Kita nak tengok barua nik amar kalah dlm pru akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Makin gemok yb? Makan selera ke?