8 Jan 2014

Pemimpin UMNO BN "Dibelasah" Kerana Berperangai Hipokrit!


Pimpin melalui teladan, pesan penganalisis kepada pemimpin BN

Pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu memimpin melalui teladan dan peka dengan keadaan rakyat yang sedang dihimpit kos sara hidup meningkat atau kerajaan berdepan risiko kehilangan sokongan pada pilihan raya umum ke-14 nanti, kata penganalisis.

Ahli politik juga perlu mengekang gaya hidup mereka seiring dengan permintaan Putrajaya agar berjimat, kata penganalisis, susulan kebimbangan orang ramai bahawa pemimpin kerajaan persekutuan BN tidak mengurangkan perbelanjaan mereka.

Profesor Madya Shaharuddin Badaruddin dari UiTM, berkata ahli politik kedua-dua pihak perlu melaksanakan kata-kata mereka dengan mengurangkan perbelanjaan.

Beliau berkata, ini adalah amat penting terutama ketika sambutan Maulidul Rasul akan datang bagi memperingati hari lahir Nabi Muhammad pada 14 Januari ini, yang membawa tema wasatiyyah atau kesederhanaan.

"Ini adalah masa yang terbaik bagi mereka untuk menjadi contoh. Perkara yang terbaik untuk mereka lakukan sekarang ialah amalan kesederhanaan dan bukannya menunjuk-nunjuk," katanya kepada The Malaysian Insider.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganjurkan sambutan hari jadi mewah di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur pada Ahad lalu dan tetamu mendakwa ia menjadi sambutan Tahun Baru. The Malaysian Insider difahamkan, kosnya kira-kira RM120,000.

Seorang lagi menteri merayakan sambutan perkahwinan anaknya selama dua hari berturut-turut di satu lagi hotel lima bintang di Kuala Lumpur bulan lalu, dengan disertai oleh raja-raja dan VIP serta dihiburkan penyanyi wanita terkemuka dari Indonesia.

Beberapa penulis blog pro-Umno juga mempersoalkan Jabatan Perdana Menteri atas keperluan apa mereka perlu dua jet VIP, selepas ia mendedahkan bahawa Putrajaya menghabiskan RM180 juta untuk mengekal dan mengendalikan jet kerajaan bagi perjalanan rasmi pada 2012.

Semua ini berlaku ketika rakyat dilanda kenaikan harga daripada elektrik kepada makanan, bahan api dan kos persekolahan.

Harga bahan api, gula dan tarif elektrik naik selepas Putrajaya memotong subsidi manakala tambang pengangkutan awam akan dinaikkan tahun ini susulan daripada kenaikan itu.

Selepas itu, kadar tol juga mungkin naik di samping cukai pintu untuk penduduk Lembah Klang, manakala cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga akan diperkenalkan pada 2015.

Shaharuddin percaya perbelanjaan mewah oleh ahli-ahli politik akan mempunyai kesan kepada pilihan raya umum akan datang kerana rakyat Malaysia yang sudah merasakan keperitan ini kecewa berhadapan dengan berita ini.

"Dengan harga setiap barangan dan perkhidmatan yang semakin meningkat, hidup adalah lebih sukar sekarang. Pada masa sama, ahli-ahli politik tidak melaksanakan apa yang mereka cakap, jadi pasti ini akan memberi kesan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Kerajaan BN yang Umno menjadi tunggak utamanya, hampir tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dengan hanya memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kerusi berbanding pilihan raya umum 2008.

Ia juga kehilangan undi popular, apabila mendapat hanya 47% berbanding dengan pembangkang 51%.

Bagaimanapun, Umno memenangi 88 kerusi, meningkat daripada 79 sebelum ini, kerana sokongan daripada Melayu luar bandar dan Bumiputera.

Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia, Profesor Jayum Jawan mengecam perbelanjaan berlebihan itu dengan berkata mereka tidak memberikan contoh yang baik sebagai pemimpin.

"Dalam masa kesusahan, mereka perlu berkorban. Cara hidup mereka tidak selari dengan seruan perdana menteri untuk hidup berjimat," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sudah bosan dan sudah tiba masa untuk rakyat mengundi mengikut perasaan mereka yang sebenar.

"Mereka memberikan kerajaan banyak peluang dan tiba masa untuk mereka menilai semula sama ada mereka perlu terus memberi peluang kepada parti ini untuk memerintah," katanya.

Penganalisis politik, Dr Oh Ei Sun, berkata cara politik Umno adalah pemimpin diperlukan untuk menunjukkan "kehebatan" mereka dan menunjukkan sifat murah untuk menarik penyokong.

"Sehingga kita sampai masa sebenar untuk membuat perubahan, keadaan akan kekal begini.

"Itulah sebabnya pengundi bandar tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka tidak berpuas hati dengan apa yang mereka lihat apabila rasuah berleluasa dan ketidakcekapan jelas dalam kerajaan tetapi mereka tidak mampu untuk melaksanakan perubahan sebenar selagi penduduk luar bandar tidak bangun," kata penganalisis, S Rajaratnam dari Sekolah Pengajian Antarabangsa Singapura.

Dr Oh juga percaya adalah sukar untuk mengekalkan kemarahan ini sehingga PRU14 yang hanya akan berlangsung empat tahun lagi.

"Majoriti rakyat sudah pun menyatakan tidak suka mereka kepada BN dalam pilihan raya lalu tetapi ia masih tidak cukup untuk menukar kerajaan," katanya. -TMI

Selepas pesta hari jadi mewah, Zahid kata kerajaan tidak boleh beri subsidi selamanya


Selepas mengadakan pesta hari jadi mewah tengahari kelmarin, semalam Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenaikan harga barang suatu yang tidak boleh dielak kerana rakyat perlu sedar tidak selamanya kerajaan boleh memberikan subsidi yang tinggi kepada mereka.

Menteri Dalam Negeri tersebut berkata rakyat perlu sedar atas bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan sekiranya pemberian subsidi yang tinggi diteruskan.

"Dalam hal ini, yang penting kita bersimpati dengan masalah dihadapi rakyat yang berdepan kenaikan harga.

"Tapi rakyat harus diberi kesedaran tidak selamanya kerajaan boleh memberikan subsidi sebagaimana yang lalu kerana bebanan kewangan yang tinggi," kata Ahmad Zahid dalam sidang media pejabatnya pagi ini.

Kelmarin, Zahid menyambut hari jadi bersama cucunya di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur.

Tetapi majlis makan tengahari yang diadakan selepas Putrajaya mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan awam, yang melibatkan pemotongan untuk hiburan dan pengangkutan elaun menteri dan pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan permintaan pengubahsuaian pejabat amat menjolok mata.

Menerima maklumat mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian Insider telah melawat hotel terkenal itu di mana semua tetamu berpakaian merah sebagai tema parti itu.

Naib presiden Umno juga berkata rakyat perlu menerima hakikat mengenai keputusan rasionalisasi yang dilakukan oleh kerajaan.

"Kita harus terima hakikat bahawa negara kita ini perlu kurangkan subsidi yang dinikmati oleh rakyat dan kita tidak mahu rakyat terlalu selesa dengan jumlah subsidi tinggi yang diberikan oleh kerajaan ini.

"Tapi rakyat perlu menerima hakikat kerajaan harus melakukan rasionalisasi dari segi pemberian subsidi ini," terangnya lagi.

Dalam mempertahankan langkah Putrajaya mengurangkan subsidi tersebut lagi, Ahmad Zahid menegaskan isu kenaikan harga barang bergantung kepada elemen pasaran.

"Hakikatnya, tidak ada sebuah negara pun yang tidak alami kenaikan barang.

"Bukan hanya dalam soal rasionalisasi subsidi, tapi hakikatnya apa yang berlaku di beberapa negara rantau Asean dalam kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan kerana permintaan dan penawaran... ia ditentukan oleh elemen pasaran," katanya lagi.

Awal hari ini, The Malaysian Insider melaporkan Ahmad Zahid telah menganjurkan parti hari jadi yang 'mewah' di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur semalam ketika Putrajaya memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun ini.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga hari ini mempertahankan tindakan pemotongan subsidi dengan menggesa rakyat bersedia melakukan pembaharuan agar pertumbuhan ekonomi negara terus melonjak pada 2014.

"Ini pilihan yang kita ada. Kita kena sedari keadaan ini dihadapi semua negara disebabkan persekitaran ekonomi telah pun berubah.

"Bagi sebuah negara yang ingin menentukan daya saing, kita perlu buat perubahan dan ia sudah digariskan dalam agenda transformasi negara," katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 lalu, Najib telah mengambil beberapa langkah pengukuhan defisit fiskal, antaranya mengumumkan pemotongan subsidi petrol sebanyak 20 sen, pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen, menaikkan tarif elektrik hampir 15%, dan terbaru bakal menaikkan kadar tol di sekitar ibu kota dan Selangor.

Putrajaya juga mengumumkan pelaksanaan cukai GST yang akan bermula pada tahun 2015 sebagai langkah mengelak kebergantungan kepada pendapatan Petronas semata-mata.

Langkah pemotongan subsidi tersebut juga mengakibatkan harga barangan harian meningkat serta menambah kesempitan rakyat di Malaysia.


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan dan mendedahkan pekung hipokrisi pemimpin-pemimpin UMNO BN.

Teruskan sikap hipokrit kamu itu, lebih cepat kamu akan dihumban keluar dari Putrajaya dan Parlimen Malaysia!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mr. Zahid If u tak nak beri subsidi, pastikan purata pendapatan isi rumah berada pada RM 8000 ++ baru you tak nak kasih subsidi pun tak apalah.

Realiti sekarang masih ada orang yang berpendapatan rendah i tell you sekarang masih ada orang yang bergaji hanya RM200 - RM 400 sebulan beb. Plus lagi lu orang tiada langkah inisiatif nak suruh rakyat berdikari tapi sebaliknya masih dengan tabiat menyuap rakyat seribu satu subsidi yang tidak masuk akal walhal subsidi kalau diberi kepada mereka yang betul - betul layak ia boleh meningkatkan pendapatan negara. Ini belum lu orang punya kerja kasih buat business dalam bidang pendidikan sampaikan terlampau banyak lambakan mahasiswa yang menganggur. Thank to UMNO sekarang degree dah tak ada nilai dah akibat lambakan mahasiswa dan kewujudan terlampau banysk pusat pengajian yang sepatut kerajaan patut control beb.

I ingat sekali pada tahun kuda ini, lu jangan cari pasal dengan kuda mengamuk beb nanti lu tahu akibatnya kerana cari pasal dengan kuda mengamuk. Kalau kuda mengamuk sudah menendang tuannya i guarantee lu takkan bangun lagi dah utk selama - lamanya dan bersiap sedia utk jadi penghuni penjara kajang.

Tanpa Nama berkata...

SEGOLONGAN MANUSIA YG PERANGAI HUDUH HANYA AKAN SEDAR APABILA MELIHAT API NERAKA YG MENYALANYALA. NA'UZUBILLAHIMINDZALIK.

Melayu Jati berkata...

Kenapa ramai Melayu tak nampak sifat kemunafikan yang ada pada pemimpin Melayu UMNO ni? ATAU memang kebanyakan Melayu ni munafik? ATAU memang Melayu suka akan sifat kemunafikan? Di mana perginya keimanan? Bukankah Islam mengajar menentang kemungkaran @ kemunafikan? Adakah Melayu tu lebih penting daripada Islam? Biar Islam tercemar tapi bukan Melayunya. Entahlah ...
Yang hairan, tak ada seorang pun jaguh Melayu mencanang agar diwujudkan TANAH PERKUBURAN MELAYU? Hidup tak mahu kepada Islam tapi bila mati, bermati-matian nak kat Islam. Cuba fikir, mungkinkah Allah swt akan terima puak ni?????? Tak taulah dah berapa ramai yang dah jadi murtad???? Tinggal kulitnya Islam dan isinya ... TARAK.

Amuraria berkata...

spesis cari makan daa ! apa mau cakap lagi selain tipu,bodek & ampu !ABU !

Tanpa Nama berkata...

terus terang pemimpim melayu umno nie adalah perosak negara.ini lah sebenar benar nya parasit negara.berbelanja duit negara macam duit MAKBAPAK sendiri.kini berapa hutang negara.dan lihat bagaimana menteri mentedarah duit negara.lahanat punya menteri umno.