17 Sep 2014

Muktamar Pemuda Paling Dasyat Dalam Sejarah, Pengerusi Tetap Dikejarkan Ke Hospital


Muktamar panas, pengerusi dikejar ke hospital

Pengerusi Tetap Muktamar Pemuda PAS Kamal Ashaari berkata beliau sendiri akan membawa laporan daripada perwakilan Pemuda Puchong yang mendakwa terdapat perwakilan lima kawasan dari Johor yang tidak dipilih dalam mesyuarat tahunan mereka tetapi hadir pada Muktamar Pemuda PAS tahun lalu.

Perwakilan lima kawasan itu turut didakwa terlibat dalam pemilihan dalam persidangan tahun lalu selepas dibangkitkan segelintir perwakilan kali ini yang bimbang PAS bakal diharamkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) jika laporan tahunan tahun ini disahkan.

"Saya menerima laporan ini. Muktamar tidak ada autoriti (menubuhkan) satu jawatankuasa untuk menyiasatkan (laporan ini) yang dikemukakan malam ini.

"Muktamar (Pemuda) tidak ada jawatankuasa untuk menyiasat laporan ini, jadi saya memohon untuk membawa laporan ini diputuskan pihak beraurotiti atau Majlis Syura Ulama.

"Saya minta mandat dibawa di peringkat atas yang ada jawatankuasa untuk menyiasat perkara ini," kata Kamal sambil majoriti perwakilan kemudiannya bangun memberi mandat kepadanya untuk membawa laporan itu diputuskan oleh pihak atasan.

Kamal juga menangguhkan perbahasan mengenai laporan tahunan selama 10 minit bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak atasan parti.

Selepas itu, majoriti perwakilan mengesahkan laporan tahunan Muktamar Pemuda PAS tahun ini melalui undian, tetapi status pengesahan kehadiran perwakilan dari lima kawasan itu - yang ada dalam laporan tahunan kali ini - diserahkan kepada pihak atasan untuk menyiasat dan memutuskan.

Kemudian, terdapat seorang perwakilan bangun membangkitkan rasa tidak berpuas hati - selepas ia disahkan dan memberi mandat - cuba menjelaskan situasi yang berlaku di beberapa kawasan di Terengganu pada 2009.

Berlinangan air mata

Bagaimanapun, suasana bising tercetus apabila ramai perwakilan lain menjerit dan melaungkan supaya perwakilan itu menghentikan tindakannya dan kemudiannya melaungkan takbir, "Hidup Islam dan Hancur Taghut".

Susulan itu juga seorang perwakilan lain cuba menenangkan keadaan dengan meminta perwakilan menghormati keputusan yang dibuat oleh pengerusi tetap sebelum itu.

"Dua kali pengerusi beri peluang (kepada kita untuk selesai masalah ini). Saya minta hormat kepada pengerusi tetap," katanya dan suasana dewan ketika itu menjadi gamat dan riuh rendah.

Hal demikian kemudiannya, menyebabkan Kamal Ashaari mencelah dengan meluahkan rasa kesalnya nada yang sebak dengan air mata berlinangan.

"(Jika tidak sah) muktamar (dan pemilihan) tahun lalu, muktamar khas boleh diadakan untuk mengadakan pemilihan semula. Kita nak tolak, kita tidak ada autoriti untuk buat keputusan.

"Saya faham, kamu sayang kepada parti. Saya tidak mahu PAS diharamkan... Tolong beri mandat. Saya janji saya serah sendiri," katanya dalam nada sebak dan tersekat-sekat.

Selepas itu, beberapa minit selepas insiden itu selesai, Timbalan Pengerusi Tetap Riduan Mohd Nor memberitahu perwakilan bahawa Kamal dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas. -mk

Muktamar Pemuda PAS kecoh kerana pemilihan dikatakan tidak sah


Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor malam ini kecoh apabila beberapa perwakilan membangkitkan isu pemilihan PAS tahun lalu tidak sah kerana beberapa kawasan di Johor tidak diiktiraf dan perwakilannya dibenarkan mengambil bahagian dalam pengundian

Antara kawasan yang dibangkitkan perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam itu adalah Sembrong, Pengerang, Labis, dan Kulai.

Kekecohan itu timbul ketika sesi meluluskan minit mesyuarat laporan tahunan Muktamar PAS ke-54.

Perwakilan Pemuda PAS dari Shah Alam membangkitkan persoalan itu dan berkata perkara itu sangat serius memandangkan PAS berkemungkinan diharamkan pendaftaran mereka oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana laporan yang tidak lengkap.

"Setuju atau tidak pemilihan lepas adalah pemilihan tidak sah," kata Mohd Labib Abd Jalil, perwakilan Pemuda PAS dari Sabak Bernam ketika bangun menyokong kenyataan perwakilan Shah Alam itu.

Perwakilan pemuda PAS Shah Alam bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditemui The Malaysian Insider.

"Tiada komen, kita sedang bermesyuarat," katanya yang enggan mendedahkan identitinya.

Disebabkan kekecohan itu, Pengerusi Tetap Perwakilan Pemuda PAS Kamal Ashaari menangguhkan sidang muktamar selama 10 minit untuk mendapatkan nasihat kepimpinan yang lebih tinggi.

"Saya memohon kepada semua untuk membawa kepada pihak atasan, malah bawa kepada Majlis Syura Ulama.

"Saya mohon beri mandat kepada saya untuk bawa ke peringkat atasan untuk menyiasat dakwaan yang dibangkitkan malam ini, mereka yang ada autoriti buat keputusan," katanya.

Dalam keadaan menangis, Kamal berkata beliau memberi jaminan kepada pucuk pimpinan PAS malam ini bagi menyelesaikan isu itu.

"Saya akan bawa malam ini kepada kepimpinan atasan, tidak tunggu esok, lusa. Kita tidak ada autoriti.

"Kalau diputuskan kita perlu untuk mengadakan pemilihan semula, kita akan adakan muktamar khas untuk mengadakan pemilihan semula," katanya.

Kamal kemudiannya dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas selepas kekecohan itu diselesaikan sebaik sahaja perwakilan bersetuju meneruskan agenda perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan ketika ditemui sejurus tamat muktamar Pemuda PAS sesi malam ini berkata, perkara itu adalah lumrah dan muktamar sememangnya medan untuk perwakilan meluahkan pandangan mereka.

"Pada saya ia normal, mereka beri pandangan masing-masing cuma emosi sikit, biasalah orang muda.

"Saya tetap dengan pandangan untuk beri ruang dan peluang, kalau tidak mereka akan gunakan ruang lain yang ada," katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui menerima surat layang berhubung perkara itu beberapa bulan lepas, namun surat berkenaan tidak diendahkannya.

"Saya ada nampak dalam surat layang, yang mengatakan perkara ini berlaku, dalam beberapa bulan lepas.


"Disebabkan itu surat layang kita tidak ambil apa-apa tindakan," katanya.

Beliau berkata, kepimpinan Pemuda PAS yang diketuainya hari ini adalah legasi yang diterima daripada kepimpinan sebelum pemilihan tahun lepas, dan tidak merasakan serangan itu ditujukan kepadanya.

"Saya tidak tahu, serangan itu kepada jawatankuasa pemilihan lepas, bukan saya," katanya. -TMI


ULASAN GB

Sungguh dasyat. Segelintir ahli Pemuda buat kecoh, seluruh parti tercalar.

Sampai tidak hormat arahan Pengerusi Tetap sehingga seorang perwakilan terpaksa bangun bersuara:

Dua kali pengerusi beri peluang (kepada kita untuk selesai masalah ini). Saya minta hormat kepada pengerusi tetap

Nampaknya kekecohan itu sengaja dirancang oleh sekumpulan tertentu untuk menjatuhkan Ketuanya Suhaizan Kaiyat. Jelas, ia dirancang oleh pihak yang kalah di tangan Suhaizan di dalam pemilihan di muktamar yang lepas. Ini kerana surat layang berhubung perkara itu sudah diedarkan beberapa bulan lepas.

Budaya apakah yang dibawa oleh, senang cakap, kumpulan UG ini? Apakah ini yang dimaksudkan PAS GNATI UMNO? Membawa dan meniru budaya UMNO ke dalam PAS? Atau seperti komen seornag sahabat: Itu persediaan PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO, kena belajar budaya UMNO dulu.

Dan mereka yang timbulkan kekecohan itu itu mendakwa diri mereka pendokong Presiden dan Majlis Syura Ulama. Sungguh memalukan Presiden PAS dan MSU sendiri!







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah beza nya PAS dahulu d skrng.

Tanpa Nama berkata...

dah presidennya lemah, apa yg boleh diharapkan lagi?

mungkin slogan 'PAS seperti UMNO' lebih sesuai.

mohd hanafiah ismail berkata...

Assalam ust..seandainya..berparti boleh menimbukan fitnah..tinggalkan ustaz..berjuanglah dari luar kerana allah azza wajalla keran saya perhatikan entah jarum apa yg melanda pas..bila ada metteng mereka lupa akhlak..kalau me4ekanmereka ini kurang didikannagama tak mengapa..tetapi mereka mereka ini byk yg pandai beragama tetapi kemana akhlak mereka ..ada kan di zaman baginda ..sahabat sahabat begini pasti tidak ini.lamat memalukan.lpandai agama tetapibtiada adap..terhadap pengerusi..tetap yg di pilih dgn majoriti..justeru...jika tak tinggalkan takut takut habis segala amalan yg ust ajarvselama ini dek kerana menghadapi perangai..perangai..mereka yg buda apa yg melanda mereka..cinta dunia?..hanya allah sahaja yg mengatahui..pekara ini terjadi setelah apamyg berlaku di selangor apabila..org tua..ygvtidak amanah kepada perjanjian dalm pakatan di mana bila berlaku permasaalahan mesti dinrujuk kepad perjanjian..ketika awalmawal lagi gabungan pakatannrakyat..mohonndinjauhi di ahkir hidup cinta dunia..cinta kuasa..memm6ngkiri janji..wallahuaklam..we love ust...jemaah mustaqim

Tanpa Nama berkata...

macai UMNO = I LOVE PM
macai PAS = KAMI SOKONG PRESIDEN

Tanpa Nama berkata...

era 1998 & beberapat tahun seterusnya , apabila DSAI mula disingkirkan, ramailah yang mula nampak ttg PAS, maka ramailah yg pi dengar ceramah2nya.

Tak nafikan masa itu dah kedengaran kalau ceramah2, akan mengutuk2 fizikal orang2 yg tertentu, seperti 'pendek' dll. Diulang2 . Tapi PAS menang hingga dapat Trengganu, Kedah.

Klau x suka pada UMNO, sebut kesalahan pada ketidak amanah, anjur program2 yg x Islamik dll... tapi jgn lah kutuk fizikal.

Tanpa Nama berkata...

PAS dahulu bukan PAS sekarang. Dulu dihormati sekarang dihina oleh semua lapisan masyarakat dan i jamin sahabat lu Ikhwanul Muslimin akan hina lu juga kerana sanggup bersengkongkol dengan parti haram penjajah.

I akan sokong jika ada seseorang dengan berani tubuhkan parti Islam bagi menggantikan parti Islam yang sedia ada.

Tanpa Nama berkata...

Ejen2 umno sudah bertapak kuat dalam pas... teda cara lagi untuk baiki pas.... pas hanya menanti masa....untuk berkubur. Sebahagian ahli akan ke PasMa dan bersama pakatan. UG bersama UMNO. yang tinggal pak lebai yang akhirnya akan lupus dan kembali ke pondok pengajian yang kerjannya buat ceramah dan kutuk