Jessica Yee Wai Ching tersilap tarikh mengingatkan beliau terpaksa berada di lapangan terbang pada Sabtu malam, namun calon MBA di Universiti Tsinghua di Beijing itu ‘terlepas’ penerbangan MH370 ke Beijing.
"Saya tersilap tarikh kerana ia penerbangan tengah malam. Saya fikir saya perlu berada di lapangan terbang pada Sabtu malam. Ternyata saya perlu berada di lapangan terbang pada Jumaat malam. Empat jam sebelum pelepasan, saya terus mengemas barang-barang saya. Saya terus bergegas ke lapangan terbang pada saat akhir.
"Dalam perjalanan ke lapangan terbang, saya menghubungi MAS dan dapat tukar tarikh penerbangan saya. Jikalau tidak boleh, saya akan menaiki penerbangan MH370 itu,” kata Jessica. Beliau membaca tentang kehilangan pesawat itu pada Sabtu pagi dan terus menghubungi kakak saya.
“Saya terus menjerit dan menghubungi kakak saya. Saya kata kepada beliau bahawa saya sepatutunya menaiki pesawat itu. Namun tidak ramai yang tahu bahawa saya seharusnya menaiki pesawat itu. Mereka yang tahu terus menghubungi saya tanpa henti,” tambah beliau.
Walaupun bersyukur, namun beliau bersimpati dengan penumpang-penumpang yang lain.“Ia perasaan yang bercampur. Ramai berkata saya sepatutnya bersyukur namun saya bersimpati dengan ratusan penumpang yang lain kerana kalau tidak saya menjadi salah seorang penumpang.
“Saya diberi peluang kedua. Ini semua ditakdirkan,” akhiri beliau.Jessica akan bertolak ke Beijing pada Isnin pagi ~ Astro Awani
Kisah Mereka Yang Tak Sempat Naik Pesawat MH370 Yang Hilang
SEKURANG-KURANGNYA tiga penumpang dikesan ‘terlepas’ daripada situasi cemas seperti yang dilalui penumpang MH370 apabila mereka tidak sempat menaiki pesawat berkenaan.
Seorang ahli perniagaan yang membatalkan penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan Malaysia Airlines (MAS)terkejut dengan berita pesawat MAS dilapor hilang hari ini.
Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Woo berkata, mengikut perancangan awal, beliau sepatutnya menyertai dua rakannya menaiki pesawat itu untuk ke Beijing atas urusan perniagaan.
Bagaimanapun beliau terpaksa membatalkan hasratnya ke Beijing pada saat-saat akhir kerana dia perlu ke Singapura atas urusan yang lebih penting.
“Saya masih terkejut dengan berita ini. Tapi saya tidak pasti sama ada dua orang rakan saya itu ke Beijing atau Shanghai.
Jika mereka ke Shanghai saya yakin mereka selamat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Woo berkata, beliau masih menunggu perkembangan terkini mengenai nasib dua rakannya itu kerana mereka masih belum dapat dihubungi sehingga sekarang.
– mynewshub
ULASAN GB
Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.
Kadang-kala kita kecewa, apabila kita kita tertinggal bas, tertinggal teksi, tercicir penerbangan dan seumpamanya.
Kita marah-marah, kita membentak, kita menangis, kita jarang mengingatkan diri sendiri bahawa apa juga kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya dan setiap satu yang Tuhan lakukan (ciptakan) itu tidak ada yang sia-sia.
Firmanullah di dalam Surah Ali Imran ayat 191
“orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”.
Contohnya di dalam kejadian-kejadian di atas. Justeru itu di lain masa kita tidak akan lagi marah-marah atau kecewa jika kita tertinggal penerbangan. Malah kita bersyukur di dalam setiap keadaan kerana sentiasa ada hikmahNya yang kita tidak tahu mengapa kejadian itu menimpa kita. Kalau berkeras nak naik juga, mungkin kapalterbang itu yang membawa kita ke alam barzakh....
3 ulasan:
Itu sbb Allah suruh beriman dgn qado dan qadar.
Baik pun baik
Tak baik pun baik
Yakin dlm hati
Allah berlaku maha adil terhadap semua hamba2nya.
Saperti jessy, aku juga berharap k/terbang tu ditemui & semua selamat, jauhi dari sifat putus asa.
"Yaa Allah, ampuni kami permudahkanlah urusan pencarian kami & kuatkanlah semangat kaum keluarga mereka". Amin...Amin...Amin
Rukun Iman ... adakah kita orang Islam percaya kepada rukun iman ni?
Harapan ...satu ingatan untuk kita wahai bani Melayu. Yang berkuasa tu Allah swt. Hebat dan canggih macam mana teori dan alatan kita, Dia yang menentukan segala-galanya.
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.
Catat Ulasan