8 Jan 2014

Bila Di Hati Sudah Terdetik Hendak Melakukan Kebaikan, Teruskanlah!

Ella sedia berhijab

RATU Rock Malaysia, Ella memberitahu sejak mendirikan rumah tangga lebih setahun lalu dengan juruterbang, Azhar Ghazali, kehidupannya kini lebih banyak terluang dengan keluarga.

Berkongsi mengenai alam rumah tangganya, Ella mengakui suaminya itu banyak menasihati serta mendidiknya ke arah kebaikan termasuklah cara pemakaian. Gambar: Ella bersama suaminya

“Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah.

“Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja,” katanya yang dipetik dari portal Gua.

Meskipun sering dihimpit soalan berhubung cahaya mata, Ella akui tidak tertekan.

“Tidak dinafikan sejak berkahwin, ramai yang bertanyakan tentang soal anak. Alhamdulillah, saya tidak tertekan dan saya anggap ia sebagai satu doa.

“InsyaAllah, saya masih mencuba dan jika tak ada itu maksudnya belum ada rezeki saya lagi untuk mempunyai anak,” katanya.

Malah Ella terfikir untuk mengikut jejak rakan artis, Umie Aida dan Misha Omar yang mengambil anak angkat.

“Secara jujur, ada juga saya memasang niat untuk mengambil anak angkat apabila tengok rakan artis macam seronok saja ada anak angkat.

“Namun, perkara ini tak mudah kerana tanggungjawabnya sangat berat dan saya takut tak dapat laksanakan tanggungjawab andai saya mengambil anak angkat,” katanya. -SH

ULASAN GB

Bila hati sudah berdetik untuk melakukan kebaikan, teruskanlah melakukannya.

Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya Allâh menulis kebaikan-kebaikan dan kesalahan-kesalahan kemudian menjelaskannya. Barangsiapa berniat melakukan kebaikan namun dia tidak (jadi) melakukannya, Allah tetap menuliskanya sebagai satu kebaikan sempurna di sisi-Nya. Jika ia berniat berbuat kebaikan kemudian mengerjakannya, maka Allâh menulisnya di sisi-Nya sebagai sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali lipat sampai kelipatan yang banyak. Barangsiapa berniat berbuat buruk namun dia tidak jadi melakukannya, maka Allah menulisnya di sisi-Nya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Dan barangsiapa berniat berbuat kesalahan kemudian mengerjakannya, maka Allah menuliskannya sebagai satu kesalahan.” [HR. al-Bukhâri dan Muslim dalam kitab Sahih mereka]

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullillah

armal berkata...

Syabas dan tahniah. Moga istiqomah dengan perubahan yang baik ini.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullah syukur seorang lagi hambaNya telah mendapat petunjuk kejalan yang diredhoiNya, amin!!!!!!!!!

MARTOIRIAT berkata...

Hidayah datang bukan tercepat atau terlambat. Jika Allah SWT membuka pintu ruang hatinya maka yg jauh akan didekatkan.. yang sukar akan dipermudahkan. yg jahil akan disedarinya..Itulah kebesaran Allah SWT kpd makluknya...

Tanpa Nama berkata...

Kan sekarang lebih cantik dari zaman u dulu tayang rambut yang mengalah pontianak beb.

Anyway tahniah i ucapkan kerana sanggup berubah dari yang baik ke buruk. Opps i means dari buruk ke baik. :)

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. ....

Tanpa Nama berkata...

Tinggalkan lah zaman jd ratu rock tu. Umur pun dh lanjut.Org pasti cari pengganti yg lebih muda lg.Walaupun nama melonjak naik & popular akan pupus jugak.Lumrah dunia. Yg kekal hanya amalan & bekalan utk akhirat.So jgn disia2kan.