17 Ogo 2014

[VIDEO] PAS Bersetuju TSKI Disingkirkan, Cadang W Azizah & Azmin Sbg Pengganti -updated


Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlansung pagi ini telah membuat keputusan yang sangat dinamik di dalam waktu yang singkat, demikian dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat di dalam FBnya.

"Berkat doa semua pihak, Alhamdulillah, PAS Pusat dapat membuat keputusan yang sangat dinamik di dalam waktu yang singkat," tulisnya.

"Ringkasnya adalah: PAS Pusat bersetuju supaya Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan dari jawatan Menteri Besar Selangor," menurutnya lagi.

Mesyuarat berlangsung bermula jam 10 pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama tingkat 5, Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini dalam masa kurang 90 minit.

Didalam pada itu, ramai yang memberi respons positif menyokong keputusan Jawatankuasa PAS Pusat berkenaan.


Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di ibu negara sejak semalam dan telah mempengerusikan mesyuarat pagi ini.

Harakahdaily melaporkan, mesyuarat PAS Pusat hari ini sebulat suara bersetuju mencadangkan dua calon iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Mohammad Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar.

"Sehubungan dengan itu juga, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR) dan Mohammad Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR)," kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan yang dibacakan Timbalan Presiden Mohammad Sabu pada sidang media sejurus selesai mesyuarat tengah hari ini.

Keputusan itu katanya dibuat selepas PAS Pusat membuat pertimbangan dalam pelbagai sudut.

Keputusan tersebut adalah salah satu daripada tiga keputusan yang dicapai dalam mesyuarat hari ini.

Selain itu, mesyuarat turut memutuskan bahawa empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari PAS akan terus berada dalam kerajaan negeri Selangor, untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas.

Manakala satu lagi keputusan adalah penegasan bahawa PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.


Mesyuarat pagi ini menjadi tumpuan seluruh negara kerana ia dikatakan bakal menjadi penentu kepada penyelesaian kemelut yang sedang berlaku di Selangor.

Ianya juga dikatakan bakal menjadi tanda aras kepada survival politik serta kerjasama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, ekoran kemelut yang berlaku ini.

DAP bersetuju dengan cadangan PKR yang menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid yang telah dipecat dari partinya 9 Ogos lalu.

Atas pengalaman sebelum ini, PAS bagaimanapun dikatakan mahu lebih daripada satu nama calon dicadangkan untuk jawatan itu.

Mesyuarat pagi ini dibuat selepas dua kali ditangguhkan sebelum ini iaitu pada 10 dan 13 Ogos lalu.

Dua hari lalu, Lajnah Politik PAS Pusat terlebih dahulu mengadakan mesyuarat bagi menentukan rangka perbincangan mesyuarat PAS Pusat hari ini.

PAS sebelum ini telah menegaskan komitmen mereka bahawa akan terus teguh bersama Pakatan Rakyat.


PAS kekal dalam Pakatan, serah 2 nama calon MB, Wan Azizah dan Azmin

PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.


"PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

"Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Khalid. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Dr Wan Azizah dan Azmin," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini.
-TMI




















IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



39 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

keputusan ini baru kena wala' sebab ia datang dari semua lapisan di dalam parti... iaitu j/k pas pusat, badan tertinggi parti.

4G berkata...

alhamdulillah smuga group UG tak melenting dan dapat trima keputusan tersebut

Tanpa Nama berkata...

2 nama akan dikemukakan ke majlis presiden ptg nie DSWA dan Azmin Ali..wala je Presiden PAS Pengerusi mesyuarat tu kan..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah... terima kasih pada seluruh kepimpinan PAS

Tanpa Nama berkata...

syukur ya Allah, happy sesgt... :)

ayen berkata...

Jangan kerja kerana saya tetapi kerjalah bersama-sama saya selagi mana kerja tidak lari dari landasan agama..

Tanpa Nama berkata...

Kalaupun positif keputusan pas kepada pkr ./pr pada hari ini maruah pas sudah tercelar akibat sikap pas yang suka bertangguh dan terlalu lambat membuat keputusan yang sangat penting. Saya tetap sokong pr tapi tidak pada pas walaupun saya ahli umno.

Tanpa Nama berkata...

so no hal wan azizah sbg MB. jika istana tolak, nama azmin boleh diketengahkan...

alhamdulillah. selesai sudah.

BaDiN berkata...

Bagaimana pula dgn nasib 2 Yb PAS yg buat keputusan mendahului AJK PAS.Adakah beliau dilandasan yg betul apabila Keputusan PAS hari ini selari dgn 2 Yb ini.Misteri belum tamat siapakah Bakal MB Selangor? Berapa peratus PAS letak kpd K.Wan dan Azmin sebagai Calun MB.Syabas PAS sebab kekalkan MB kpd PKR walaupun PAS layak dicalunkan Jawatan MB.Yg pasti umno sdh gigit jari sbb kemelut sdh berakhir.Keputusan PAS mahu bersama PR membuatkan gang2 UG makan hati Frust menonggeng.Kenapa PAS tidak terus menamakan siapa yg harus dilantik MB.???? siapa MB.

KLMJ berkata...

Alhamdulillah... saya sbg rakyat selangor penyokong PR merasa amat lega dgn keputusan ini... syabas semua..!

Tanpa Nama berkata...

Puak2 yg myokong utk pas bersendirian or bergabung dgn bn bleh duduk diam2.. Terutama ahli2 sndri yg mnjdi batu api bg memecahbahkn pr..

Tanpa Nama berkata...

Betul keputusan begini kena wala. Maafkan lah pas. Cuma tuan preseden hj hadi kena ambil tanggungjawap kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan mendshului majlis presiden.

Tanpa Nama berkata...

Dengan keputusan ini, jika khalid pergi usul kpd sultan utk bubarkan dun, maka memang sial lah khalid...
jika dun dibubarkan itu memang tindakan utk menganiaya pr...

Tanpa Nama berkata...

Maka bermuramlah UMNO Selangor!!!!!! Kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah...walau apapun keputusan tetapi yang pasti nama umno tetap bermain dibibir penyokong pas...

Amuraria berkata...

alhamdulillah ,Allahu Akhbar !nasib baik ini ! kalu tarak tak tau la berapa ramai penyokong parti islam akan pungaaah daa! ABU !

FIT berkata...

Alhamdulilah..... Terbaik

Tanpa Nama berkata...

Kupulan UG patut dinyahkan dari PAS tidak kira siapa.Kumpulan UG ini umpama gunting dalam lipatan menunggu masa untuk menjahanamkan PAS

BaDiN berkata...

Tak lama lagi maka rasmi sdh TSKI akan tercabut Jawatannya sebagai MB.Yg pasti PR masih ada PAS di dalamnya.Umno sakit hati sbb konspirasinya utk rampas Selangor telah GAGAL.Yg masih misteri kemana pula TSKI mahu keUmnokah @ kekal bebas.Mahu mengadap sultan sdh malu sbb PAS sdh buang beliau.Syabas PAS sebab MB kekal pd PKR walaupun PAS layak menjawatnya.Puak UG sdh Jadi Kera Sumbang.Puak Puak Umno dalam Pentadbiran Selangor sdh pasti akan panas punggung sebab org yg akan jadi MB bukan dari manusia yg boleh di Remote Control oleh dacing.Syabas kpd 2 org kuat PKR jalankanlah tugas sebaik baiknya agar selari dgn kehendak Rakyat yg menyokong PR.KPI kamu akan diambil kira jika sekiranya ianya memuaskan dan berpeluang utk dilantik MB selepas Pru 14 jika PR menang lagi.Rekod pentadbiran mu sdh pasti akan menjadi kayu ukur utk PR ke Putra Jaya.

Tanpa Nama berkata...

mana muka Haji Hadi ni.. x nmpak pun.. macm x berapa setuju je.. he he.. ni keratan berita..
"Keputusan itu katanya dibuat selepas PAS Pusat membuat pertimbangan dalam pelbagai sudut.

Keputusan tersebut adalah salah satu daripada tiga keputusan yang dicapai dalam mesyuarat hari ini"

Tanpa Nama berkata...

Komen ahli umno yg keciwa. Nampak sangat tak berapa cerdik.

in response to Kalaupun positif keputusan pas kepada pkr ./pr pada hari ini maruah pas sudah tercelar akibat sikap pas yang suka bertangguh dan terlalu lambat membuat keputusan yang sangat penting. Saya tetap sokong pr tapi tidak pada pas walaupun saya ahli umno., by Anonymous.

sb dehlawi berkata...

nah amikaw ust ug. ada ati nak bawak pas kluar pakatan. kau semua tunggula nasib kau nanti pada muktamar akn dtg

pemerhati berkata...

salam...

Alhamdulillah. Syukur kpd Allah.
i2lah kena bykkan doa dan bersabar drp duk membebel X tentu arah. Pas skrg bukan parti kecil. Pas sebuah parti yg matang yg perlukan jiwa yg besar u memimpinnya.

Yg duk gelisah tu sebab hangpa duk dgr berita 3 suku n baca utusan meloya. aku X tgk mane tv. aku yakin Pas akan memilih bersama nga Pr. Cuma lps2 ni, rentilah wt kptsn terburu-buru. terburu2 ni amalan SYAITAN.

Nah, rapatkan saf Pr. kdg2 dgn tercetus'y krisis ini dan stlh berjaya disellesaikan nga baik, ia akan mengukuhkan lg kemesraan. Mcm suami isteri berbalah, slps berbaik, hbgn mereka akan b'tmbh erat.

Diharap Pr akan terus bekerja u rakyat. Tanamkan keyakinan kpd rakyat bahwa Pr jauh lbh baik drp UBN. Tempoh =-3 thnsblm pru14 ni, gunakanlah nga sebaik2'y.

Buat Pas, SYABAS, anda mendgr harapan rakyat bwh. Aku tabik kat Pas. mgkn ini hikmah tertanggunya mesy Pas Pusat. Dgn penangguhan itu, Tski tlh melakukan pelbagai kerosakan. ini semua tlh membuka mata sebhgian pimpinam Pas yg beralih skgn dr mempertahankan Tski, nga terus mygkirkan beliau.

mohamad berkata...

Inilah yang aku suka . Keputusan dibuat dalam musyawarah. Tiada kuku besi dan keras kepala. Tidak gopoh. Wala atau keputusan bersama dan tidak ada rasa yang lebih pandai bertindak mendahului keputusan Parti. Dalam mesyuarat tersebut tidak semesti suara presiden diterima tapi tidaklah pula presiden mengistiharkan letak jawatan. Aku ingat blogger yang otak kemetot patut memohon atas penghinaan yang ditulis. Kata kata yang menyebabkan berdosa. Aku tak bimbang selagi alquran dan hadis dijadikan sandaran dan panduan.....in sha allah pasti ada jalan keluar dan tidak akan sesat.
Siapa mau tanggung dosa orang yang fitnah TSKI dan cenderong kepada fitnah tersebut? Ingatlah neraka itu satu tempat balasan yang amat azab. Lebih baik diam kalau ada sesuatu fitnah.

Tanpa Nama berkata...

Jika sultan x terima Azizah, maka Azmin lah alternatifnya...
kpd Anwar, buatlah satu draf perjanjian yg ketat dgn bakal mb yg baru ni agar pisang tidak berbuah 2 kali sptmana degilnya si khalid barua tu...

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni dah tak syok dah, paling kuat 2 minggu lps latik MB baru , orang mula lupa. Macam kes Mat Said, mantan MB Terengganu, org dah tak inagt sapa mat said la ni.

Dah tak ada isu pasai Selangor lah lepas ni nak sembang pederas kat warung.



Tanpa Nama berkata...

tlg jgn pecat lagi MB selepas ni,,,,,,,,,,,,,,,,

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin UG terdesak terpaksa terima setelah 2 adunnya berijtihad menyokong Azizah....

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Mat Sabu dan ketua pemuda Pas bijak dan sabar dalam isu MB,yang dibenci UG dan ulama vellfire

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullilah nampak masalah awal dah selesai, syukor pas masih bersama PR walaupun kemelut diawalnya. Pada aku tak ksahlah siapa pun mb samada azizah atau azmin, mereka masih dr pkr. Terima kasih pada pas kerana tidak tamak kuasa utk mencalonkan ahli sendiri. Sekarang terpulang pd sultan siapa yg mahu dipilihnya. Buang yg keruh ambil yg jernih, kita rapatkan semula saf dan muafakat menentang parti lawan. ABU!!!

MrXYZ berkata...

sy hrp diadakan 2 jwtn timbalan mb utk pas dan dap bagi mengimbangi kuasa mb.

en mohammad: siapa yg fitnah kahlid? dia dpt settle hutang rm60juta adalah benar. dia jual tanah negeri pd adik Vincent tan adalah benar. dia luluskan projek langat2 kpd pusat yg dah tentu beri projek tu kpd kroni umno adalah benar. dia luluskan projek kidex yg dah tentu kena tol walhal manifesto pr nak hapuskan tol adalah benar dll.

Tanpa Nama berkata...

Pada mulanya aku memang keciwa dgn pas . hari ni .aku lega pas telah menbuat keputusaan yg baik.sebab pas ni tak tamak .Alhmdulillah.

Abd Samad berkata...

pas semamangnya sudah sangat matang bermain politik dgn UMNO... x macam PKR cepat melatah,,,,

Tanpa Nama berkata...

Harap sultan dpt kembalikan semula tampuk pemerintahan kepada Pakatan Rakyat. Umno tolong jgn menyibuk dlm hal ni ok...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, nak kate kat aku tumpang semangkuk, syok sendiri, kata le, sebab:

Inilah juga yang aku fikirkan.
Aku telah buat solat hajat mohon terbaik di sisiNya.

(tak pe aku beritau ni, ko org pun bukan kenal aku)

Pemerhati berkata...


salam...

Patik mohon kpd al-Sultan Selangor agar nemperkenankan calon Mb pilihan rakyat demi kstabilan negeri dan kehormonian rakyat..

Tanpa Nama berkata...

PKR, PAS, DAP, dll tak melatah , kejutan2 & peritiwa2 di luar jangkaan kadang2 perlu, orang biasa2 tak kan nampak .. tapi komen2 yang berbagai2 tu biasa le. Ape lagi zaman it ni. masing2 bebas.

Cuma aku nak komen, TSKI yang terburu2 . Sepatutnya dia menerima dgn tangan terbuka. Hikmahnya , dia bole berehat pulak, dalami agama, di samping beri peluang orang lain.

Next MB, beri peluang singkat juga. Lama2 sangat, macam UMNO, liat nak pencen. Hidup le sederhana, tak jadi hal kalau pencen . Betul kan?

pesara tentera berkata...

Hutang berjuta dah selesai... so kira bolehlah pencen dgn tenang....

Tanpa Nama berkata...

Keputusan Jawatan Kuasa Pas Pusat memang begini sejak awal krisis, Hadi dan UG cuba tangguh tapi gagal nak ubah, akhirnya terpaksa akur?