14 Mei 2014

[TERKINI] Seorang ADUN Bebas Buat U-Turn, Skrip Perak Berulang


Adun Bukit Besi kembali kepada Umno, kata Shahidan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud yang menjadi wakil rakyat bebas pagi ini kembali kepada parti tu.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno itu, kedudukan terkini kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menyebabkan tiada keperluan untuk diadakan pilihan raya negeri.

"Dengan kembalinya Roslee maka BN kembali memerintah," katanya kepada The Malaysian Insider.

“Kedudukan terkini, Umno kembali kepada 15, PAS 14, PKR 1, dan calon bebas 2.”

Lewat malam tadi, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar Umno, tidak sampai 24 jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai ketua eksekutif baru negeri itu.

Awal pagi ini, Roslee menyertai Ahmad dan Ghazali keluar daripada Umno.

Tindakan berkenaan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dalam DUN Terengganu apabila hanya mempunyai 14 kerusi, PAS (I4), PKR (1) dan Bebas (3).

DUN Terengganu mempunyai jumlah keseluruhan 32 kerusi.

Kemelut itu menyaksikan PAS Terengganu mendesak DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya diadakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan ‎akan berjumpa semua Adun BN Terengganu malam ini bagi meredakan ketegangan politik di negeri itu. – TMI


Politikus tukar keputusan jika kena ‘harganya’, kata Kadir Jasin

Datuk A Kadir Jasin tidak menolak kemungkinan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang keluar parti boleh bertukar fikiran jika kena pada "harganya".

Kemelut politik dalaman Umno di negeri itu tercetus selepas peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar dan kemudian diikuti dua lagi Adun.

Lebih meruncingkan, PAS mendakwa empat lagi Adun akan keluar parti sebagai tanda membantah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ini hanya perkembangan awal.

"Ahli politik boleh bertukar fikiran secara sukarela jika kena pada 'harganya'. Seringkali dikatakan ahli politik yang kita percayai sudah tiada lagi," kata Kadir dalam blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini.

Kadir juga membayangkan keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya beberapa Adun lain di Terengganu mengambil langkah sama keluar parti.

"Situasi pasti buruk kepada BN (Barisan Nasional) sekiranya ada Adun Umno lain mengikut jejak Ahmad dan Ghazali," katanya.

Jangkaan Kadir tersebut semakin menjadi kenyataan apabila Adun ketiga, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.

Kadir berkata, PAS boleh membentuk kerajaan baharu di Terengganu dengan mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar baharu menerusi sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Mereka (PAS) juga boleh mendesak sesi khas DUN untuk mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar memandangkan beliau tidak memiliki majoriti di dalam dewan," katanya.

Ahmad bersama dua lagi Adun Umno keluar parti beberapa jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai menteri besar baharu semalam.

Tindakan tersebut menyebabkan komposisi DUN yang dikuasai oleh BN di Terengganu berubah dan menjadikan jumlah kerusi sama dengan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata BN masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya keluar parti.

Beliau berkata, walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.

Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia.

Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008, walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris kini merupakan menteri pendidikan II dalam Kabinet Najib.

Tahun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku DUN tergantung disebabkan BN menang tipis. Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu.


ULASAN GB

Ahamd Said dah kena main. Sekiranya kita masih ingat di dalam krisis politik Perak, runtuhnya Pakatan Rakyat di Perak adalah melompatnya Datuk Nasarudin (ADUN Bota) ke dalam UMNO semula selepas sehari menyertai PKR.

Nampaknya skrip itu berulang di Terengganu.

Di Perak, yang lebih dasyatnya apabila dua Adun Perak dari PKR iaitu Adun Behrang dan Changkat Jering dilaporkan hilang dan gagal dihubungi. Desus desus ketika itu menyatakan yang mereka berada di rumah Najib di Pekan dan dikawal ketat oleh pasukan polis tentera. Alasan mereka ke Pekan - berubat dengan seorang bomoh di Pekan!

Kemudian ADUN DAP dari Jelapang turut melompat. Maka tumbang kerajaan PR ketika itu.

Tapi hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Satu hari "katak-katak yang melompat akan menerima nasibnya - mengikut nasib Si Raja Katak di pantai timur itu. Rakyat loya dan tak berahi dengan perangai mereka yang tidak berprinsip...





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


15 ulasan:

Waris berkata...

Belum sempat tunggu bank bukak dah u-turn? Mesti kes COD ni

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah...... kalau dah umno tu umno jugak. Rosli Daud buat U turn? Tak heran. Lepas ni giliran yg dua orang lagi. Tak kiralah siapa dulu. Yg pasti tunjuk kes kesalahan @ penyelwengan terus kecut perut, pegang stering buat U turn. Selamat. PR duduk diam2 tak rugi apa2 pun. Yg cacat di mata rakyat siapa? Tembelang pecah semakin busuk.

Tanpa Nama berkata...

RM..RM..RM...berat 66.

Tanpa Nama berkata...

Murah sangat harga orang politik Melayu ni. YB Hee dapat tidak kurang RM25 juta tapi YB Melayu, RM3 juta sudah banyak sangat.

Tanpa Nama berkata...

Kalau keluar Umno puok ni nok makan apa. Hutang masih banyak belum langsai. Kerja sekarang pun bukan susah benar, hanya tipu rakyat je.
Kalau dah keluar Umno nak dapat kontrak cuci longkang pun minta maaf jelah.
Itu pasal jangan jadi resmi ayam daging, tak pandai cari makan sendiri...............

Tanpa Nama berkata...

ADUN-ADUN yg dah lompat tu akan tanya Rosli Daud: Dapat berapa juta? Jawab Rosli Daud: .....Juta.Ah! Kami akan ikut sama,munkin boleh dapat lebih sebab Najib dan Mahyuddin sedang desperate.Inilah permainan politik pemimpin UMNO yg rakyat tak faham.Tuhan mereka adalah WANG.

Tanpa Nama berkata...

RASUAH atau BELI...para 47% tetap buta hati

Tanpa Nama berkata...

Jom ADUN UMNO pakat ramairamai keluar parti dan masuk semula selepas dapat tawaran yang menarik dari pimpinan tertinggi. Takkan nak tengok je kengkawan yang 2 3 orang dapat durian runtuh.

Tanpa Nama berkata...

rakyat boleh mengambil iktibar dan menilai perjuangan wakil rakyat yang kamu semua pilih. lebih kepada untuk memenuhi tembolok, perut, poket dan uncang sendiri, yang bodoh pengundi dan rakyat yang mengundi spesis pemimpin seumpama mereka......

Tanpa Nama berkata...

Wayang dah sampai kemuncak di Trengganu

Tanpa Nama berkata...

Duit dan harta panya pasal segala pendirian pun boleh berubah. Duit dan harta ini juga akan jadi saksi di hari akhirat kelak dan takkan akan ubah pendiriran.

pesara tentera berkata...

elok la dok dlm bebas.. sekurang kurangnya bebas dari rasuah yg membelungi hati dan perasaan

Tanpa Nama berkata...

KEPADA PUAK UMNO, SAYA NASEHATKAN JIKA DIRI MU ITU TAK SANGGUP MENGHARUNGI KESUSAHAN JANGANLAH CUBA NAK KELUAR DARI UMNO. SEKALI MELAFAZ KALIMAH KERAMAT INI, ANDA AKAN SENGSARA. KAMU BOLEH DIBELI UNTUK "U TURN", TETAPI JANGAN HARAP NAMA AKAN NAIK PADA PRU AKAN DATANG. OLEH ITU BERUNDINGLAH DENGAN BIJAK, AGAR PAMPASANNYA BERBALOI. CONTOH DI PERAK DAH ADA. NAAH... APA KATA SPRM..OK KA INI MACAM KALU.

Tanpa Nama berkata...

Mad Said and the Clowns bila teringatkan Altantuya terus U turn masuk balik DUmno

Tanpa Nama berkata...

Lompat si katak lompat. lompat lah tinggi, kalau aku tak dapat, baik aku cabut lari.

lompat si katak lompat, lompat lah tinggi. kalau aku sudah dapat, aku u-turn sekali lagi.