Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 28 Februari depan untuk keputusan dalam kes saman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengendali dan penulis blog Papagomo yang menyiarkan artikel dan beberapa keping imej mengaitkan pemimpin itu, tahun lalu.
Hakim Rosilah Yop menetapkan tarikh itu dalam kamarnya selepas bertemu peguam N surendran dan Latheefa Koya yang mewakili Anwar dan Jasbeer Singh Kawna yang mewakili defendan Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Peguam Jasbeer Singh memaklumkan pemberita, pihaknya memohon penangguhan perbicaraan itu kerana seorang saksi terakhir tidak dapat hadir memberi keterangan.
“Pihak defendan memohon satu tarikh baru untuk memanggil saksi itu bagaimanapun dibantah peguam plaintif,” katanya.
Mahkamah sebaliknya menutup kes berkenaan dan menetapkan tarikh 28 Februari depan untuk keputusan kes.
Pada 21 Mac lalu, Anwar memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap pengendali blog berkenaan.
Menurut penyataan tuntutan yang dikemukakan kepada mahkamah, pada 16 Mac tahun lalu defenden dengan salah dan berniat jahat menyiarkan perkataan lucah dan melampau.
Menurut penyataan tuntutan itu juga defenden telah meletakkan beberapa pautan web yang memaparkan satu siri imej dengan mengatakan lelaki itu adalah Anwar. -SH
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

1 ulasan:
Kenapa saksi terakhir itu gagal hadir untuk memberikan kesaksian? Syabas YA Hakim kerana tidak melayan karenah seolah-olah buatan shj. Now we're waiting the 'without fear or favour' vedict soon.
Catat Ulasan