20 Apr 2014

Apa, Papagomo Mahu Langkah Mayat Karpal Singh Dan Sokong Hudud?


Blogger kontroversi Papagomo telah turut serta dengan kumpulan pemimpin dan penyokong UMNO yang dungu dengan melontarkan komennya yang tidak sensitif terhadap kematian bekas Pengerusi DAP Karpal Singh, demikian theaintdaily.com melaporkan.

Beliau bukan sahaja menggunakan isu kematian Karpal untuk meneruskan agenda politiknya tetapi juga turut mengheret nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga PAS di dalam bawaan kempennya itu.

Papagomo, yang nama sebenarnya ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris, pada akaun Twitter telah mengutuk Karpal yang digelar "Harimau Jelutong" dengan posting berikut: “Karpal Singh mati kemalangan, takziah kepada keluarga Karpal Singh. Apa pun peguam utama kes Liwat Anwar Al Juburi yang menyimpan segala dokumen dan keterangan mangsa mangsa liwat Al Juburi sejak 1996 telah mati. Lega lah kau Nuar.”

Papagomo terus menuangkan minyak ke dalam api apabila beliau terus menyatakan bahawa kematian Karpal akan membuka jalan untuk PAS bagi melaksanakan undang-undang hudud dan ia tnetunya tanda kemenangan bagi parti Islam itu.

Beliau menulis di twitter lagi: “PAS kini sudah berlapang dada dengan kematian Karpal Singh. Tidak ada lagi alasan oleh PAS untuk mempercepatkan Hudud di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Kematian Karpal Singh satu kemenangan besar untuk parti PAS.”

Blogger tersebut yang menggunakan tweet @Papagomo telah mengkritik Anwar, "Karpal Singh sebelum dia mati dia buat pengakuan Anwar Ibrahim pengamal Homoseksual. Tulah jasa dia selama mana dia hidup.”

Dia tidak berhenti setakat itu apabila dia mentweet lagi : "Mintak pihak @PDRMsia siasat secara terperinci kenderaan yang dinaiki Karpal Singh. Siasat kerana tak mustahil Al Juburi terlibat!”

Beliau menambah lagi dengan menanya pemimpin-pemimpin PAS samada mereka telah melangkah mayat Karpal dan mencabar mereka untuk berbuat demikian, disamping menyoal apa mereka mereka takutkan.

Beliau juga menulis menyatakan di dalam tweetnya yang dia turut mahu melangkah mayat ahli parlimen Bukit Gelugor tersebut.

Kematian Karpal telah mendedahkan kemunculan mengejutkan beberapa makhluk yang kejam, tidak sensitif dan amat jahat. Terdapat ramai juga yang bersuara sumbang yang dilihat telah muncul di celah-celah ruang politik Malaysia.

Ia bermula dengan kenyataan bekas naib presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin yang menghantar mesej berikut di Twitter: " Dlm keadaan kemelut Krjn PAS Klntn mau mlaksanakn hudud dgn bantuan UMNO, Allah tlh mmatikn Karpal yg mnjadi pnentang utama prlaksanaannya!​"

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, yang mengakui bahawa kematian Karpal adalah kerugian yang besar kepada negara, namun dengan pantas menuduh Karpal sebagai seorang yang tidak menhormati Islam.

Ahli Parlimen Langkawi dari UMNO BN, Datuk Nawawi Ahmad, yang kini bos KTM, juga melemparkan penghinaan terhadap Karpal dengan menyiarkan gambar Karpal dengan mukanya yang cacat dan berlumuran darah ke atas satu keratan akhbar lama yang membawa tajuk "Langkah Mayat Kami Dulu" berhubung dengan pelaksanaan hudud.

Ini adalah orang-orang yang dikenali sebagai orang Islam yang tidak hanya telah memalukan agama Islam tetapi juga negara. Syukurlah, mereka ini hanyalah kelompok minoriti.

Terdapat juga ramai umat Islam yang lain yang telah bersuara yang menentang watak-watak tidak senonoh itu.

ULASAN GB

Papagomo mahu langkat mayat Karpal Singh? Kerana apa? Sebab Karpal kata langkah mayatnya kalau mahu laksanakan hudud? Oleh itu apakah papagomo mahu langkah mayat Karpal kerana mahu melaksanakan hudud? Bagus sangatlah macam tuh, sebab di dalam hudud ada bab hukuman terhadap pemfitnah tegar sepertinya. Ada qazaf. Hukumannya adalah sebatan 80 kali, tidak boleh menjadi saksi, sehinggalah dia bertaubat nasuha dan melakukan amal soleh.

Kalau sekadar suka-suka nak langkah mayat orang ... hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan, silap gaya kudung kedua kaki. Ada berani?


IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


15 ulasan:

dolaemon berkata...

I like ur post n comment.balasan tuhan bila2 masa dan di mana2.kalau hidup dah bertuhankan DUMNO mcm ni la jadinya.apapun nauzubillahi min zalik.semoga kita x termasuk dalam golongan yg tersesat.hanya hidayah Allah je yang boleh sedarkan org yg dah jauh menyimpang mcm papagomo ni.

Tanpa Nama berkata...

papagomo ni islam ker?

Tanpa Nama berkata...

Isteri dan anak pemandu lori ikut tumpang bersama suami dlm lori. Adakah mereka itu pekerja? Siasat dgn Socso, jika bukan ini bermakna pemandu telah melanggar permit lori yg selalu tertulis di badan kenderaan perdagangan. Pd masa yg sama lori itu tidak layak berada di lebuh raya kerana telah melanggar peraturan.

Unknown berkata...

Hidup matI ketentuan Allah , setiap bernyawa pastI mati . YANG 3 ORANG SAUDARA UMNO TAK INGAT MATI KE ?

Tanpa Nama berkata...

cakap je berani diorang nih... langkah la tengok. karpal pun dh mati, apa lagi langkah la mayat dia. tunjukkanlah yg korang berani, jgn ckp je lebeh.

Tanpa Nama berkata...

Karpal Singh hanya menentang hudud kerana tak faham, tapi pemimpin umno korup yang menghalang hudud dilaksanakan kerana takut tak boleh lagi menyamun harta rakyat........

Tanpa Nama berkata...

melayu mcm ni hanya byk cakap tin kosong papagomo tengok muka je kita dah tahu cakap tak serupa bikin..
memalukan melayu ...hanyu jenis melayu pulima kje suka tunjuk kebodohan yg dangkal golongan melayu mcmni byk terdapat dlm umnog...krutpiiiiii......
lagi cepat mereka2ni tak ada lagi aman malasia

Tanpa Nama berkata...

Jangan lah marah sangat papagomo tu sebab pelajaran dia pun setakat SPM sahaja. Tu pun nasib baik dapat jadi mata-mata trafik. Tapi kerana ketamakan dia dibuang kerja kerana minta rasuah dari penagih dadah. Berpeluang jadi bloger pro UMNO telah menyebabkan dia lupa siapa diri nya. Dia telah jadi bongkak dan megah dan merasa dirinya terlalu kebal. Dia lupa suatu masa nanti dia akan jatuh ke tanah juga.

Tanpa Nama berkata...

Jangan lah marah sangat papagomo tu sebab pelajaran dia pun setakat SPM sahaja. Tu pun nasib baik dapat jadi mata-mata trafik. Tapi kerana ketamakan dia dibuang kerja kerana minta rasuah dari penagih dadah. Berpeluang jadi bloger pro UMNO telah menyebabkan dia lupa siapa diri nya. Dia telah jadi bongkak dan megah dan merasa dirinya terlalu kebal. Dia lupa suatu masa nanti dia akan jatuh ke tanah juga.

Pak Wan berkata...

Jenis orang jahat. Apa juga tindakan mesti kearah yg negatif. Mcm dah sebati dlm jiwa. Mudah2an dia akan insaf dan sempat bertaubat.

Tanpa Nama berkata...

Kalau papagomo berani langkah mayat karpal, maknanya babi pun boleh terbang

Tanpa Nama berkata...

Dah jatuh pun. Skrg ni cuba bangkit semula. Dia masih tak perasan dirinya dijadikan hamba abdi pihak tertentu. Bikin malu org Pasir Putih.

Tanpa Nama berkata...

SPM bukan pengukur seseorg itu bijak atau tidak. Ada yg ada ilmu tinggi, dah di cop ulama , ulama dunia, dah jadi profesor, doktor, jurutera tapi tapi melanggar hukum Allah. Ada yg solat 5 waktu sehari semalam tapi menentang hukum Islam. Pagi Islam petang kafir. Siang Islam malam jadi kafir. Sepatutnya kita insaf bila ada kematian . Kita pun tidak tahu bagaimana kita mati. Alam kubur menanti kita. Astarghfirullah...

Tanpa Nama berkata...

Saya amat pelik melihat sebagian puak2 biru karat kiyang cap dacing bila berdepan dgn isu kematian Karpal Singh. Depa kena ingat jangan baru berura ura nak sokong hudud Kelantan yg entah ikhlas atau tak, lansung belasah org yang Badan (B) & Nyawa (N) >> BN dah bercerai.

Lu orang kena khuatir kot kot tergolong dalam kelompok org yg ngaku beriman, caya akhirat tetapi Allah dedahkan dalam surah Al Baqaroh ayat 8, 9 10.. sebagai golongan pengikut Abdullah Bin Ubai, yg biasa solat di belakang Nabi SAW tetapi MUNAFIK.

Org munafik Allah gambarkan dlm Al Quran masuk neraka lebih dulu daripada org kafir dan tinggal di dasar/kerak api neraka...na'uzubillah.

s.s.seelan berkata...

Please allow me to say a few words in English. I am a non-Muslim. I am a pre-1969 student. I grew up amongst the Malays and Chinese. But the difference in race or religion was not a wedge but a glue that kept us together be in school, during extra-curricular activities, religious and cultural celebrations etc. Of course, you must have heard of all these before. My understanding of the Malay was one of love and understanding and ever so charitable. My perception of Islam was one of compassion. I say these because my Muslim friends conducted themselves in a manner that enhanced the image of Islam in the eyes of the non-Muslims. But why do we have in our midst people like Papagomo ( a sacked Policemen? Where were his Islamic credentials then?), Zul Nordin, Nawawi who seem to spout venom in the name of religion? Death is all encompassing....we do not know when or how we are going to meet our Maker. So is it difficult to exercise a modicum of respect for the dead even if he is a non-Muslim. Are we not Humans first before chant our religion? I read somewhere that when Prophet Muhammad's (PBUH)uncle, a non-Muslim died, He did not jump up and rejoice the death of a Muslim but instead saw the passing of a human being. Is it that difficult for people like Papagoma to follow his example. Is it that difficult for prople like Papagomo and Zul Nordin to to conduct themselves in a manner that enhances the image of Islam in the eyes of the non-Muslims. Are we so consumed with religious fervour that we forget the very essence of our religious teachings and upbringing? I detest UMNO not because I love PKR but because of the hypocrisy of UMNO leaders. I am beginning to love PAS because their leaders live and lead a lifestyle that is a credit to Islam. The Tok Guru is a shining example who not only preaches by lives by the tenets of Islam. It is people like him who will bring Islam to grater heights not bigots like Papagomo,Zul Nordin, Ibrahim Ali and lately Nawawi and the guys at ISMA.
ssseelan.blogspot.com