3 Feb 2014

Kali Ini Betul-betul Lembu Berarak Di Pulau Pinang


Tanjung Tokong - Hampir lima minit beberapa pemandu di hadapan Kompleks Island Plaza kelam kabut seketika.

Bukannya disebabkan kemalangan ataupun kerja penyelenggaraan jalan, rupa-rupanya ia disebabkan lembu berkeliaran di tengah jalan raya.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 12 tengah malam itu bukanlah kali pertama berlaku.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Tokong, Mohd Asrul Ismail berkata, lembu-lembu berkenaan dipercayai diternak beberapa individu di Bagan Jermal.

Menurutnya, dia sendiri hairan bagaimana lembu berkenaan boleh berkeliaran di tengah-tengah kesibukan jalan raya di Tanjung Tokong tanpa pemiliknya.

“Saya sendiri dengan anak-anak terkejut pada dua hari lalu bila tengok lembu ini beratur panjang di jalan raya.

“Pada masa itu memang kereta yang sedang buat pusingan U dan melalui lampu isyarat terpaksa mengelakkan kawanan lembu ini untuk memberikan laluan, agak kelam kabut jugalah,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan seorang penunggang motosikal hampir kemalangan gara-gara terkejut lembu berada di tengah jalan raya.

Kebiasaannya kenderaan menghala ke Persiaran Gurney dari arah Tanjung Tokong agak laju kerana jalan raya yang lengang.

Namun, dia terpaksa brek mengejut kerana kira-kira 20 lembu tanpa pemilik memenuhi jalan.

Kehadiran sekumpulan lembu berkenaan juga menjadi tanda tanya kepada pengunjung kedai nasi kandar berhampiran.

Sabaruddin Ali sebelum ini langsung tidak pernah ternampak lembu yang begitu banyak di situ.

“Jika hendak diikutkan memang susahlah hendak nampak lembu tengah bandar ini, memang agak berbahaya kerana lembu itu tidak dikawal oleh pemiliknya.

“Terasa agak lucu tetapi sebenarnya ia membahayakan pengguna jalan raya, bayangkan jika lembu ini menuju ke arah Plaza Gurney, sudah pasti kecoh,” katanya.

Mohd Asrul menggesa supaya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengambil tindakan dengan mencari pemilik lembu berkenaan.

“Saman perlu dikenakan kepada pemiliknya kerana sesuka hati membiarkan lembu ternakan sehingga bahayakan keselamatan pengguna.

“Jika pemiliknya masih degil, senang sahaja, MPPP boleh tangkap lembu ini dan lelong,” katanya. -SH

ULASAN GB

Dah keluar pun petunjuk itu .... hukum alamiah... hukum kebenaran dan keadilan... ayat manzurah... sebutlah apa saja .. ia adalah mungkin gambaran apa yang berlaku di Pulau Pinang iaitu "kumpulan lembu berdemo" - bukan pertama kali berlaku tapi rupanya dah banyak kali...

Terjadi selepas beberapa hari berlakunya "demo 13 Mei" membantah demo kangkung!

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masya Allah !!!!

Allah pertunjukan umat umat PERKASA dan PEKIDA , juga golongan EEEE aka KHORDHING-GHELL di Pulau Pinang juga akhirnya.

Lembu Lembu ini mencari KANGKONG untuk spdi kunyahnya dalam perjalanan ke KAJANG.....

Pengerusi DUMNO tak kata apa apa kah , sedara mereka melakukan Hijrah.....

Tanpa Nama berkata...

lembu sesat jalan tak jumpa kondo..

Waris berkata...

Tu bukan lembu tapi geng pekida. Tengok rantai kat leher pun dah tau

Tanpa Nama berkata...

Siapalah agaknya tuan punya lembu? Adakah lembu lembu ini menuju kearah selatan? Hehe...

Tanpa Nama berkata...

Depa nk demo dpn rmh guan eng sbb tak bela nasib depa, tanah kena rembat oleh pemaju, depa x tempat utk lepak smbil kunyah sireh! Pru14 pasti depa boikot.

Unknown berkata...

Anoy 8:03AM...Lembu tu tunjuk pada Mamak Perkasam dan gerombolannya cara berdemo dengan sopan dan beretika.

Tanpa Nama berkata...

penyokong umno telah disumpah menjd bahlol

mdmok berkata...

Ya sdg dlm perjlnan pulang ka condo

Potassium berkata...

Lembu jadian ni...dimalam hari tika bulan penuh bertukarlah ia menjadi sapi2 siang hari kembali semula ia menjadi MELAYU 'ASLI'...hehehe...

Tanpa Nama berkata...

bila sampai tu kalau nk g Kajang

Tanpa Nama berkata...

Cara lembu-lembu ini berdemo agak bersopan. Tak lah macam lembu-lembu PERKASA, PERKIDA dan PUKIMAK.