27 Dis 2013

[BERGAMBAR] Mendiang Minta Mayatnya Dibalut Bendera Pas


Keluarga Hindu balut keranda dengan bendera PAS

Jarang-jarang berlaku, sebuah keluarga India beragama Hindu memilih membalut keranda ahli keluarganya yang meninggal dunia dengan bendera PAS.

Tiga keping gambar berkaitan dimuatkan dalam akaun Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Rani Osman semalam.

Ia memaparkan mendiang Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kota Raja, Letchumany Maniam diusung dalam keranda yang berbalut bendera parti Islam itu.

Ia mendapat komen menggalakkan daripada penggguna laman sosial itu.

Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan memberitahu Malaysiakini, tindakan ahli keluarga mendiang bertujuan menggambarkannya mendiang sebagai pejuang PAS sejati walaupun beragama Hindu.

Tambahnya, ia sekali gus, menunjukkan penerimaan yang cukup baik dari kalangan bangsa lain terhadap parti itu daripada kalangan bukan Melayu.

"Apa yang terbukti perjuangan apabila Ketua Wanita DHPP itu dibalut dengan bendera PAS itu menunjukkan beliau seorang pejuang PAS sejati walaupun duduk dalam PAS sebagai DHPP.

"Ia menunjukkan PAS sudah boleh diterima bukan Islam,” katanya lagi.

Ditanya sama ada tindakan itu bertentangan dengan perjuangan PAS, Sany menegaskan, ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syiar Islam dan tidak membawa kesan buruk.

"Tiada sebarang tanggapan negatif pada saya dan PAS sendiri,” katanya. -mk



ULASAN GB

GB difahamkan pembalutan mayat mendiang dengan bendera PAS itu diminta oleh mendiang kepada keluarganya sebelum beliau meninggal dunia.

Apa yang jelas kini ialah semakin ramai bukan Islam yang telah menerima dan menyayangi perjuangan PAS. Hukum kebenaran dan keadilan akan memperlihatkan kepada kita bahawa perjuangan yang benar itu akan sentiasa diterima oleh hati-hati yang cintakan kebenaran sekalipun zahirnya berlainan warna kulit, bahasa, bangsa ataupun agama. Ini kerana kebenaran dan keadilan yang berasaskan "addin" itu cuma satu yang sifatnya universal dan itulah yang menyatukan hati manusia yang zahirnya berbeza itu.

Semuga hidayah dilimpahkan ke atas ahli keluarganya yang masih hidup.

4 ulasan:

BaDiN berkata...

bertambah sakit hati kpd umno,perkasa sebab propagandanya memburukkan PAS tidak menjadi dan penerimaan bukan muslim kpd PAS terus melebar.Alangkah indahnya balasan yg akan diterimanya jika beliau seorang Muslim.

WarFitnah berkata...

Agak-agaknya ada sesiapa yang nak balut keranda guna BENDERA UMNO??? selepas kenaikkan harga barangan keperluan asas pulak tuu....ada kemungkinan BENDERA UMNO akan digunakan untuk membalut MUMIA FIRAUN kot, baru lah kena dengan dasar perjuangan UMNO kan....dan sama-sama lah menuju ke NERAKA ALLAH yea....

wanone berkata...

Ramai yg bukan islam mengharapkan dan percaya pada keadilanan islam...yg islam sekular mungkin kerana kesombongan yg menyebabkan hidayah masih tertutup buat mereka...

Tanpa Nama berkata...

Amat menyayat perasaan.Inilah senario yg Geng Ulamak Muda dlm PAS tak faham dan tak munkin faham.PAS sudah sampai keperingkat yg diharapkan "PAS for All".Malangnya Geng Ulamak Muda tu buta politik dan ingin membawa PAS mundur kebelakang akibat diperkudakan UMNO.