Pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Kajang disifatkan sebagai peluang terbaik untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kenaikan harga barang yang selama ini menjadi bualan hingga membangkitkan pelbagai isu termasuk perkauman.
"Saya bukan penyokong mana-mana parti tetapi saya suka jika pilihanraya kecil ini boleh dijadikan saluran paling sesuai untuk kerajaan menjawab isu kenaikan harga barang, tarif elektrik dan sebagainya.
"Bukan kita hendak menekan kerajaan tetapi inilah masa yang paling sesuai untuk kita bersoal jawab dengan kerajaan secara langsung.
"Saya pasti, ramai pemimpin bertaraf menteri akan turun berkempen di sini nanti dan inilah saat yang ditunggu rakyat untuk mendapatkan penjelasan," kata Mahadi Amran dari Taman Bukit Mewah, Kajang.
Menurut Mahadi, kenaikan harga barang bukannya perkara kecil kerana ia melibatkan belanjawan hidup rakyat terutama rakyat berpendapatan rendah dan mempunyai ramai anak.
Seorang lagi penduduk dari Saujana Impian, Kajang Shahiruddin Saari berharap semua penyokong parti yang bertanding tidak bertindak di luar kawalan jika mahu menimbulkan isu kenaikan harga barang dan elektrk.
"Memang kenaikan harga barang amat dirasakan oleh kami yang berpendapatan rendah tetapi jika ada menteri yang datang berkempen pada pilihan raya kecil DUN Kajang nanti, saya harap suasana tenang dapat diwujudkan.
"Kami memang tunggu untuk berdialog dengan menteri yang bakal datang berkempen di kawasan kami nanti tetapi kami harap, tidak ada masalah yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak.
"Kami harap, tidak ada provokasi oleh mana-mana pihak yang datang berkempen nanti baik daripada penyokong kerajaan mahupun sebaliknya," ujar Shahiruddin.
Petang semalam, Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh mengesahkan ADUN Kajang N25, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini
Perkara itu akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok bagi mengadakan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari.
Pada pilihan raya umum lalu, Lee yang merupakan calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan calon BN, BERJASA dan tiga calon bebas.
Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus. - MalaysiaGazette
ULASAN GB
GB enggan mengulas mengenai sebab-sebab perletakan jawatan ADUN Kajang atau siapa yang wajar bertanding di PRK Kajang nanti. Itu adalah hak prerogatif ADUN berkenaan, tiada siapa boleh menahan dan menghalangnya meletak jawatan. Ini soal politik. Apa pun tujuannya ia adalah politk. Orang bukan politik tidak tahu hal sebegini seperti Dr. Maza yang mempertikaikan perletakan jawatan tersebut.
langkah ADUN berkenaan lebih baik & lebih terhormat daripada katak-katak yang melompat sebelum ini.
Begitu juga soal calon, itu hak PKR untuk menampilkan samada Anwar atau Rafizi atau sesiapa pun untuk bertanding di situ. PAS & DAP tak perlu campurtangan dan tak perlu gusar. Yang penting PAS & DAP bersama-sama PKR perlu bekerja keras mempastikan kemenangan Pakatan Rakyat.
Yang pasti juga PRK Kajang merupakan medan terbaik rakyat untuk meluahkan tentangan terhadap kerajaan BN Pusat tentang isu kenaikan harga dan kos sara hidup yang kini sudah difenomenakan sebagai "KANGKUNG".
"KANGKUNG" bakal dan perlu menjadi tema untuk PRK Kajang! Peluang terbaik untuk rakyat bangun. Kita tidak tahu samada pihak berkuasa akan "mengharamkan" perkataan kangkung di dalam PRK Kajang nanti. Kebebalan akan tampak nyata jika pihak berkuasa mengharamkan "kangkung". Namun diharamkan atau tidak - yang pasti rakyat akan tetap bangkit untuk mencurahkan keperitan dan kesengsaraan mereka. Pakatan Rakyat perlu bekerja keras untuk mendapat majoriti lebih besar di dalam PRK Kajang ini bagi membuktikan rakyat benar-benar tertekan dengan isu kenaikan harga dan kos sara hidup. Ia juga satu peta jalan ke Putrajaya, ia juga gambaran awal keputusan PRU14!
Peluang untuk rakyat kangkungkan BN kini terbuka luas!
2 ulasan:
Peluang utk Noh Udang buktikan kepimpinan dia sbg ketua perhubungan umno selangor dan bn selangor.
Debat ngan Khalid Samad pun dia terpaksa diselamatkan. Umno Selangor tinggal kubu di Tanjung Karang. The last bastion.
Syabas TS Khalid,PKR,DAP,PAS.Tercipta sejarah mungkin umnoo/bn tidak masuk bertanding PRK kali ini.Untung rakyat Kajang mendapat seorang calun yg amat digeruni musuh dan ditakdir DSAI menang lagi amat bertuah mempunyai seorang ADUN merangkap Ketua Pembangkang Nasional serta calun PM selepas PRU14.Umnoo/Bn cuba sedaya upaya membangkitkan isu moral dan disegerakan penyelesaian kes2 mahkamah supaya Anwar kalah tanpa bertanding PRK ini.Umnoo akan cuba mempengaruhi mahkamah agar Kemenangan berpihak kepadanya.Pelbagai isu dan tohmahan serta fitnah memfitnah akan dimainkan secara gila gila oleh umnoo/bn demi untuk memburukkan bakal MB selangor menduduki kerusinya.Macai macai yg menbuat onar di dalam pentadbiran Negeri selangor akan panas punggung.Yg pasti Mantan TPM & Menteri kewangan menerajui sebuah Negeri Termaju di Malaysia.ini adalah ujian Allah demi Malaysia Yg Tercinta untuk mempastikan PR meninba pengalaman untuk mentadbir negara setelah Umnoo/Bn kecundang di masa akan datang.
Catat Ulasan