9 Mac 2014

[TERKINI] Tumpahan Minyak Ditemui Di Lokasi Terakhir MH370, APMM Sahkan

Kesan tumpahan minyak yang dijumpai di kawasan 100 batu nautika dari pantai Tok Bali, Kota Baru, Kelantan yang disyaki milik pesawat MH370 yang dilaporkan hilang di perairan Laut China Selatan selepas bertolak kira-kira dua jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi Sabtu. - fotoBERNAMA

Kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan tumpahan minyak sekitar 20 batu nautika ke utara daripada lokasi terakhir pesawat MH370 Malaysia Airlines.

Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish, yang menyertai misi mencari pesawat berkenaan berkata pasukan mencari menemui "dua atau tiga" tompokan minyak dalam anggaran 16 kilometer berwarna kekuningan sekitar jam 11 pagi pada Ahad.

"Sebuah kapal dihantar ke lokasi tumpahan untuk mengambil sampel untuk diuji sama ada ia datang dari pesawat itu," kata Mohd Amdan kepada The Star.

Gambar berkemungkinan serpihan pesawat MH370 di laut sekitar kawasan lokasi pesawat berkenaan hilang turut tersebar di laman media sosial China.


Gambar berkenaan yang diambil oleh penumpang China menaiki pesawat lain yang selamat mendarat di Kuala Lumpur pada pagi ini menunjukkan serpihan yang terapung berada sekitar 90 minit daripada ibu negara Malaysia. – TMI


China dakwa jumpa serpihan pesawat, mungkin milik MH370


KUALA LUMPUR: Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.

"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.

Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan.
-astroawani





ULASAN GB

"Petunjuk" bahawa pesawat MAS MH370 mungkin terhempas ke dalam laut semakin jelas setelah diketemui tompokan minyak dan juga serpihan pesawat sekalipun pihak berkuasa Malaysia tidak atau lambat untuk mengesahkannya.

7 ulasan:

Unknown berkata...

Macam mana pelancong guna pasport palsu boleh lepas pmeriksaan imigresen? Better tutup la kaunter pemeriksaan tu! Kalau tak bayar ptptn, disenaraihitam cepat pula dia kesan wtf!!!!

Tanpa Nama berkata...

bulan sabit munculkan diri,mengingatkan bumi agar menegur insan yang meremehkan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau mayat Althantunya boleh diletupkan dengan C4, dan bukti ketibaan Althantunya di Malaysia boleh dipadamkan dari rekod Imigresen.

Boleh tak MH370 diletupkan demi menutup berita dan cerita Anwar Ibrahim dihukum penjara 5 tahun, supaya rakyat tidak tahu dan tidak bertindak.

Cuba fikirkan .. Ada tak kemungkinan ini ....

Tanpa Nama berkata...

apa nak heran dgn pasport palsu....
lama dah msia mengunakan taktik palsu umpama pengundi hantu....

mana pergi menteri kangkung msia nak letak muka dgn media antarabangsa....

ada kapal selam pun palsu....x boleh guna....

Tanpa Nama berkata...

Ya bila tbaca berita nie, tfikir saya ye ke......ka projek si kangkungka

ketua menteriku mati dibom kerana minyak berkata...

Anon12:21 sy sokong. Maaf andai myinggung perasaan pihak keluarga penumpang pesawat mh370. Dulu heboh pasal menteri trlibat dgn altantuya muncul kes seorang budak dibunuh dgn sadis. Kemudian sebelum pru13 muncul kes sultan sulu di lahad datu. Now anwar dipenjara sblum pr kajang muncul kes pesawat hilang. Bukan tidak pecaya pada qada dan qadar cuma timing blaku semua ni menimbulkan fitnah.

Unknown berkata...

salam buat semua..adakah anda percaya ni semua keja yahudi.. mengapa sy kata yahudi? kena tahu yg kerajaan kita di bawah iluminati.. sbb setahu sy iluminiti jenis yg akan sampaikan msg utk seuatu kejadian..cuma cepat atau lmbt..sampai dia org mengkaji al quran utk sampaikan kepada umat islam,sbb diaorg da buat plan perancangan sejak sekian lama sementara menunggu kemunculan penyelamat mereka iaitu dajjal
ko org pernah dgr lagu get in started pittbull&shakira? hayati liriknye.. apakah ini suatu msg utk kita.. mengapa susah sgt kerajaan kita susah nak umumkan perkara sebenar? mengapa china da tahu?mengapa vietnam da stopkan operasi mencari ini?ko org fikirlah sendiri.. jgn terkejut yg malaysia dibawah jajahan dajjal! amerika dan china mmg ada masalah.. dan negara kita menjadi kambing utk misi mereka.. disaat dsai dipenjara.. kita ditutup dgn mh370,.. mereka bijakkan? kita ditipu .. allahhuakbar.. marilah kita pupuk dan bimbing pd anak2 kita dgn kisah2 nabi ,tentang keburukan zionis, jgn taksub pd politik sebab bila diatas mereka pasti hanyut dlm dunia dajjal!!!!