22 Mei 2014

MCA Kata UMNO Barbarik, Memang UMNO Barbarik!


MCA tuduh Umno barbarik serbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

MCA menyertai musuh politiknya DAP apabila mengecam rakannya dalam Barisan Nasional (BN), Umno selepas ahli parti Melayu itu menyerbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam, dengan memberi amaran, tindakan barbarik (kasar dan kuno) itu akan menjauhkan lagi pengundi daripada parti pemerintah itu.

Dalam kenyataan keras empat paranya, Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng, berkata tindakan ahli Umno itu barbarik, menghina Dewan Udangan Negeri dan tidak menghormati prinsip yang bertamadun.

"Tindakan barbarik dan ganas oleh ahli Umno dan Pemuda Umno hanya akan membuat pengundi menolak BN, selaku ahli komponen parti, MCA dan Gerakan selalu terdedah kepada kerosakan nama baik apabila turut dikecam dan dikrtitik oleh pengundi.

"Bahkan, masih ada pemimpin Umno dan Pemuda Umno masih bertanya mengapa orang Cina tidak menyokong MCA.

"Jika pemimpin Umno masih mahu bertanya kenapa pengundi tidak menyokong BN, mereka harus perhatikan apa yang dibuat oleh ahlinya. Jika Umno mahu kepercayaan pengundi dan menyokong, mereka harus mendisiplinkan dahulu ahlinya," katanya.

BN hilang majoriti dalam dua kali pilihan raya berturut-turut dan yang paling teruk kalah adalah MCA dan Gerakan sedangkan sokongan kepada Umno terus meningkat daripada sokongan pengundi luar bandar.

Tan berkata, Malaysia adalah negara demokratik dan masyarakatnya bertamadun, menyebabkan serbuan ke dewan undangan negeri tidak patut dilakukan.

Katanya, jika ahli Umno tidak berpuas hati dengan kenyataan ahli dewan, masih banyak ruang demokratik dan bertamadun boleh dibuat berbanding dengan perbuatan menyerbu dewan negeri.

Dalam kejadian jam 2.15 petang semalam, kira-kira 60 berjaya memecah masuk pintu pagar automatik dan menyerbu masuk ke dewan undangan negeri di Lebuh Light.

Di dalam dewan mereka menjerit menuntut Adun Seri Delima, R S N Rayer, yang tidak ada dalam dewan pada sesi petang, untuk memohon maaf berikutan kenyataan "Umno celaka" yang dibuatnya sehari sebelum itu.

Dewan sedang berehat ketika mereka memasukinya dan mereka meninggalkan dewan itu kira-kira 10 minit kemudian dengan diiringi keluar oleh unit protokol.

Susulan kejadian itu, polis menahan 12 orang berumur antara 32 hingga 55 tahun. -TMI

ULASAN GB

Takkan MCA baru sedar UMNO itu "barbarik".

Jangan kata mereka bertindak samseng dengan parti politik yang bersaing dengan mereka, dengan pihak keselamatan termasuk polis pun mereka maki hamun.... tetapi yang biasanya kena tindakan ialah anggota PR....

Cuba lihat video ini...








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sila ambil perhatian Telok Intan.

Pada 27/5 hinggalah hari penamaan calon PM mengarahkan semua jabatan2 kerajaan dari gred 44,48,52, jusha C hingga keatas dikerah membuat janji palsu untuk memastikan BN menang. Sekiranya BN kalah, Pm khuatir parti umno akan dipinggirkan. Semua jabatan dikerah untuk memastikan BN menang. Telok intan adalah pertandingan maruah umno dan ia amat penting disebab pertandingan ini ditandingi oleh anak Melayu yg mewakili pembangkang. PM telah memberi taklimat walau apa cara pun BN mesti menang diteluk intan.

Dasyat dyana ni dlm diam PM sampai takut parti umno akan hilang populariti.

Dri info member2 JUSHA C.

Tanpa Nama berkata...

Penganut umno naik tocang kerana polis terlalu memberi muka. Mereka sudah merasa kebal undang2. Mereka tidak bimbang ditangkap polis kerana Menteri Polis orang umno.
Silap yg amat sangat dilakukan pihak atasan polis kerana terlampau mementingkan pangkat dan kedudukan. Mereka sudah tidak mempedulikan lagi sistem pembagian kuasa dlm pentadbiran negara iaitu; Badan Kehakiman, Badan Perundangan & Badan Eksekutif.
Ternyata kini, segala penugasan lebih kepada arahan penguasa politik.

Tanpa Nama berkata...

Padan muka polis...biar dia orang rasa kena maki!!!baru hampa tahu yg umno ni celaka dan haramjadah!!!

Tanpa Nama berkata...

Puak umngok memang suka bakar2 n ngamok mcm lembu bodo.suka sgt bila x aman.senang nak merompak...sbb tu mamat india tu ckp pepuak neh memang celaka..memang sgt celaka.suka nyusahkan org...

Tanpa Nama berkata...

Umno.tolonglah jangan memalukan melayu dengan kelakuan samseng ahli yg seolah direstui,
Masyarakat kian benci

Tanpa Nama berkata...

Umno celaka...hahaha.

Tanpa Nama berkata...

kes di DUN P Pinang,majoritinya mereka yang terlibat bukan melayu (mereka melayu celup), tapi spesis yang datang dari India dan keturunannya. orang melayu bukan umno merasa malu atas tindakan mereka ini, seolah2 bangsa melayu ini tidak bertamaddun (kecuali melayu umno puak ini memang tidak bertamaddun).

kerana umnolah negara ini mengamalkan undang-undang sarang labah-labah, mahkamah rimba, hakim beruk.

kes d Teluk Intan: inilah masanya untuk mempraktikkan slogan umno "hidup melayu" atau umno menjadi "anjing" Gerakan atau diperlembukan.

Anti Fitnah berkata...

Aku sokong ADUN India tu. UMNO ni memang celaka dan selalu membawa kecelakaan kepada rakyat jelata. Orang celaka mana mungkin bertamadun.
Pernahkah kita lihat pembangkang serbu dewan undangan negaru maupun parlimen secara membabi buta? Sejarah negara kita hanya melihat BN saja yang dok serbu DUN. Dulu di Perak, La ni di Pulau Pinang. Lepas ni di Selangor pulak kot. Lihat di sini pun kita memang tahu siapa yang celaka? HARAMJADAH. HARAMJADAH. HARAMJADAH sungguh2. Kata Tok Jib.

Tanpa Nama berkata...

Perangai Pemuda UMNO masa kini akan menjatuhkan UMNO-BN tak lama lagi. Akhirnya nanti masyarakat amnya akan marah dan menyampah tengok UMNO yg tak berdisipin dan bertindak seperti org di zaman batu.

Tanpa Nama berkata...

SEKARAANG MCA DAH KATA PEMUDA UMNO 'BABARIC' umno kan Melayu.....

Apa tunggu lagi pemuda umno, pekasa(m), gpms ( gabungan penyangak melayu semenanjung), Isma al asma JOM RAMAI RAMAI PEGI BAKAR BANGUNAN MCA mengikt GPS saya dekat jalan Ampang TUNGU APA LAGI..... pemimpin kamu akan kata itu ok..... Itu reaksi semula jadi, brahim katak kata DAP jual umno patut beli.... MCA jual murah dengan diskaun tak mau beli ke?

UMNO BAHLOL SAMDUL, TOLOL, MUNGOL, dll yang seaktu dengannya....