18 Sep 2014

Gambar Ini Untuk Kite-kite Aje....?


Blog ini beberapa kelmarin telah menyiarkan gambar-gambar yang menjadi viral di media sosial dan seorang pengkomen meminta GB untuk menjelaskan lebih lanjut mengenainya.

Sebelum ini, GB hanya memaparkan gambarnya saja tanpa mengulas apa-apa sekadar mencatatkan: "Masing-masing boleh nilai sendiri samada perjuangan ini untuk parti atau untuk perut kroni sendiri?"

Gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai persepsi sekaligus fitnah jika ianya tidak dijelaskan. Gambar tersebut diambil dari blog Malaysia-Today kepunyaan Raja Petra Kamaruddin yang di dalam gambar tersebut turut ada bersama-sama Raja petra Kamaruddin ialah Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik Abd Hadi Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar. Pertemuan itu dikatakan berlaku di Manchester, UK sekitar penghujung 2013.

Carta organisasi syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), sebuah syarikat milik kerajaan negeri Selangor pula mendedahkan bahawa abang kepada Raka Petra Kamaruddin iaitu Raja Idris Raja Kamaruddin (abang kepada Raja Petra Kamaruddin) adalah Pengerusi Lembaga Pengarahnya. Menantu kepada presiden PAS itu, Zaharudin Muhammad yang juga Ahli Majlis Syura PAS, memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Agama di syarikat berkenaan.


Di dalam satu lagi printscreen SMS dari seorang rakan Ahmad Sabki Yusof (Penolong Setiausaha Agung PAS) pula mendedahkan mengenai pengkuan Sabki memngenai pembahagian ESOS Kumpulan Peransang Selangor Berhad. ESOS (Employees Share Option Scheme) iaitu Skim Pilihan Saham Pekerja yang lazimnya ditawarkan kepada pekerja syarikat yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia. Jumlah saham yang ditawarkan bergantung kepada gred jawatan yang disandang dan gred appraisal yang diperolehi setiap staff. Yang nyata di situ, pada tahun 2012 terdapat dua orang kroni Presiden PAS (?) iaitu Ahmad Sabki Yusof dan Zaharuddin Muhammad yang masing-masing ditawarkan ESOS masing-masing sebanyak 533,000 dan 495,000.


Daripada blog malaysiawaves.net, harga saham Kumpulan Perangsang terkini ialah RM1.80 seunit, manakala ESOS di atas berharga RM1 seunit. Ini bererti untuk Zaharuddin saja, beliau boleh membuat keuntungan atas angin 500k x 0.80 = RM400,000. Itu baru setahun iaitu tahun 2012.

Tawadhu sunggu ahli Majlis Syura PAS ya... ada saham beratus ribu (mungkin sekarang dah juta?)...

Yang menjadi persoalan kini, ahli-ahli PAS diminta untuk WALA kepada Presiden dan Majlis Syura Ulama. Sedangkan persoalan di atas tidak diketahui lansung oleh ahli-ahli PAS (kalau ada yang tahu pun tak ramai bilangannya).

Sebelum ini GB mengulas bahawa kumpulan pro-ulama Marah sangat Wan Azizah dijadikan calon untuk MB kerana kroni katanya, abis yang di atas itu apa? Kroni atasan PAS peringkat tertinggi?

Dan apakah kerana itu maka Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama bertungkus-lumus mempertahankan TSKI sebagai MBnya dengan melambung namanya seolah-olah TSKI satu-satunya orang yang paling berintegriti dalam dunia? Wan Azizah perlu dikutuk dan diaibkan sebagai tiada kebolehan?

Pagi tadi pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di dalam ucapannya menyatakan pertukaran menteri besar adalah tidak perlu dan menegaskan bahawa menteri besar sedia ada perlu kekal pada jawatannya kerana Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan selagi mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah.

Macamlah PAS tidak pernah menukarkan kepimpinan sehingga sanggup menggunakan hujjah sedemikian. Pesuruhjaya PAS Selangor ditukarkan daripada Abd Rani Osman kepada Iskandar Samad, apa kesalahan Abdul Rani Osman sehingga beliau ditukarkan kepada orang lain sedangkan semua orang tahu kejaaan cemeralng PAS Selangor di dalam PRU13 adalah kerana kewibawaan Abdul Rani.

Kemudian hari ini diluluskan juga usul dari Dewan Ulama menuntut tindakan terhadap pihak yang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kuasa Majlis Syura.

Sampai begitu sekali, tak boleh kritik Presiden, tak boleh kritik Majlis Syura Ulama. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat:

"Wahai Rasulullah, apakah kata-katamu itu wahyu dari Allah atau pendapatmu sendiri?”

"Oh Khabab. ia adalah pendapatku semata,”jawab Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab.


Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.

Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...


Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

Jadi dimana justifikasi Presiden dan ahli Majlis Ulama tidak boleh dikritik. Maksumkah mereka?

Kemudian ada pula seorang pemimpimpin parti menyatakan bahawa Presiden mempunyai kuasa pemutus. Majlis Syura mempersetujuinya. Tak perlu rujuk AJK PAS Pusat. Dah jadi komunis. Guna sistem autokrasi. Tiada lagi demokrasi. Hujjah mereka menyatakan hanya ulamak yang tahu bab Al-Quran, Hadith, Ijma dan Qias yang merupakan tunggak tertinggi perlembagaan PAS. Jika demikian apa guna pilih AJK PAS PUsat setiap dua kali bermuktamar? Bukankah mereka itu dipilih menjadi "wakil" daripada orang bawahan?

Malah jika disemak Al-Quran amat jelas ada perintah Allah supaya bermesyuwarah, bukan menggunakan kuasa veto ketua.

Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarah sesama merekadan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;

"Bermesyuarah" ertinya apa? Guna kuasa veto presiden seorang sajakah yang bercakap dengan dinding?

Kemudian memaksa pula suruh wala. Jika tidak tindakan disiplin akan diambil. Huh!

Beginilah. Jika merasakan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi sesuai dan tahaluf siyasi sudah tidak dapat dilaksanakan seperti kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr. Haron Din, apa kata jika PAS berpisah saja dari Pakatan Rakyat? Kita lihat saja nanti kesannya kepada parti Islam SeMalaysia?

Dan jika pengkritik-pengkritik Presiden dan Majlis Syura Ulama nak dikenakan tindakan, apa kata jika pecat saja semua pemimpin dan ahli yang mengkritik supaya PAS hanya menjadi kumpulan UG (Ulama Group)?

InsyaAllah, bagi GB jika dipecat sekalipun, jiwa GB redha dan tenang, kerana kebenaran itu lebih berhak untuk diikuti.....

Selama menjadi blogger ini pun GB sudah berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk parti. Setidak-tidaknya sejak zaman reformasi dan alhamudillah, PAS telah berjaya cemerlang hasil usaha sedikit ini dari para blogger yang menyebarkan maklumat dan berjuang dari alam langit (siber).

Tiada siapa ambil tahu perit dan susah payah kami selama ini.

Namun, walaupun parti tidak menghargai jasa kami, kamihanya mampu berdiam diri kerana kami yakin Allah itu sentiasa Maha Melihat dan Maha Mengetahui dan Dia berjanji tidak akan sia-sia orang-orang yang berbuat kebaikan. Balasan adalah ditanganNya. Malah jika Dia tidak mengganjari kami pun kami terima kerana itulah keikhlasan kami sebagai hambaNya di dalam perjuangan menengakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Bukan mudah untuk mencapai maqam "keikhlasan" itu kalau tanpa pertolonganNya jua...









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kealpaan MSU dan Presiden PAS bakal menyebabkan Malaysia kehilangan Sarawak dan Sabah. Pergerakan pemisahan sedang bergiat aktif di Sarawak dan Sabah sedang MSU dan Presiden PAS terus mamai dan alpa mengenai masalah negara. Di antara dasar PR, dasar DAP mengenai perpaduan ialah yang terbaik iaitu perpaduan yang meliputi Sarawak dan Sabah. Manakala MSU dan Presiden PAS pula menjuarai perpaduan dengan UMNO. Setakat ini MSU dan Presiden PAS tidak pandai untuk mewujudkan perpaduan dengan Sarawak dan Sabah. Justeru, MSU dan Presiden PAS tidak layak untuk memimpin Malaysia. Sehingga kini MSUcdan Presiden PAS belum meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Sarawak dalam isu rakyat Sarawak bercawat.

Tanpa Nama berkata...

menyampah sungguh tgk muka hadi awang nih..ramai kenkawan dlm fb yg dulunya aktif mengkomen dan post pasal politik tp skrg ni diam membisu.yg like page2 pro PR pun dh sgt kurang.. sbb apa? sbb mereka dh kecewa dgn pimpinan pas esp hadi awang. puak ug dlm pas ni rasanya xramai mana pun..cuma bising je lebih..klu pas nk keluar pakatan pun keluarlah..tinggalkan puak UG bbrp kerat je..majoriti akan tinggalkan pas. jom kita bersama pakatan rakyat tinggalkan UG.

siswa menganggur ada hutang ptptn berkata...

Presiden dan menantu serta suku sakat depa takkan laa nak pakai serban dan jubah yg beli kat Jalan TAR???

Dah jadi presiden mesti laa kena pakai serban dan jubah yg harga ribu-ribu. hehehe baru laa standad, baru laa dikasihi Allah. Gamaknya gitu laa kot!?

hehehe zaman sekarang bro, serba serbi mahal. mulut kumat kamit, jari gentel tasbih ingatkan berzikir, rupa-rupanya kira duit

hehehe aku pun nak jugak jawatan dalam Kumpulan Perangsang, ada jawatan kosong tak?? kerja baca doa pun dah kira OK.

Tanpa Nama berkata...

Klu dlm buat filem,,ada watak pelakon tambahan/pak pacak n HERO..

ddlm filem yg brnama "PERANGSANG" ada pelakon watak KHIANAT tambahan/hingusan @ pak pacak yg dibayar sgt LUMAYAN..
-ESOS je 500,000
-lain2 imbuhan RAHSIA bukak kat kubor

klu watak KHIANAT jd pak pacak pon dpt ESOS 500,000..yg dah tau?

Cer tanya Nik Aziz
Cer tanya Haron Din..
Untuk watak HERO "fitnah" pil kuda kat TV3 brp kah harga nya?
-puloh juta kah??
-ratus2 juta kah???

Utk watak HERO "auta" kominis Lenin & Karl Mark, brp byk ler pulok????

Cer tanya Nik aziz
cer tanya lg haron din..
Adakah tulisan begini mu worang anggap sbg AUTA khianat dan FITNAH kpd golongan ularrrrMAK???????

Eh! lupo la pulok..
Cer tanya nik aziz
Cer tanya haron din..
Sape penerbit WAYANG pil kuda yg sggup bayor HERO tuu..tentu LUMAYAN gitu sbb HERO nya tu kan pakai jubah dan sarban..dan kini dah jd ulamMAMAK no2 ddlm donia..bukan diMahsyar ya pak!?

Adakah PENERBIT itu dr kerala???








Tanpa Nama berkata...

Itulah hikmahnya krisis MB Selangor - terbongkar semua orang yg mencari kekayaan dgn menggunakan agama. Semoga Allah terus membuka tembelang mereka.

Amuraria berkata...

alhamdulillah ,setuju dengan GB, biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya ! ABU & gerombolan 'UG' wajib di musnah !

ramziredang berkata...

sedih dan sayu bila tuan GB sebut pasal perjuangan blogger..teringat jugak masa laptop GB terbakar dulu,terpaksa kutip derma dari pembaca,pemimpin PAS mana ada ambik kisah tentang perjuangan para blogger.

Bukan GB sorg jer..kami semua para blogger juga sudah redha,andai perjuangan PAS sudah terpesong dek kerana pemimpin yg mengisi perut atas nama agama,kita rela berjuang melalui doa semata2 ...tetapi ingatlah wahai para pemimpin,sekali anda mengkhianati amanah di dalam perjuangan Islam,maka layaklah bala mendatangi kamu.

Satu perkara yg patut kita renungi bersama, cuba kita perhatikan..bagaimana cara kematian sesetengah pemimpin yg dipanggil ulama.ada yg mati ditepi jalanraya...ada yg nyanyuk sebelum mati,,tidakkah ini menjadi petanda dari ALLAH swt bahawa mereka ini ada sesuatu yg tidak kena? wallahua'lam.

C++ berkata...

Bhai GB...

Betul... walaupun Parti tak pernah nak hargai usaha yang dilakukan oleh Blogger bantu mereka... itu bukan masalah besar... Yang penting parti pernah dapat manfaatnya...

Cuma dikesalkan... bila dah berjaya dan ditampuk kuasa.... langsung tak mahu dah nak dengar nasihat... Tambah lagi ader pulak geng taksub tak berakal yang dikatakan itulah wala' yang sebenarnya....

Allah Maha Melihat...

Lebai Roger berkata...

Bodoh sungguh puak ni dlm pas......bukankah TSKI dah dipecat....tiada parti.....oleh itu kenapa PAS Nak kekalkan MB tu.......satu lagi putar belit ugama oleh ularmak!! Jelas pkr lagi bijak politik dr lebai lebai berkepentingan ini.......hj hadi tak layak!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Sabar tuan GB. Blog tuan banyak membuka mata serta memuat perbincangan berhemah. Semoga usaha ini berterusan yakni menegakkan kebenaran. Syabas tuan GB!

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Jawapan standard hellfire: ini salah dap cina yang buat hina

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Ambe merupakan salah seorang silent reader blog greenboc.. Pada pendpt peribadi ambe, sudah tiba parti pas keluar dr pr. Namun golongan profesional perlu sedia menubuhkan parti baru tak kiralah ape nama sekalipun pasma ke atau ape ape name yg bersesuaian dgn imej golongan profesional yg islamik. Situasi politik semasa bukan mcm tahun 1970an dulu. Masyarakat skrg sudah pandai menilai tp yg lebih penting pru14. Tp kalu pas terus kekal pr, bolekah dap dan pkr melupakan isu perlantikkan mb selangor. Dikhuatiri isu isu yg mendatang menjadi lagi parah. Tp jauh dihati ambe, seelok eloknya pr terus kekal wpun bersama pas atau pasma..

Tanpa Nama berkata...

Tidak mengapa GB, sya wlaupun ahli pas seumur hidup bkn bmkna jd pak turut, pru akn dtg jgn hrp lh utk nk pangkah pas, pun tdk sesekali bn, baik protes sje lh, byk jasa blogger tdk dipandang mahupun nk bg penghargaan jauh skli... Tgu lh saat kejatuhan pas dmsa akn dtg...

abrarmujahideen berkata...

Imam khomemei??? Adakah ade kuasa veto untuk ketepikan keputusan mesyuarat ( ijma'6 ) teringat novel " shit"

Tanpa Nama berkata...

Perosak sebenar benarnya dlm PAS ni tidak dpt tidak adalah GENG UG yg diketuai oleh Haji Hadi dan Geng Ulama Suci yg diketuai oleh Harun Din...full stop.

Tanpa Nama berkata...

Masa PRU dulu kita sumo ABU kan?
Kawe2 sumo, ake date' ni PRU nati apa kato kito sumo kekalkan ABU tapi tambah ABUg. Ha ha ha.
ABU & ABUg. Ha ha ha, pade' muko!

Tanpa Nama berkata...

Kata-kata mutiara dari mantan Presiden Pas, Almarhum Ustaz Fadzil Noor..

"JANGAN MASUK @ BERJUANG DALAM PAS /JAMAAH ISLAM KALAU ANDA CARI DUNIA!"

"JANGAN PANGGIL DIRI ANDA PEJUANG ISLAM KALAU ANDA NAK MANUSIA PUJI ANDA!"

"ANDA JANGAN PERASAN MACAM ANDA SEORANG ULAMA KALAU PERJUANGAN ANDA HANYA SETAKAT SERBAN, JUBAH DAN KOPIAH!"

"PAS/JAMAAH ISLAM BUKAN UNTUK ORANG YANG BURU DUNIA TETAPI ADALAH UNTUK ORANG BURU AKHIRAT!"

" HIDUP MULIA @ MATI SYAHID ! MATI BERIMAN, HIDUP BERMARUAH!"

" MINTA AMPUN DENGAN ALLAH SWT JIKA ADA BUAT DOSA TAPI JANGAN PUTUS ASA DENGAN ALLAH SWT!"

Tanpa Nama berkata...

betul tu.....tiada kesepakatan dalam parti bermaksud kita sebenarnya penipu.....musuh dalam selimut..... kelingking berkait......pembohong berlepas diri....buat usul sendiri..sombong, ego, samseng, ALASAN TIDAK MUNASABAH....SUKA MENGAIBKAN ORANG LAIN,cuba meletakkan segala kesalahan kepada orang lain sedangkan kesalahanyang dilakukan jelas terang dilakukan oleh mereka-mereka sendiri maka tepatlah apa yang diperkatakan dalam Al Quran. munafik.

Tanpa Nama berkata...

Gini la gb. Bila menantu tgna dikaitkan isu nepotisma trus suruh mnantunya letak jwtn. Bila timbul jwtn d perangsang & yg yrbaru esos, nape x suruh ust din & sabki letak jwtn? Dulu pas canang siang mlm psl rafidah bg saham pd mnntu. Skrg camne? Sy ahli pas, sy pun nk saham free. Bole x? Sure x bole sbb sy bkn kroni. Renung2kan & slamat beramal

Tanpa Nama berkata...

Salam,
PAS tetap PAS, sebuah parti berlandaskan Islam. Jadi tak perlu PAS keluar kerana matlamat kita ada untuk melemahkan BN. Yang patut keluar adala para ulama, para ustaz, para pendakwah dalam pas masih ditakuk lama, yang masih tidak faham-faham berkaitan politik. Kerana tanpa sedar, mereka menjadi sombong, ego, angkuh, buat keputusan sendiri sedangkan mereka menubuhkan pariti pembangkang bagi menjatuhkan umon tup-tup menjatuhkan parti sendiri..... tanpa memikirkan apa yang diperkatakan dalam al qurtn hinggas sangup mengqaibkqnorang menyebar keseluruh dunia.... apa benda tu...Sebenarnya, Mereka hanya layak duduk dipondok, dimasjid, dimadrasah atAu dipentas dakwah. Mereka perlu berundur atau bersara dari paS dAn biarkan muka-muka baru pulak mengambil alih-yang lebih muda, berkelayakan, jujur, ikhlass, tshu berpolitik, tinggi ilmu agama dan boleh mebua keputusan yang boleh diterima dunia.Tunjukkan apa yang boleh PAS lakukan untuk dunia dan rakyat jelata.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya, mereka takut sekiranya Datin Seri Wan Azizah menjadi MB Selangor nanti, segala penyelewengan dan rasuah akan terbongkar nanti.Itulah punca utama kekalutan ini berlaku.Mereka takut kerana Anwar orang yang tegas ada dibelakang.

Aliyya Najihah berkata...

Ini saya nak Tanya melayu pas yg Alim ni, PKR ambil tindakan atas Khalid tak boleh, tapi pas boleh ambil tindakan atas ahli nya . Betul kata mahathir, melayu memang bodoh Dan Malas.

Unknown berkata...

Raja Petra jual arak di kedai makan Kopitiam nya di Manchester.

Ini bukan fitnah. Raja Petra sendiri mengaku dalam tulisannya di Malaysia-today bertarikh 16 Ogos 2014.

Tulis Raja Petra,

"I will have to pay for all my sins, selling beer in my kopitiam in Manchester being one of those sins but certainly not my only sin. Nevertheless, my sin is against Allah and if Allah is really kind, compassionate and forgiving, as Islam says, I am sure Allah will forgive me for my sins."

Sangat memalukan apabila pemimpin gerakan Islam seperti Hadi Awang, Mustafa Ali & Tuan Ibrahim boleh bertandang ke kedai Raja Petra yg menjual arak yg jelas di haramkan oleh Islam.

Ini jelas syubhat. Ahli PAS perlu tahu hal ini.

Bukan setakat bertandang, sempat bergambar lagi!

Hadi Awang sampai sekarang masih termakan bodek Raja Petra melalui kisah2 nostalgia persahabatan mereka di Trengganu pada awal 80an.

Sedangkan Raja Petra dalam tulisan2 beliau yg lain pernah menceritakan 'muslihat' perniagaannya menjual enjin bot kepada nelayan miskin di Trengganu pada awal 80an sehingga berjaya mendapat monopoli & kontrak dari pemimpin UMNO Trengganu!

Riwayat hidup Raja Petra ini penuh dengan kisah auta kehidupan seorang manusia lalang, sekejap PAS, sekejap UMNO. Waktu dia mendakwa masih ahli PAS boleh menyibuk pula berkempen untuk beberapa tokoh UMNO seperti Kuli & Anwar Ibrahim.

Tetapi manusia sebegini masih punya tempat yg istimewa di hati Hadi Awang. Hadi anggup terbang beribu2 batu ke Manchester hanya untuk bertandang ke kedai makan haram yg menjual arak!

Anak Raja Petra, Raja Azman yg dahulunya terlibat dalam kes curi motorsikal sekarang bekerja di sebuah Casino di Manchester.

Ini juga bukan fitnah. Raja Azman sendiri yg menghebahkannya di akaun Facebooknya. Boleh di siasat & disemak.

Inilah tragedi umat Islam Malaysia apabila pemimpin gerakan Islam seperti Hadi Awang disesatkan oleh keduniaan & fikrah feudalisme - tunduk & taat kepada kekuasaan & pengaruh Monarki secara mutlak.

Kajilah sejarah perjuangan orang Melayu sedalam2nya. Faham feudal ini sebenarnya telah ditentang dgn cukup sengit oleh para pejuang Melayu progressif sebelumnya.

Malangnya jenerasi penerus perjuangan dalam PAS yg dipimpin oleh Hadi Awang tidak nampak akan bahaya besar fahaman feudal ini.

Hadi Awang & kelompok Ulama mahu mengkhianati kuasa politik yg telah dapat ditangan rakyat melalui Perlembagaan, sekarang mahu dikembalikan secara mutlak kepada golongan Monarki tanpa boleh dipersoal.

Anti Fitnah berkata...

Fitnah ...
Fitnah ...
Fitnah ...
Ibarat makan darah daging sendiri ...
Ibarat pedang tajam menusuk saudara sendiri ...
TAPI Kenapa kita biarkan FITNAH ini berterusan.
Kalau manusia biasa yang kurang ilmu agamanya tidak sedar akan bahayanya fitnah, aku mengerti tapi ini tidak, yang menyebar fitnah tu orang yang dipandang tinggi dalam ilmu agamanya.
Lihat apa yang terjadi di Tanah Melayu, dah berapa banyak fitnah yang berlaku dan orang kita begitu seronok dengan fitnah dan permainannya.
Fitnah boleh berlaku ...
Kalau seorang anak perempuan keluar rumah tanpa diiringi pada waktu malam ...
Pelakon India, Sharok Khan, yang amat diminati oleh Melayu, mengahwini penganut HINDU ...
Pembunuhan Altatunya ...
Kes Liwat 1 Anwar Ibrahim yang sehingga hari ini belum dibuktikan ...
Skandal PKFZ ...
Skandal lembu ...
dan kini ... orang yang diberi gelaran "ULAMA" ...
Nampaknya Melayu dah sebati dengan fitnah selepas diasuh oleh UMNO sebegitu lama.
TG Hadi, Haron Din, ... semua ini dihormati kerana ilmu agamanya TAPI jangan biarkan ianya menjadi seperti perumpaan Melayu, "BERUK MENDAPAT BUNGA". Ada ilmu diberi oleh Allah swt tapi tak tahu menggunakannya. Yang paling takut ialah menyalahgunakannya.
Kenapa Haron Din begitu berminat dengan UMNO???? Hairan kan????? Cuba tenung mukanya dengan tenang, kamu semua akan mendapat jawapannya. Insyaallah.

Unknown berkata...

Salam GB

Berbeza dengan blogger/Facebooker upahan, kita berjuang dengan "Fisabilillah."

Biarlah. Kalau kena pecatpun, Allah tahu siapa benar siapa salah.

Tanpa Nama berkata...

Mana pinya serban & ketayap pak ulamak woi. Almaklumlah dah masuk kedai arak takkan nak pakai serban?

Tanpa Nama berkata...

GB,
Aku tengok ramai yg "RESERVED" utk komen Nik Aziz..sedangkan Nik Aziz juga adalah PUNCA UTAMA nape PAS jd gitu..

-sbg org yg KONON2 PERASAN sbg Mursydul Am dia sepatutnya dpt mmBACA mmBACA mmBACA dgn halus tepat & DALAM!

-tidakkah drp awal lg dia patut dah NAMPAK kelibat KHIANAT Hadi Awang dan geng2 UGnya yg brBELIT2 mcm ULAR?

-butakah mata Nik Aziz dgn FITNAH KHIANAT pil kuda & kominis..dan alangkah besarnya DOSA khianat n FITNAH utk dikenakan-HUDUDDDD!!!????

-lg malang..Nik Aziz terus jd BUTA utk mngHUDUD pngKHIANAT & pmFITNAH ddlm partinya sndiri tetapi SEBUK pulak trjerat utk melaksanakan HUDUD dgn SETAN yg dikenali..underwear XXXXL dia buat BISU w.pon gambar warna & ghoyak GGANU sgt2 CLEAR!!!

-lg tersangat2lah MALANG..kini Nik Aziz tuduh 2 Adun Pas sbg KHIANAT & dah berKEPALAkan Hadi sbg NAKHODA NAKHODA NAKHODA NAKHODA yg mmbawa FITNAH & KHIANAT yg sgt2lah terang & NYATA!!

-Skrg ESOS 500,000 dah pon barai & isu2 kejatuhan KEDAH & GGNU dulu akan KEKAL mnjd "RAHSIA" selagi SETAN2 dikenali ditampuk kuasa..dan adakah ini yg Nik Aziz & Hadi ingini & HAJATI demi demi demi menutup sgl2 DOSA lebai2 fakeh2 yg suci!??

Bnyk lg yg ANEH ANEH ANEH nape Husam dipinggirkan sdngkan Nik Aziz sgt2 dihormati KONON..klu lah dia bnar2 ulamak yg dpt mmBACA bakat Husam apatah lg dia brgelar Mursyidul AM!??

Cobalah GB renong dlm2 tulisan ini..
Layakkah Nik Aziz tuuu digelar ulamak?
BUKANkah ulamak itu pewaris Nabi??

pewaris nabi SAW itu selayaknya halus tajam SHARP! SHARP! SHARP! ddlm mengenal PUNCA masaalah dan sgt TEPAT lagi sgt DALAM ddlm pemerhatian & tindakan..

GB jawablah..
layakkah Nik Aziz itu dipuja2 sbg ulamak????

Yg gua nampak..
GB, CIPAN & YONG INTAN dll yg "SHARP" ikhlas & jujur lebih afdal digelar ulamak berbanding..
-Nik Aziz
-Hadi
-Haron Din dan MSU yg haprak tu

INGAT..
Ulamak pewaris nabi itu arif tepat lg SHARP mmBACA gerak musuh!

SEBALIKnya..
Nik Aziz hadi & haron din sgt MUDAH dibaca diBACA diBACA dan terPERANGKAP kdlm dakapan musuh..aduyaiiii!!
tentu PENERBIT dr kerala tuu..
gelak guling2 tahab gaban!?

Adakah mrk ini ulamak @ ulamMAMAK??
jgn ragu2 lagi FULL STOP!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Hadi nak tinggalkan Pakatan sayang kerusi, nak bersama UMNO takut penyokong lari, singkir saja Presiden Pas

Tanpa Nama berkata...

kenapa perlu dengki kalau Azizah jadi MB di Selangor?

Tanpa Nama berkata...

PAS mempunyai presiden yang paling lembap dalam menangani isu2 kenegaraan. Itu hakikatnya tapi PAS sebenarnya mempunyai presiden paling bijak dalam membina hubungan demi perut sendiri, anak menantu dan kroni. Dari dulu lagi aku secara peribadi tidak gemar nilai2 kesederhanaan kononnya seperti berjiwa nelayan....tinggal di rumah kampungan dan sifat2 ke kampungan dan kesederhanaan presiden ditonjol2kan....inilah hakikatnya sekarang....berbeza dgn ustaz fadzil noor yang sesiapa pun tahu kesederhanaannya.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu....
yg jadi pas bermasalah hari kerana niat.." Nawaitu " sudah terpesong jauh..
ada suku sakat pas yg gila jawatan..ada yg gila duit...ada yg nak tunjuk pandai pada hal bodoh..
yg kaum muda pula bergaduh memfitnah kawan untuk naik atas..
berserban besar tapi kosong...
sekarang ni org menyampah dng pas kerana puak2 gila kuasa ini..
nak sokongan..kena balik macam arwah al fadhil ust fadzil noor dulu..

Tanpa Nama berkata...

klu pas nak kuaq dr pr sila kan. kuaq dgn terhormat. itu lbh baik dr khianat dgn perjanjian..