5 Apr 2014

Papagomo Meroyan, Kini Ada Pilihan Untuknya, Ke Penjara Atau Ke Hospital Bahagia

Perang Twitter Papagomo dan Latheefa Koya

PETALING JAYA: Blogger kontroversi Papagomo dan Ahli Majlis Tertinggi PKR Latheefa Koya kini ‘bercakaran’ di Twitter sejak awal petang ini.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang kini berdepan dengan tindakan undang-undang daripada Penasihat Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan ‘perang’ Twitter itu apabila mengkritik Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan.

“Cukup memalukan kita mempunyai wakil rakyat seperti @rafiziramli . Amat kasihan rakyat Pandan,” kata Papagomo yang menulis menggunakan tweet handle @Sir_Azri dalam satu tweet kepada pengarah strategi PKR itu.

Latheefa kemudiannya mengusik Papagomo dengan bertanya kepadanya kembali mengapa dia berkata demikian.

“knp? sbb awak kena kantoi! RT @Sir_Azri: Cukup memalukan kita mempunyai wakil rakyat seperti @rafiziramli . Amat kasihan rakyat Pandan.” tulis Latheefa pula yang menggunakan tweet handle @LatheefaKoya.

Papagomo kemudiannya bertanyakan kepada Latheefa adakah dia cuba menyembunyikan sesuatu dan mendakwa Latheefa telah menyekat akaun Twitternya.

“@LatheefaKoya block saya kerana apa? Takut dengan kebenaran? Usah berjuang jika takut nak berlawan dengan rakyat marhain,” dakwa Papagomo yang dibalas kembali oleh Latheefa dengan menulis “haha kamu ni penipu RT @Sir_Azri: block saya kerana apa? Takut dengan kebenaran? Usah berjuang jika takut nak berlawan dengan rakyat marhain.”

Papagomo kemudiannya dilihat ‘menyerang’ Latheefa dengan menyoal “Kamu @LatheefaKoya kenapa tak jadi wakil rakyat? Rekod kamu tak bersih ke?,” soalnya.

Ketika artikel ini ditulis, Latheefa masih belum membalas tweet tersebut.

Namun, Papagomo tidak berhenti di situ sahaja dan mengalihkan ‘serangannya’ kepada Anwar pula.

“Pihak pembangkang mahu saya masuk ke dalam penjara? Harap dapat duduk satu lokap dengan @anwaribrahim,” tulisnya, dipercayai merujuk kepada hukuman penjara lima tahun yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan kepada Anwar.

Terdahulu, Rafizi mendakwa Papagomo ataupun Wan Muhammad Azri telah berbohong dengan mahkamah apabila menafikan dia pernah menaiki kapal selam Scorpene.

Menurut Rafizi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein, dalam jawapan kepada soalan lisannya di parlimen mengesahkan Wan Muhammad Azri pernah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011.

“Jawapan Menteri Pertahanan kepada saya mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papagomo kerana umum mengetahui bahawa Papagomo berada di dalam kapal selam Scorpene,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rafizi, Papagomo telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah dan boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun.

Ekoran itu, Rafizi dan Naib Presiden PKR N Surendran akan membuat satu laporan polis terhadap Papagomo pada Selasa hadapan. -FMT

ULASAN GB

Papagomo meroyan, dah jadi seperti orang gila apabila dikantoikan oleh Menteri Pertahanan bahawa beliau adalah Wan Muhammad Azri yang berada di kapal selam Scorpene.

Ini menyebabkan Papagomo bakal menghadapi saman kerana berbohong di mahkamah apabila beliau pernah menafikan bahawa beliau pernah menaiki kapalselam Scorpene.

Kesalahan itu menyebabkan papagomo berhadapan hukuman penjara 7 tahun jika disabitkan kesalahan.

Itu sebab Papagomo menjadi semakin gila sekarang apa tah lagi sebelum ini Mahkamah Rayuan memerintahkan papagomo membayar RM300,000 kepada seorang ahli perniagaan. Di dalam satu kes berasingan pada bulan Februari lalu Mahkamah Tinggi memerintahkan beliau membayar RM850,000 kepada Datuk Seri Anwar.

Selepas kena saman, kena pula ancaman hukuman penjara dan kini meracau tak tentu hala menyerang Rafizi dan latheefa Koya.

Hanya ada satu jalan untuk Papagomo melepaskan diri hukuman penjara, iaitu mengisytiharkan dirinya "gila". "Orang gila" tidak terkena hukuman, tetapi Papagomo perlu dimasukkan ke Hospital Bahagia dan berdiam di sana...

Demikianlah ending Papagomo yang selama ini dipuji dan dipuja oleh pemimpin-pemimpin, macai-macai dan ahli-ahli UMNO terhadap kerja-kerja fitnahnya.

Dan itulah selayaknya hukuman yang diterima olehnya di dunia, di "akhirat", ada ceritanya namun itu urusan Allah s.w.t. jua.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tatakala Allah berfirman jika sesiapa yg bersyukur atas nikmat KU maka akan Ku tambah lagi nikmatnya, sebaliknya sesiapa yg kufur dgn nya sesungguhnya azab Ku amatlah pedih. Jadi dlm kes papagomo ni ada kaitan dgn firman Allah di atas.

zena arab berkata...

Di hati mereka adan penyakit, jadi Allah tambah lagi penyakit lain, bagi merka azab yg pedih atas perbuatan dusta mereka.

Tanpa Nama berkata...

Kebenaran mengatasi kebatilan.
Memang selayak-layaknya beliau berada
di dalam penjara, atau kalau tak ada
langsung lagi senang.

Amin Yarabbal Alamin.

Sykadeer.

Tanpa Nama berkata...

Ini spesis MELAYU BELAAN UMNGOK YG TAK TAK DE AGAMA.MEMFITNAH ORANG SELALU NYE KERJA YAHUDI LAKNATULLAH.MUNGKIN DIA NI DARI GOLONGAN YG TAK TAKUT HUKUM ALLAH SWT.

Tanpa Nama berkata...

sabda Nabi "aku hairan terhadap orang yang":

dia tahu akan mati, tetapi banyak gelak/ketawa, sikit atau tidak menangis.

dia tahu akan di hisab di mahshar tetapi tidak beramal soleh.

dia tahu orang yang ringan timbangan amalnya akan masuk neraka,tetapi suka berbuat dosa (fitnah) wallahualam.


I'm a muslim and ima not terrorist! berkata...

Semoga kisah si papanjara ni dijadikan teladan utk org suka mfitnah. Tak semestiny yg tlibat dalam politik aje, orang biasa mcm kita trutama org ppuan yg suka mgumpat, hati2 jgn tjebak dgn fitnah coz we all know slandering is worst of all sins..at least si papanjara ni kena juga hukuman di dunia, kita? Kalau tak kena hukum skang confirm blipat kali ganda la di alam sana..trduduk.

Sikumbang Jati berkata...

Nanti dlm penjara habis banduan di fitnahnya.

Tanpa Nama berkata...

Bagi si Jahanam ini penjara adalah tempat yang paling sesuai baginya.

Amin

Tanpa Nama berkata...

Ni jenis manusia hidup tkda org peduli. Mati org syukuri

Tanpa Nama berkata...

Kerna pulut santan binasa kerna mulut badan binasa...klu sy jadi papagomo dan mati akibat gila meroyan ni, sy akan tarik sekali org2 yg pernah mengupah sy utk buat kerja fitnah dan maki memaki, sy akan jadi hantu pocong menghantui bos2 sy tu...habis manis sepah dibuang, malangnya nasib sipapagomo...

Unknown berkata...

kalau anjing yg menyalakpun kita tahu itu memang anjing. makhluk papagomo ni kalau menyalak, tak nak mengaku aiapa dia. dia lebih hina dari anjing-anjing tepi jalan..

Tanpa Nama berkata...

Wellcome to the real palaces of sodomy.....

my dear papa.......

let get gomo.......

hurm........ gomo jgn x gomo azzri

berkicap la kau jap lagi....

u nie jambu mcm saiful x....

Tanpa Nama berkata...

Syukur Alhamdulillah, tersingkap jua mana yang benar n mana yg batil, lepas ni banduan mana pulak yg kena fitnah dgn si papakedana ni , ialah fitnah tu adalah darah daging dia, nasib le banduan2 yg sama tempat dengan si papakedana ni nanti.