18 Ogo 2014

[VIDEO] Azmin Tarik Diri, Pakatan Hanya Hantar Nama Wan Azizah Sebagai MB


Pakatan akhirnya terima Azizah calon tunggal

Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor sebentar tadi.

"Majlis Pimpinan (Pakatan) juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan Wan Azizah dan Azmin Ali untuk jawatan senteri besar.

"Bagaimanapun Azmin menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar baru Selangor," kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sebentar tadi.

Mesyuarat PKR sebelum itu telah memutuskan untuk tetap menyokong Wan Azizah seperti yang diputuskan parti 21 Julai lalu.

PAS pada tengah hari telah meminta satu lagi nama iaitu Azmin untuk dicalonkan sebagai menteri besar bersama Wan Azizah.

Justeru Anwar berkata PKR akan meneruskan proses memohon menghadap sultan Selangor untuk mempersembahkan keputusan itu kepada baginda secepat mungkin.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS akur dengan keputusan itu selepas Azmin bersetuju mengikut keputusan parti.

"Dua calon dah ada di sini dan selepas mesyuarat tadi Azmin hormati keputusan partinya," kata Mohamad ringkas.





Parti lebih penting daripada jawatan MB,kata Azmin

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, beliau sanggup mengorbankan jawatan menteri besar Selangor demi memberi keutamaan kepada kepentingan parti.

Azmin dicalonkan sebagai menteri besar Selangor bersama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail oleh PAS awal hari ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Bagi saya parti lebih utama. Saya bercakap dengan rakan-rakan pimpinan, kita mesti bekerja untuk PKR tanpa mengira apa sekalipun," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas sidang media pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Subang Jaya, Selangor petang ini.

Azmin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, PR akan lebih bersatu padu selepas krisis membabitkan isu penggantian menteri besar di Selangor ini.

"Saya percaya, selepas krisis ini, PR dan PKR akan lebih kuat," katanya.

Ditanya sama ada beliau masih ingin menjadi menteri besar, jawabnya: "Saya tidak memaksudkan demikian, saya hanya mengulangi komitmen parti."
-TMI




ULASAN GB

Demikianlah harmonisnya selesai kemelut yang melanda Pakatan.

Dengan keputusan Pakatan Rakyat tersebut, ini juga bererti kesemua 15 orang ADUN PAS di Selangor perlu memberikan sokongan kepada Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor mengikuti jejak langkah dua orang YB PAS yang dituduh "pengkhianat" oleh sesetengah pihak sebelum ini. kesemua ADUN PAS wajib mematuhi keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya mencalonkan Dr. Wan Azizah dan Azmin Ali sbeelum ini dan kini setelah Azmin menarik diri, maka mereka perlu menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal MB dari Pakatan Rakyat.

Memang benar apa yang dinyatakan oleh YB Saari Sungip sebelum ini.

Saari berkata, mereka berdua (beliau dan YB Hasnul Baharuddin) berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.

"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama,"

Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.

"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.

"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya

Dengan sokongan tersebut sekarang kedudukan Pakatan Rakyat yang menyokong Wan Azizah ialah 15 (DAP) + 15 (PKR) + 13 (PKR) = 43. Sedangkan di satu pihak lagi UMNO (12) + Bebas (1) = 13.

Semuga Pakatan Rakyat terus bertambah kukuh dengan episod ini.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Sesungguhnya Allah tidak mensia-sia ornag yang telah banyak berbakti kepada parti meskipun masih ramai tidak mengetahui. Baca SINI.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



13 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Bersiap sedia lah utk PRN di S'gor

Itu lah yg.rasa nya akan berlaku
kerana jalan penyelesaian yg baik x mau di terima....

Tanpa Nama berkata...

Syukur alhamdulillah...terima kasih Ya Allah atas penyelesaian yg indah ini...
kepada saudara Azmin, ana salute beribu kali buat anda yg berjiwa besar dlm perjuangan ini...
Ujian yg dilepasi ini akan menjadikan Pakatan Rakyat semakin kukuh dan mantap...alhamdulillah...

Tanpa Nama berkata...

Mengapa perlu bubar dun jika 43 drp 56 dun terbukti menyokong Wan Azizah sebagai MB?
Bagilah peluang Wan Azizah buktikan kewibawaannya...
Penang pun semakin maju Ketua Menterinya pun bukan anak jati...
kalau anak jati pun tapi kaki songlap kuat pun x guna...
Lagipun x lama sgt pun lagi baki penggal yg ada...
lagi satu yg plg penting, geng ug dan umngok dah tak dpt membelit MB lagi sptmana yg dibuatnya terhadap Khalid sebelum ini.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Dr. Wan Azizah jadi Menteri Besar, dia sama macam ibu kita.
Sesiapa yang hidup didunia ini, dia dilahirkan oleh wanita.
Oleh yang demikian, tak elok kalau tidak disukai oleh Pas.
Tak elok juga kalau Baginda Sultan Selangor menolaknya.
Setidak-tidaknya, satu lagi sejarah Malaysia akan tercatat.
Belum pernah ada Menteri Besar wanita dilantik di negara kita ini.
Tentu ramai wanita yang sokong Dr. Wan Azizah.
Kalau tak sokong tak taulah.

Amuraria berkata...

alhamdulillah semua harap selesai, tapi adakah 'langkah sumbang' untuk menggagalkan ini semua dari 'pihak' atau 'pihak-pihak' yang tak mahu keharmonian ? ABU !

Unknown berkata...

Salute dan tabik spring la buat Azmin..sape pun dr PR yg jd Mb selangor bukan isunya,ape yg pnting UMNGOK kini n selamanya jd pembangkang kt selangor!!!jgn bg muka lg kt UMNGOK,macai tjg karang dh melalak dan harap2 biar la doa trus melalak...lalakan luar tabii katanya

Tanpa Nama berkata...

Aku harap jika kak wan dpt jadi mb, kak wan akan bantu rakyat Selangor dan laksanakan semua manifesto pr yg masih tertangguh sewaktu di bawah Khalid...
Percayalah...perlaksanaan manifesto yg dijanjikan pr dgn jayanya inilah yg akan paling ditakuti oleh BN selama ini...inilah asas Langkah Kajang...
Jika pr berjaya di Selangor ia akan membuka mata semua pihak di seluruh negara dan seterusnya menjadi contoh serta insyaAllah akan dinobatkan utk mengambil alih putrajaya pada PRU 14 nanti...
Inilah "Dari Kajang ke Putrajaya"...

BaDiN berkata...

apa kata pulak Wanita Umno apabila ada seorang wanita hendak dilantik jadi MB.Wanita sebok nak dilantik sebagai Naib Presiden partinya sdgkan Pkr mendahului bukan shj Presiden tapi MB wanita pertama dalam sejarah Penubuhan Malaysia.mungkin lepas ni Wanita umno pula mahu juga dilantik ke Jawatan itu.Lobi melobi utk dipilih sebagai MB akan kedengaran dalam partinya.Dgn terlantiknya MB Wanita pertama mungkin akan membangkitkan rasa bangga bagi kaum Hawa dan mendatangkan hasil yg amat positif darai kalangan pengundi wanita dlm Pru/Prk akan datang.SYABAS Pr kerana mendahului BN sekali lagi.Tentu sekali akan timbul perasaan Dengki dikalangan Wanita Umno kenapa aku tidak boleh dilantik MB di masa akan datang.Alhamdulillah Tamat sudah Kemelut ini,Tapi adakah Sultan sudi memperkenankan seorang wanita jadi MB merangkap sebagai Penasihat Sultan yg pertama dalam sejarah ATAU TSKI akan cuba mempengaruhi Sultan agar PRN diadakan.Nescaya selepas kekuatan PR akan bertambah terutama dari Kalangan Pengundi kaum Hawa.Mungkin ini shj jalannya utk PR mendapat undi Wanita di Pru akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Syabas saudara Azmin. Tindakan yang matang dan mulia untuk parti. Insya Allah dimasa akan datang saudara Azmin akan dikurniakan jawatan tinggi termasuk menjadi MB.Bersabar dan teruskan perjuangan untuk parti.

Tanpa Nama berkata...

syukur Alhamdulillah segalanya selesai. Syabas dan tahniah kepada Sdr. Azmin di atas komitment yb kepada party melebihi dari peribadi yb. Sekiranya sesuatu kes berlaku dimana sdr. Azmin terpaksa juga memegang jawatan MB saya harap yb sdr. Azmin dapat menghilangkan sikap berpuak-puak dikalangan PKR/PR Selangor. Sesungguh sikap berpuak-puak inilah yang merosakkan sesuatu organisasi. Kepada sesiapa yg menjadi MB nanti layanlah semua rakyat secara adil dan saksama. Allah Maha segala-galanya. Kita tidak mahu berlaku spt di satu tempat apabila penduduk bertanya kenapa perkara ini tidak dilaksanakan sedangkan sudah diterlalu lama dipohon sedangkan ditempat lain baru beberapa bulan telah dilaksanakan, jawapan yg diberi tempat itu menggunakan kabel-kebel tertentu. Orang kampong rasanya sampai kiamat tak akan ada kabel-kabel tu dan islam tak mengajar pemimpin bersikap demikian. itulah harapan kami kepada pemimpin baru nanti.

Tanpa Nama berkata...

Syabas dan tahniah YB Azmin. YB bijak dan menghormati ketua.

ABU !!

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=PtgGOKEqoFQ try tgk ni wahai ahli pas sejati..

Tanpa Nama berkata...

Tahniah tak jadi MB lagi dah tarik diri,kalau Khalid tarik diri atau Pas sokong dari awal,tak timbul masaalah