17 Sep 2014

[OFF-POLITIK] Ambil Perhatian: Peraturan Baru Bagi Lampu Kereta


Peraturan Baru Bagi Lampu Kereta Mulai 1 Oktober 2014

Peraturan baru lampu kereta oleh JPJ mulai 1 Oktober 2014. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas terhadap pemandu jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori tambahan pada kenderaan bermula 1 Oktober 2014.

Keputusan itu dibuat selepas mendapati ianya antara salah satu penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Pada masa yang sama, pengguna yang ingkar dengan peraturan itu akan dikenakan kompaun saman sebanyak RM300.

Pemasangan lampu aksesori yang tidak dibenarkan JPJ

* Pemasangan lampu HID secara retrofit.
* Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
* Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.

Tarikh Berkuatkuasa
Mulai 1 Oktober 2014

Kadar Kompaun Saman
Maksimum RM300 bagi setiap kesalahan







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

minta jpj bagi bukti dulu yang lampu tambahan punca menyebabkan kemalangan.

Tanpa Nama berkata...

Lampu yang putih memberi silau kepada pemandu dari arah bertentangan.

Tanpa Nama berkata...

Anon 5.28. Tidak perlu apa-apa bukti. Gunakanlah lampu yang sedia ada pada kenderaan masing-masing, tidak perlu apa-apa tambahan. Duit pun jimat. JPJ jalankan tugas anda dengan tegas dan berkesan.

Tanpa Nama berkata...

Tak habis2 isu remeh temeh jugak yg nak di isukan,., walhal banyak lg yg kena tengok,., keadaan jalan raya,., mutu jln raya itu yg lebih penting,,.,.sudah2 lah mendera rakyat bawahan.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan JPJ. Tension bila memandu jika bertemu dengan kereta yang menggunakan lampu tambahan. Silau mata.Komen pada jam 7.27PM, kena faham urusan mutu jalan raya bukan bidang kuasa JPJ, itu bidang kuasa JKR dan pihak berkenaan. Cukuplah dengan lampu yang sedia ada pada kenderaan. Jurutera kenderaan dah fikir dan uji sehabis baik sebelum kereta dijual.

Tanpa Nama berkata...

Gunakan lampu standard, yg berkelip kelip kasi saman. Lampu signal kasi cat hitam pun kasi saman. Warna oren adalah warna standard. Kasi hitam buat apa. Kalu engkau geng pelacur kasi bibir hitam okle.

Tanpa Nama berkata...

lagi baik jalankan kempen gunakan lampu isyarat membelok (turn signal). tu antara penyumbang terbesar pada kemalangan j'raya. pemandu di malaysia mmg segan nak guna turn signal masa membelok atau masa menukar lorong, awat ntah!? tak tau guna kot atau mmg bodoh sebab tak tau fungsi turn signal.

Tanpa Nama berkata...

lagi banyak peraturan lagi masyuk!!! UG sokong 100%

Tanpa Nama berkata...

biasakita nampak penunggang motosikal yang lampu sagnalnya sentiasa terus berkelip, sampai kat lampu isyarat simpang jalan bila kita tanya mengapa sagnal tak padam?. dia kata sejak turun dari rumah tadi dia terus hidupkan sagnal itu, takut lupa nak bagi sagnal semasa bawak moto
Rasanya tok hakim pun boleh jatoh pengsan kalau lagu ni.

Tanpa Nama berkata...

Jalan raya berlopak, bahu jalan berlubang, garisan jalan yg mengelirukan tak mau saman..yg penting dapat ambil duit dgn mudah

Tanpa Nama berkata...

JPJ nak saman kereta berlampu silau tu pd hari siang ke mlm? Kesalahan yg dilakukan disiang hari pun banyak yg terlepas, inikan pula nak tambah tugas waktu mlm. Patutnya saman saja pemandu kenderaan besar yg mana pembalik cahaya di belakang kenderaan itu tidak jelas dan membahayakan pemandu lain.

Tanpa Nama berkata...

Pihak JPJ dan pihak Polis harus berkerjasama di dalam membenteras pemasangan lampu Yang menyilaukn menyusahkn pemandu lain...sokong 100%

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan pihak polis dan JPJ berkerjasama dengan rakyat, memberitahu maklumat atau gambar diambik kesalahan pemandu seperti lampu putih,cermin gelap,no plate,ekzos ubah suai dan lain2 harap ada sms no phone polis dan JPJ mudah rakyat hantar gambar dan tempat kejadian . . ..