14 Mei 2014

Terbuktikan Sudah Dia Seorang Penipu & Pendusta Tegar!


Najib muka tak tahu malu, mustahil akan letak jawatan

SHAH ALAM, 13 MEI : Krisis kepimpinan yang berlaku di kalangan Umno Terengganu dilihat satu lagi kegagalan kepimpinan presiden parti itu yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Azan Ismail, berkata Najib harus mengikut jejak langkah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said untuk meletak jawatan.

Katanya, krisis yang berlaku menunjukkan betapa Najib lemah dalam pentadbirannya hingga memecah belah sebuah kerajaan negeri.

“Kalau di peringkat persekutuan, mungkin Najib ada ramai pembantu yang tolong dia mentadbir dan menguruskan pelbagai hal.

“Tetapi nampaknya tidak di peringkat negeri. Ini salah Najib kerana melakukan keputusan secara tergesa-gesa dan langsung tidak fikir kepentingan rakyat.

“Patutnya dia juga letak jawatan, ikut Ahmad Said,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau dihubungi bagi mengulas tindakan letak jawatan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said semalam diikuti upacara angkat sumpah jawatan itu oleh penggantinya, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Ahmad Said yang juga ADUN Kijal turut mengisytiharkan keluar Umno dan berkata keputusan itu dibuat ekoran tidak puas hati dengan masa pertukaran Menteri Besar yang dibuat beberapa hari sebelum perkahwinan anaknya, pada 17 Mei ini.

Mengulas lanjut, Azan bagaimanapun menjangkakan Najib tidak akan sesekali mengikut jejak Ahmad Said untuk meletak jawatannya, sebaliknya akan terus mempertahankan segala kedudukan yang ada.

“Kalau di Korea kapal karam, Perdana Menterinya letak jawatan hanya beberapa hari selepas insiden kerana rasa tanggungjawabnya kuat.

“Kita di Malaysia, kapal terbang hilang tetapi Perdana Menteri muka tebal tidak mahu lepas jawatan, apa lagi setakat di Terengganu. Tetapi apa hendak dihairankan, Altantuya mati juga dia boleh rilek,” katanya. -selangorkini

ULASAN GB


Printscreen yang dipamerkan adalah dari akhbar Berita Harian bertarikh 25 Apr 2014 12:54:13 GMT, namun telah dipadamkan oleh akhbar berkenaan. Namun bagi yang memahami IT, beritanya masih boleh diakses di SINI

Di dalam berita berkenaan dilaporkan:

Najib nafi khabar angin tukar beberapa menteri besar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak khabar angin yang disebarkan berhubung cadangan untuk menukar beberapa menteri besar.

"Siapa yang kata kita nak tukar MB?," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini, sebentar tadi.

kemudian apa berlaku selepas itu? betul-betul Ahmad Said ditukarkan.

tidakkah itu penipu dan pendusta tegar namanya? ... dan sedikit pesanan penaja......










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buat wayang nak tutup kes altantuya ,cincin ,ic,pkfz,kapal selam buat lah certa kapal terbang hilang,gugur peminpin janji orang tak certa tentang kes kes yang tersebut.ini lah wayang wayang yang menghancurkan negara

Tanpa Nama berkata...

Sungguh malang nasib Malaysia di tadbir oleh PM kangkung...bebal..bodoh...pembohong....penipu.......mcm2 lagi

Tanpa Nama berkata...

Mr. Najib lakonanmu tidak berkesan beb sebab kita yang berilmu boleh beza mana yang betul dan mana yang dusta. kecuali umat melayu mr. Bean yang memangpun bodoh, selagi lu bersama dengan diaorang selagi itulah anda akan jadi bodoh sampai ke kiamat kerana keadaan sekeliling akan menjadi akan lu jadi orang bodoh meskipun berilmu beb.

Jadi if lu tak berupaya nak membimbing diaorang ada baik jangan bersama diaorang kerana keadaan persekitaran akan menyebabkan lu jadi bodoh nanti biarpun ilmu banyak. Percayalah.

BaDiN berkata...

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,Bercakap Bohong Lama Lama Jadi Menteri.
Amat malang bagi mereka yg Berilmu dan cerdik pandai jadi Bodoh lagi Bangang bila bersama Umno Parti Sekular Melayu.Amat bertepatan sekali yg diucapkan oleh Mantan PM ke 4.Orang Bodoh sudi bersama umno,Yg Genius bersama PR.
Busuk Seekor Ikan Bermula Dari Kepala Maka akan merebaklah hingga ke ekor.

Tanpa Nama berkata...

Mana mungkin NAJIB PM tidak bermaruah ni nak Letak Jawatan selagi dia masih di beri kuasa oleh rakyat MALAYSIA YG BODOH dan Kuasa yg ada di tangannya.Caya lah KULIT MUKA NAJIB tebal ..tau tau je la macam sejenis DAGING YG DIHARAMKAN ugama sebab NAJIS bro.