26 Ogo 2014

Isu UG: TMI Tetap Pertahankan Laporannya Walaupun S/U Politik Hadi Menafikannya


Presiden PAS nafi tawar Azmin bentuk kerajaan bersama Umno

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan berita bertajuk "Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat" sebagaimana disiarkan The Malaysian Insider hari ini, kata setiausaha politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut kenyataan itu, intipati pertemuan antara Hadi dan Azmin seperti dilaporkan itu berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin kepada presiden parti Islam itu yang menamakan beliau sebagai calon menteri besar pada mesyuarat 17 Ogos lalu.

"Tidak disebut langsung mengenai kerajan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa," kata Samsuri dalam kenyataan itu.

Namun begitu The Malaysian Insider mempertahankan laporannya. – TMI (26 Ogos, 2014)


KENYATAAN MEDIA RINGKAS
MENAFIKAN LAPORAN BERITA DARI THE MALAYSIAN INSIDER

Saya merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider (TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat” adalah bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.

Saya yang juga turut hadir semasa YB Mohamed Azmin Ali mengunjungi YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini juga ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih YB Azmin Ali kepada YB Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang didakwa. Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka.

DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
26 Ogos 2014


ULASAN GB

S/U Politik Presiden PAS menafikan laporan The Malaysian Insider (TMI), tetapi akhbar online tersebut tetap mempertahankan laporannya.

Apa yang jelas ialah penafian S/U Akhbar tersebut tidak menyentuh laporan TMI berkenaan. TMI melaporkan tentang apa yang berlaku pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat semalam, sedangkan yang dinafikan oleh S/U Politik Presiden PAS ialah apa yang berlaku pada pertemuan Azmin Ali dan Presiden PAS. Justeru itu, penafian S/U Politik Presiden PAS itu tidak betul dan tidak sah. Entah macamana boleh jadi S/U Politik Presiden jika penafian pun dah salah, bertaraf PhD plak tu!

Kedua, TMI mendapat maklumat daripada seorang AJK PAS Pusat yang menghadiri mesyuarat semalam. Ada juga yang mendesak TMI menamakan siapa AJK berkenaan. TMI berhak untuk tidak menyiarkan nama AJK berkenaan kerana etika kewartawanan meemperuntukkan pihak media untuk tidak mendedahkan identiti sumber berkenaan. Kerana ia bakal mendedahkan sumber berkenaan kepada unsur-unsur kemerbahayaan yang tidak diduga kecuali dengan perintah mahkamah.

Ketiga, ketika ulasan ditulis BELUM ADA sesiapa pun daripada AJK yang hadir mesyuarat berkenaan menafikan laporan TMI tersebut.

Keempat, Untuk membersihkan nama Presiden PAS, saman dan tindakan undang-undnag boleh dikemukakan terhadap TMI dan mengheretnya ke mahkamah.

Demi menegakkan kebenaran, GB akan membuat kenyataan "permohonan maaf" besar-besar kerana turut menyebarkan laporan tersebut jika laporan itu disahkan fitnah dan palsu. Namun dalam apa jua keadaan GB tetap mempertahankan pandangan dan cadangan GB sebelum itu iaitu supaya Presiden PAS digantikan dengan orang lain. Sila baca: Haji Hadi Perlu Diangkat Mursyidul Am PAS, Lepaskan Jawatan Presiden









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau TGHH dilantik jadi Mursyidul Am, ini bermakna PAS akan mendukung biawak hidup kepada kelainan pendapat dengan Pakatan Rakyat. Kena dia buat komplot dengan Dewan Ulama untuk berkhalwat dengan UMNO dengan idea kerajaan perpaduan tak ke mampus.

Pada aku eloklah dia jadi nelayan sebagai yang dicita-citakan sebelum ini... lagi pun dia dah ada tugas dengan Ulama Sedunia... kalau dia nak masuk UMNO menggantikan Nakasone yang baru keluar UMNO pun boleh juga.

Tanpa Nama berkata...

Setuju..TGHH perlu ditukar..persoalannya sapa dlm pas yg berani melawan presiden..keduanya subky prnah brkata syarat2 utk jd presiden pas mesti dr ulama..soalannya sapa ulama yg layak..semuanya geng UG jgk..

air gunung berkata...

Tuan GB.
Bg sy pula krisis atau tak tuan guru hj hadi perlu berundur.masa sdh sampai utk beliau berbuat demikian.sepatutnya 3 thn dulu beliau lakukan.sblm kerosakan bahana high pil khudda n komeneh.focus beliau sdh x mcm dulu2.beliau hebat.tp ada kemuncaknya.

Tanpa Nama berkata...

Nafi atau tidak, Hadi pernah bercakap tentang UG diluar negara?,Hasan Ali jadi kambing hitam?

Tanpa Nama berkata...

kes TMI ini bende kechik saja.

Hadi tak perlu jadi bacul , saman aje TMI tu.

Lim Guan Eng saman Nasruddin sekarang senyap saja.

Apa mau takut , PAS ada duit boleh bayar aper !!

haedar bakrun berkata...

Ini semua angkara UG ,perpaduang melayu konon...piraaahhhhh.......wa tunggu statement tuan president,baru wa nak komen kau2....

Tanpa Nama berkata...

....Presiden PAS diganti.....BUKANnya diganti tapi diPECAT dr ahli PAS. Dulu macam2 kata kat UMNO tapi sekarang nak besatu lak. Sejarah telah mencatitkan Presdin PAS yg paling TERUK dlm sejarah.
Selagi PAS mempunyai Presiden dan SU sebegini selagi itulah PAS tak akan kemana, malah PRU14 nanti kita akan saksikan kejatuhan PAS yg akan menggambil masa 30 atau 40 tahun akan bangkit semula.

Tanpa Nama berkata...

Green boc memang hebat..dan bijak .layak jadi bloggers dan berfikiran terbuka. ..ini ciri orang gifted ...iq 140 keatas.ijazah dalam sains ..tapi tak suka pergi usrah..prinsip yang jelas..tq atas pencerahan..kami dan keluarga boleh fikir siapa betul saoah.sebenar kepimpininan pas tak sedar umno dan pkr tqk hebat kerana majoriti melayu yang terhebat ada dalam pas cuma tak bersuara.sebab tau suara dan nasihat mereka tak adq nilai.pas rugi tak guna kebijaksanaaan ahli pas ramai yang genius...malang .so kami tunggulah dan lihat drama ni...cuma jangan lupa yang paling berdarah dalam krsis ni pas....kali ni tqk sama dengan krisis sebelum sebelum ini kerana kali ini ada ornag macam green boc.tahniah atas pencerahan ..tq orang bijak

Tanpa Nama berkata...

Presiden mesti Ulamak .? Zulkifly ..prewiden pas ulamak? Dari dulu zamas keemasqn islam umarakndinasihat ulamak.. so presiden tak semestinya ulamak.. tu pendapat subky. Dalam quran ornag yang paling hebat adalah paling bertakwa bukan ada BA ..

Tanpa Nama berkata...

Apacita sinar harian hari ni yang Pas nak hantar calon mb kepada sultan selangor? Adoilaaa.. ckp mcm ular.. kejap takmau tuntut jawatan dan skang nak hantar pulak..

Tanpa Nama berkata...

PR sepatut lePASkan je parti itu

chenonet91 berkata...

TGHH kena saman TMI untuk membuktikan kebenaran. Kalau tidak, sahlah TG bohong......Kalau dah pembohong tuuuu camana ?

Tanpa Nama berkata...

Yang pas jemput azmin ali masuk pati pas tu apa hal... dia tu ularmaa bukannya ulamak...?

Tanpa Nama berkata...

kalau betul bagai dikata, jangan latik jadi murshidul, lagi jahanam pas. Lantik je jadi murshidul PERKASA

Tanpa Nama berkata...

apa yg saya perhatikan GB memang konsisten menentang UG dari dulu lagi. tahniah dan syabas!

Tanpa Nama berkata...

TOLAK TGHH SEBGAGAI PRESIDEN PAS, MURSYIDUL AM PAS.. NADA TGHH TIDAK SELARI DGN JEMAAHNYA DAN MEMBUAT KEPUTUSAN SEPERTI ADA TANGAN TANGAN GHAIB DI BELAKANG SERTA KHIANAT PR DAN TIDAK SEPERTI ALMARHUM DATO FADZIL NOOR mantan Presiden Pas sebelum ini...