21 Jan 2014

[VIDEO] Najib & Rosmah Diboo, Sudah Sampai Masa Untuk Najib Berundur!


Kes boo dan tidak tepuk tangan: Najib kena berundur

PETALING JAYA: Sudah sampai masanya bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail, rakyat kecewa dengan kenaikan harga barang yang melanda negara sejak akhir-akhir ini dan secara spontan mereka melahirkan rasa tidak puas hati kepada Perdana Menteri dan isteri di majlis penyampaian hadiah di pertandingan akhir badminton Malaysia Open malam tadi.

“Sekali tengok nampak mereka biadab apabila mereka menyorak (boo) Datin Seri Rosmah Mansor yang memberikan kalungan bunga kepada Datuk Lim Chong Wei, tetapi sebenarnya mereka kecewa dengan apa yang berlaku pada negara,” kata beliau kepada FMT mengulas isu Rosmah diboo dan Najib tidak diberi tepukan ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Katanya, jangan salahkan mereka tidak hormati pemimpin negara kerana mereka melihat pemimpin negara mewah berbelanja, suka membazir sedangkan rakyat disuruh berjimat cermat.

Syed Rosli menambah insiden yang tidak disangka-sangka itu membuktikan rakyat sudah muak dan menyampah dengan pemimpin negara yang gagal menangani masalah kenaikan kos sara hidup.

Sehubungan dengan itu beliau bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa jika isu ini gagal ditangani kerajaan, BN akan kalah pada PRU ke 14 nanti.

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam, Mukhriz berkata jika kerajaan mengekalkan tindakan yang tidak popular ini, BN akan tewas pada PRU akan datang yang dijangka diadakan pada tahun 2018.

Syed Rosli berharap makmal yang akan diadakan untuk menangani masalah ini dapat dihidupkan segera dan dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

“Rakyat tertekan dengan apa yang berlaku seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga gula, kenaikan harga barang serta ura-ura kenaikan harga tol yang mana mereka lihat kerajaan gagal menangani isu ini secara berkesan,” katanya lagi. -FMT




Najib perlu letak jawatan segera, kata Tamrin

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak terus mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya apabila gagal serta tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan janjinya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Datuk Mohd Tamrin Ghafar ketika ditemui Harakahdaily turut menggesa agar Najib lebih bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam negara ini atas kegagalannya sebagai pemimpin.

Jelas beliau lagi, Malaysia sekarang hampir terjerumus ke dalam keadaan yang teruk terutamanya membabitkan ekonomi, justeru keengganan Najib melepaskan jawatan akan memberi tekanan yang amat teruk kepada rakyat.

"Saya mahu Najib segera melepaskan jawatan, tidak boleh tangguh lagi sebab negara ini sudah berada dalam keadaan yang semakin teruk terutamanya dari sudut ekonomi.

"Selain itu Najib juga dilihat mungkir janji beliau pada PRU13 yang lalu dan beliau turut bersikap sambil lewa serta tidak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku sekarang ini.

"Soal ekonomi, agama, perkauman, rasuah dan penyelewengan, apa yang dilakukan olehnya untuk mencari jalan penyelesaian. Semuanya semakin teruk, Najib dan kerajaan gagal menyelesaikannya," jelas bekas Pengerusi Mara itu.

Menurut bekas ahli Umno itu lagi, negara ini memerlukan seorang pemimpin yang lebih bertanggungjawab serta berhemah dalam soal membabitkan rakyat dan perbelanjaan wang negara.

"Sebelum PRU13 Pakatan Rakyat telah menjelaskan jika dapat memerintah maka harga kereta akan turut termasuk juga harga minyak dan lain-lain keperluan.

"Begitu juga Najib yang turut berjanji bahawa harga minyak tidak akan naik, tetapi apa yang kita lihat sekarang ini, harga minyak terus naik dengan alasan pengurangan subsidi.

"Jelas sikap tidak bertanggungjawab beliau dalam isu membabitkan kos sara hidup rakyat, sekarang sudah sampai masanya negara ini memerlukan seorang pemimpin yang lebih bertanggungjawab, dapat merasa keperitan hidup rakyat serta mengembalikan ekonomi negara," katanya yang menyertai PAS pada Ogos 2012.

Beliau yang turut berpendapat, semakin lama Najib memegang jawatan tersebut, keadaan ekonomi dan sistem pentadbiran negara tidak lagi dapat diselamatkan, malah rakyat akan terus menanggung beban hutang negara yang mencecah RM600 bilion.
- HD





6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Are your ready for BN? NO
Are your ready for BN? NO
Are your ready for BN? I said No to Nolah tak paham bahasa kah. Jangan sampai paksa i cakap bahasa Melayu beb. :)

Tanpa Nama berkata...

Laaaa.... Tak orang lain ke nak interview..!!!!
Pernah tak dengar cerita dia ni nak buat mesin, Masuk lembu ,siap keluar burger.
Tapi bapa dia kata mesin yang lebih baik, masuk dia ni keluar lembu..!? bolih gak jual daging...!!!

(SAYA TETAP TAK SUKA NAJIB..!!!!)

Tanpa Nama berkata...

kangkung dulu naik sekarang dah turun,lebih elok pemimpin cap kangkung sila turun.

Tanpa Nama berkata...

kangkung dulu naik sekarang dah turun, pro kangkung sekarang jadi sentimen kaum, lebih elok pemimpin cap kangkung sila turun.

Tanpa Nama berkata...

Hati2 manusia bukan bolih di permainkan. balasan tuhan terhadap hamba nya yang mengingkari hukum, Kebathilan tetap akan terhumbann bila sampai nya kebenaran. lihat lah pada masa akan datang. yakin lah.

Tanpa Nama berkata...

Di bawah pemerintah Najib jugak la kita tgk Islam dn melayu di hina seteruk nya tanpa ada apa2 tindakan..bkn hnya di sebabkn kenaikkan harga tp kerajaan Najib sememang lemah dlm hal mempertahan kan Islam dan bangsa melayu...elok la berundur..insyaallah ada pemimpin Umno yg berwibawa lg...

(nk bagi undi ke PR, sampai mati pn aku tak nk ber PM kn kaki liwat...ptuiiii)