27 Ogo 2014

Apakah Hud-hud Yang Tidak Wala Kepada Sulaiman Maka Ia Harus Disembelih?


Dewan Ulama gesa 2 Adun dipecat

KUALA TERENGGANU - Selepas Pas Terengganu mendesak dua Adun Selangor dipecat, Dewan Ulama Pas Negeri Terengganu pula tampil mendesak tindakan sama terhadap Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.

Desakan terhadap keduanya yang dianggap membelakangi parti itu, merupakan usul dibentangkan timbalan ketuanya, Dr Abu Bakar Abdullah dalam Muktamar Dewan Ulama Pas Terengganu.

Menurutnya, siasatan perlu dijalankan dan jika didapati bersalah kedua-duanya perlu dipecat keahlian berdasarkan Perlembagaan Pas Fasal 82(6)(d).

“Dua Adun Pas (Hulu Kelang dan Morib) bertindak membelakangi keputusan parti dalam isu Menteri Besar Selangor, selain mencabar parti dengan kesediaan untuk diambil apa-apa tindakan,” katanya di Markas Tarbiah Pas Kuala Terengganu di Kuala Ibai, di sini.

Selain tindakan terhadap dua Adun terbabit, Dewan Ulama Pas negeri turut meminta tindakan tatatertib diambil terhadap beberapa pemimpin Pas lain yang membelakangi adab berjemaah terutama dalam mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi Menteri Besar Selangor, baru-baru ini.

Jelasnya, dalam kalangan pemimpin Pas ada yang menyanggah presiden parti dengan menganggap kenyataan presiden bukan mewakili parti sebaliknya peribadi.

“Kedua, mereka mengkritik kenyataan presiden parti secara terbuka di khalayak ramai dan melalui media dengan mencabar parti serta kesediaan mereka diambil tindakan.

"Ketiga, mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti,” katanya.

Beliau berkata, bagi kesalahan tersebut, mana-mana pemimpin yang didapati bersalah boleh diambil tindakan berdasarkan Perlembagaan Pas fasal 82 (6) (b) iaitu hak mereka dalam parti dilucutkan.

Usul itu kemudian, disokong dan diluluskan kesemua 64 perwakilan dari lapan kawasan Parlimen di negeri ini dalam Muktamar Dewan Ulama Pas Terengganu.

Abu Bakar berkata, tindakan seumpama itu tidak boleh dibiarkan sama sekali kerana dikhuatiri berulang dan memberi ruang kepada yang lain melakukan tindakan sama.

“Keadaan ini tentu membawa kemudaratan dan kerosakan kepada parti serta bercanggah dengan thiqah, taat dan wala’ kepada pimpinan dan parti selama mana ia tidak bercanggah dengan syarak serta Perlembagaan parti,” katanya. -SH

ULASAN GB

Kalau nak diambil tindakan disiplin kepada 2 orang ADUN dan kesemua yang berbeza pendapat dengan Presiden PAS, maka ramailah nanti yang akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin. Kalau nak dipecat rasanya hampir tiga suku jumlah ahli PAS yang terlibat bermula dengan Timbalan presiden, lebih separuh AJK Tertinggi PAS Pusat dan tiga suku jumlah ahli biasa PAS.

Maka yang tinggal cuma geng ulama.

Sebab nak dipecat, membelakang adab jemaah, tak wala' katanya!

GB suka menjawab soal wala' ini kerana ramai yang menggunakan alasan ini untuk memecat ahli PAS.

Sila buka Al-Quran. Di sana ada kisah burung hud-hud yang menyalahi adab jemaah Nabi Allah Sulaiman.

Pada satu ketika, Nabi Sulaiman A.S mengumpulkan seluruh pengikut-pengikutnya dan memeriksa mereka baik dari kalangan manusia, jin dan haiwan. Sesudah diteliti, ternyata burung Hud-Hud didapati tidak hadir sehingga menyebabkan Nabi Sulaiman A.S murka kepada Hud-Hud dan bertekad akan menyembelihnya sebagai hukuman.

"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)." (An Naml:21)

Sekali imbas ancaman yang dituturkan oleh Nabi Sulaiman A.S kepada Hud-Hud tersebut adalah amat menggerunkan, apalagi jika ucapan tersebut ditujukan kepada manusia yang tidak mengikut katanya. Seolah-olahnya Nabi Sulaiman mengeluarkan ‘pekeliling surat pecat serta merta’ kepada Hud-Hud, tetapi sambungan ayat selanjutnya menyerlahkan sisi lain yang walaupun disampaikan dalam keadaan murka, namun rasional masih menguasai diri Nabi Sulaiman, "...Kecuali jika dia datang kepadaku dengan alasan yang jelas".

Tidak lama kemudian, Hud-Hud datang menghadap Nabi Sulaiman dengan penuh pengaduan, menjelaskan sebab-musabab beliau tidak beratur menyertai jemaah yang diwajibkan oleh Baginda Sulaiman.

Hud-Hud menjelaskan kepada Baginda bahawa ia terserempak dengan seorang wanita bernama Balqis, seorang ratu kerajaan Saba' yang memiliki singgahsana yang besar, tetapi malangnya ratu tersebut tidak beriman dan tunduk kepada Allah Taala. Pengaduan Hud-Hud diterima oleh Nabi Sulaiman, lantas Baginda mengarahkan Hud-Hud untuk menyiasat perkara itu dan membawa surat perutusan dari Baginda.

Nabi Sulaiman a.s mengutuskan surat kepada Ratu Balqis untuk mengajaknya memeluk islam dan dipendekkan cerita akhirnya Ratu Balqis akur dan memeluk isalm dengan hati terbuka. Menurut sebahagian ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, bahawa Nabi Sulaiman akhirnya berkahwin dengan Balqis dan dari perkahwinannya itu lahirlah seorang putera.

Apakah Nabi Sulaiman terus menangkap dan menyembelih burung hud-hud tersebut sekalipun hud-hud itu tidak mengikut adab jemaah untuk patuh supaya berhimpun di depannya?

Apakah dua orang ADUN yang tidak patuh kepada Presiden terus hendak dipecat sedangkan kedua-dua ADUN itulah yang menyelamatkan Pakatan Rakyat yang jika tanpa mereka PR tidak mempunyai bilangan ADUN yang mencukupi bagi menamatkan krisis MB Selangor waktu itu?

Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin terpaksa membuat “ijtihad” (keputusan) peribadi untuk menyelamatkan PR walaupun PAS hanya membuat keputusan rasmi mengenai isu tersebut dalam mesyuarat 17 Ogos, dan keputusan 17 Ogos itu juga berpihak kepada kedua-dua ADUN berkenaan.

Dua Adun PAS ini membuka pintu untuk peralihan kuasa tatkala Selangor mengalami kebuntuan dalam krisis menteri besar dan Khalid yang pada ketika itu sudah dipecat daripada partinya.

Ada yang beranggapan kerana kedua-dua ADUN bertindak lebih awal daripada Jawatankuasa PAS Pusat. Jika demikian apa masalahnya? Burung hud-hud tadi bertindak lebih awal daripada sekalian makhluk Allah yang ada di depan Nabi Sulaiman, tidak beratur dan tidak ikut adab jemaah, membawakan perkhabaran dan berita besar Nabi Sulaiman TIDAK pula menyalahkan tindakan hud-hud berkenaan malah menyuruh pula burung itu menjadi "posmen" diantaranya dengan Ratu Balqis.

Dua ADUN PAS membawa perkhabaran bahawa ADUN-ADUN PKR & DAP telah bersetuju mencalonkan Wan Azizah, dan demi menjaga kesepakatan Pakatan Rakyat kedua-dua ADUN itu merasakan perlu untuk mereka bersama-sama rakan-rakan di dalam PKR dan DAP berkenaan. Bukankah menjadi matlamat PAS juga untuk mempastikan PR utuh dan kukuh sepertimana Deklarasi 17 Ogos?

Dimana logiknya hendak dikenakan tindakan ke atas kedua-dua ADUN berkenaan?

Ada masanya terutama di waktu-waktu kritikal "adab jemaah" perlu ditinggalkan terutama apabila berdepan dengan keadaan mendesak. Itulah prinsip orang berakal. Bukan si bebal.

Tidak mengapa. Pecatlah sesuka hati kamu. Ramai ahli yang bersedia untuk dipecat, termasuk GB, jika itu kemahuan kamu.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



37 ulasan:

Rangga berkata...

Patutlaaaa kerajaan pas ganu tumbang!!! Wala pd pmimpin yg brkta JANGAN mka jgn usik laa musuh tu wlu bhdpan dgn rimau yg nk membahamnya!!
Tpi aku hrap ada kbijaksanaan dlm saf kpimpinan PAS dlm mnyelesaikan isu 2 dun yg menongkah arahan parti!!

Tanpa Nama berkata...

Aku lah nelayan..aku lah MB..aku lah ahli parlimen..aku lah YB..aku lah ulamak malaysia..aku lah ulamak dunia..aku lah tuan presideng..last2..ganu hilang..kedah hilang..

mula2 nafi ada pertemuan gelap utk UG..last2 pak lah confirmkan..ada pertemuan..diam terus..kantoiii..

suruh org lain ada berjemaah..nak ikut mcmmana kalau belum masuk waktu imam dah angkat takbir..apa daaaaaa...

wala..wala..wala..bangang betul...wallaweyyy ada laaaa...puuiittttt..

aku sokong pas sebab Tuan Guru Nik Aziz..Husam..ngan golongan profesional jer..nak harapkan tantawi..serban jer besar..vellfire pulak tu..huhuhu..golongan pemuda masa tantawi ??? Mana ada isu..dlm parlimen senyap..semua isu semasa rafizi ngan tony pua dah ulas habis..

...wala..wala..wala..kalau ada arwah arumugam alleycat..dia akan sebut " wallaweeeeyyyyyyy , terima kaseh..

Tanpa Nama berkata...

Kejayaan manusia dlm agama,
sejauh mana kita dapat taat perintah Allah swt & mengikut sunnah Nabi Muhammad saw..Jadikan kerja dakwah maksud hidup..

Tanpa Nama berkata...

Bila lagi nak bodek... masa air tengah keroh la....

Tapi kenapa tak diusul sekali siasatan ke atas Tuang Presideng sebab letakkan calong-calong di kawasan PKR bertanding dalam PRU13 atas bukti yang sampai sekarang tidak dibuktikan. Walaupun kes telah selesai di luar mahkamah, namun sebagai orang Islam penipu bukan dari kalangan umat Nabi SAW. Jadi bagaimana Tuang Presideng yang memfitnah nak memimpin parti Islam... ini Nampak hodoh - penipu/pemfitnah memimpin parti Islam (kecualilah dikemukakan bukti-bukti yang menunjukkan sebaliknya).

Dewan Ulama Terengganu akan dikira bersikap assabiyah jika hanya mahu menghukum dua adun yang menyatakan sokongan pada pihak sekutu, sedangkan Tuan Presiden yang tidak disiasat dan diadili dengan sebaik-baiknya.

Buat Lebai dari Kelantan - kau tak layak diberi kuasa sebab kau cenderung nak menyalahguna kuasa untuk pecat orang tanpa mengguna saluran yang sah. Buat malu Kelantan sahaja... ada pemimpin cakap macam badut.

Tanpa Nama berkata...

Islam itu tertegak dengan hujjah..

ana rasa ketika ini GB yang paling banyak menulis dengan berhujjah... bukan hentam semborono...

spt yg GB selalu katakan hukum kebenaran akan terus berjalan...

Tanpa Nama berkata...

kita nak kualiti.bukan kuantiti memenuhi saf kepimpinan.ini dicontohi leh semua
ahli.angguk2 yes leh penyokong.sumer simpati selain setan laknatullah!

Unknown berkata...

GB memang terbaik

Jebon berkata...

Sebaiknya tuan presiden dan menantunya harus disembelih. Selagi dua makhluk ni ada dlm pas selagi tu lah pas berkecamuk.

Selayaknya jadi nelayan je

Tanpa Nama berkata...

Dah sampai masa parti Islam baru ditubuhkan. Pecatla ramai2. Tunjukkan keangkuhanmu

Anti Fitnah berkata...

Selama ni aku dok ingat puak UMNO ni munafikun, rupa-rupanya ramai juga munafikun dalam PAS.
Ada hati nak menghukum Dua Adun? Yang hangpa dok sokong TSKI yang menentang arahan parti tu apa ceritanya? Inilah sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul sedangkan dirinya berjalan pun senget.
Orang yang patut dihukum ialah Presiden PAS itu sendiri kerana mengaku nak dirikan kerajaan campuran bersama UMNO. Apa yang lebih parah ialah inginkan perpaduan di atas dasar kebangsaan Melayu. Aku ingat Islam dan Melayu tu berbeza. Rupanya mentaliti Melayu PAS pun rendah sehingga tak mampu membezakan antara Melayu dan Islam. PAS ini parti Islamkah?
Sehingga hari ini, UMNO yang memperjuangkan kebangsaan sehingga sanggup membunuh orang Islam semata-mata kerana kuasa pun masih tak mampu mendirikan TANAH PERKUBURAN MELAYU. Apa kata PAS meneruskan cabaran ini? Apakah halal darah Cina buat orang PAS walaupun Cina itu Islam? APa bezanya antara UMNO dan PAS selepas ni? UMNO dah membunuh orang Islam keturunan Melayu. PAS pula nak bunuh orang Islam keturunan Cina pulakkah?
Tak hairanlah kalau bangsa lain pandang Melayu macam sampah. Suka kepada benda-benda haram seperti rasuah, ... Bila dah terima rasuah, marah pulak kepada orang yang memberi rasuah. Inilah kehebatan Melayu kita ni.

bunbinban berkata...

PAS menghina para syuhada Memali.

Tanpa Nama berkata...

KUALA TERENGGANU – Pas tidak bersetuju menerima pemimpin wanita sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu, namun keputusan meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah kerana menghormati tahaluf siyasi dalam PR.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh menegaskan, nama Dr Wan Azizah bukan dicadangkan Pas sebaliknya diangkat oleh PR terutama PKR dan DAP dan selaku rakan pakatan, pihaknya menghormati suara majoriti itu dengan tidak menolak nama dicadangkan kedua-dua parti terbabit.

Menurutnya, suara Pas hanya satu pertiga sedangkan dua pertiga lagi adalah suara daripada PKR dan DAP yang perlu diambil kira.

“Satu pertiga daripada Pas, satu pertiga daripada PKR dan satu pertiga DAP. Oleh sebab dua parti (PKR dan DAP) itu mencadangkan Dr Wan Azizah ini sebagai calon menteri besar maka dia jadi suara majoriti.

“Tetapi Pas tetap dengan pendirian bahawa kita cadang dua nama, satunya (Dr Wan Azizah) sebab ambil daripada muafakat tersebut, kita tidak tolak kerana itu (suara majoriti) PR tetapi pegangan Pas sebagaimana yang saya tegaskan tadi,” katanya kepada media di Majlis Aidilfitri Pas Terengganu di sini, semalam.

Selain Dr Wan Azizah, Pas turut mencadangkan nama lain iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Berhubung pemilihan wanita sebagai pemimpin, Nik Zawawi memberitahu terdapat dua keadaan dalam Islam berdasarkan wilayah ‘ammah (lingkungan umum) dan wilayah khosoh (lingkungan khas).

Jelasnya, wilayah khosoh seperti pelantikan exco dan wakil rakyat dalam kalangan wanita dibenarkan dalam Islam walaupun ada mazhab tidak membenarkannya seperti Mazhab Hambali.

“Dia tidak benarkan wanita terlibat dalam kepimpinan kerana kelemahan semula jadi.

“Wilayah ‘ammah (pelantikan wanita sebagai pemimpin tertinggi) ini jumhur ulama tolak kerana wanita ini lemah dan apa yang berlaku di dalam tahalluf siyasi ini Majlis Syura Ulama hatta Pas Pusat sendiri kita tidak menerima kepimpinan daripada wanita. Itu perlu kita faham,” katanya.

Mengulas lanjut, pihaknya tiada hak untuk membatalkan keputusan parti lain namun selagi mempunyai ruang membuat keputusan, beliau menegaskan bahawa Pas tetap mengatakan wanita tidak sesuai menjadi menteri besar.

Beliau turut memberitahu Pas telah pun menasihati rakan pakatan terutama PKR berhubung pemilihan wanita berdasarkan kepimpinan Islam, namun pihak tersebut hanya berdiam diri.

Nasihat Pas seolah-olah tidak didengari apabila PKR bersama-sama DAP tetap mencadangkan calon tunggal iaitu Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Dia masih pertahankan atas nama presiden parti. Jadi, itu di luar bidang kuasa kita dan kita telah bagi kedudukan dalam agama.. dan itu memang kerja kita.

"Dalam PR ini, apa jua keadaan sekalipun kita banyak menasihati. Soal didengari atau tidak adalah isu yang lain. Pada Pas, kita dapat menyempurnakan kewajipan kita,” katanya.

Tanpa Nama berkata...

wahai pendokong2 karat UG... berhujjahlah macamana GB berhujjah... kan cantik.. ini tidak .. nama jer sokong ulamak tapi maki hamun dan tuduh GB anti ulamak lah, geng anwar lah, agen pkr lah...

Tanpa Nama berkata...

Pas dah perintah Kelantan.
Dap dah perintah Pulau Pinang.
Pkr dah perintah Selangor, Pas nak sapu ke?
Apa punya parti Islam da.
Tamak... tamak... tamak...

Malaysiabaru berkata...

mari berdoa agar malaysia tidak jadi republik... dan nama selangor tidak bertukar jadi selangor darul firaun...tindakan istana yg tidak menghormati mesyuarat majlis pakatan dan enggan mengiktiraf gabungan pakatan seolah olah hanya fatwa hadi awe yg menjadi pegangan akan menjurus kepada perlantikan adun pas sebagai mb dan di sokong oleh umno seterusnya memecahbelahkan pas sendiri...exco pas yg enggan menerima umno terpaksa menjilat ludah sendiri dan wala untuk berkerjasama dgn umno..... apa pun lepas ni kita ajak istana untuk bertanding di pru 14 dan letaklah calon nak tengok siapa hebat

Tanpa Nama berkata...

Akhir zaman

Tanpa Nama berkata...

Syabas GB.

Apa yang GB suarakan juga adalah suara-suara kebanyakan ahli PAS seluruh negara.

ilmu yang Allah kurniakan kpd GB cukup tinggi. Tetapi malangnya PAS tidak suka orang2 berilmu spt GB demi untuk menjaga status quo mereka.

Hanya GB yang berani tampil mencadang Presiden PAS ditukar dan membela dua orang ADUN yang dianiayakan itu dengan hujjah2 yg mantap.

Semuga Allah membalas segala jasa GB selama ini.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin perlu diujudkan parti islam yang islamik dan progresif bersesuaian dengan mayarakat malaysia yang majmuk ..contohilah parti yang memerintah Turki sekarang..

WADIE UTARA berkata...

Sejak aku lahir,sampai sekarang,jiwa aku dengan Pas,Dari zaman kanak2,selalu org tua aku bawa pi dengar ceramah,dari duduk di celah perdu pisang sampailah ke dalam stadium.Sedih aku dengan keadaan Pas macamnie.Teringat Aku dengan Madah Arwah Ustaz Fadhil Nor.(JANGAN MASUK PAS KALAU ANDA CARI DUNIA,JANGAN PANGGIL DIRI ANDA PEJUANG ISLAM KALAU ANDA NAK MANUSIA PUJI,ANDA JANGAN PERASAN MACAM ANDA ULAMA KALAU PERJUANGAN ANDA HANYA SETAKAT SERBAN,JUBAH DAN KOPIAH.
PAS BUKAN UNTUK ORANG YANG BURU DUNIA.PAS ADALAH UNTUK ORANG YANG BURU AKHIRAT,HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID.MATI BERIMAN.HIDUP BERMARUAH.MINTA AMPUN DENGAN ALLAH TAALA KALAU ANDA DAH BUAT DOSA,TAPI JANGAN PUTUS ASA DENGAN ALLAH TAALA)

Tanpa Nama berkata...

PAS geng ulama kalau boleh nak cantas semua golongan profesyenal. kerja gila... pas for all atau pas for ulama?

Tanpa Nama berkata...

HAram Jadah Punya Dewan Ulamak . . Mjlis Syura buat kenyataan sebelum PAS Pusat bermesyuarat BOLEH PULAK. . KEPUTUSAN MAJLIS SYURA BERCANGGAH DENGAN KEPUTUSAN PAS PUSAT. Keran Ulamak Boleh belakangkan Parti? Orang lain belakangkan Parti kena ambil tindakan? Ini Ulamak guna kitab mana

Tanpa Nama berkata...

Takut aku, ini akan terjadi.
Sekiranya Wan Azizah ditolak sebagai
Menteri Besar Selangor,
banyak keburukan dan fitnah
mengenai Sultan Selangor akan
berterbangan di alam maya.
Demontrasi besar-besaran juga mungkin berlaku.
Minta-minta, janganlah...
Aku dah bosan semuanya ini.
Wahai pemimpin, jadikanlah Malaysia
negara aman dan damai.
Boleh, tak?
Malaysia for all.

Tanpa Nama berkata...

Katakanlah jika semua profesyenal spt Hanipa, Dr.Dzul, Husam, Dr. Mujahid, Dr.Syed Azman, Salehuddin, dll dipecat dari PAS, apa yng tinggal dalam PAS? hampas?

Tanpa Nama berkata...

Hakikat nya ... DEMI UNTUK MENGEKAL KAN KUASA .. MANUSIA SANGGUP MENJUAL SEGALA GALA NYA .. NASIB BAIK .. LANGIT DUK KAT ATAS .. KALAU TIDAK DENGAN LANGIT .. SEKALI DI JUAL NYA ..
KESIANNYA .. NASIB PEJUANG PEJUANG PAS TERDAHULU ..
MAKAN MINUM DI JAGA DENGAN SEMPURNA .. TAKUT TAKUT HATI JADI HITAM .. BUKAN NYA DITENGAH DAHI JADI HITAM..
BUKANNYA SLOGAN ..FOR ALL ..
INILAH HASILNYA ..
JANJI ALLAH TETAP BENAR..

Tanpa Nama berkata...

Katakanlah jika semua profesyenal spt Hanipa, Dr.Dzul, Husam, Dr. Mujahid, Dr.Syed Azman, Salehuddin, dll dipecat dari PAS, apa yng tinggal dalam PAS? hampas?

Pas akan jadi Parti Lebai Malang yg syok sendiri.

waksempoi berkata...

dipetik dari grup lain tapi menarik kandungannya:

Reform Politic: kalau usrah kt tempat aku. (Termasuk 4 5orang ajk kawasan) kerjanya hnya dok kutuk umno je tak habis2 naqib usrah pun serupa tu jugak pun... PKR pun diorang kutuk.. xtreme gila puak ni... aku sorang je lebih hentam menghala pada Pas.. bg aku usrah ni adalah tempat kita bincangkan kelemahan n cari jalan nk majukan jamaah... bincang bab hubungan sosial dakwah n ukhwah jamaah dgn awam..pembangunan ekonomi jamaah.. pembangunan tarbiah/pendidikan moden yg islamic utk anak2 jamaah...n lain yg bersifat positif n ikut kemampuan level2 cawangan.. n peringkat atasan perlulah membantu cawangan2 yg lemah.... tp malangnya setiap kali usrah hnya kutuk umno je.. kutuk umno ni sampai mati pun tak habissss... jd kat sini dah nampak rupanya ramai org2 Pas yg berjawatan atasan ni tak cerdik pun.. maaf la cakap.. tp inilah hakikatnya..

Tanpa Nama berkata...

Mengapa PAS Terengganu terlebih-lebih dlm kritik PAS Selangor.

Dewan Ulama Selangor dan Kepimpinan PAS Selangor Diam sahaja.

PAS Terengganu yang terlebih buat kenyataan.

PAS Terengganu patut fokus utk menang di Terengganu bukan sibuk dengan PAS Selangor yang telah menang dan dapat menguasai negeri.

Dewan Ulama dan Pesuruhjaya Terenganu perlu buktikan dahulu di Terengganu dengan menang. Baharulah orang hormat.


Tanpa Nama berkata...

PAS jika sekadar mahu jadi organisasi dakwah sila teruskan kerana selagi ada UMNO selagi itu PAS relevan utk berdakwah. Jika mahu memerintah PAS perlu belajar dari kegagalan mereka mentadbir terengganu dan kedah serta isu mb selangor.

Tanpa Nama berkata...

Para ulamak yg ada dalam majlis syura ulamak terlepaa pandang ayat al quran yg mengisahkan burung hud hud dengan nabi Sulaiman. Mengkin selpas GB ketengahkan ayat ini mereka celik mata dan buka minta. Kalau masih ambil tak kesah nak pecat juga dua ADUN itu mereka bukan setakat buta hati tapi buta mata buta perut dan tak ada akai. Tapi saya yakin ini hanya satu mainan politik semata mata nak kaburkan biji mata UMNO

Tanpa Nama berkata...

Hadi nak jadi Hitler atau Mahathir? Kalau jadi PM ramai kena ISA...

Tanpa Nama berkata...

PAS DI MALAYSIA DIJAHANAMKAN OLEH PAS TERENGGANU

Tanpa Nama berkata...

Bila 2 adun sokong azizah, hadi merana, Pas terengganu pakar sepenggal menderita, adun PAS berangan nak jadi MB gila meroyan, UMNO mati pucuk

Tanpa Nama berkata...

Bila gila kuasa ulama pun dah jadi ulam UMNO

Tanpa Nama berkata...

Ayuh kita tubuhkan parti baru - ISB (Islam Semua Bangsa).

sapura berkata...

Pemimpin yg bijaksana adalah pemimpin yg boleh membuat keputusan yg tepat apabila berhdpn dgn situasi yg kritikal. Sprt peristiwa temasik dilanggar todak...perluke seorang pemimpin mengekalkn keputusan yg silap semata2 utk mematuhi ketua dan menyebabkan ramai yg terkorban. Bukankah pndangan sikecil Hang Nadim perlu diraikan krn pandangannya lebih bijaksana dari sang ketua. Jika 2 ADUN tu telah bertindak sebg pemimpin yg bijaksana, mgpa perlu mrk dihukum? Atau kesilapn menghukum Hang Nadim yg bijaksana pasti akan berulang lagi dan membawa bersama yg lebih besar. Jgn fikir mrk yg tiada ijazah dlm ilmu islam itu lebih rendah kefahamannya tentang agama. Islam itu mudah dan sentiasa memudahkn. Rasanya sikap kita yg over protective yg menjauhkn org lain drp memahami islam.

Tanpa Nama berkata...

Golongan konservatif PAS adalah sama dgn UMNO. Cuma golongan ini pakai serban dan tak suka UMNO. Konon nak Islam tapi bila timbul isu Malayu vs Islam, lupa Islam terus berhujah macam UMNO.

Kalau PAS nak suruh professional keluar PAS, 2/3 ahli PAS terpaksa dipecat. Tinggallah golongan serban berhati UMNO dalam PAS.

Tanpa Nama berkata...

dalam byk2 hujjah, aku belom pernah terjumpa hujjah GB yg menggunakan kisah burung hudhud semasa penghuraian bab wala dan adab berjemaah.

ilmu baru buatku.

syukran GB di atas pencerahan ini...