6 Mei 2014

[MH370] Lagi Dakwaan Menyatakan Pesawat Sebenarnya Terhempas Di Laut Cina Selatan


Seorang ahli arkeologi marin British, Tim Akers mendakwa menemui bangkai pesawat MH370 kira-kira 3,000 batu nautika dari kawasan pencarian sekarang di Lautan Hindi, lapor MailOnline semalam.

Beliau mendakwa mengenal pasti sebahagian daripada ekor pesawat itu di luar pantai Vietnam, kira-kira 1,000 batu nautika dari lokasi pesawat berkenaan berlepas.

Katanya, gambaran satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam.

Sehubungan itu, Akers, 56, dari North Yorkshire yakin beliau mungkin sudah menemui pesawat membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Sokong laporan bekas juruterbang AS

Penemuan itu sekali gus menyokong laporan bekas juru terbang Amerika Syarikat, Michael Hoebel dari New York, yang turut mendakwa bangkai pesawat itu berada di luar pantai Thailand.

Akers yang dirujuk sebagai penyelidik bebas bersama Muzium Maritim Nasional, berkata beliau kini sedang mengenal pasti bahagian pesawat itu, yang mana sebelum ini pihak berkuasa Vietnam menerima laporan daripada pekerja pelantar minyak yang melihat pesawat terbakar.

Beliau berkata, adalah lebih munasabah pesawat itu terhempas di Laut China Selatan daripada terjatuh di selatan Lautan Hindi.

Akers, sebelum ini pernah membuat kajian di perairan Australia di Perth selama bertahun-tahun bagi mencari tinggalan kapal Perang Dunia Kedua, HMAS Sydney.

Pencarian lokasi kapal HMAS Sydney yang karam itu dilakukan di perairan sama pesawat Boeing 777-200ER milik Penerbangan Malaysia (MAS) dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi, di luar pantai Australia Barat.

Akers telah mencari pesawat yang hilang dengan memproses data dari imej-imej satelit dari Landsat 7 - satelit fotografi utama NASA dan asas bagi Google Earth.

Akers pernah berjaya di dalam kajian-kajiannya. Pada bulan Ogos 2006 Encik Akers pernah mendedahkan di akhbar tempatan di Wetherby, North Yorkshire, bahawa beliau telah menemui HMAS Sydney - walaupun kerajaan dan pencarian antarabangsa telah menghabiskan masa 60 tahun untuk tujuan berkenaan.

Dakwaannya itu disahkan pada Mac 2008 apabila bangkai pesawat tersebut ditemui oleh ahli sains marin Amerika David Mearns berhampiran dengan lokasi yang sama Akers telah ramalkan di luar pantai Australia.


Akers berkata beliau menggunakan kaedah penggabungan imej dari bahagian yang berlainan di spektrum cahaya. Menggunakan perisian yang beliau bangunkan sendiri beliau berkata beliau dapat melihat 75 kaki di bawah bumi dan 10,000 kaki di bawah laut.

Encik Akers telah menerbitkan dakwaannnya itu di tapak web miliknya australias-titanic.com.



ULASAN GB

Berulang kali dah GB nyatakan bahawa MH370 terhempas di Laut Cina Selatan. Kini semakin ramai pengkaji-pengkaji "membenarkan" jangkaan GB itu.

GB ulangi:

Sekalipun ada spekulasi menyatakan pesawat berkenaan ada di Diego Garcia, di Andaman, di Mexico, dan lain-lain tempat, GB tetap berpegang kepada prinsip "jika sesat dihujung jalan baliklah ke pangkal jalan". Ertinya di dalam keadaan bercelaru di dalam menentukan dimana sebenarnya kedudukan MH370 hari ini, adalah perlu untuk memulakan pencarian di tempat dimana ia terputus hubungan dengan satelit iaitu di Laut Cina Selatan. Itu pangkalnya. Carilah sampai ke dasar lautnya. Mengapa terlalu cepat SAR memberhentikan operasinya di Laut Cina Selatan?

Selebihnya baca di bawah ini:

Laporan sebelum ini
klik untuk baca







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pesawat tidak pernahpun terbang melintasi daratan Malaysia mahupun Thailand ke arah Laut Andaman, sebaik shj hilang dari paparan radar. Ia telah berkecai di Teluk Siam akibat tersalah tembak dlm siri latihan perang di situ. Dah namanya latihan perang, tentulah banyak kelengkapan tersedia di lokasi. Sebaik shj jatuh, pasukan tentera di laut terus menggerakkan usaha untuk memindahkan apa shj yg sempat dipungut secara intensif. Mereka ada masa yg selesa dari 1:30pagi hingga 8:30pagi sebelum pasukan SAR tiba. Dlm suasana gelap tidak mungkin satelit dapat mengesannya, tambahan pula ia bukannya dlm keadaan bersedia untuk itu. Selebihnya adalah drama ditunjukkan sepertimana yg dihebahkan kpd kita semua. Sekian adanya, tamat!

Tanpa Nama berkata...

Nak dikatakan disini kerajaan telahpun dipermain oleh amerika dan australia. Remember UMNO jugalah menghalau seorg ahli kabinet Australia yg berada semasa himpunan Bersih. Jadi i tidak caya hubungan australia dgn malaysia adalah baik.

BaDiN berkata...

Kena tubuhkan Pasukan SAR ke dua oleh negara China agar usaha ini tidak hanya bertumpu di satu tempat shj.Kawasan pencarian harus diperluaskan ketempat yg disyaki MH370 hilang melalui pandangan kedua oleh pelbagai pihak.

Tanpa Nama berkata...

mungkinkah benar ada emas didalam MH370 itu yg najib jual.. tetapi mereka x nak dunia tahu.. itu sebabnya pencarian dihentikan. mungkin pencarian MH370 di laut china selatan akan dibuat senyap2.

abd kadir berkata...

Dulu ada pasangan suami isteri dari Bogor yg ada keistimewaan dapat berhalunisasi dgn alam ghaib, dakwa nampak pesawat mh370 jatuh dekat veatnam. Tapi tak ada yg percaya cakap pasangan itu.
Apa salah pergi selidik dulu ...

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah apa yg sebenarnya terjadi pada mh370... Tidak ada tembakan dari latihan ketenteraan, tidak ada hijack ke diego garcia, tidak ada cargo rahsia yg disembunyikan, semua x benar.. Yg sebenarnya, yahudi telah hantar jin ifrit untuk tahan mh370, jin tu sebelah kaki dia kat vietnam, sebelah kaki lagi kat filipina. Jin tu tahan mh370 di udara, semua penumpang masih hidup lg masa tu.. 1 org wali Allah ni (org tabligh) dapat tahu, terus dia lawan jin tu.. Jin tu kalah, dia mati, dan mh370 dia lepaskan kat tgh2 laut china selatan.. Mh370 jatuh kat dasar laut, kapal terbang sikit pun x pecah, macam keadaan asal, cuma sayap kanan sahaja yg patah sedikit... Lokasi kapal terbang berhampiran pulau spratly, kat dasar laut.. Tepat2 seperti yg saintis britain ni tunjuk kat map dia.. Semua masih ingat lg kapten norudin? Dia bgtau kat tv 3, mh370 hilang, full stop.. Kapten norudin tu pun org tabligh.. Dia antara yg betul2 tahu Kejadian sebenar.. Pd pagi 24 mac 2014, kapten norudin, kapten syuhaib, ustaz hamzah, org yg lawan jin tu, dan sorg lagi, semua 5 org, telah pergi ke putrajaya berjumpa dengan najib untuk bgtau kat mana mh370.. Kat rumah najib, mereka jumpa 3 org, najib, rosmah, dan jamil khir, menteri agama tu.. Ustaz hamzah (ustaz tabligh di sri petaling) dakwah mereka bertiga, dakwah pasal aurat pramugari, dakwah pasal arak dalam MAS.. Dakwah sampai rosmah menangis.. Lepas tu baru ustaz bgtau lokasi sebenar mh370.. Dan mereka bgtau najib supaya rahsiakan dulu perkara ni, sehingga mereka nak bawak sendiri najib untuk tengok sendiri bangkai mh370 tu.. Tiba2, malam 24 mac tu, secara tergesa2, najib buat kenyataan media kata mh370 berakhir di lautan hindi.. Jadi ustaz2 tu terkejut ar.. Mereka check balik, rupa2nya najib buat kenyataan media tu dalam keadaan kene sihir oleh yahudi.. Yahudi telah sihir najib untuk keluarkan kenyataan macam tu.. Yahudi xnak malaysia dapat balik mh370.. Yg betul2 tgh berusaha nak dapatkan balik mh370 adalah org tabligh.. Kapten norudin, mulvi osman, ustaz azwan dan beberapa nama lagi.. Setelah gagal untuk menggunakan najib, mereka telah pergi pula kepada panglima tentera malaysia.. Jadi, pada hari khamis, 1 mei 2014, geng tabligh ni telah bawa panglima tentera udara diraja malaysia, panglima tentera darat diraja malaysia, dan panglima tentera laut diraja malaysia.. Mulvi osman, kapten norudin yg bawa mereka.. Kalau x percaya, sesiapa yg kenal panglima2 ni, boleh tanya mereka sendiri.. Mereka pergi menggunakan kapal terbang jenis charlie.. Ketika terbang melintasi kawasan laut persisir pulau spratly tu, mereka dapat melihat dengan jelas bangkai mh370 di dasar laut.. Air laut kat persisir pulau spratly tu begitu jernih, sehingga dapat lihat dasar laut dengan jelas.. Semua panglima2 tentera malaysia nampak dengan jelas bangkai mh370 tu.. Sebiji kapal terbang, tanpa ada sedikit pun yg berkecai cuma patah sedikit sahaja pada sayap kanan.. Amerika pun dah tahu, lokasi mh370.. Sebelum dorg ni pergi pada 1 mei, amerika telah terlebih dulu pergi.. Amerika niat nak amik kotak hitam.. Mereka pergi dengan sebuah kapal perang yg besar.. Tapi sebelum tiba kat lokasi mh370, Allah telah tenggelamkan mereka.. Sebiji kapal perang dengan tentera2, semua sekali tenggelam.. Benda ni langsung x keluar berita.. TLDM labuan tahu benda ni, sebab kat radar dorg, ada kapal asing yg menceroboh, jadi bila dorg sampai kat situ, kapal perang amerika tu tgh tenggelam.. Mulvi osman tu cakap, seluruh dunia punya sihir, sekarang tertumpu kat perairan tu.. Mereka sungguh2 xnak malaysia dapat mh370 balik.. Yg terbaru, mereka (org tabligh dan tentera serta beberapa org teknikal) akan pergi lg skali kat tempat tu, kali ni mereka nak pergi beramai2.. Mereka akan pergi pada 29 mei ni.. Jadi marilah sama2 doakan kejayaan mereka, dan semoga Allah pelihara mereka dari rancangan jahat yahudi..