20 Apr 2014

Hakim Tak Pertikai Saiful Jumpa Najib Dua Hari Sebelum ‘Kejadian’?

Peguam N Surendran mempersoalkan penghakiman Mahkamah Rayuan menyatakan ‘tiada apa yang mustahil’ tentang bukti berkaitan Saiful Bukhari, saksi utama kes Fitnah II.

“Bagaimana ketiga hakim ini mencapai kesimpulan sebegitu, apabila tidak dapat dipertikaikan lagi yang Saiful dipertemukan dengan musuh politik Anwar,” kata Surendran dipetik Keadilan Daily.

Saiful bertemu Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.

Saiful turut bertemu pegawai atasan polis SAC Rodwan, individu yang terlibat dalam kes Fitnah pertama.

“Bagaimanakah yang Saiful mendakwa diliwat beberapa kali ketika laporan perubatan Hospital Besar KL mendapati tiada bukti fizikal sedemikian.

“Mengapa Saiful tidak melepaskan diri, sedangkan dia mempunyai banyak peluang untuk berbuat demikian? soal Surendran.

Tambah walaupun pegawai penyiasat Jude Pereira telah membuka beg sampel P27, hakim mengatakan ini tidak bermakna Jude telah ‘mengusik eksibit’.

“Ini bertentangan dengan semua prinsip undang-undang yang berkaitan, rantaian bukti dan bertentangan dengan common sense (sesuatu diterima akal)

Tegas Surendran, perbicaraan ini tidak boleh dipercayai, bertujuan mensabitkan Anwar Ibrahim, mengenepikan fakta penting dan bertentangan dengan prinsip undang-undang. -selangorku



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau aku tak ikut kehendak orang atasan yg berkuasa, aku risau pencen bulanan dan ganjaran gratuiti aku nanti hilang begitu shj. Mahu tak mahu aku terpaksalah ikut kehendak orang atasan itu. Kalau pencen bulanan dan ganjaran gratuiti tak dapat, sapa pulak nak tanggung aku nanti? Contohnya terdapat beberapa orang terdahulu telah diperlakukan begitu. Itulah yg dikatakan ‘tiada apa yang mustahil’ boleh berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Ade tengok CSI dulu. Pegawai Siasatan ambil bukti dpd tempat bunuh. Dia seal bukti dlm plastik. Kemudian ondway ke HQ dia sinhgah rumah dia sekejap. Bila sampai ke ofis lambat bos dia tanya kenapa. Pegawai tu jawab singgah rumah jap. Kena marah sbb x bole buat mcm tu. Maka bukti x bole pakai walaupun seal x sentuh. Ambik kauu...
Kat Malaysia buka seal pun bole lagi admit sbgai bukti mahkamah.
X tau le kalu cerita CSI tu buat undang2 sendiri kat USA buat sedap cerita tapi logikanya keutuhan undang2 walaupun penguasa buat silap x ikut SOP bukti utk mahkamah dakwa defenden x boleh guna...
Malaysia... kirim salaam...

Tanpa Nama berkata...

Ada mungkin 3 Hakim Ni telah diliwat PM sebelum mengenali Anuar Dan mereka keliru memastikan ukuran panjang Dan lebar subjet kepunyaan siapa diantara yg menyuruh dengan di suruh

Tanpa Nama berkata...

Siapa nama doktor pertama yg periksa saiful dan bgtau tak ada kesan liwat? Saya teringat pernah baca keratan akhbar doktor tu kata dia takut pada Allah swt, tak nak terlibat dan dia mgaku tak ada kesan liwat. Tak lama lepas tu doktor tu bersara. Saya dah lupa akhbar mana satu tapi Allahuakbar memang ada statement doktor tu keluar paper masa kes liwat 1 rasanya akhbar tempatan negeri sy kot.

Jomfikir berkata...

Itulah jadinya bila perbicaraan menggunakan mahkamah yang tidak menggunakan undang-undang Islam dan tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an...

Allah SWT Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
”Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg menipu tunggulah azab Allah yg amat pedih kerana bnyak kesalahan dlm kes ini..
memfitnah
berbohong
menipu
menzalimi org lain
menjatuhkan maruah org
rumahtangga org berkecai
Kamu boleh menipu manusia.. tapi kamu tak boleh tipu Allah... tunggulah azab akhirat..

Tanpa Nama berkata...

Kita lemah hanya harap pertolongan allah sebagai orang yang dizalimi

Tanpa Nama berkata...

Cepat atau lambat balasan Allah itu pasti ada, tak skrg mgkn pd keturunan yg akan datang, percayalah. Tdk untung org yg menzalimi dan tiada rugi org yg dizalimi. Allah itu maha adil. Maha suci Allah.

Tanpa Nama berkata...

Tu lahhhh... Anwar pun kena tunjukkan yang dia sokong hudud,
jangan dok kana sana-kona sini sebab takut hilang undi bukan islam..
kalau jalan hudud, confirm terlepas dari penjara sebab tak cukup bukti buat atau tidak itu cerita lain minta ampun dengan tuhan yang maha pengampun
....mungkin ini pengajaran daripada Allah untuknya buat kali ke dua.....