9 Mac 2014

FOTO TERBARU - Tompokan Minyak Ditemui & Misteri Paspot Curi -updated

Foto dari udara terhadap limpahan minyak yang diambil oleh Pesawat Udara Vietnam ketika usaha mencari pesawat MAS yang dilaporkan hilang, 250km dari Vietnam dan 190km dari Malaysia. FOTO:REUTERS,

Dua tompok tumpahan minyak yang dipercayai datang daripada enjin pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang awal pagi Sabtu ditemui dalam operasi mencari yang dilakukan pihak berkuasa Vietnam, lapor sebuah akhbar negara itu.

Akhbar Tuoi Tre itu juga melaporkan tompokan minyak masing-masing sepanjang 20 kilometer pada jarak 500 meter antara satu sama lain itu ditemui juruterbang pesawat tentera Vietnam yang menyertai misi pencarian tersebut.

Tompokan minyak itu dilaporkan ditemui 140 kilometer ke selatan Pulau Tho Chu di pesisir selatan Vietnam.

Selain tompokan minyak, pasukan pencari Vietnam juga mengesan kepulan asap di permukaan laut berhampiran tempat tompokan minyak ditemui di koordinat 7.25 utara, 103.2320 timur.

Sebelum itu akhbar yang sama melaporkan pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing itu terhempas di Laut China Selatan dalam kawasan perairan Malaysia.

Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik berkata pesawat itu dipercayai terhempas kira-kira 300 kilometer dari Pulau Tho Chu. Pulau itu terletak 102 ke barat daya resort peranginan Phu Quoc dekat kawasan perairan sempadan Malaysia dan Vietnam.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.

Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.

Dalam pada itu, Vietnam juga menyatakan kesediaan untuk menggerakkan misi mencari dan menyelamat sekiranya ada permintaan daripada kerajaan Malaysia.

"Oleh kerana pesawat itu hilang dalam kawasan perairan Malaysia, Vietnam tidak boleh menghantar pasukan penyelamatnya tanpa permintaan rasmi daripada Malaysia," kata Mejar Jeneral Pham Hoai Giang, pengarah Jabatan Mencari dan Menyelamat di Kementerian Pertahanan Vietnam dipetik oleh Tuoi Tre. -astroawani

TERKINI

Tumpahan minyak: Belum ada jawapan dari Vietnam

Kerajaan Malaysia telah menghubungi Vietnam untuk pengesahan bahawa tumpahan minyak, mungkin berkaitan dengan kehilangan penerbangan MH370 Malaysia Airlines, dikesan di Laut China Selatan.

"Pihak berkuasa Vietnam tidak memaklumkan kepada kita mengenai penemuan itu. Kami membacanya dalam berita. Kami bertanya tetapi kami belum menerima lagi jawapannya," kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Ini ekoran laporan berita bahawa dua tumpahan minyak telah dikesan oleh pihak berkuasa Vietnam di kawasan hujung paling selatan Vietnam.

Tidak ada sebarang petunjuk bahawa tumpahan minyak itu berkaitan dengan kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines tetapi menurut laporan, minyak tersebut konsisten dengan bahan api yang digunakan oleh Boeing 777-200 .

Reuter Newswire memetik Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam Phan Quy Tieu sebagai berkata ia mengesan tumpahan minyak dan lajur asap kira-kira 250 kilometer ke barat pulau Tho Chu di selatan Vietnam.

Tambahnya Vietnam telah menghantar bot maritim dan ketenteraan ke kawasan itu untuk menjelaskan apa yang dilihat. Ia akan mengambil masa tiga hingga empat jam untuk sampai ke kawasan dari pantai.

Azharuddin berkata DCA juga tidak mengetahui tentang sebarang panggilan kecemasan diterima oleh tentera AS, seperti satu laporan berita.

"Kami tidak mendengar apa-apa," katanya sambil menambah bahawa tentera AS setuju untuk membantu.

Sementara itu , Pegawai Operasi dan Latihan Tentera Udara Diraja Malaysia Affendi Buang berkata usaha mencari dan menyelamat akan terus sepanjang malam.

"Kami menggunakan pesawat dengan kemampuan carian malam. Bukan mudah tetapi ia tidak mustahil menggunakan sistem malam yang betul.

"Komitmen kami adalah supaya usaha mencari sepanjang masa sehingga keputusan dibuat," katanya.

Usaha mencari itu juga diperluaskan dari pantai timur Semenanjung Malaysia, di mana pesawat itu terakhir dikesan pada radar pada jam 1.30 pagi ini, hingga ke pantai barat.

Ini bermakna pihak berkuasa merancang untuk melancar usaha mencari di Laut China Selatan, Selat Pulau Pinang dan Selat Melaka. -mk


Oil spills found near site of crashed Malaysia Airlines plane

Deputy Minister of Transport Pham Quy Tieu (2nd, R) is directing the search for the crashed Malaysian plane

During the search for the Malaysia Airlines MH370 plane that crashed off Vietnam’s Tho Chu Islands this morning (local time), a Vietnamese plane has discovered two alleged oil spills near the site of crash.

At 4:26 pm Saturday (Vietnam time), an AN 26 plane found an alleged oil spill at 7.55 degrees latitude north and 103.18 degrees longitude east.

An hour later, the plane discovered another alleged oil spill about 150 km from Tho Chu Island.

The plane later left the area as it was getting dark, causing difficulties to the search.

Meanwhile, three Vietnamese vessels, including a naval ship, a coast guard boat and a rescue boat, were sailing to the site of crash.

Deputy Minister of Transport Pham Quy Tieu has been directing the search for the Malaysian plane.

So far, the search and rescue agencies of both Singapore and Malaysia said they have found no signs of the crashed plane.

The Vietnamese authorities have informed both Singapore and Malaysia about the alleged oil spills for verification.

The flight MH370 disappeared at 1:40 am local time (1840 GMT Friday), about two hours after it left Kuala Lumpur International Airport.

The plane was carrying 239 people from 14 countries from Kuala Lumpur to Beijing, China when it crashed.

There is no reports of casualties so far.

Lai Xuan Thanh, head of the Civil Aviation Administration of Vietnam, said that it is an abnormal phenomenon that the Malaysian plane had not automatically sent its signals to satellites.
-Tuoi Tre



Pasport curi tambah lagi misteri kehilangan MH370

Pihak berkuasa sedang menyiasat kemungkinan wujud unsur jenayah berikutan laporan bahawa seorang warga Itali yang disenaraikan dalam penerbangan MH370 tidak pernah menaiki pesawat tersebut.

Menurut laporan agensi berita asing, penumpang Luigi Maraldi, 37, disenaraikan dalam senarai penumpang penerbangan yang dikeluarkan oleh Malaysia Airlines sebelumnya, tetapi akhbar Itali Corriere Della Serra melaporkan dia tidak berada dalam pesawat itu.

Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya di Thailand Ogos lepas.

"Mereka (pihak berkuasa Malaysia) mempunyainya (maklumat) tetapi ia masih dalam (semakan),"
kata Timbalan Menteri Pengangkutan Aziz Kaprawi kepada pemberita lewat petang ini di sebuah hotel di KLIA.

Menurut Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman Penerbangan, pihak berkuasa telah meneliti semua rakaman CCTV penumpang serta bagasi.

"Setakat ini kita puas hati," katanya, sambil menambah maklumat lanjut tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan.
-mk




****************************************

Kehilangan MH370: 'Pasport curi' mungkin digunakan - The Guardian

KUALA LUMPUR: Laman web akhbar The Guardian melaporkan bahawa dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 , tidak menaiki kapal terbang tersebut. Justeru menimbulkan kemungkinan bahawa pasport palsu telah digunakan.

Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.

Menurut wartawan The Guardian Kate Hodal, kedutaan Itali di Bangkok mengesahkan kedudukan Maraldi di Phuket.

Kedutaan Itali dilaporkan sedang memeriksa kemungkinan 'individu berbeza tetapi mempunyai nama dan tarikh lahir sama’ menaiki pesawat MH370.

Pasport Maraldi dilaporkan telah dicuri tahun lepas.

Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand.

Kementerian Luar Austria dalam kenyataan kepada media pada hari Sabtu juga mengesahkan lelaki tersebut (nama tidak didedahkan) kini berada di Austria.


Hanya ada seorang warganegara Austria dalam senarai penumpang bernama Christian Kozel.
-astroawani



Punca kemalangan Insiden Pesawat MH370 didedahkan penyiasat terkenal!

Misteri kehilangan kapal terbang MH370 semakin memeningkan para penyiasat dan pakar bidang penerbangan apabila tiada sebarang tanda kecemasan dilaporkan oleh pesawat tersebut.

Menurut Richard Quest, penerbangan tersebut seharusnya selamat dan tidak sepatutnya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Menurut Quest, sesuatu telah berlaku ketika pembetulan kecil dilakukan juruterbang.

"Dalam titik tertentu penerbangan, ini merupakan bahagian yang paling selamat (ketika selesai fasa take-off), tiada apa yang sepatutnya berlaku kepada pesawat itu. Pesawat berada pada ketinggian yang dikawal auto-pilot. Juruterbang membuat pembetulan kecil dan melakukan perubahan pada ketinggian apabila pesawat menggunakan lebih bahan api. Maka, pesawat akan pergi lebih tinggi dan lebih tinggi - Sesuatu yang sangat serius telah terjadi dalam penerbangan tersebut ketika fasa itu berlaku."

"Pesawat itu tidak dikategorikan lama, Malaysia mempunyai 15 buah Boeing 777-200s. Dan pesawat ini dikendalikan oleh operator(MAS) yang sangat berpengalaman. Mempunyai reputasi yang baik dan rekod keselamatan yang sangat bagus" Tambah Quest lagi.

Bekas Penyiasat di National Transportation Safety Board (NTSB), Amerika Syarikat, Greg Feith mengatakan seharusnya juruterbang boleh melaporkan sebarang kejadian walaupun punca kuasa pesawat tersebut gagal berfungsi.

Pesawat dengan pensijilan perlu mempunyai Bateri Back-up, ia sepatutnya membolehkan juruterbang menggunakan peralatan penerbangan tertentu dan alat komunikasi sehingga mampu menyempurnakan penerbangan itu dengan selamat.

"Anda boleh hilang seluruh penjana, anda boleh kehilangan kuasa pada kedua-dua enjin, tetapi Bateri Back-up masih boleh digunakan dalam satu-satu situasi, terutama dalam kecemasan"

Feith juga tidak menolak kemungkinan punca kemalangan yang mungkin berlaku itu disebabkan tekanan rendah dalam kabin pesawat.

"Jika anda mempunyai masalah tekanan udara altitud tinggi, penyahmampatan, masa kesedaran yang berguna (masa juruterbang boleh beroperasi dengan bekalan oksigen yang mencukupi) pada lingkungan 30,000-40,000 kaki hanyalah beberapa saat."

Ketika ditanya sama ada kemungkinan pesawat itu boleh melakukan pendaratan kecemasan, Quest berkata tidak mungkin. (Kredit CNN)
-TTO

TERKINI

Dua lagi penumpang Eropah dengan identiti meragukan dalam pesawat MH370

Pihak berkuasa masih belum mengesahkan identiti dua orang lagi penumpang Eropah dalam penerbangan MH370 dan menambah dua lagi individu yang menggunakan pasport curi bagi mengikuti penerbangan dengan Malaysia Airlines (MAS) yang hilang di sempadan maritim Malaysia-Vietnam sejak pagi Sabtu.

The Malaysian Insider difahamkan keempat-empat individu berkenaan membeli tiket penerbangan dari China Southern Airlines, rakan kongsi kod MAS bagi laluan Kuala Lumpur- Beijing.

"Pemeriksaan latar belakang dengan kedutaan sedang dilakukan tetapi kedua-duanya masih belum disahkan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider, sambil menambah mereka dari negara sama.

Wartawan The Daily Telegraph di Beijing, Malcolm Moore menulis di dalam laman mikro Twitter bahawa syarikat penerbangan China menjual tiket kepada penerbangan yang membawa 239 orang penumpang termasuk 12 krew apabila ia hilang.

Lebih separuh daripada penumpang atau lebih tepat lagi, 153 adalah warganegara China. Terdapat 13 warganegara lain dalam pesawat Boeing 777-200, termasuk 38 orang rakyat Malaysia.

Pihak berkuasa Malaysia memandang ringan individu yang didapati menaiki pesawat dengan pasport curi, dengan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata malam tadi, mereka tidak boleh mendedahkan terlalu banyak maklumat berhubung soal keselamatan.

"Kami melihat rakaman video televisyen litar tertutup berkaitan penumpang dan bagasi mereka."

"Setakat ini, kami berpuas hati dengan segala-galanya," kata Aziz sambil, menambah pihak berkuasa tidak menolak sebarang kemungkinan pada masa ini.

Ketua Pegawai eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya maklum terhadap spekulasi ke atas identiti suspek.

"Ini adalah laporan yang kita perlu buat. Setakat apa yang kita maklum, ia hanya satu laporan.

"Kami sedang berusaha dengan kedutaan asing untuk memastikan kita boleh mengesahkan laporan itu.

"Spekulasi bermula sejak pagi ini dan setiap spekulasi itu berjaya dipatahkan," kata beliau yang dipetik daripada portal Malaysiakini.

Pesawat Boeing 777-200 milik MAS berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan dijangka mendarat di Beijing pada jam 6:30 pagi iaitu perjalanan sejauh 3,700 km tetapi ia tidak tiba.

Pada masa kehilangan, pesawat berkenaan membawa kira-kira bekalan bahan api bagi perjalanan selama 7.5 jam, menurut kenyataan rasmi MAS.

MAS dianggap sebagai salah satu syarikat penerbangan paling selamat di dunia, dipandu juruterbang berpengalaman.

Berusia 53 tahun, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai 18,365 jumlah jam penerbangan dan menyertai MAS pada 1981.

Pembantu juruterbang, Fariq Ab.Hamid , 27, pula mempunyai jumlah penerbangan sebanyak 2,763 jam dan menyertai MAS pada 2007.

Pesawat berusia 11 tahun, B777 -200 ini adalah salah satu daripada 15 pesawat yang dimiliki MAS.

CNN melaporkan jika pesawat ini terhempas, ia akan menjadi satu tragedi dahsyat sejak November 2001 apabila kapal terbang milik syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Airbus A300 terhempas di Belle Harbor, Queens, tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang JFK. Ia mengorbankan 265 orang termasuk lima penduduk di daratan. – TMI








IKLAN BERBAYAR

PELUANG MUDAH UNTUK MEMPEROLEHI SUMBER KEWANGAN
TIADA PENIPUAN

Jana income RM900.00 sehari

Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tk dpt hasil.. apa kata sambil2 tu kita buat income nk? Saya nak kongsi 1 program yang boleh buat income sampingan. Pendaftarannya RM100 tetapi AMAT BERBALOI. Tiada tipu muslihat Perniagaan ini terbukti telah membantu ramai orang untuk melepaskan diri dari pelbagai macam masalah kewangan.

Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas register anda terus dapat email dari admin yang akan memberikan anda TUGASAN KECIL untuk mendapat pendapatan tambahan anda bermula dengan MINGGU PERTAMA anda mendaftar.. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri macam link saya ini. Apa lg, anda copy link anda sendiri dan copy ayat2 sy ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Daftar dan anda jadi affiliate.. Duit masuk ke akaun anda setiap hari. Mudahkan?

KLIK SINI

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

malysia terlupa untuk menghantar satu asset penting nie.....
mr.Shafee Abdullah....
boleh diguna untuk mendakwa sesiapa yg cuai dlm kehilangan mh370....
hero malaya nie...apasal bole lupa bawa


madey...madey...madey al-kuty

penawar rindu berkata...

Ya Allah ya tuhan ku.......berikan lh petunjuk dan sesungguhnya kau maha mengetahui....

Tanpa Nama berkata...

Spr kena semak nama mangsa tu btul2 takut ade pngundi kajang...kan ade balik kampong utk mengundi....pngundi hantu weh....

Tanpa Nama berkata...

Allah sudah bagi amaran kpd kita sebelum ini, tapi buat tak faham dan mengulangi lagi, lihatlah musibah seterusnya akan berlaku jika kita masih tidak mengindahnya.

Tanpa Nama berkata...

Knp ada dlm isu bencana dan seumpama mcm ni masih ada anon2 yg tidak matang memberi komen bkaitan politik malaysia. Mulut yg busuk tu lebih baik diam. Adakah anda org islam? Kita pun tidak tau adakah itu bala atau ujian. Komen2 biar la kena pd tmpt dan dgn fakta.

al jefri berkata...

Dari sudut agama berkenaan dengan terjedi tersebut.

- yakin mahkamah rayuan tidak membuat keputusan dengan adil.
- orang-orang umno ingin sangat melihat adakah benar kekuasaan allah itu ada atau tidak ada dan mereka tanpa rasa takut bersumpah demi melindungi penipuan mereka.
- DSAI adalah orang yang teranaya dan doa orang yang teranaya pansti di makbulkan oleh allah
- saya yakin tejedi MH370 itu adalh bala yang pertama dan akan ada lagi bala yang lebih hebat selepas ini.

Tanpa Nama berkata...

Dgn"power yakin' yg kau miliki, bg tau aku kat mana dan ape sebenar yg terjadi kat pesawat tu boleh tak?

Tanpa Nama berkata...

Kalau hakim berkuasa menjatuhkan hukuman maka Allah lebih berkuasa daripada segala hakim di Malaysia. Bala pemimpin yg zalim akan sama dirasai oleh rakyatnya sendiri. Bersedialah menghadapinys

Tanpa Nama berkata...

Ada beberapa kemungkinan:
- tangki minyak meletup
- dibom pengganas (2 passport palsu)
- kerosakan telekomunikasi

Tanpa Nama berkata...

makhluk Allah yang berucap anon2 itu. Ketahui lah engkau wahai makhluk tuhan bahawa zahir kejatahan makin terserlah. Tidak ada yang mustahil apa yang berlaku adalah bala tuhan. Sperti Indonesia. Di uji bertalu talu. Tidak dinafikan ini semua Ujian tuhan tetapi kamu tidak boleh mengelak dengan situasi yang berlaku sekarang dengan politik negara. ingat peristiwa Kaum 'Ad yang disiksa oleh Allah S.W.T

Tanpa Nama berkata...

al jefri said... - DSAI adalah orang yang teranaya dan doa orang yang teranaya pansti di makbulkan oleh allah ??? DSAI ke yang sebabkan MH370 tu jatuh?

Tak ada sesiapa ke nak anjur solat hajat tolak bala? Tak berminat sebab tak ada kaitan dgn politik?

'Bala pemimpin yg zalim akan sama dirasai oleh rakyatnya sendiri.' Pemimpin seperti Anuwar? Dirasai oleh pengikutnya sendiri? Memang terseksa pun kalau ikut pemimpin zalim. Sakit hati tak habis-habis. Apa orang lain buat semua tak kena, tak betul.

Itulah kalau masih tak dapat terima hakikat. Masa hakim lepaskan Anuwar, tak mengaku pulak hakim tu bawah telunjuk dia. Tapi dah terhukum begini, semua salah Najib, UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Hilang dah hilang siapa yg lambat bagi tau dan buat tindakkan susulan ni nampaknya vietnam yg lebih lebih mencari

Tanpa Nama berkata...

Mungkin ada bom c4 yg tertinggal dlm pesawat tu

Tanpa Nama berkata...

Setuju 100%...ini lah kebenaran yg patut di.....renungkan

zena arab berkata...

Aku sokong comment al jefri, setiap musibah ada hikmatnya, cuba renung baik2(muhasabah diri), kamudian kembali kpd DIA.

raja tapah berkata...

NAK TANYA KERAJAAN UMNO...NAPER TAK GUNAKAN KAPAL SELAM YG BELI BERJUTA2 RINGGIT TU...NI LAH MASANYA DIGUNAKAN UTK MENCARI DAN MENYELAMAT SERTA MENGESAN MH370....EERRR..KAPAL SELAM TU BOLEH MENYELAM KE??????

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan lambat bertindak kerana pemimpin BN sedang meraikan kemenangan saiful?

Tanpa Nama berkata...

Bala dr ALLAH blh dtg dlm bermacam2 cara...

Tanpa Nama berkata...

JGN KAITKAN TRAJEDI INI DGN POLITIK. RAKYAT MAYALSIA TIDAK AKAN HILANG FOKUS PRK KAJANG DGN SEBAB TRAJEDI INI. DSAI TETAP MENJADI FOKUS DAN KISAH MAHKAMAH AKAN TERUS DISEBAR UTK PENILAIAN RAKYAT.

KITA SIMPATI TRAJEDI INI. KITA JG SIMPATI DGN KELUARGA DSAI YANG DIZALIMI.

SEPERTI TRAJEDI WTC. IA TIADA KENA MENGENA DGN POLITIK. IA ADALAH TRAJEDI YG MENCETUS SERANGAN US KE IRAQ. IA BUKAN PERANCANGAN POLITIK, IA ADALAH ISU PERTANIAN.

SEMUGA ALLAH PELIHARA KITA SEMUA DPD APA JUGA BENTUK BALA BENCANA KERANA BERMAHARAJALELANYA FITNAH YG DILINDUNGI.