20 Apr 2014

Negeri Lain Catu Air Juga, Kenapa Noh Omar Mahu Demo Hanya Di S'ngor?


Isu air: Kenapa tumpu Selangor sahaja?

SHAH ALAM - “Harap Umno Selangor juga boleh memikirkan usaha untuk menyelesaikan isu catuan air di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka juga,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mengugut mengadakan demonstrasi jika catuan air yang menjejaskan banyak pihak di Lembah Klang tidak ditarik balik.

Izzah berkata, agak menghairankan mengapa isu air di Selangor begitu menjadi tumpuan, padahal masalah air bukan sahaja terhad di Selangor.

“Mengenai isu air, agak menghairankan saya mengapa ianya menjadi masalah nasional, padahal isu air ini juga telah melibatkan negeri lain, bukan Selangor sahaja, tetapi nampak gayanya Selangor sahaja yang menjadi tumpuan,” katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Terdahulu, Noh memberikan masa kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat Selangor sehingga 4 Mei ini untuk menghentikan segera catuan air.

Katanya, jika tuntutan itu tidak dipenuhi, mereka akan mengadakan demonstrasi dan program jelajah bersama kumpulan NGO dan penduduk terjejas.

“Perkara itu bukan usaha Umno semata-mata, sebaliknya semua rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan bekalan air, kata Noh di Shah Alam semalam.

Pelan catuan bekalan air di selangor bermula pada 2 Mac lalu, antara kawasan yang terlibat ialah Gombak, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Ianya dibuat berdasarkan konsep bergilir-gilir iaitu dua hari mendapat air dan dua hari tiada air. -SH


Umno S'gor demo jika catuan air tak tamat

Umno Selangor mengancam mengadakan protes terhadap kerajaan negeri jika catuan air yang menjejaskan banyak pihak di Lembah Klang tidak ditarik balik.

Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (kiri) hari ini memberikan masa kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat itu sehingga 4 Mei ini untuk berbuat demikian.

Katanya, jika tuntutan itu tidak dipenuhi, mereka akan mengadakan demonstrasi dan program jelajah bersama kumpulan NGO dan penduduk terjejas.

Perkara itu bukan usaha Umno semata-mata, sebaliknya semua rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka untuk mendapatkan bekalan air, kata Noh.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Shah Alam hari ini
-mk






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Demo murahan puak 2 tu tak bersyukur pada Allah.air pemberian Allah.

Tanpa Nama berkata...

Tempat yg tidak pernah dicatu air:
1. Sek 8 bandar Baru bangi
2. Country height kajang (sg ramal)
3. Putrajaya (rumah pm/ timbalan pm)

Tanpa Nama berkata...

Hehehe teruskan demo tu wahai encik noh. Kita tengok laa nanti brp ekor macai yg turun. Silap2 haribulan, encik noh pun taknak demo.

Tanpa Nama berkata...

apa nk dhernkn dgn cdgn noh omar ni nk brdemo, inilh msa trbaik mgadkn demo brsma rkyt untk mcri kepntngn PRU akn dtg, manalh tau dgn strategi ini BN akn dpt menwn sml selngor dn noh yg kemaruk nk jdi MB slgor akn trcpai. tu je niat dia.

Tanpa Nama berkata...

Mr. Noh Udang yg memang pun otak udang, lu ingat air tu harta pakatan rakyatkah beb yg mana boleh ambil bila-bila? Mr. Noh air adalah harta Allah swt bukan PR dan kalau Allah swt tidak izinkan maka sampai 4 mei pun tiada air beb.

Air adalah harta Allah swt, maka kita kena mintalah dengan dia beb. Bukannya minta dengan PR.

Bagi PR lu kena cari idea mcm mana nak handle isu ni beb. Sebab lu sedang diuji ni beb oleh Allah swt. Kalau fail ujian maka lu pun tak jauh beza dgn UMNO. Fikirkanlah dan munasabah diri.

Tanpa Nama berkata...

Kitaorang kat Johor ni dah sebulan dicatu air..1 hari ada 1 hari tiada ada pon mulai jam 0900 pagi hingga 0900 malam sahaja.. Harga air di Johor juga adalah yang tertinggi di Malaysia..Barang2 lain jangan cerita lah..dari harga sewa rumah sehinggalah lampin pakai buang semuanya naik harga.. Tapi kitaorang totok BN dan tak kisah semua itu..

XUMNO berkata...

Disyorkan Noh and gang dia teruskan buat demo, tapi bukan terhadap Kerajaan Selangor sebaliknya kat pejabat Syabas kerana yang mengendalikan air di Selangor ialah syarikat kroni umno sendiri...mungkin juga Noh ada majoriti syer dalam Syabas tak. Ada Brani ke?

laila rahmat berkata...

Sek 8 bbb turut dicatu air....

Tanpa Nama berkata...

sebab2 noh udang nk berdemo tujuan utama untuk memburukkan kerajaan negeri pimpinan pakatan rakyat dan satu lagi sebab kolam udang air dah kering....nnt rugi plak noh udang..muka noh pun dah mcm udang kering je...tu la psl...kah kah kah..

Amuraria berkata...

lagi ceritera sa ekor katak ? ABU !

Tanpa Nama berkata...

muka noh ni gue tgk mcm rupa kartun lat kampong boy.. perangai pun dh mcm kartun, 24 jam pikir nk buat kelakar jek...

Tanpa Nama berkata...

Selangor diperintah oleh musuh kerajaan. Dengan apa cara sekalipun, Selangor mesti direbut kembali dari musuh.

Seorang pemimpin Melayu tertinggi negara yang sedang berkhidmat pernah berkata, di Malaysia tidak perlu menggunakan senjata untuk menewaskan orang Islam seperti di Iraq, cukup melalui peti undi ( politik).

Buktinya boleh dilihat di Terengganu, Kedah dan Perak

Tanpa Nama berkata...

Noh ini pemimpin 1/2 masak otak dia dah masuk air kolam udang dan dah dikatogerikan sebagai seorang pemimpin berotak udang. Jangan dilayan tapi kalau ada mana mana macai yg sewaktu dengan Noh ini tak boleh kata apa lah.

Tanpa Nama berkata...

KES MP TERANCAT 'AKAL....
Baik sikit dari mp lankawai Zawawi.....
Puak ini semua sama standard mat lan yang CGPA 3.8+ yang mungkin hasil cilok dan xerox

Rangga berkata...

Jom Noh.... jgn x demo!!
Aku pn nk turut berdemo dpan pjbat HQ syabas!!
Aku akn guling2 dpan opis syabas nti.... kau jgn risau k!! Pas tu pasti aku akn gulingkan UBN pd PRU ke 14 nti!!

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat pemimpin2 UMNO dan NGO pro UMNO Selangor semakin meroyan.

Tanpa Nama berkata...

Sebabnya kaum kerabat noh omar yg bertaburan dlm selangor tu dah tak tahan meroyan susah mandi junub. Negeri lain dia tak penting, yg penting puak kerabat org kampung dia tu kat selangor...diorang dah undi rejim mana buleh ayak takdak...

Tanpa Nama berkata...

Cuba pak noh saran kat atuk nenek pck mck anak buah semua klu takdak air payah mandi junub guling2 je kat atas jalan mandi debu.