6 Mei 2014

[VIDEO] Bagus Jika Anwar Dipenjara, Rakyat Akan Turun Ke Jalanraya!

Aktivis terkenal Hishamuddin Rais berkata, beliau “gembira” jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merengkok dalam penjara selepas disabitkan kesalahan dalam kes liwat terhadapnya.

Bercakap dalam forum sempena setahun selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu, Hishamuddin berkata, beliau percaya penahanan Anwar akan menyuntik kebangkitan baru di kalangan rakyat.

“Saya gembira jika Anwar masuk penjara, ia perkara yang baik, kita boleh menghasut orang ramai kembali ke jalan raya,” kata bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu.

Penahanan Anwar pada 1998 membangkitkan gerakan reformasi yang menyaksikan orang ramai turun ke jalan raya yang kemudian memberi tamparan hebat kepada BN yang hilang penguasaan di Terengganu dan Kelantan ketika itu.

Hishamuddin juga berkata, beliau senang hati melihat PAS berpecah ekoran kontroversi hudud.

“Penyucian ini proses biasa dalam parti politik, Ia akan memisahkan antara kumpulan dalam PAS yang ghairah dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya. -mk






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

benar. saya setuju dgn hishamuddin rais. kontroversi hudud memperlihatkan siapa sebenarnya wajah umno group dlm pas. konon2 nk berpakat dengan umno bn nk laksanakan hudud..porrrah. klu bkn tolak hukum hudud bukan umno bn namanya. klu umno laksanakan hudud, ibarat matahari boleh menjadi sejuk. umno bn xkan pernah puas merompak wang rakyat tiba2 nk bersetuju dgn hukum hudud? pelik bin ajaib!

Tanpa Nama berkata...

Hukum hudud adalah hukum Allah SWT. If lu mr. Hishamuddin rasakan adanya perpecahan dalam pelaksanaan hukum hudud i don think so. Kalau Anwar di penjarakan posibiliti untuk rakyat pilih guling kerajaan sepertimana berlaku di Thailand teramatlah sangat cerah.

Guling kerajaan bukan satu pilihan yang terbaik tapi kalau hanya ini sahaja caranya atau pilihan terakhir well don blame rakyat kalau perkara ini berlaku.