28 Jan 2014

[VIDEO] Apabila Wan Muhammad Azri Takut Untuk Mengaku Dirinya ‘Papa Gomo’....


Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini menafikan beliau merupakan blogger terkenal "Papa Gomo" seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes tuntutan saman berjumlah RM100 juta.

Wan Muhammad Azri memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa ketua pembangkang itu bertindak mengemukakan saman terhadapnya kerana percaya beliau merupakan "Papa Gomo" yang menyiarkan perkataan dan video seks fitnah.

"Reputasi dan imej saya tercalar dengan begitu teruk sekali kerana masyarakat umum kini menganggap bahawa saya adalah orang bersalah.

"Saya rasakan bahawa plaintif (Anwar) telah memfitnah saya dan saman ini memberi satu impak buruk terhadap intergrasi dan reputasi diri saya," beliau memberitahu dalam satu kenyataan saksi yang dibaca di mahkamah.

Anwar memfailkan tuntutan saman fitnah ke atas Wan Muhammad Azri pada 21 Mac, 2013 apabila mendakwa blogger “Papa Gomo” memuatnaik empat siri video seks termasuk kata-kata fitnah ke atas dirinya.

Anwar turut berkata Wan Muhammad Azri juga memuatnaik pautan gambar laman berunsurkan fitnah mengaitkan dengan beliau.

Dalam kenyataan balasnya, Wan Muhammad Azri sekali lagi menafikan beliau merupakan pemilik blog berkenaan.

Defendan mempertahankan tiada menerima surat saman malah tidak mengenali ketua pembangkang itu secara peribadi.

Ekoran dari itu, Anwar telah memfailkan afidavit bagi membuktikan Wan Muhammad Azri merupakan pemilik blog tersebut.

Anwar pada masa sama mendakwa defendan berulangkali menyerang beliau secara peribadi termasuk partinya dengan kata-kata fitnah, bagaimanapun tiada sebarang tindakan penguatkuasaan dilakukan.

Dalam sesi soal jawab bersama peguam Anwar, N. Surendran, defendan mendakwa beliau tidak menerima sebarang surat saman daripada ketua pembangkang yang dialamatkan kediamannya di Kuala Lumpur.

Walaupun disoal berulang kali, Wan Muhammad Azri tetap mengakui tidak menerima langsung surat saman tersebut sambil menegaskan beliau sudah berpindah ke Pulau Pinang dan rumahnya di Kuala Lumpur kini diduduki adiknya.

"Tidak ada satu pun keluarga saya ada menerima notis tersebut daripada peguam Anwar dan saya hanya terima melalui peguam," katanya.

Merujuk kepada blog “Papa Gomo”, Wan Muhammad Azri bagaimanapun bersetuju dengan Surendran bahawa kandungan tersebut mengandungi unsur kata fitnah melampau.

Beliau juga mengakui tidak mempunyai perasaan marah kepada Anwar sebelum ini namun kecewa kerana kes saman tersebut.

Antara lain beliau turut mengaku tidak mempunyai hubungan rapat dengan mana-mana lawan ahli politik Anwar.

Namun beliau tidak menafikan pernah mengambil gambar dengan beberapa pemimpin tinggi Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Selain itu, Wan Muhammad Azri tidak bersetuju dengan dakwaan Surendran beliau menipu mengenai identitinya sebagai “Papa Gomo”.

Beliau kemudiannya ditanya kembali oleh peguamnya Jasbeer Singh Kaura.

Wan Muhammad Azri mempertahankan tindakannya mengambil gambar bersama dengan pemimpin Umno bukan merupakan satu kesalahan.

Beliau juga menegaskan tidak terlibat dalam kes fitnah Anwar dan tidak mengetahui siapa bertanggungjawab berhubung isu tersebut.

Hakim Rosilah Yop menetapkan sidang perbicaraan disambung esok. -TMI

Peguam Papagomo Minta Tangguh TIDAK DIBENARKAN.!!


ULASAN GB

Melucukan dan menjelekkan. Masih enggan untuk mengakui dirinya, Wan Muhammad Azri sebagai papogomo. Sebelum ini GB pernah mengulas. Petikan:

Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.

Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta!

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh pihak berkuasa, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!


Dan akhirnya papagomo benar-benar didapati besalah pada 13 September 2013 oleh Mahkamah Tinggi yang mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri itu adalah Papa Gomo, dan diperintah bayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.


Keputusan mahkamah itu sudah jelas mengesahkan Wan Muhammad Azri sebagai papagomo! Mana mahu lari lagi?

Beliau mendakwa kononnya plaintif (Anwar) telah memfitnahnya dan saman ini memberi satu impak buruk terhadap intergrasi dan reputasi dirinya. Apa integriti dan reputasi yang beliau ada selain dari seorang blogger lucah dan pemfitnah tegar?

Allahumma, binasakanlah terus pemfitnah yang bernama Wan Muhammad Azri ini dan sekalian blogger dan facebooker UMNO TERMASUKLAH sekalian media massa dan pemimpin UMNO yang menggunakan "video lucah" untuk menabur fitnah selama ini.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masuk penjara,
kerja melayang
rumahtangga berantakan,
...... membilang saman....

Tanpa Nama berkata...

...amin

Tanpa Nama berkata...

Amin

Anti Fitnah berkata...

Anjing kalau dah biasa makan tahi, mana mungkin mengaku ianya memakan tahi.
Dulu kena buang kerja pasal rasuah. Lepas tu dikutip dek UMNO untuk kerja-kerja haramjadah.
Aku berdoa agar Allah swt melaknat hang di dunia maupun di akhirat tas fitnah yang hang lakukan terhadap diri hang, keluarga hang dan mangsa-mangsa fitnah hang.

Carlos Santiago berkata...

hahahaha... saper nk ngaku berak tepi jalan...

Tanpa Nama berkata...

Bukan senang nak dapat peluang bergambo dengan menteri2 ni..

tembagasoso berkata...

KALAU KOMEN TAK NAK MENGAKU BUKAN ANAK JANTAN LAAAAA .POTONG LAGI SEKALI KAN BAGUS................

Unknown berkata...

Orang politik yg menggunakan khidmat Papa Gomo kena ingat satu masa satu ketika anda akan jadi mangsa...manusia berperangai binatang dia tiada belas kasihan bila lapar esok tuannya jadi hidangan...

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah.....

Buat malu nama Bapak Wan Deris saja....

Tanpa Nama berkata...

Tak ingat lubang kubur spesis celaka nie...fitnah,menipu,menghasut semua kerja dia..nama sahaja Islam..kesian ibubapa yg ada anak macam nie...kecil2 tak nak mampus...Ya Allah hancurkanah manusia munafik sebagaimana Engkau hancurkan manusia kafir...amin...