21 Mei 2014

[EDISI BINATANG] Panda: Pembaziran Najib & UMNO BN Terpampang Nyata


Ketibaan panda gergasi disambut kritikan rakyat

KUALA LUMPUR: Ketibaan dua panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia hari ini mengundang kritikan hebat di kalangan rakyat negara ini kerana ia disifatkan sebagai satu pembaziran.

Rata-rata rakyat negara ini meluahkan kritikan mereka di dalam media sosial seperti Facebook.

Malah ada di antara mereka menyifatkan kerajaan telah melakukan pembaziran di kala rakyat sedang terhimpit dengan pelbagai kenaikan kos hidup termasuk berhadapan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan.

Beberapa komen pengguna Facebook yang tidak berpuas hati dengan kos perbelanjaan yang dikeluarkan kerajaan semata-mata untuk dua ekor panda itu.

Airil Zack: Klu lah duit perblanjaan brjuta2 tu dibuat ntuk mmbina rumah2 kos rendah khas ntuk rakyat kan bagus. Bak kata pepatah; panda dihutan dirumahkan, rakyat dinegara sendiri mati merempat smpai 7 kturunan.

Alin Ajel: Smlm baru baca kisah satu keluarga 'manusia' terpaksa tido di bawah jambatan di kuala lumpur.

Faisal Salih: Kos buat rumah panda nie dh x masuk akal..watpe abiskn duit cmtu banyak? Baik bantu rakyat yg memerlukn..

Shahril Nizam: Apa dapat tgk panda?....dtg2 melawat dia tgh tdo...tiket ntah bape ke byr....membazir...baik bwk famili makan2...kenyang jugak..


Bukan itu sahaja, Tabung Alam Sedunia (WWF) Malaysia juga berpendapat keutamaan perlu diberikan memastikan survival haiwan itu di habitat liar.

Melainkan hasil perjanjian itu membawa pulangan positif kepada pemuliharaan panda dan hidupan liar, WWF melihat ia sebagai satu pembaziran kos.

"Ini kerana kos RM3 juta setahun untuk membiayai kedua panda itu dilihat lebih baik digunakan untuk program pemuliharaan haiwan lain khususnya haiwan terancam di malaysia seperti harimau, penyu, orang utan dan badak Sumatra," tegas WWF.


Pasangan panda itu dipinjamkan China kepada Malaysia atas dasar setiakawan bahkan ianya turut membabitkan kos kepada negara ini.

Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta setahun untuk tempoh 10 tahun bagi membela haiwan berkenaan.

Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.

Bagi menempatkan panda berkenaan kerajaan telah membelanjakan RM25 juta untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.

Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.

Sekiranya kedua panda membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun.

Kesediaan kerajaan China meminjamkan beruang panda itu disifat sebagai simbol keakraban hubungan kedua negara yang bakal meraikan ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik sejak 1974.

Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. -HD








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PANDA diutamakan. RAKYAT tanggung sendiri la nak hidup.

Tanpa Nama berkata...

Padan muka melayu umno!!!...puak2 munafik ini akan kata"tak pa asalkan melayu umno memerintah". Sekali lagi...Padan muka melayu umno!!

Tanpa Nama berkata...

Klu panda tu mati macamana? Sapa nak bayar?

Tanpa Nama berkata...

Kita bayar cukai ribu2 setahun, dia guna utk bela panda! Binawe betul

Tanpa Nama berkata...

Pau duit rakyat diutamakan. Panda dan rakyat merana lu pergi mampuslah. Kenapa i cakap ni? Ini bukan China silap hari Panda akan mati kerana faktor cuaca dan kebodohan orang UMNO bawa Panda ke tempat yang tidak sepatutnya. Lu susahkan kedua - duanya sekali.

Tanpa Nama berkata...

Drp ko bagi duit tu kat panda kan ker baik ko sedekahkan kat 'bersamamu'.

Kan ker baik kalu ko belikan cencen aje

Tanpa Nama berkata...

Elok laa tuhhh.
Satu tu nama dia JIB.satu la MAH
Kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Binatang dibelai, rakyat di tindas, TNB naik lagi, minyak akan menyusul, TAHNIAH PENGUNDI BN

Unknown berkata...

Dengan Nama Allah SWT
Kan elok duit yang di habiskan kat PANDA di beri kat artis artis Malaysia.Gajikan artis artis terkenal Malaysia ini dan buat konsert kat ZOO pasti pulangan kos bayaran akan meningkat. Melawat ZOO Malaysia akan terlaksana dengan kehadiran penonton konsert.

Tanpa Nama berkata...

Jadi panda tak kena GST..
tak kena bayar bil letrik..
dapat air con free..
makan minum cangkung free..siap ada tukang cuci..tukang suap..
buleh dapat duit 3 juta setahun duk dalam rumah 25juta..huhuhu..
Tahniah pengundi BN..
anda takut Cha perintah Malaysia..
tapi BN dah lama jadi hamba Cha..
Hamba bela panda..hohoho...

Tanpa Nama berkata...

Ingat panda ingat najid
Ingat najid ingat panda

Tanpa Nama berkata...

Perjanjian bodoh. Ini bermakna pemimpin Malaysia itu bodoh.

Unknown berkata...

Lepas ini berjuta-juta pelancong luar negara akan melawat Malaysia kerana nak tengok 2 ekor panda China. Kah kah kah.....! Dalam AlQuran dah sebut pembaziran adalah perangai syaitan, dan syaitan itu kufur. Adakah org2 UMNO/BN juga merupakan syaitan2 yg bangga kerana ada 2 ekor panda?

Anti Fitnah berkata...

Tepatlah kata-kata orang tua-tua dulu, "KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DI RUMAH KELAPARAN." Inilah contoh "cerdik pandai" Melayu dalam pengurusan dana awam.
Cuba bayangkan kos pembinaan rumah panda (RM25 juta) tu boleh membina berapa pintu rumah kos rendah?
Katakan, 1 buah rumah kos rendah = RM100,000.
Jadi, 25,000,000/100,000 = 250 buah untuk 250 keluarga. Kalau satu keluarga ada 4 ahli, boleh tampung 1,000 orang. Ini untuk 2 ekor panda sahaja.
Ini baru kos pembinaan, belum lagi masuk kos elektrik, pemakanan, kos sewa panda, .... Kalau tak silap kira, boleh bina 3 kali ganda rumah kos rendah RM100,000. Bayangkanlah kalau harga kos rumah rendah di dalam lingkungan RM60,000, berapa buah yang boleh didirikan???? Orang PR boleh jawab dengan tepat. Kalau orang BN (termasuk menteri), mesti silap sifir punya.
Hidup Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Apa kata gantikan panda tu dgn jib dan mah

Tanpa Nama berkata...

Panda duduk dalam aircornd...tetapi Rakyat bawa keluarga duduk bawah khemah dalam hutan dan bawah jambatan...inilah dia slogan 1Malaysia rakyat didahulukan malang sungguh nasib orang melayu Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

aduhhhhh gst kena, bil api kena, milo kena, skg nii panda pulak... aiii mati carik duit ajelah rakyat marhain nii nak membayo mcm2... najib ngan rosmah sekali tengok makin gebu .... 2x tengok dah mcm panda pulak...

Tanpa Nama berkata...

Tak payah bayar. Kita bikin satey bagi jibtuya makan.

Tanpa Nama berkata...

baru je tgk kat Awani.. ada sebuah keluarga yg x da tempat tinggal. terpaksa tinggal kat hutan dgn khemah.. Kuantan Pahang... lepas 10 tahun nak buat apa dgn kandang panda tu...

Don berkata...

Malaysia xde salji...tapi buat kajian hingga antartika ......malaysia xde panda...tapi bela sepasang panda ...katenya untuk kajian juga.....apakah kebodohan ini??

Tanpa Nama berkata...

Panda kan haiwan spesel..hanya di china..patut kita rakyat malaysia kene berbangga kerana dpt diberi peluang untuk membela panda ni..lepas ni aku cadangkan najib bela kangaroo plak..kangaroo pun spesel hanya di australia..pastu bele biawak komodo..biawak ni pun spesel gak..hanya ada di pulau komodo..kahkah..mahadir bapak pemodenan..najib bapak haiwan..kahkahh

Tanpa Nama berkata...

tanda manusia akhir zaman..

Tanpa Nama berkata...

Semenjak duamenjak ni kerajaan umno-bn yg diketuai najib & bosnya rosmah semakin menjadi2 dgn boros & pembazirannya. Dgn gst barang naik minyak naik semua naik rakyat marhain makin kering tapi najib rosmah & org umno makin sehat gebu2. Mh370 ape cite? Makin hilang. Hisham makin besar hidungnya. Rosmah dgn projek autisma, juta. Bawa menate panda ni lg, juta. Bawa wrestler WWE lg, siapa bayar, ingat free ke. Kami marhain nak mintak rumah pprt pon susah, dah bertahun mohon tak dpt2. Yg dpt semua org dia je, dpt rmh pprt tp astro ada, kereta 4wd pun ada. Ingat lepas ni nak tumpang duduk rumah panda lah...huhuhu :(

Tanpa Nama berkata...

bela panda dapat pulangan balik..bela manusia dapat apa..kah kah kah..dua dua bagi melingkupla.chittt

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah..